Tuesday, May 31, 2011

Aku kan Abang...!

Sesajer menyemak menambah posting. Sebelum Bulan Mei berakhir lagi beberapa minit, Aku nak announce sikit.....
untuk next posting,
Kata ganti diri aku akan ditukar menjadi "abang".


Sebenarnya sebelum ni pun aku dah pernah guna "abang" tapi tetiba aku rasa cam feeling muda jer kan...sebab tu tukar....

Sekarang ni pulak bila umur dah kian meningkat naik....

Aku mula feeling "dewasa" kembali.
Kat tempat kerja pun
aku adalah antara yang memiliki umur yang lebih
dari rakan2 ku yang lain...

Haruslah diorang panggil aku "abang" kan...
So Mulai esok.....
aku akan bertukar jadi "abang",


Sebab Aku kan Abang!

Sunday, May 22, 2011

Kitab Cinta - Macam best + Hebat jer citer ni

Salam semua...

Tadi masa tengok saluran TV Alhijrah, tiba2 kelaur iklan promo
drama terbaru stesyen baru tu yang berjudul "Kitab Cinta".
Fuhhhhhh Fazura tu heroinnya.

Pelakon lelakinya pulak ada dari indonesia aku rasa...sebab cara dia cakap
memang ada bunyi2 nusantara jawa sikit kan.
Aiman Mentor 5 pun berlakon citer ni juga.
Terkeluar Mentor, tapi termasuk "Kitab Cinta".
Ok lah tu rezeki kan. Ada rupa...cepat jer kena sambar.



Aku pun kalau handsome + Kacak mesti dah kena invite untuk
berlakon citer tu juga hua3
Berangan tak hengggattttt


Sama2 lah kita nantikan
adakah drama ni dapat menandingi kehebatan Nur Kasih.
Citer pasal stesyen Al Hijran ni...
dulu masa mula2 dilancarkan...
ada tayang drama "Telah dihalalkan Epal Itu".
Memang X Factor giler tajuk citer tu.
Bagus orang yang buat tajuk tu....
Bila dengar tajuk tu automatik teringat kisah seorang Sufi yang
makan buah epal yang dia jumpa mengalir kat sungai....

Ingat lagi tak citer tu??????
Kalau tak ingat google sendirilah...
Tapi aku pun tak tau drama tu ok ker tak ok....
Yang pasti aku memang tunggu jer "Kitab Cinta" ni...

Saturday, May 21, 2011

Maher Zain "Sepanjang Hidup" ( For The Rest Of My Life )

Best...Memang Layan....
Selayan Versi Inggeris..macam tulah layannya
Versi Melayu

"Sepanjang Hidup" ( For The Rest Of My Life )




Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu


Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah

Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Tuesday, May 17, 2011

BoboiBoy! Ying! YaYa! Gopal....Mengancamlah..


Alien datang menakluki bumi.....
demi koko yang di cari-cari...
merekakan tiba tak lama lagi...
apa mungkin terjadi......
jadi kita perlukan penyelamat bumi....
BoBoiBoy!!!!
BoBoiBoy!!!
BoBoiBoy!!!

Ying! YaYa! Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!



Lama ta dengar suara Burn AF1 nyanyi kan...
last2 bila lama menyepi akhirnya keluar ngan lagu yang
gempak dan cepat giler famous sebab jadi OST untuk
siri animasi terhebat selepas Upin dan Ipin.

Siri BoboiBoy ni dibangunkan oleh Animonsta Studios.
Mereka ni sebenarnya adalah bekas orang kuat animasi
"Upin dan Ipin". Tetapi atas sebab2 yang aku sendiri tak pasti
diorang ni pun dah keluar dari Les' Copaque dan akhirnya telah
menubuhkan syarikat Animonsta Studios.

Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak
bersama-sama dengan rakan2 yang ikut bersama keluar dari
Les' Copaque telah berganding bahu memeras otak mencipta
satu animasi yang sesuai dengan rakyat Malaysia.
Maka terhasillah satu watak adiwira yang dapat kita
tatap di kaca televisyen hari ini....iaitu... BoboiBoy.
Citer ni memang kelakar giler....

Aku sendiri tak pasti sama ada diorang ni ada perselisihan
faham dengan
Les' Copaque atau pun tidak.
Yang aku pasti kehadiran mereka ni dah
mencetuskan satu persaingan yang sihat

untuk industri animasi negara.

Hasinya kini kita bukan sahaja boleh berbangga dengan Upin dan Ipin, tetapi
juga BoboiBoy. Tahniah kepada tenaga kerja kreatif yang menghasilkan siri animasi ini.

Syarikat ini bernaung di bawah Multimedia Development Corporation (MDEC) di Cyberjaya yang menyediakan telah geran kepada mereka.

Animasi yang dihasilkan sebanyak 13 episod ini kini boleh disaksikan
di TV3 pada setiap hari Ahad jam 7.00 malam.
Kos penghasilan animasi yang bercorak aksi super hero ini adalah
sebanyak 2.6 juta Ringgit.

Tetapi satu jer aku tak puas hati....
kenapa TV3 asyik ulang episod yang lepas jer.....
Bosan aku..... Cakap ada 13 episod.
Siarkan ajerlah episod yang seterusnya....

Sunday, May 15, 2011

Suspek simbah Asid

Heboh dua tiga menjak ni pasal simbah asid.
Kesian aku dengan mangsa2 yang dah kena.
Berat betul dugaan yang diorang kena tanggung.
Kurang hajar betul yang tukang simbah tu.
Setiap sesuatu tu ada pembalasannya.

Sama2 kita berhati2 dengan orang yang kita tak kenal pas ni...
Ni nak share lakaran wajah suspek.
Dia ni ader dendam yang terbuku dalam hati dia kut....
Moga2 dia Insaf dan di Ampunkan Allah.



Aku rasa macam dalam citer "criminal minds" plak...
Tak der ker pasukan dari unit BAU ( Behavioral Analysis Units )
nak tolong selesaikan kes ni....?




FOLLOW UP....

semalam tgk berita tv3 cakap seorang lelaki yg menyerupai wajah lakaran suspek datang serah diri kat balai...dan setelah disiasat pihak polis cakap laki tu takder kaitan ngan kes ni sebab dia ada alibi.....

Kita kata "dia" tapi "kita" pun sama jer

Hobi aku kebelakangan ni adalah dengar radio2 online dari negara2 jiran kita macam indonesia dan singapura. Radio indie pun aku layan gak.
Ada satu radio indie tu bersiaran dari rumah dia jer...
pilihan lagu pun mengancam
tak boring aku.
Boleh pulak sambil2 bersiaran tu DJ tu
sakat2 member dia yang tengah tidur kat ruang tamu Pendek kata memang happeninglah radio indie ni.


Okay berbalik pada topik asal,
tadi masa aku ngah layan Stesyen Ria FM dari singapura.
Terdengarlah penjelasan dari pihak radio itu akibat dari keluhan dan ketidakpuas hatian pihak2 artis tempatan singapura akan lagu2 mereka yang tidak dimainkan atau tidak diperdengarkan pada waktu perdana. Mereka mempersoalkan yang stesyen radio disana seolah-olah pilih kasih. Lebih suka mainkan lagu2 dari Malaysia dan Indonesia. Aku respeklah cara dia jawab kat artis diorang. Penjelasan yang mantoppppppp.

Antara isi penjelasannya. Mereka haruslah memilih lagu2 yang berkualiti dan disukai oleh
pendengar sendiri. Siap suruh artis diorang dengar lagu dari Malaysia dan Indonesia, lepas tu compare ngan karya mereka sendiri. Dia juga hairan mengapa hak media untuk memilih dipersoalkan? Kalau mahu lagu diputarkan perbaiki kualiti lagu anda.

Lebih kurang gitulah apa yang aku paham.
Cuba kita lihat perkara ini dalam konteks Malaysia sendiri. Sebelum kebangkitan muzik2 indie kat negara ni, banyak yang kita dengar pasal perkara yang serupa. Lambakkan artis Indonesia yang membanjiri industri muzik Malaysia begitu membuatkan jiwa2 pemain industri tempatan tak senang hati. Paling tak puas hati bila lagu2 dari negara ni sangat sukar untuk menembusi pasaran Indonesia. Mulalah keluar statement2 yang cakap stesyen radio pilih kasih. Ada pulak tu sampai wartawan pergi temuramah penggiat seni kat negara seberang tu....kenapa lagu2 kita susah nak dimainkan.

Pada aku jawapannya....sama macam jawapan dari pihak RIA FM untuk artis2 mereka.


KUALITI....KUALITI....KUALITI..KUALITI


Kalau kita ada kualiti jangan risaulah masanya pasti akan tiba.
Tengok macam Yuna, Aizat Amdan dan Lady Gaga.
Kesemua mereka ini membuktikan segala usaha dan penat lelah
telah menjadikan mereka sepertimana yang kita lihat hari ini.
Ketiga2 mereka memberikan sesuatu yang
sangat perlu
ada dalam sesebuah lagu iaitu Kualiti.
Kerana dengan kualiti kita akan dengan perlahan2
"memaafkan" kekurangan meraka.


Kalau kita masih menanti jawapan kenapa lagu2 Malaysia susah nak masuk Indonesia, Lebih baik kita bagi jawapan untuk Singapura kenapa lagu2 diorang susah nak masuk Malaysia. Kalau ada pun sorang dua jer. Sebab kalau kita tak boleh nak bagi jawapan tu....bagi aku...

Kita kata "dia" tapi "kita" pun sama jer

Saturday, May 14, 2011

BLOGLIST ITIK KUNING

JEMPUT MASUK BLOG MEMBER AKU NI....
BEST OOOO
KLIK JER GAMBAR ITIK KUNING TU...





Kategori B

MY GO (B)LOG

KEPADA ITIK KUNING..... SORRY TDM TAMAK....
SEBAB TDM RASA LAGI 2 ITIK NI KIUTTT GAK...
WALAUPUN SALAH SATUNYA CUMA SETENGAH ITIK
....



Pemuda Idaman Merantau - Aku Yang Terasa Pulak...

Semalam kan satu negara menghadapi masalah nak akses Blogspot,
termasuklah aku pun kan......

Sebab tak tau nak buat apa,
maka aku pun saja2 berkunjung kat website2 lain.
Akhirnya secara tak sengaja aku termasuk kat link youtube
"pemuda idaman merantau" ni. Saja test dengar...


Wow....bagusnya...mesti bakal popular tak lama lagi...
band baru ni....tapi lagu tu menusuk kalbu lah...
Lirik lagu tu pendek jer...
tapi betul2 buat aku terasa bila tengok video klip dia...

kenapa aku terasa?????????????
Korang tengok sendiri video tu....



Ni lirik lagu tu... (yang warna kuning jer..)

Aku berada di negeri Seberang,
Ikhlaskanlah diriku untuk merantau,
Hapuslah semua air matamu,
Kuatkanlah diriku untuk bertahan.

Memang sekarang aku adalah anak rantau yang jauh
dari pangkuan keluarga tersayang.

Dah macam2 dugaan yang kena kat aku.
Kadang2 tertanya2 juga kenapa payah sangat

jalan yang terbentang dihadapan aku ni.
Terdetik juga dalam hati kecil aku ni, adakah ini balasan yang aku harus terima diatas sikap aku pada Arwah Ayah aku dulu?

Melihatkan kehidupan kawan2 yang sebaya dengan aku hari ini, lagi buat aku rasa macam kerdil jer. Bukan aku dengki, tapi sedikit ralat jer...kami sama2 membesar dipersekitaran yang sama, mempunyai guru yang sama , kemahiran yang hampir serupa, tapi hakikatnya kini nasib mereka jauh lebih baik dari aku sendiri.

Dengan keluarga pun kadang aku rasa segan juga. Dulu aku macam boleh nampak masa depan yang sangat baik sedang menanti aku. Tapi hari ini semua tu masih sesuatu yang tak pasti. Tapi satu yang aku syukuri, biar sehebat mana pun dugaan yang kena dekat aku, tak pernahlah pulak aku rasa down sangat2 sampai putus asa dengan hidup ni. Masih mengharap sinar yang akan menerangi kehidupan aku kelak. Selalu set dalam kepala otak aku ni, Allah tak kan menguji hamba2 nya melebihi dari apa yang mampu ditanggung oleh hambanya.

Siapa tahu berkat aku bersabar, akan ada kemanisan yang tersimpan rapi untuk aku nanti. Hanya padaMu tempat aku berharap.


Ku ingat ibunda dan kampung halaman,
Ku rindu dirimu, pujaan hatiku.

Mak aku adalah insan yang selalu aku kenang bila ada kat perantauan ni.
Rasa bersalah pun kadang2 terbit bila teringat kat mak.
Patutnya Mak dah betul2 boleh rasa nikmat memiliki anak lelaki macam aku ni, tapi aku bukan macam yang aku inginkan...Memang mak diam jer...tapi aku tahu dalam hati, dia risau dengan aku. Walaupun aku susah macam ni aku harap mak jangan risau sebab aku masih boleh bertahan dengan dugaan hidup ini. Tapi aku bersyukur juga sebab abang dengan adik dekat dengan mak. Diorang selalu jenguk mak. Kakak pun kadang balik juga jenguk mak. Semoga kesihatan dan kesejahteraan milik mereka. Lindungi keluargaku Ya Allah.

Aku akan pulang untukmu sayang,
Takkan lelah hatiku tuk mengejar mimpiku,
Aku akan pulang...ohh... tuk mengikat janji.....

Ya tak akan sesekali aku mengalah dengan takdir hidup aku ini,
Impian itu masih tersemat indah didalam kalbu,
akan ku perjuangkan demi sebuah mimpi yang aku ingin jadikan kenyataan
Tiba masa aku akan kembali untuk menyunting permaisuri hidupku....walau siapa pun engkau...
Rahmatilah perjalanan Hidupku kelak Ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin...


Thursday, May 12, 2011

Seribu satu Faedah Lalat Pada Manusia


Dah lama aku tak feeling ala-ala ahli falsafah terkemuka kat arena blog ni kan.
So malam ni aku dah pilih satu tajuk yang sangat buat aku teruja nak menulis.
Gigih ni gi buat research usai habis aku menonton drama "all men are brothers" kat TV8.

Tapi sebelum itu hayati dahulu petikan hadis ini,

Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Definisi Lalat,

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang.

( siapa tak tau Sedehhhhhhhhhhhhhhh)

Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

( ooo cam gajah pulak kan...)

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara hidupnya yang suka mengunjungi tempat2 kotor seperti tong sampah, rumah2 yang korang leh nampak cam tong pecah tu pun dia suka gi gak.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang jijik lagi kotor, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur. Lihat gambarajah dibawah untuk rujukan.....

Sungguh tak sopan ko wahai lalat....


Ok habis bab teori sekolah....terima kasihlah kat "uncle wikipedia" for the info. Sekarang masa untuk kita masuk ke bab yang sebenar....

Kajian telah dilakukan terhadap lalat dan mendapati ada kuman2 virus yang hidup didalam tubuh kerdilnya berfungsi dalam membunuh kuman2 bakteria. Kajian terhadap lalat rumah jenis Musca Domestica menunjukkan , ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa. Kuman-kuman ini adalah penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

J.I. Duncan pada tahun 1926 menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria atau bacterial substances di dalam usus lalat rumah. ( Korang bayangkan camner lah bentuk usus lalat tu kan? )

Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji (tak der kena mengena ngan Rani mukherji...) mendapati, lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Kan canggih tu...


Lalat Dan Penawar Yang Menakjubkan

Maksud sabda Nabi Muhammad “celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar” lebih mudah untuk difahami pada abad kedua puluh ini, hasil dari penemuan-penemuan sains yang begitu menakjubkan.


Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva amat bermanfaat kepada manusia. Mengikut S.K. Livingston dan L.H. Prince, lalat digunakan untuk merawat luka-luka yang bernanah pada abad keenam belas.



Pakar bedah di zaman Napoleon yang bernama Larrey mendapati, kesembuhan luka-luka akan cepat berlaku apabila lalat berbentuk larva di ‘celupkan’ ke dalam luka-luka! Teknik rawatan yang sama juga digunakan ke atas tentera-tentera yang cedera pada Perang Dunia I. Pakar bedah sering kali menggunakan larva untuk merawat penyakit radang tulang atau osteomyelitis dan kematian sel atau gangrene. Jenis lalat yang sering digunakan untuk rawatan ini, terutamanya di Eropah, ialah lalat rumah Musca domestica di samping jenis-jenis Lucilla sericata, Lucilla caecar, Phormia regina dan Wohlfahrtia nuba.

M.A. Stewart pada tahun 1934 mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii.


Pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan satu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel.Pada hari ini, larva lalat tidak lagi digunakan untuk rawatan kerana sains moden mampu menyediakan bahan-bahan kimia yang dikeluarkan oleh larva ini di dalam makmal, terutamanya allantoin, ammonia dan kalsium karbonat, terima kasih kepada lalat.


Rumusan Daripada Hadis

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor di dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat, yang membawa kuman-kuman kepada makhluk yang lain, contohnya manusia. Di dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammad menyebutkan tentangnya pada abad ketujuh lagi. Berhubung dengan konsep lalat mengandungi penawar, ia hanya difahami pada abad kedua puluh. Pada Perang Dunia Pertama lalat di peringkat larva digunakan untuk merawat luka-luka oleh pakar-pakar bedah.


Maka dengan itu haruslah kita sebagai manusia bersyukur dah bertasbih di atas Kebesaran Allah. Sesungguhnya Dia tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Hatta seekor lalat yang dipandang jijik oleh kebanyakkan manusia.


Credit untuk website ini...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=97.0

Tak lupa untuk Uncle Wikipedia... :)

Monday, May 9, 2011

Yazid & Awanis, Selamat Bersama Selamanya...


Okay...Okay.... Aku tau aku dah jauh ketinggalan stesyen keretapi yang sepatutnya.
Hanya Tuhan jer yang tahu betapa terkejutnya aku bila aku masuk FB Awanis....dan aku nampak bender ni....

Mata aku masih cam sengal2 lagi ni......terkejut ni....terus masuk page Yazid plak....tengok status dia....tetiba nampak plak yang ni....

Maknanya....Confirm lah tu kan.... He..He...He..
Diorang bertunang bulan April.... sekarang dah bulan Mei....bagusnya dapat member cam aku ni kan....hu3

Yang sebenarnya masa mula2 dulu memang aku cam dah perasan Yazid ni cam syok kat Awanis...tapi masa tu aku teka2 jer lah guna sixth sense aku yang tak berapa nak ada ni....
Last2 rupanya jangkaanku benar belaka..... Amboiii hangpa berdua diam2 nooo.......

Apa pun tahniah dari aku untuk korang berdua....
Couple yang sweet2 jer ni.....

Untuk Awanis...ko jangan risau...walaupun dah lama tak jumpa Yazid tu....
Tapi sepanjang aku kenal dia..dululah..time sekolah...dari darjah satu sampai tingkatan 3 aku sekelas dengan dia....komen aku....dia baik lah....memang boleh jaga ko InsyaAllah hingga ke akhir hayat. Macam lagu "For the Rest of My Life" tu.... Bukankah aku pernah bagitau kau satu petikan dari ayat Al Quran yang bermaksud lebih kurang gini maksudnya...kalau salah tolong betulkan yer.... "....perempuan2 yang baik, adalah untuk laki2 yang baik, laki2 yang baik adalah untuk perempuan2 yang baik...." (Surah An-Nur Ayat 26 )

Untuk Yazid plak....Tahniah sebab dapat memiliki sekeping hati yang indah luar dan dalamnya. Walaupun aku jadi cam rapat sikit2 ngan tunang ko ni sebab FB sebelum ni...aku dah cam kenal dia banyak gaklah...cukuplah untuk aku tahu keikhlasan hati dia.... Dah feel cam adik beradik lah plak...hu3 .....Kau bertuah....mungkin juga sangat bertuah.....Jagalah anugerah terindah ini dengan sebaik-baiknya....Moga kalian berjaya bersama impian yang menggunung tinggi....









...TAHNIAH...KAHWIN JEMPUT AKU...

Sunday, May 8, 2011

Nenas tu tajamlah..Nenas tu inilah..itulahhh tetapi yg sebenarnya..


Adakah benar ataupun cuma sekadar mitos. Selalu kan kita dengar nenek kita gi nasihat mak ngan mak-mak sedara kita yang lain, jangan makan buah nenas..tajam katanya. Sehingga hari ni masih belum ada kajian secara terperinci telah dilakukan oleh mana2 pakar mengenai perkhabaran yang sangat menakutkan para2 ibu yang sedang mengandung atau sedang merancang untuk hamil. Aku tak kata pulak yang petua orang2 tua tu tak betul...sebab kajian terperinci pun belum dilakukan. Tapi memang ada yang mengatakan ada sejenis bahan dalam nenas muda yg boleh menggugurkan kandungan. Ketepikan dulu soal itu sebab aku nak citer pasal khasiat nenas, buah yang selalu orang salah faham selama ini.

Dek kerana ketakutan itu telah menyebabkan ramai diantara kita yang sudah tersalah anggap dengan khasiat sebenar buah yang sangat subur tumbuhnya dibumi Malaysia yang bertuah ini. Tahukah anda Nanas mengandungi begitu banyak lambakkan vitamin dan enzim didalam pati sari buahnya.
Buah yang memiliki sisik ini mengandungi kadar vitamin C yang sangat tinggi yang amat diperlukan oleh tubuh untuk membantu menyembuhkan luka dan penyerapan zat besi ke dalam saluran darah manusia.

Ni nenas ker durian?????

Juga mengandungi vitamin B1 yang berfungsi dalm membantu proses penghadaman serta melicinkan proses pencernaan dalam usus. Manakala vitamin B3 bersama kandungan karbohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman berada dalam keadaan yang sihat. Ni memang aku leh confirmkan khasiatnya. Sebab memang aku dah rasai kebaikannya selepas setiap kali aku ker toilet ha3. Clean & Clear....

Bahan paling hebat yang terkandung dalam Nanas adalah sejenis enzim yang dinamakan sebagai "Bromelin".

Tahukah anda apa itu Bromelin?????

Bromelin adalah sejenis enzim yang sangat bermanfaat di dalam sektor perubatan dunia. Digunakan secara meluas semasa pembedahan didalam mengawal pembengkakkan , jangkitan dan menghalang pembekuan darah.

Digunakan sebagai anti keradangan pada pesakit arthritis rheumatik dan arthritis tulang. Merawat keradangan tulang pada lutut dan bahu. Bromelin juga digunakan sebagai bahan asas dalm menghasil produk perubatan yang boleh :

  • Melegakan sakit sendi dan otot
  • Melembutkan kulit kematu
  • Menghilangkan kulit mati dihujung jari dan celah kuku
  • Membaiki kuku yang rosak
  • Membaiki tumit merekah
  • Membaiki kulit kering dan bersisik

Kalau nak citer khasiat buah ni memang tak habislah.... aku sendiri memang suka amalkan makan buah ni. Kalau rasa nak demam makan jer sebijik buah nenas...InsyaAllah badan kembali sihat. Tak caya trylah.


Cuma satu masalahnya, kebanyakkan orang tak suka nak makan buah ni sebab susah nak kupas kulit dia kan? Tapi korang kena ingat sesuatu yang bagus tu selalunya susah untuk kita dapat macam tu jer. Itu hikmah ciptaan Allah. Macam nak dapat madu lebah...susah kan...? Tapi khasiat madu korang sendiri pun tahu. Macam tu juga nenas, meskipun kulitnya bersisik dan boleh menyebabkan lidah kita gatal lepas makan buah ni, ada rahsia besar disebalik semua itu. Bersyukur kita kepada Allah sebab buah nenas ni boleh hidup subur dinegara ini. Selain sedap...harganya pun murah jer. Mampu milik tu....ha3 macam nak beli rumah pulak kan.

Disini ada satu tips yang aku jumpa kat internet....cara2 nak elakkan lidah dari gatal lepas makan buah nenas. Sebelum makan rendamlah seketika potongan buah nenas didalam air garam. InsyaAllah tak gatal lidah korang lepas makan. ( aku tak test lagi kaedah ni...he3 kita test sama2)

Apa pun buah ni memang menjadi kegemaran aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selamat mencuba dan selamat beramal.....

Monday, May 2, 2011

Bakal superstar dunia Dari Malaysia - Yunalis Zarai

Bunyi cam melampau jer kan..
Tapi iu hakikatnya. Selama hari ni aku cuma kenal minah ni dengan lagu "Dan Sebenarnya"
Sejak akhir2 ni bila aku tengok dia perform kat Anugerah Bintang Popular baru2 ni, sungguh aku tak sangka rupa2 pemilik nama Yunalis Zarai ni adalah seorang penyanyi yang sangat bagus dia punya "soul" dalam nyanyian.
Tak perlu tarik note tinggi2 getaran suara dia tetap boleh buat bulu roma kita meremang. So dengan bantuan "pakcik google" aku pun cuba search lagu2 dia yang lain.


Maka terdengarlah oleh aku akan lagu "Deeper Conversation". Komen aku....."bagus bangettttttt ini lagu. Kenapa aku tak sedar selama ini lagu ni dah lama berada dipasaran "youtube". Memang gilerlah....memang gempaklah anak tempatan boleh create lagu yg hebat macam ni. Kira dah setanding ngan kehebatan lagu Falling Slowly dah. Tahap sastera inggeris Yuna pun memang setanding karya Hollywood, ianya sangat asli dan sangat puitis. Masa dia perform
kat Chicago hari tu pun, orang putih bukan main suka ngan Yuna ni. Tak caya gi cari kat youtube, tengok sendiri.

Buat Yuna, maaf sebab terlambat minat kat ko...ha3
Buat artis Malaysia yang lain...kena banyak belajar ngan Yuna walaupun
ada antara korang yang dah master dalam industri ni kerana ternyata she's got something...super something yang tak der kat korang. Jangan marah, kadang2 kenyataan tu pahit untuk kita terima.

Seperti yang dah ramai tahu Yuna ni dah pun sain kontrak ngan label antarabangsa yang terkenal kat amerika tu. EP dia yang mengandungi 5 buah lagu telah pun selamat dipasarkan di itunes. Cuba lah korang try cari nama Siti Nurhaliza kat situ confirm takder. Peminat Siti jangan plak marah aku...itu kenyataan. Begitulah kehebatan Yuna. Seindah namanya, kini dia sedang menikmati keindahan saat2 menjadi seorang artis yang berjaya. Jangan lupa diri sudah. Akhir sekali, terima kasih sebab cipta lagu "Deeper Conversation". Memang super lagu tu combine dengan vokal Yuna yang memukau tu. Patutlah Yuna ni diberi gelaran Norah Jones Malaysia. Tak mustahil menang Grammy Awards tak lama lagi. Aku yakin Kau boleh Yuna. Go...go...Yuna. Chaiyokkkk....

Tak percaya gi lah website itunes atau boleh terus klik sini untuk tengok Yuna di itunes

Cuci Sawang, Cuci Hati, Cuci Jiwa


Telah sekian lama blog ini kutinggalkan sepi. Bukan lupa, bukan jua dah tak sayang. Masih rindu sebenarnya untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam benak fikiran aku dalam "rumah" pengalaman hidup aku ni. Dengan sedikit kelainan, ku identitikan blog ini dengan satu jenama yang bukan lagi seperti sebelum ini.......Terima kasih :)