Thursday, August 6, 2009

Makan Lagi.....

Aduhhh kenyangnya perut abang…..

Tadi abang, Maliza ngan Shima pergi makan steamboat kat

restoran shabu-shabu yang enak lagi lazat itu….

Walaupun bertiga….

tetappppp meriah…sebabnya…..abang ada kan..ha…ha…ha….

Dengan 15 Hengget jer…..kita boleh bedal apa jer makanan yg

larat kita makan kat situ. Tapi maliza tu mula2 cam

malu jer amik makanan kat situ…

ada ker patut dia gi ambik udang dua tiga ketul jer kan….

Apa lagi ngan perasaan tak bersalahnya

abang terus gi top up udang tu…he..he…he…

Citer banyak pun tak guna kan….

Inilah antara yang kami makan….,

Tapi gambar mi goreng ngan ais krim tak leh letak lah…

tunggu kamera maliza…..gambar2 nie semua dari

handphone Abang yg konon canggih itu….

Ni semua Maliza ngan Shima yang makan


Sebab abang kan orang puteh...

so abang makan yang ini jer....

putih kerrrr????


Ceh.....Pose tetap...Cam Gadis AYU.....

YANG SEDANG KELAPARAN

Tahun depan leh lah register masuk

bertanding gadis melayu kat TV 9


shima beraksi pose Kenyang.....

Pelik benor abang Nengok nyer.....


Manusia2 Lain kat situ......


Tadi masa makan habislah kami ketawa bergegak gempita cam restoran tu abang yang punya kan….boleh pulak terjadi lawak spontan masa tu….Abang saja lah citer kat diorang berdua selain dari menu untuk buffet steamboat kat sini….

A' la carte pun ada…

Kalau nak order Fish and chip…ker…

Chicken Chop ker…ader….tinggal order jer….


Nak makan yang ini atau.....yang bawah nie....




tapi dengan tak semena-mena abang dengar diorang berdua bertikam lidah ala2 manja…maliza cakap chicken chop….Shima pulak ngan yakin cakap nama menu tu adalah “Chopstick”…..Hampir terjatuh abang dari kerusi time tu…..Chopstik katanya….


Cuba bayangkan kalau korang tengah makan kat restoran

tu....tetiba korang panggil waiter tu...

terus keluar ayat cam gini….

“Adik chopstick ni tak cukup masaklah….

boleh tolong masakkan balik….???”

Haruslah waiter tu pandang muka kita 300 kali kan……

Chop…chop…chop…..janganlah korang ingat

si shima ni very the kampung one ok…..

Dia tau…Cuma tersilap…..Biasalah abang pun kengkadang Tersasul juga...

Matilah abang kan ter mengata Sepupu Din ni....he..he..he..

Ampun shima.....

Chopstik katanya….

(ADA ABANG KISAH…)


.Petang tadi….Salah sorang manager yang baru balik dari USA tu ada bawa coklat bergantang-gantang banyaknya untuk kami disini….

So kaedahnya petang tadi adalah upacara memakan coklat

REGU berganti-gantilah kan…..

Sodap juga….well…..

Terima Kasih…..yer Puan Latifah…..

Abang nak snap gambar coklat tu petang tadi tapi

tak leh kan sebabnya telefon abang kena Virus Selsema Hanjeng tadi…geram tul abang…gi lah hantar kedai…melayang duit abang rm 20 hengget…just untuk format handphone….abang tak reti nak format sendiri handphone tu…..kalau computer abang pandailah nak formatkan…ini handphone tak pernah belajar pun…..tak per jap lagi abang nak gi buat research sikit pasal format handphone ni…pas ni kalau dah pandai tak yah hantar kedai lagi….yang abang paling suka plus happy giler2 nya selepas hampir 2 minggu lamnya handphone n70 abang tu tak leh nak connect ngan internet…. akhirnya dah boleh explore internet kembali…..maknanya hidup ku kembali ceria tak kira dimana jua abang berada,….dunia dihujung jariku….

Klah cukup dahulu setakat hari ini….Esok abang ingat nak buat posting pasal manusia yang berlagak giler…..Tunggu………Wassalam…

Monday, August 3, 2009

Pelajar Perubatan Versi Kilang....

Abang nak postpone dulu kisah akak abang tu….masalahnya infonya masih kurang lengkap…so malam ni abang nak citer pasal apa yang jadi kat kilang tadi….

Untuk pengetahuan korang, kawasan manjung ni boleh dikira sebagai Hot area juga untuk penyakit virus selsema babi H1N1 tu…So disebabkan keadaan yang makin serius ditambah pulak ada beberapa orang manager kilang tempat kami kerja ni yang baru balik dari USA..atas urusan kerja, maka kami semua dinasihatkan supaya memakai topeng untuk tujuan pencegahan penyakit yang berpunca dari Babi aka Khinzir tu….

Maka dengan tak semena-mena keadaan dalam kilang dah bertukar rupa…..Abang tengok dah macam kolej perubatan dah…..Dokternya….Dah tentulah abang kan….Nyorokkkkkkkkkkkk
So apa lagi Lets kita lihat wajah2 student “Kolej Perubatan” kat kilang tempat abang kerja ni…

Dr Liza...pelajar perubatan Tahun ke 17...
Dokter pakar bahagian Shipping

Dr Asmah, Pelajar perubatan Tahun Ke 18
Dokter Pakar bahagian Store Clerk


Dokter Maliza, Pelajar Perubatan Setahun Jagung
Dokter Pelatih Bahagian Shipping


Doktor Din, Pelajar Perubatan Tahun ketiga
Dokter Pelatih Bahagian Planner


Dr M (Tulisan Dari Manjung) Pelajar Perubatan Setahun Rambutan Dokter Pelatih Bahagian Job Order...

Amacam Kelas tak Kilang tempat abang kerja.....
Dokter jer ada lima enam orang....

Tadi masa kat kilang Maliza ada tunjuk kat abang, dia ada beli blusher baru....
abang sajer cakap nak tengok...
tetiba abang tertangkap gambar blusher tu.....
Tertangkap okay......Okayyyyyyyyyy

Cehh.....pas ni leh snap gambar selalu ...bagus2



Nak tengok tak...tadi kat mah ada reka satu

jet pejuang.......jeng...jeng...jeng.....

Jet katanya.....

Dokter Maliza Mentelaah sampai larut malam...
Mengantuk sangat Sampai terlelap...

Dokter liza tengah Pose ala-ala
Nak masuk bilik pembedahan ni......

Promote jap.....
ni suasana dalam Restoran Shabu-shabu

Dokter-dokter pelatih
Baru jumpa Kamera....


Last sekali abang nak buat kuiz.....
Siapa kah yang berada di sebalik topeng itu....
susah betul soalan ni...
tak pernah ada soalan yang sesusah ini dalam
dunia ni......



Abang dah pening memikirkan jawapannya....

Abang chow dulu......Bye.....

Rentetan Hari Ahad yg penuh warna Warni


Sebelum apa2 abang nak citer abang suka giler roti ni.....

Sedap giler....ada rasa butter yg sangat kaya...

Walaupun harganya 4 ringgit...rasa roti ni mcm 10 ringgit..boleh???

Motif abang citer pasal roti nie....nak suruh Gardenia

panggil abang jadi Duta Roti ni ker????

Pagi semalam abang pergi kerja kat tempat kerja part time abang tu. So pepagi hari ahad tu pun abang dengan gigihnya pergilah masuk kerja walaupun dalam kegigihan tu sebenarnya lambat 10 minit juga kan.. Sampai kat tempat kerja Nampak Hanafi tengah rajin melayan Cuctomer ni. Abang pun cam biasa terus gi punch card. Sementara nak tunggu partner abang yang sorang lagi masuk, abang ngan Hanafi mentekedarah dulu murtabak mini yang abang beli se subuh tadi…Sedapppppp 4 singgit …..Habislah pecah lobang abang makan kat kaunter kan……tapi ader aku kesah….?

Rupa2nya tunggu punya tunggu…dah dekat pukul 8 baru tau…partner abang yg namanya hilmi tu masuk shift petang.


Pagi ni abang kena kerja ngan Nija…

ala kerani yang ala2 tu……..Nyorokkkkk

Bila nija sampai, Hanafi pun baliklah kantapi sebelum tu dia adalah pergi menerai…broadband nija yang laju cam petir tu…..kaedahnya nak buat email dipagi hari lah kan….sebab semalam masa dia ngan nija nak buat email tu…tak boleh2..tak tau lah napa kan….okay…abang paham…. Tengah sibuk melayan customer demi customer yg mencecah jutaan orang pagi tu…tetiba hanafi pun datang…dia cakap still tak leh juga…Abang pun pergilah tengok jap apa yang tak kena kan…..rupa2nya kome tau apa yang jadi….????? Mana lah nak bolehnya kan…kalau dah password yg Hanafi create untuk email dia tu panjangnya mak oiiii boleh buat karangan…Lepas tu abang suruh dia tukar…dia pun tukarlah…ada lah dalam 6 huruf abang tengok….pastu try lagi…tetappp juga tak leh…abang Tanya dia apa yang kau tulis Hanafi….dengan selamba dia jawab…aku tulis PONDAN…..Hek eleh,,…tak de perkataan lain ker….kelakarlah budak ni. Pas tu dia type lagi sekali…yg ni abang tak taulah dia type apa kan…tapi yg pasti memang Berjaya…Pelik kan…tak taulah napa, tapi bila campur tangan jari2 abang yg berkat ni terus boleh pulak….apa lagi bangga gilerlah abang kan….Baru nak bangga lebih2 baru teringat nija kat depan tu dah terkontang kanting sesorang tu….terus abang gi depan balik.

Tengaharinya pulak abang n the gang menerima kunjungan dari beberapa gerombolan pelajar2 IKM yang baru masuk kat IKM manjung ni…Kira diorang ni main game explorace lah….kan.. Masuk2 kat dalam terus Tanya abang apa nama bos tempat kerja abang ni…abang tak sure bos abang tu ber bin kan apa…abang teka2 jer…terus abang suruh dia Tanya nija…Nija pun bagitaulah kan….So begitulah yg terjadi selepas itu..segerombolan demi segerombolan budak2 IKM tu masuk kat tempat kerja abang tu…tapi kali ni diorang tak sempat Tanya, terus abang bagi jawapan…Diorang macam pelik jer…..Adakah abang seorang ahli nujum…????

Ada ketua satu team tu datang Tanya soalan. Lepas abang bagi jawapan…dia pun mulalah bagai nak rak ni gi bercerita kat abang tentang lorong2 yang dia jalan tadi, penatlah apalah…bla…bla..bla…..lagi…tengah abang sibuk2 ni kan boleh meluah perasaan pulak kat abang kan….teringin jer rasa nak jawab kat budak tu…Ada abang kesah…kau penat ker..kau lalu lorong itu ker..kan??? Tapi bila difikir2kan abang ni tergolong dari orang2 yg berjiwa suci….abang kuburkan jer niat abang tu….ERRRRKKKKK…….Suci ker?????

Petang tu balik….lepak2 kat umah..dan terus abang ber broadband sambil layan lagu2 yang best2 kan…tetiba dalam pukul 8 mak abang pun baru balik dari penang….akak abang pun turut serta…mak abang ajak abang gi makan kat shabu-shabu….abang masa tu dah kenyang kan….tapi bila fikirkan yang kakak abang nak balik malam tu juga kan …so terpaksalah abang temankan juga….sampai kat sana apa lah lagi kan….Mentekedarah lah kaedahnya…..malan kat sini ada steamboat…b.ayar 15 hengget jer satu kepala…kau boleh makan apa yang kau larat dalam restoran tu….so kesudahannya….abang kenyanglah kan…


Inilah Restoran Shabu2 yang Enak Dan Murah itu

Yang sebenarnya abang nak tulis banyak lagi...Tapi sekarang kan dah pukul 7.10 pagi abang nak gi kerja ni...so malam ni lah..abang nak citer pasal kakak abang plak..bye...

Saturday, August 1, 2009

Hikayat Lalat /Kantoi, peniruan dan Bakau Di Muara



Abang Dah giler...hari ni update

blog 4 tajuk terus....ha..ha..ha...


Seperti yang dijanjikan,

inilah kisah lalat ngan KAK mah


HIkayat seekor Lalat nukilan abang sendiri....


Aku adalah seekor lalat . Aku wujud didunia ini hasil perkongsian hidup sepasang kekasih yang juga berketurunan lalat. Bonda dan ayahnda aku telah lama pergi dari dunia ini. Aku kini yatim piatu.. Aku sebatang kara. Hidupku selalu dirundung malang. Dulu makanan aku banyak. Ada kilang ayam yang agak kotor yang menjadi tempat kediaman aku dahulu…..Tapi semua itu sudah tinggal sejarah…Kilang itu telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa kerana terlalu kotor. Aku sedih…tidak tahu kemana hendak ku layangkan tubuhku yang kerdil ini. Suatu hari, tidak beberapa meter dari kilang ayam itu aku terlihat sebuah lagi kilang. Pekerja nya agak ramai juga. Kelihatan Mereka menjinjing bekas2 makanan yg agak enak pada fikiran ku. Wah ini sudah bagus….bolehlah aku tumpang mencemarkan makanan itu.

Dengan sekonyong-konyongnya aku gerak2 kan sayanpku yang halus itu untuk membolehkan aku terbang kea rah kilang yang bakal menjadi rumah baru aku. Aku terlihat ada seorang perempuan sedang menolak daun pintu kilang tersebut, maka dengan pantas aku meluru ke arah pintu fuh….selamat..berjaya juga aku menyelinap masuk ke kilang ini. Aku pandang ke arah sekeliling ku…semuanya terasa begitu asing sekali. Bersih damai teratur…..dan memang bersih giler….ini bukanlah sesuatu yang aku harapkan. Aku buntu dan tidak dapat mengawal perasaan ku. Mahu saja aku keluar dari kilang ini….namun tidak ada sesiapa yang mebuka pintu waktu ini. Tiba2 aku terasa sejuk….

Adakah kilang ini menggunakan aircond…??? Bila masa pulak aku tau apakah itu aircond…??? Aku sudah semakin pelik dengan diriku….apakah aku sudah hampir menjadi gila…Adakah aku sudah tidak waras lagi. Aku pujuk hatiku dengan pujukan yang paling menyentap sekali….kukatakan pada hatiku……


ADA AKU KESAH……


Tiba2 aku seolah2 mendapat suatu kekuatan, maka aku hayunkan lagi sayapku dengan lebih laju. Sehinggalah pada suatu ketika aku terlihat disuatu sudut ada jendela kecil di tepi pintu yang tertulis perkataan STORE. Wah….kegilaan ini benar2 merasuk aku sekarang…kini aku sudah boleh membaca perkataan store…..Aku terus masuk melalui jendela itu….Ku terdengar suara orang sedang bercakap, lantas aku segera ke sana. Kulihat ada seorang perempuan dan lelaki yang sedang mengira2 sesuatu diatas meja…Tiba2 aku terbau sesuatu seolah2 minyak kelapa dara dirambut lelaki itu, maka aku pun terus hinggap dirambutnya….Mak oiiii wanginya….ini bukan minyak kelapa dara…ini minyak rambut herba yang ada bau daun pandan tu….Tiba2 aku jadi tak tentu hala…suhu yang dingin ini benar2 membuatkan aku sengsara dan lemah….aku mula terbang terhuyung hayang tiba2 aku lihat perempuan yang ada ditepi itu mula mengambil surat khabar lama dan mula menghempaskannya kearah aku…..aku megelak kesana dan kemari….penat aku….dalam kepenatan itu aku terdengar lelaki itu memanggil…. "Kak mah…lalat tu ada kat situ….” Ohhhh kak mah nama kau yer….tak per jangan harap kau dapat pukul aku….sedang aku berangan2 tu tetiba PAP….satu pukulan yang kuat hinggap ke daerah aku sedang berehat….melayang2 badan ku dek angin bayu yang terhasil dari pukulan itu…Hebat sungguh kau kak mah….aku lihat kak mah terus menghayun dan menghayun…aku elak dan terus mengelak…sekali tak kena…dua kali tak kena….tiga kali tak kena….tetiba….PAP…..aku terasa tubuhku seperti meleper…ada cecair hijau…mula mengalir keluar dari mulut dan badanku yang sudah pecah2….Sakit ya amat tatkala itu aku rasakan…tiba2 aku terbayangkan awek aku…kat kilang ayam sebelah….abang terpaksa pergi dulu ayang…..air mataku berjurai2 ketika itu, sudah tidak tertahan lagi kesakitan yang aku terpaksa tanggung…Dan demikianlah riwayat aku telah ditamatkan oleh insan yang bernama kak mah….Pada kak mah…..satu saja yang ingin kukatakan…..

“You are so…..serikandi wanita melayu terakhir…..”

Pukul aku pakai paper lama jer yer....

lain kali cari paper baru....

SEKIAN…..TAMAT



BLOG Abang Kantoi...

Dua tiga hari lepas masa abang tengah kira barang ngan kak mah….tiba2 muncul Fiza
dari bahagian sales datang tergesa2 ke arah kami bersama2 ngan Din…

Dari jauh aku dah Nampak ada sehelai kertas A4 ditangan Din…sambil tersenyum2 kemudian Din serahkan kertas tu kat abang….ku tenung betul2 kertas tu……Rasa cam nak tersembul biji mata…Ya Ampun….itu blog abang….cam ner leh ader kat Din…siapa yg gatal print blog abang ni kan…..

Lepas tu Fiza pun mulalah buka mulut, dia cakap dia yg jumpa. Sebenarnya dia saja jer type cara2 nak balut hadiah kat internet tadi….lepas enter jer search engine tu…tetiba dia Nampak blog abang….masa tu dia tak tau lagi blog ni abang yg punya…so dia klik ajer lah kan…tetiba dia ternampak satu pemandangan yang tersangatlah indah di ruang maya ini dan paling penting sangatlah dia familiar se sangat2…tentulah wajah abang n the gang,…..apa lagi habislah dia baca plus godek2 abang punya blog…..habis..dah tak der rahsia dah abang pas ni…he..he..he….



Memula tu cam cuak juga kan…cam nerlah ader orang lain yg leh tau blog abang nie…..tapi bila difikir2kan semula…..Ada abang kesah….bukannya abang tulis yg merapu2 sangat pun…..kebanyakannya kesah benar belaka….kalau ada yg tersentap….Ada abang kesah….???? Ada abang jemput si tersentap tu masuk blog abang ???? tak der kan…kalau tak der dah….gi main jauh2….gi buat blog sendiri tengok orang masuk ker tak…..yang paling penting…..adakah ini bermakna…..Abang Glamour plus popular…….sampaikan type balut hadiah pun keluar blog abang….Glamour ker?????

Inilah pemimpin yang abang hormati.....





Peniruan ker??????


Tadi ada tengok citer final Anak wayang kat astro ria…..ingat best lah kan….iklan cam gempak giler…..tetapi Ya ampun….azab….best tahap suam2 kuku jer….

gegar jer lebih citer ni….

Sejuta kali lagi best citer “pilih kasih”….

Citer GEGAR....


Pilih kasih dia ada teater sebab tu best giler….kepada anak wayang hentikanlah nak teruskan musim kedua kalau format program ala2 sedih cam tu….Sorry….ini kritikan jujur…sejujurnya dari abang….

Best Nak Lagi Citer ni....


Yang bestnya citer ni Cuma masa bila din beramboi ngan aznil ada….tu pun rasa loya campur nak muntah bila radio era tumpang sekaki promote peraduan yg kena bergambar ngan klon diorang tu….Abang tak tau lah diorang tiru idea suria fm ker tidak….Tapi rasanya yg mulakan konsep tu Suria Fm….bila dah Berjaya tetiba tengok era pulak buat bender yang sama….. so lu pikirlah…sendiri…


BEZAKAN KEDUA2 GAMBAR DIBAWAH


Ala sedehhhhhhYang paling mengancam bila dia jemput erra fazira yang juga merangkap isteri kepada engku imran iaitu…bos suria.fm…tak ker kelakar tu…..hampeh….mesti erra dalam hati dah berdetik2…tapi still professional…camtulah bagus kan….



Bakau Di Muara


Ok hari tu janji nak letak gambar kat Bakau Di Muara yg Lazat itu…..so inilah dia….

Bahagian Kaunter.....
sEdap giler........HiDAngan....Licin...Kak Mah, Kak Yang, Maliza Ngan DinCehhhh Control cun...Sudah2 lah tu,,....segan ni....lain kali pulak.....



Friday, July 31, 2009

malam yg sibuk.....

Semalam tak sempat nak update lah….sibuk sangat…

(ceh….sibuk konon…adakah abang seorang manager….)

Sebenarnya semalam abang tengok citer “ketentuan”

alah…slot cerekarama minggu lepas….Korang pun tau abang

Cuma layan tengok tv hari selasa jer…so sabtu minggu lepas

memang tak hinggin pun abang buka tv malam saBtu tu….nak dijadikan

citer masa abang masuk blog kawan2 abang yg lain…diorang punyalah puji

melambung citer ni…..tu yg panasaran tu….

bebudak kat kilang pun cakap citer ni best tahap gaban….

Abang pun apa lagi dengan penuh kegigihan terus pergi download citer tu kat

youtube….nasib baik ada….

So kaedahnya malam semalam sambil baring2 atas katil terus layan citer nie….


hampeh korang tau…sedih ya amat….

masa anak dia cakap…kalau mak dia tak dapat beli

motor betul…motor mainan pun tak per…..siuttt jer abang

termenangis pulak masa tu…memanglah citer

melayu selalu stereotype cam tu jer memanjang kan…

tapi yg nie ada lah lain sikit….


bolehlah kan….pasal gambar kat bakau dimuara tu malam ni baru boleh abang letak……abang ada buat citer baru mengenai hikayat seekor lalat yang akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam ditangan kak mah……sooo tunggu….abang nak gi kerja nie……Mamposlah aku update blog pukul 7.20 pagi…gigih tu….he..he..he….

Wednesday, July 29, 2009

Penjual Nasi Lemak dan akaun bank abang...

Masa nak masuk kerja pagi tadi abang pergi beli nasi lemak kat gerai tepi jalan nak ke kilang abang….Memang abang biasa beli kat brother tu….tetiba masa dia tengah bungkuskan bihun abang…dia pun mula lah borak2 ngan abang…



(penjual) Kilang tempat abang kerja ni memang kena masuk awal ke?


(Abang) Taklah …masuk pukul 8 pagi…


(Penjual) Ooo biasa ada juga sorang laki putih2

tinggi2 naik motor selalu datang beli nasi lemak kat sini …

tapi dia mesti datang lambat sikit….


(Abang) Ooooo itu kawan saya tu…

saya hari2 makan dengan dia…dia memang

selalu datang time2 cam tu….



Dah habis berjual beli….abang pun berangkatlah ke kilang….Bila dah pukul 8 pagi…abang terus pergi kat Din…dan cakap kat dia….


(Abang) Din…tadi brother yg jual Nasi lemak

tu ada Tanya pasal engkau….aku pun citerlah kat dia…

pasal apa kau selalu datang lambat2 sikit dari orang lain…


(Din) (Dengan bangganya sebab brother tu notice kat dia kan…)

Oooo tadi pun dia ada citer kat aku…

dia cakap tadi ada sorang mamat pakai

baju sama ngan aku beli bihun…badan dia besar2 sikit…..



Pergh……Sentapnya abang….

"besar2 katanya…..”

Apa tak cukup lagi ker abang diet kan…..ni maknanya kena gigih lagi ni….he…he…he…


Akaun Bank.....


Tadi kat tempat kerja….Maliza ada citer kat abang….masa dia masuk kat bilik sha…kat akaun department…dia Nampak lah sha nie tengah ber 3G dengan tunang nyer….maka berdetiklah dihati dia….canggihnya….jealous lah tu kan….so abang pun cakaplah kat dia,

Apa susah, kau belialah satu handphone 3G bukan mahal pun……

( ceh….tak mahal konon…abang beli

secondhand n70 pun RM400 lebih…)

(maliza)Alah mana ada duit….


(Abang)Tak yah lah kau nak menipu…

gaji kau kan banyak….


(maliza) Ishhh mahal lah tak nak aku… Aku nak simpan duit….

malaslah nak belanja2 ni…. Aku kalau duit

dalam bank aku tinggal RM 3000

pun aku dah rasa sikit….cepat2 aku top up balik….

tu pun kadang2 ambik juga….

tu yang asyik ada RM 3000 jer dalam bank tu….

Wah statement….very the penyimpan duit tegar ni….

harus dicontohi….

Abang pulak tak nak kalah kan

terus keluar statement cam ni plak…


Aku pulak kalau tengok duit dalam akaun bank

aku tu tinggal RM 60 RIBU…terus aku rasa macam

tinggal sikit jer duit aku dalam bank….terus top up balik….

(Walhal….berangan jer lebih…..)

Apa lagi kansi Maliza ni terus letak muka atas meja…dan kemudian aku Nampak badan dia bergoyang2…..ketawa cam hapa ntah….maksudnya…tak percayalah tu kan….

Tapi bolehkah akaun bank abang memiliki angka itu….harap2 lah kan….

60 K konon....mimpilah...ha..ha...ha..


Sekarang ni pun tengah belajar menyimpan…..

Niat dihati nak tulis macam2 tapi abang nak pergi bersiap2 sebab malam nie abang n the gang nak gi makan kat restoran Bakau Di Muara yang Lazat itu…..Nanti Abang tangkap gambar kat situ letak sini….Apa pun bye…jumpa lagi…..

Tuesday, July 28, 2009

Pantang Larang Yang Tak Logik…Langsung


Dulu-dulu masa kecik mesti korang semua pernah mengalami pengalaman yang serupa dengan abang…yerlah orang tua dulu2 kan suka bagi kita budak2 pantang larang yang mengarut2 kebanyakkannya bertujuan untuk memudahkan kita mengikut arahan mereka tanpa banyak bertanya…antaranya yang abang masih ingat…..


Kalau makan…jangan suka berubah tempat..

Maksudnya kalau makan nasi atas meja…jangan pulak lepas dua suap korang pergi gatal makan bersila atas lantai pulak kan. Lepas dua suap lagi pergi pindah duduk atas sofa pulak. Habis lagi dua suap korang pergi pulak makan tepi TV…..memang mak ngan abah masa tu tengok gelagat korang rasa cam nak suap mulut korang ngan cabai burung jer masa tu….. menjadi kerja pulak diorang yg kena sapu tempat makan korang yg bersepah2 tu....tapi diorang bijak….so guna psikologi lah kan…terus keluar pepatah yang begini bunyinya…


Kalau makan asyik berubah tempat…nanti kahwin banyak kali….



Tapi kan….ini kalau pompuan…mungkinlah diorang takut….tapi kalau budak lelaki….

Kecik tapak tangan nyiru hamba tadahkan…..apa lagi…Nyorok…bakal makwe tengah asah pisau tu…

Bakal awek abang....perghhhh beranganlah.....


Yang kedua , Kalau tengah masak jangan menyanyi…

Yerlah tengah kacau2 gulai nangka tu…korang pulak siap tarik high note jacklin victor lagi….maunya menyembur 7 liter air liur dalam gulai tu kang….


so untuk buat korang takut, ibu bapa korang pun berpesan…. “Timah…jangan nyanyi time masak…nanti esok kahwin ngan orang tua…” Maunya tak fobia budak zaman tu dengar nasihat yang cam tu….tapi untuk yang kesekian kalinya….pepatah ni dah tak relevan untuk zaman ini di mana banyak wanita2 jelita anggun lagi muda memilih untuk berkahwin ngan orang tua…Kaedahnya…

biar tua asalkan harta kau berbillion-billion2….

Kau ada benda nie baru boleh sembang kahwin...



Seterusnya, Jangan potong kuku waktu malam,

nanti kuku tu mati tak nak tumbuh dah.


Pantang larang ni lebih kurang sama ngan

Jangan menyapu waktu malam…tak baik…

Apa yang tak baiknya ntahlah….tapi sebab yang sebenor-benornya…zaman dulu mana ada letrik…pakai lilin ngan pelita jer….kalau tak hati2 mau terpotong jari time ketik kuku tu…apa lagi memancutlah darah korang yang suci tu kelantai rumah…pas tuh merengek mengada2 minta simpati….kalau menyapu pulak…dah nama pun gelap kan….

Mesti korang sapu tak bersih punya…..



Yang sebenarnya banyak lagi…tapi abang malaslah…sebab nak tengok citer betty jap lagi…ok ini dia yang terakhir…..

jangan pakai seluar dalam masa gali kubur…..

sebab nya nak tau…..nak tau ker….pantang larang ni abang kandung abang berikan pada abang….tapi yang ni memang abang percaya…dia cakap jangan pakai seluar dalam masa gali kubur…tak boleh….

sebab kalau nak gali kubur kena pakai CANGKUL……

ada paham…..marah….???? Ada abang kesah…..???? Ada tak rasa2 cam nak cangkul abang,,….???? Nanti abang Nyorokkk dulu…Bye….