Thursday, June 16, 2011

Episod 6 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Masa tengah cuci kereta di perkarangan masjid, Imam yang dikenalinya sebelum ini datang kepadanya dan terus bertanyakan sesuatu kepada Wali. Dia telah mempelawa Wali untuk membantunya dalam program untuk menarik golongan belia ke Masjid.

Dengan berbesar hati Wali telah
bersetuju dengan maksud kemahuan Imam itu.
Tiba hari yang dijadualkan,
Wali telah menjalankan tugasnya dengan mengajar anak-anak muda
mengaji di masjid berkenaan. Secara kebetulan program tersebut juga dianjurkan secara bersama dengan Ayah Mustika. Dia sangat mengagumi bacaan Al Quran oleh Wali.

Dipendekkan cerita sebab dia suka sangat dengar Wali mengaji, sampai dia mintak tolong kat Imam tu untuk Wali datang kat rumah dia bagi mengajar Isterinya mengaji Al Quran. ( simple jer kan...??? )


Di Acheh pula, Mustika semakin bingung kerana
Wali masih belum ditemuinya.
Langsung tiada petunjuk kemana menghilangnya
jejaka yang penuh dengan karisma kemuliaan budi itu.
Irfan yang merupakan sahabat baiknya sendiri tidak tahu
kemana perginya Wali.
Di malam harinya Kartika datang
menemui Mustika dan terus menceritakan perihal
dirinya dan Wali yang ditangkap Khalwat sehingga
menyebabkan Wali diusir dari kampung halaman.
Hancur luluh hati Mustika mendengar pengakuan "berani mati" dari Kartika.
Angkuh sungguh gaya bahasanya perempuan itu.

Setelah Kartika berlalu Irfan datang dan terjadilah pergaduhan mulut dianatara mereka. Mustika sangat marah kerana Irfan telah menyembunyikan hal yang sebenarnya dari pengetahuannya.
Irfan cuba menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Mustika, namun semuanya sia-sia kerana rasa amarah telah menguasai dirinya waktu itu. Pertengkaran itu berlarutan sehingga membabitkan kawan baik Mustika sendiri. Sudahnya kawan dia tu merajuk dan terus blah berlalu angkut kain baju ke tempat lain.
Mustika menyesal kerana membiarkan rasa amarah menguasai dirinya. Dengan pantas dia menelefon Irfan untuk meminta maaf. Mustika juga memberitahu kepada Irfan akan kerisauannya kerana kawan baik dia tu masih belum balik kat rumah penginapan diorang. Irfan menjelaskan kepada Mustika yang dia telah menghantar Kawan baiknya itu ke sebuah hotel berdekatan.
Barulah lega hati Mustika bila mengetahui situasi rakan baiknya itu.
Diakhir bicara Mustika ajak Irfan untuk bertemu kerana ada sesuatu yang mahu diperkatakan.


Yang peliknya kenapalah diorang pergi berjumpa kat tepi pantai berdua-duaan pulak tu....agak2 korang pun boleh teka apa yang berlaku lepas tu kan. Kedua2nya ditangkap khalwat. Ditangkap pulak oleh orang yang sama menganiayai Wali tempoh hari. Lepas tu.....


BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment