Friday, January 16, 2009

Macam tak percaya jer…Aku dan Mr E akhirnya berdamai…Tapi sampai bila?

14 January 2009

Petang tadi satu sejarah telah berlaku yang telah menyebabkan senior aku yang baik tu akhirnya mengamuk dengan Mr E. Ada sesuatu yang Mr E tak puas hati mengenai satu perkara dan aku mungkin telah menjadi penyebab kepada satu pergaduhan yang besar pada petang itu. Habis Mr E disumpah seranah oleh senior aku. Yang aku pula hanya mampu memandang dikawasan tepian department aku. Bukannya aku takut, Cuma tak nak terlibat secara langsung. Gaduh punya gaduh akhirnya Mr E pun mengadu dengan Head Official Department (HOD) aku. Apa lagi lepas tu aku , senior aku ngan Mr E kena ceramah free jer ngan HOD aku tu…dan tiba2 aku macam tersentak jer.. Apa yang HOD aku cakap tu macam kena betul ngan batang hidung aku.
Aku mula terfikr…kenapa aku tak nak cakap dengan Mr E tu…? Yup yang pertama dia suka sangat mengutuk orang lain. Memang aku alergik lah dengan benda2 macam tu.. Bukan nak kata aku baik..aku pun ada kutuk orang juga. Cuma aku rasa tak selesa bila dia kutuk orang yang dalam masa yang sama menjadi kawan aku juga. Bila aku dengar dan pura2 menyokong…aku dah rasa lain macam..rasa macam parasit jer…
Yang kedua dia ni suka sangat tunjuk muka masam dia tu……lepas tu tension tak tentu pasal.menyampah aku. Tapi cukupkah, berpegang dengan alasan tu sampai aku nak pulaukan dia tanpa memberi dia sebarang peluang untuk dia berubah dan tau apa salah dia. Akhirnya ku tebalkan muka sambil campakkan jauh2 ego aku ke tepi dan beberapa jam yang lepas akhirnya aku pun minta maaf dengan dia. Aku cakap lepas ni aku dengan dia kosong-kosong je lah. Tak nak panjang2 lagi.. So maknanya esok buka buku baru. Tapi aku harapkan perubahan dari pihak dia juga. Kalau dia still dengan perangai lama dia mungkin akhirnya aku pula yang akan tegur sikap dia…Tapi senior aku macam geram jer bila aku bagitau yang aku dah minta maaf dengan Mr E. Aku pun serba salah juga…tapi nak buat , macam mana kan kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dalam satu2 masa. Harap2 dia tak marahkan aku…semua ni untuk kebaikan department… Acctually..aku kesian dengan HOD aku juga………….
Oklah geng…doakan Mr E berubah supaya aku takkan gaduh ngan dia lagi….Wasssalam….


16 January 2009

Dalam 2 hari ni aku tengok senior aku macam
geram jer ngan aku...
tapi tak der lah gaduh...
mesti dia tension aku berbaik ngan MR E...
pening kepala aku...serabut sikit ni...
tak perlah hari ahad nie nak lepak tepi laut...
tenangkan fikiran...
k lah..tak der idea nak tulis...serabut...
aku kena menceriakan hidup aku balik lepas
nie...
yer lah moto hidup aku kan
"ceria2 selalu..." hu..hu..hu...
bye...Wassalam

No comments:

Post a Comment