Monday, May 21, 2012

Selamat Tinggal Auntie Devani.... :(

Assalammualaikum....
Lama betul rasanya bang tak menghadap blog ni.
Malam ni abang nak share sikit pengalaman abang kat tempat kerja tadi..

Dalam jam 7.40 petang tadi,tengah abang sibuk2 ngan member abang untuk prepare barang yang nak di hantar keluar ke-esokkan harinya,
tiba2 datang Kak Amy sambil mata berair....

"***wan tolong telefon Kak Thulasi kejap"

"OK! Kenapa ni kak?"

"Devani...dia bunuh diri..."

"Auntie Devani ??? Bunuh diri? Biar betul."

"Itulah..dah kecoh dah kat luar tu...
Petang tadi dia balik pukul 5. Berapa kali anak dia telefon kacau dia hari ni.......bla....bla...bla......"


Itulah antara intipati yg berlaku kat tempat kerja abang petang tadi. Memang sayu sebenarnya untuk orang macam abang yg tau kisah sebenar Auntie Devani tu....apa kisah yg sebenarnya biarlah tersemat di dada ni jer...Yang pasti pemergian Auntie Devani bukan sahaja membawa kejutan yang bukan kepalang dikalangan kami rakan2 beliau...tapi jua membawa 1001 pengajaraan bermakna untuk bekalan menjalani baki kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini. Orangnya lemah lembut dan penyayang...tak pernah sekali pun dia buat muka dengan abang...Jujurnya walaupun tak rapat sangat dengan dia..abang sendiri hampir jatuh juga airmata bila tengok Kak Amy menangis tersedu-sedu tadi. Jelas terlihat ikatan yg terjalin antara mereka. Bertahun2 kerja bersama...dan kini selepas beberapa jam bersua muka dan berbual bersama, tiba2 kami dikejutkan dengan berita kematiannya yg penuh tragik...

Terdengar juga kata2 dari beberapa orang rakan...

"Mudahnya mengambil keputusan.....!"

Pada abang sendiri yg tau kisah sebenar...bukanlah satu perkara yang mudah untuk dia mengambil keputusan yang macam tu. Mungkin sudah tak tertahan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh tubuh yang kian dimamah usia. Abang tak kata yang tindakan dia tu betul...cuma untuk kita yang masih hidup...renung2kanlah...
Kita memilih masa depan kita...kita yg mencorakkannya....jangan sampai pilihan yg kita buat akan menjejaskan hidup kita....

Wassalam..