Thursday, June 9, 2011

Episod 4 - Kitab Cinta ( Sinopsis )



Surat Dari Gembala Rindu...

Akhirnya Mustika menerima sepucuk surat balasan dari Wali. Surat yang menjadi punca resah hatinya selama hari ini. Tanpa membuang banyak waktu surat itu terus dibaca di depan Nek Mah. Mengandungi puisi yang sangat indah hasil ilham anak muda dari Acheh. Tersentuh kalbu hingga terkesan jiwa dan sanubari Mustika membaca bait-bait indah tulisan tangan Wali. Nek Mah yang dari tadi begitu asyik mendengar bacaan surat Wali turut terpukau dengan keindahan bahasa dan tinggi budi pemuda yang tidak pernah ditatap wajahnya itu.

Andai saja aku bisa mengingati bait-bait puisi itu, sudah pasti akan aku
pamerkan disini, namun sayang memoriku tidak sehebat itu.

Mustika gembira, namun hatinya masih tak tenteram.
Indahnya susunan bahasa Wali tetap tidak mampu
memecah tembok persoalan yang kukuh menjadi benteng
dari jawapan yang sedang dicari-cari oleh Mustika.

Puisi itu umpama teka-teki yang begitu sukar untuk ditemui maksudnya.

Sementara di Acheh, Ibu Kartika mula membuat satu rancangan jahat bersama-sama dengan Jamal bagi memerangkap wali. Ternyata usaha mereka membuahkan hasil apabila Wali berjaya diperangkap sehingga dia dan Kartika akhirnya ditangkap Khalwat.

Bapa Wali sangat marah diatas apa yang telah berlaku.
Habis Wali dirotan semahu-mahunya. Wali pula bersungguh sungguh menjelaskan kepada bapanya akan cerita yang sebenarnya.Namun semua itu sia-sia kerana bapanya tidak mahu mempercayainya.

Wali akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Syariah, dan setelah diadili, dia akhirnya didapati bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman sebatan 5 kali dikhalayak umum kepada Wali dan Kartika.

BERSAMBUNG .......

2 comments:

  1. bestlah..teruskan menulis sinopsis cite2 nye..at least terlepas citenya, dapat jugak tahu kisah selanjutnya..hehe

    ReplyDelete
  2. yer....TDM pun harap untuk teruskan.... thanks...

    ReplyDelete