Sunday, March 9, 2014
Tahap Berfikir yang semakin Parah
jangan hanya menerima bulat2kaji dan berfikirlah warga malaysia.
Ini print screen dari perbualan di FB tadi... Biarlah aku rahsiakan siapa identiti orang itu...
Mula2 aku nak biarkan jer...tapi atas rasa tanggungjawab aku terpanggil untuk jelaskan
yang mungkin maksud orang yang mempersoalkan isu kapal selam dalm kes MH370
lain dari yang di fikirkan olehnya....Namun....
Tapi dari kata2nya...Jelas cara berfikir kebanyakan rakyat Malaysia semakin parah.....
Sunday, June 9, 2013
Selepas 9 HARI
Monday, May 6, 2013
Kita semua BANGSA MALAYSIA
perkauman, masih ada lagi insan seperti anda yang sanggup menyedarkan kami
betapa pentingnya rakyat dinegara ini bersatu tanpa perlu merasa takut dan tergugat dengan bangsa lain...hakikat mereka lahir dan membesar di sini sama seperti kita..
Aku sendiri dah bosan dengan sentimen perkauman yg sengaja dibangkitkan oleh UMNO dan BN...
Bukalah mata wahai teman-teman...
Kita semua BANGSA MALAYSIA.
Demokrasi yang Hanya Pada Nama
Allah bagi ulat bulu satu,
Allah bagi kita terima,
Mungkin nak suruh faham sesuatu.
Saturday, January 12, 2013
#KL112 Perhimpunan Kebangkitan Rakyat - Di atas Padang Sejarah
Hanya abang yang tahu macam mana perasaan berada didalam stadium ketika itu. Mungkin inilah yang dirasakan oleh nenek moyang kita sewaktu Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 dahulu...dan kini abang berada di tempat yang sama memberi sokongan "memerdekakan" negara ini dari pemimpin korupsi yang dah terlalu lama berkuasa.
Memang happening masa ni sebab satu stadium buat "OMBAK". "Wa Caya Sama Lu Lah".
Kemudian giliran Sasterawan Negara Malaysia Pak A.Samad Said, mendeklamasikan sajaknya yang berjudul
Ingatlah kembali masa-masa perjuangan lalu...
Hargai hasilnya Hari ini, esok dan seterusnya...
Penutup Majlis diserikan dengan bacaan doa dari Tuan Guru yang paling dihormati dan dikasihi... Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Amin.
SEKIAN CETUSAN RASA DARIKU, SEORANG PESERTA PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI 2013.
#Coret-Coret Polis Di Raja Malaysia
- Dah prepare garam dengan ubat gigi sebagai penawar sekiranya kami disembur dengan gas beracun, tapi Alhamdulillah mungkin polis dah sedar dengan kesilapan mereka yang lalu. Hari ni polis jadi kawan peserta perhimpunan
- Dalam perjalanan balik semasa berjalan dihadapan balai polis kami ramai-ramai bersorak... "Polis...polis....Hidup polis..."
tulah kan...buat baik dibalas baik...
- Abang tengok muka-muka polis yang berkawal kat kawasan berbumbung macam insaf jer dengar penceramah berpidato---> Baguslah tu... :)
Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.
Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.
Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.
Kita—tenaga jati—gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.
Friday, July 27, 2012
Cara - Cara Membuat Sebuah Blog
- Kalau korang ada anak....korang boleh rakamkan perkembangan anak korang tu dari dia masih baby sampailah dia dah besar panjang. Mesti best tengok gambar dia dari kecik sampai besar.
- Memori kita nie bukannya hebat sangat sampai boleh simpan kenangan bertahun2 kan. sekurang2nya dengan adanya blog kita boleh imbas sejarah hidup kita...tak caya????? Try tulis selama dua tiga tahun...pas tu baca balik...mesti korang senyum sorang2.
- Kalau nak beniaga...ini salah satu platformnya....
- Kalau nak glamour pun ini juga tempatnya.
- Kalau nak jadikan medan nasihat menasihati..pun ini juga tempatnya...berdakwah pun boleh..
- Lain2 korang fikir sendiri....
sebenarnya thread nie terhasil atas permintaan
maka ia akan bertukar "sebesar alam"..
tapi kalau korang bijak right click "open new tab" jer ..
lagi praktikal dan tak nyusahkan...
Saturday, June 9, 2012
Sedap Kan! Kutuk2 Aku He3...
Sekarang Jam 10.20 minit malam..09/06/2012
Sedap Kan Gelak2 Kan aku........??? |
Untunglah.....Gaji Besar...Hu3 |
Monday, May 21, 2012
Selamat Tinggal Auntie Devani.... :(
Itulah antara intipati yg berlaku kat tempat kerja abang petang tadi. Memang sayu sebenarnya untuk orang macam abang yg tau kisah sebenar Auntie Devani tu....apa kisah yg sebenarnya biarlah tersemat di dada ni jer...Yang pasti pemergian Auntie Devani bukan sahaja membawa kejutan yang bukan kepalang dikalangan kami rakan2 beliau...tapi jua membawa 1001 pengajaraan bermakna untuk bekalan menjalani baki kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini. Orangnya lemah lembut dan penyayang...tak pernah sekali pun dia buat muka dengan abang...Jujurnya walaupun tak rapat sangat dengan dia..abang sendiri hampir jatuh juga airmata bila tengok Kak Amy menangis tersedu-sedu tadi. Jelas terlihat ikatan yg terjalin antara mereka. Bertahun2 kerja bersama...dan kini selepas beberapa jam bersua muka dan berbual bersama, tiba2 kami dikejutkan dengan berita kematiannya yg penuh tragik...
Monday, November 7, 2011
Kenangan Untuk Aku..
Aku cuma nak tulis sesuatu yang ringkas
dan sangat peribadi hari ni....Biar menjadi
kenangan dalam hidupku....
Hari ni 07 / 11 / 2011 bersamaan dengan 04 Zulhijjah 1432
adalah hari dimana aku banyak menangis....
Ntah kenapa hati ini sangat sayu...
sangat rindu dengan Rasulullah...
Terasa banyak kesalahan yang aku lakukan....
Bila tengok video2 kat Youtube...
air mata ini cepat...jer mengalir....
Ampuni hambamu Ya Allah....
Sunday, October 16, 2011
Sejuta Like's di FACEBOOK YUNA
Malas nak tulis panjang2....
sebab a picture can tell you thousand word....
Meh kiter tengok gambar ni yg sempat aku "print screen"
masa sejuta orang dah likes kat facebook dier....mungkin ini
satu2 nyer gambar yg ada....he3...cam banga lak kan..hua3 tengoklah....
kalau tak clear klik gambar tu...
kang dia akan bertukar menjadi besar... :)
ataupun klik url bawah ni
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoaNjdDP5HH-T7rnI78874cFKIy8a7__6Wpyr7DBAtpZUORs0Ke16K80UQy3vl-YWL6VqjHZpxH36wvccHjrUikZXEFdurlg40L3RbguKZiIzOrcXvLBc-52tiAsO458NDCp_wNgd3548/s1600/yuna+sejuta+peminat+facebook.jpg
Saturday, September 17, 2011
Macam Ikan Piranha !
so selaku warga stor,abang ngan team2 sekalian diwajibkan hadir untuk jadi tukang kira barang2 kat kilang tu. Tapi konsep pengiraan kali ni amatlah berbeza ngan sebelum2 nya. Kita org baru implement Barcode system dalam inventory kilang ni. Macam2 ragamlah dapat abang tengok semalam- ala maklumlah, hampir 50 % tak berapa nak mahir sangat guna mesin scanner tu. Kalau abang...kira okalah...sebab memang start barang masuk...kira antara insan pertamalah yang terlibat ngan proses barcode ni. Practice make perfect kan. Dah hari2 guna...lajulah tekan tu.
Bila dah petang, org2 dari production kebanyakkannya semua dah balik. Tinggal org store jer kena habiskan saki baki part2 yang belum di scan, agak memenatkan juga lah. Petang tu bos abang keluar ronda2 tengok keadaan...yerlah barang melambak2 kan. Dipendekkan citer sebab kitaorang kena balik lambat, bos abang ni berbesar hati dan berduit banyaklah nak belanja kita orang makan Dominos Pizza. Send by deliverylah kan.adalah dalam 6 ker 8 kotak dia order....
satu kotak ader berapi slice kan...korang darab sendirilah...kita org semua adalah dalm 15 orang. Tak sampai 4 minit pun...kosong kotak2 pizza tu dikerjakan.... Cam ikan piranha kan kita org...
Lepas tu..bos abang order lagi dalam 6 kotak plak rasanyer...
Kesimpulannya semalam.....
Ikan Piranha kenyang makan Pizza.... He3
Friday, September 16, 2011
Header Blog Baru! Header Baru! Header Baru!
Sebab sekarang ni abang tengah feeling2 baca buku hasil nukilan
Amru Khalid, so baik diabadikan jer kata2 indah pasal Ikhlas tu kat
Header blog abang ni.....Mantap betul ayat tu....pada abanglah...kan...
Pada korang...???? Tepuk dada...tanya Iman....
Wassalam...
Monday, August 22, 2011
Akhirnya Orang Kuning dah balik kat area abang
baru semalam okay. Rasa macam nak menyumpah jer bila setiap kali online...dia nyer
loading cam kura-kura tahap gaban. Menguji kesabaran betul bulan2 pose ni.
Apa pun permasalahan yang sebenarnya, abang still nak say thanks a lot kat sapa2 yang involve
dalam projek membaik pulih keadaan line kat area abang ni. Timer kasih sebab mengurangkan pressure abang sebab cam terkilan jer sebab dah bayar bil untuk 100 hari....alih2 dah rugi seminggu lebih kan....
Tak kan takder rebate kut ???????????????
Sekarang ngah penat...
Penat sebab kenyang...baru bersahur tadi...
Pun penat sebab baru balik dari kampung abang
kat manjung tu....
Lain hari update citer lain.... bye.... :)
Wednesday, July 20, 2011
Hishamuddin Rais: Negara Ciplak
Yang abang tau abang suka ngan cara pemikiran
Hishamuddin Rais ni...
Lain2 korang tengok sendiri video ni....
Tapi jangan emosi.... tengok dengan fikiran yang RASIONAL....
WASSALAM
Tuesday, July 19, 2011
Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia - Al -Fatihah
Semalam terbaca gak Pasal Dr Lo' Lo' Meninggal...
tapi diorang cakap tu Khabar angin jer...
Rupa2nya betul...
sebab sumber yang abang baca adalah dari yang boleh dipercayai....
Kat bawah adalah petikan dari Harakah Daily yang abang baca....
Semoga Allah merahmati rohnya...
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. "Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. |
Sedikit Kata2 Dari Presiden PKR,
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Sayu abang dengar.....
Ni pula kata2 Dari
Ketua Muslimat Pas Pusat...
Buat baik di balas baik...
Tengok sendiri ribuan umat manusia yang mengiringi
Jenazah beliau....
Akan kami kenang dirimu dalam lipatan sejarah.....
Perjuanganmu akan diteruskan oleh
anak bangsa negara yang tercinta ini...
Amin....
Monday, July 18, 2011
Episod 11, 12 & 13 - Kitab Cinta ( Sinopsis - video )
Yang sebenornya abang dah tertinggal tengok citer tu...
sebab tu abang tak tulis sinopsis nya....
Sekarang senang citter sebab abang pun dah malas....
Alang2 citer tu pun dah episod akhir...
Korang tengok jerlah video yang ader kat bawah ni...
Dari episod 11 hingga 13 iaitu penamatnya...
Enjoy.... Kredit Untuk Fazura Darling...Tuan punya Video...
Episod 11 ( Part 1 )
Episod 11 ( Part 2 )
Episod 11 ( Part 3 )
Episod 12 ( Part 1 )
Episod 12 ( Part 2 )
Episod 12 ( Part 3 )
Episod 13 ( Part 1 )
Episod 13 ( Part 2 )
Episod 13 ( Part 3 ) Tamat !
Kita Tunggu Musim Ke- 2 Kitab Cinta...
Kalau tengok pengakhirannya...
Macam ada sambungan jer....
Wassalam
Monday, June 27, 2011
Episod 9 dan 10 - Kitab Cinta ( Sinopsis )
masa mencemburui abang.... ( walhal abang malas...hu3... )
Irfan dan Kartika tiba di Malaysia.
Seronok tengok Kartika berlakon jadui orang kampung yang teruja
bila sampai kat airport....seronok betul dia he3....
Rupa2nya Irfan ada saudara kat Malaysia.... ( 1 Lagi kebetulan.....hmmm)
Dorang berdua tumpang berteduh kat situ...yang sebenarnya saudara dia
ni bakal main peranan untuk meminang Mustika bagi pihak Irfan
Mustika ngan geng2 dia berkelana pergi kat Masjid tempat Wali duduk dulu...
Tapi hampa jer sebab Wali kan dah balik kampung Pak Imam tu...
Kat kampung Wali cuba mendekati Karmila demi
menunaikan hasrat Pak Imam.
Secara bersahaja dia mula memberi nasihat pada Karmila.
Niat baik Wali itu ternyata sangat
tidak disenangi oleh Karmila. Tapi Wali tetap Wali....
mana leh putus asa kan...tunggu.....
Bila malam menjelma, masa Karmila sorang2 dalam bilik dia ada terdengar
suara Wali tengah mengaja.... Nak tak nak dia kena akui yang
suara pemuda Acheh tu memang sedap.....( macam dah sangkuttt jer.....)
Mustika masih lagi terikat ngan perintah berkurung oleh ayah dia....
( tapi tadi boleh pulak pergi cari Wali kat Masjid kan ???? )
Dia minta izin nak keluar ngan member dia..,..ayah dia tak bagi...
Merajuklah dia kan......
Irfan telefon Mustika untuk bagitau yang dia ngan saudara dia nak
datang rumah Mustika untuk bincang pasal kes diorang.
Mustika setuju jer.
Keesokan harinya kedua2 keluarga bertemu,
dan saudara Irfan ni pun bagitaulah hajat sebenar kedatangan diorang.
Dalam masa yang sama Kartika pergi jumpa Mustika senyap2.
Aku ingat minah ni dah insap....tapi Kartika tetap Kartika....
Dia mula racun fikiran Mustika lagi.
( Ya Ampun....Kenapa skrip citer ni mcm ni ??? )
Kat kampung masa tengah mengajar budak2 mengaji tiba2 pak imam dapat
call. Bapa Mustika suruh Wali datang KL. Ada bender nak bincang....
Ayah Mustika pergi bilik anak dia. Bincang elok2.
Pas tu dia suruh anak dia buat solat sunat Ishtikarah.
Minta petunjuk dengan Allah.
Masa balik dari surau, Wali nampak Karmila ngan member dia
ngah dengar lagu lepak kat beranda...
Wali tegurlah...Karmila bengang jer...terus dia marah Wali balik...
siap speaking London lagi....
Tetiba Wali balas ngan english juga....melopong mulut Karmila....
dia tak tau Wali tu pelajar cemerlang kat Acheh.
Kat Rumah, Mustika baca balik puisi Wali untuk dia....
puisi tu lagi menambahkan keyakinan Mustika
yang Wali memang suka kat dia...
Dia yakin....sangat yakin....
Kartika Pasrah dan sedikit kecewa sebab Wali masih belum ditemui.
Akhirnya dia buat keputusan untukm balik ke Acheh.
Masa Irfan nak hantar Kartika, tiba2 Ayah Mustika call Irfan.
Cakap Wali ada kat rumah dia....
Kartika dengar dan apa lagi...nmengelejatlah dia nak ikut...
Makna nyer tak jadi baliklah kan.....
******************
Masa kat rumah Mustika Ayah Mustika tanya kehendak Mustika.
Tanpa berselindung dihadapan Irfan dan Kartika
Mustika mengaku yang dia cintakan Wali.... berani mati nyer pengakuan....
Reaksi Wali,
"Maaf kalau saya ngomong soal hukum itu ngak
kaitannya dengan Cinta.
Tapi soal ketaatan kita kepada Allah."
Mustika > Tapi perasaan saya juga tidak ada kaitannya dengan hukum Wali. Ianya datang dari Allah juga.
Wali > Tapi segala sesuatu itu mesti diatur dengan sebab. Saya sudah mengalami semuanya..
saya kehilangan keluarga saya, saya kehilangan harga diri saya, apakah masyarakat kampung mahu tau, Kalau saya itu tidak bersalah ? Dan saya dituduh mencabuli Kartika
Kartika > Bang Wali....
Wali > Diam Kamu! Diam Kamu! Kamu diam Kartika! Diam!
Wali > Perasaan saya itu nombor dua pak, pertama kita harus menyelamatkan hubungan Irfan dan keluarganya. Lagian Irfan tidak bisa pulang kalau dia tidak sama Mustika. Dan dia sudah menjatuhkan harga diri Mustika. Dia harus bertanggungjawab pak.
Kartika > Berarti bang Wali harusnya nikahi Tika dong? Kan harga diri Tika juga sudah tercemar di kampung. Ya kan ??
(Pandai jer kartika ni masuk daun.....)
Selepas menegaskan pendiriannya. Wali kembali ke kampung. Mustika kecewa dan malu apabila
perasaannya ditolak oleh Wali dihadapan keluarganya.
Kartika mengadu nasib dengan saudara Irfan, kebetulan Irfan dengar, dan dia terus menyampuk...
"Saya selalu dengar kata orang, Cintailah orang yang mencintaimu, bukan orang yang kamu cintai, kerana belum pasti orang yang kamu cintai itu mencintaimu...."
Kartika bengang..terus blahhhhh merajuklah tu......
Wali pesan dengan pak Imam jangan bagi tau kat ayah Mustika dia ada kat kampung.
Dalam dia2 Karmila dah macam suka ngan Wali.
Pak imam dapat call.
Orang KL minta dia datang mengajar semula tapi kat Masjid lain.
Maka setujulah pak Imam ni....
Maknanya Kandang kambing ngan anak dan isterinya kena tinggal lagilah.....
macam2 kan.....? Pak Imam siap ajak Wali lagi....
Karmila dengar perbualan Ayah dia ngan Wali....
Tiba2 dia cam sedih.... eleh...dah syok ngan Wali lah tu.....
BERSAMBUNG.......
Wednesday, June 22, 2011
Episod 8 - Kitab Cinta ( Sinopsis )
Wali akhirnya setuju untuk menjemput Mustika setelah mengetahui kisah malang yang berlaku kepada Irfan dan Mustika melalui cerita yang disampaikan oleh kawan baik Mustika iaitu Lily. Dengan segera dia menghubungi ayah Mustika untuk memberitahu niatnya itu. Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya Wali telah berangkat pulang ke Acheh.
Sementara di Acheh, Mustika dan Irfan cuma menanti waktu untuk mereka menjalani hukuman sebat dikhalayak ramai. Ketika dibawa oleh pegawai pengiring untuk naik ke pentas hukuman kedua-duanya terpaksa menghadapi cemuhan masyarakat yang marah dengan perbuatan mereka. Irfan sedih dengan apa yang berlaku, begitu jua Mustika, pun begitu demi cintanya pada Wali, Mustika sanggup menjalani hukuman yang sangat menyakitkan lagi memalukan itu. Sebatan demi sebatan singgah ke batang tubuh mereka dengan disaksikan oleh ratusan pasang mata.
Kemarahan ayah Irfan masih jua belum reda. Dia sangat malu, kerana sebagai ketua kampung dia terpaksa menyaksikan anaknya sendiri disebat dihadapan anak-anak buahnya. Sesuatu yang sangat mengaibkan dirinya. Pada waktu itu jua dia telah mengusir Irfan keluar dari kampung. Harapannya agar Irfan berubah dan segera memikul tanggungjawabnya dengan menikahi Mustika. Irfan masih lagi cuba menceritakan hal yang sebenarnya, tetapi keputusan ayahnya adalah nekad dan mandatori. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam dari luar rumah, dan ternyata orang itu adalah Wali.....
Mustika terpaksa tidur dalam keadaan meniarap kerana perit di belakangnya masih terasa akibat sebatan tadi. Dalam waktu yang sama, pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dalam keadaan yang payah Mustika bangun dan terus membuka daun pintu rumah penginapan itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila menyaksikan orang yang berada dibalik pintu itu adalah Wali. Terlupa dia akan kesakitan yang sedang dihadapinya tatkala menatap wajah pemuda itu. Wali kemudian menceritakan apa yang berlaku dan di mana dia bekerja sekarang serta bagaimana takdir telah mempertemukan dia dan ayah Mustika. Setelah berbincang mereka akhirnya bersetuju untuk pulang bersama.
Setelah pertemuan itu, Wali pulang ke rumah untuk menjenguk ayahnya. Namun hatinya hampa kerana ayahnya masih belum mahu menemuinya. Sementara Kartika mendapat tahu akan kepulangan Wali, tapi dia juga hampa kerana Wali telah pulang ke Malaysia bersama Mustika sebelum sempat dia bertemu dengannya. Dia sangat sedih dan mula mencari kawan baiknya untuk mengadu nasib. Tapi akhirnya, dia sendiri yang kena ceramah dengan kawan baik dia tu. Tak banyak sedikit, Kartika akhirnya sedar, sudah terlalu banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya pada Wali. Dia menyesal. Sangat menyesal.
Setibanya dirumah, bapa Mustika sangat marah bila mengetahui hal Mustika ditangkap Khalwat bersama-sama dengan Irfan. Wali segera pulang ke kampung Imam yang menolongnya tempoh hari. Mustika tidak diizinkan keluar oleh ayahnya.
Wali dibawa oleh Imam itu kerumahnya dan
diperkenalkan dengan anak dan isterinya...
(ooo ada anak ngan isteri... napa aku macam tak tau jer sebelum ni... ? ) Lawa anak imam tu ( Dewi remaja yang terbaru...)
Imam tu minta tolong Wali untuk ubah anak dia tu...
sebab anak dia degil tak nak dengar cakap dia.
( cam tak relevan jer kan..... tapi berdakwah kan tak kira usia.... ok lah tu..)
Mustika menceritakan kesedihannya dihadapan Ibu tirinya. Dia terkilan kerana ayahnya tidak mahu percaya kepada dirinya. Yang membuatkan dia sedih apabila ayahnya memaksa untuk dia kahwin dengan Irfan. Mustika memberitahu ibunya, sekiranya dia dipaksa untuk kahwin dengan Irfan, dia tidak teragak-agak untuk lari dari rumah.
BERSAMBUNG......
Thursday, June 16, 2011
Episod 7 - Kitab Cinta ( Sinopsis )
Irfan tidak diizinkan keluar dari rumahnya sehingga tiba hari perbicaraan mereka berdua kira2 seminggu lagi. Kawan Mustika meminta maaf kepada Mustika kerana telah meninggalkannya malam itu. Dia mengajak Mustika pulang sahaja ke Malaysia, namun Mustika enggan dan tetap mahu menunggu Wali selain dari rasa tanggungjawabnya untuk hadir ke mahkamah syariah.
Akhirnya kawan Mustika pulang seorang diri ke Malaysia lantaran sudah terlalu lama meninggalkan kuliahnya di universiti. Mustika meminta kawannya supaya merahsiakan perihal dirinyan yang ditangkap khalwat bersama Irfan dari pengetahuan bapanya.
Kartika datang jumpa Mustika di rumah penginapan dan sekali lagi cuba membangkitkan kemarahan Mustika dengan me-reka2 cerita kemesraan dia dan Wali. Dia juga berbohong dengan mengatakan Wali menyuruh Mustika pulang saja ke Malaysia.
Setiba di Malaysia, kawan baik Mustika ni dah macam tak sedap hati, dan dia nekad untuk jumpa bapa Mustika. Bila kawan baik dia ni sampai kat rumah Mustika alangkah terkejutnya dia bila nampak Wali tengah mengaji kat ruang tamu rumah Mustika...Jeng...jeng...jeng.......
Maka terbongkarlah rahsia ketika itu....dan semuanya secara kebetulan.....
kebetulan sangat kan...............?
Tapi member dia ni tetap rahsiakan pasal Mustika kena tangkap khalwat tu...
Di mahkamah Syariah, Irfan dan Mustika cuba membela diri namun nasib tetap tak menyebelahi kedua-duanya. Mereka akhirnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 4 kali sebatan setiap seorang.
Sementara di Malaysia, ayah Mustika cuba memujuk Wali supaya menjemput Mustika kembali ke Malaysia. Namun Wali harus menyelesaikan tugasnya bersama Imam yang menjaganya sewaktu keberadaannya di Malaysia. Ayah Mustika bersetuju...dann............
BERSAMBUNG....
Episod 6 - Kitab Cinta ( Sinopsis )
Dengan berbesar hati Wali telah
bersetuju dengan maksud kemahuan Imam itu. Tiba hari yang dijadualkan,
Wali telah menjalankan tugasnya dengan mengajar anak-anak muda mengaji di masjid berkenaan. Secara kebetulan program tersebut juga dianjurkan secara bersama dengan Ayah Mustika. Dia sangat mengagumi bacaan Al Quran oleh Wali.
Dipendekkan cerita sebab dia suka sangat dengar Wali mengaji, sampai dia mintak tolong kat Imam tu untuk Wali datang kat rumah dia bagi mengajar Isterinya mengaji Al Quran. ( simple jer kan...??? )
Di Acheh pula, Mustika semakin bingung kerana
Wali masih belum ditemuinya.
Langsung tiada petunjuk kemana menghilangnya
jejaka yang penuh dengan karisma kemuliaan budi itu.
Irfan yang merupakan sahabat baiknya sendiri tidak tahu
kemana perginya Wali. Di malam harinya Kartika datang
menemui Mustika dan terus menceritakan perihal
dirinya dan Wali yang ditangkap Khalwat sehingga
menyebabkan Wali diusir dari kampung halaman.
Hancur luluh hati Mustika mendengar pengakuan "berani mati" dari Kartika.
Angkuh sungguh gaya bahasanya perempuan itu.
Setelah Kartika berlalu Irfan datang dan terjadilah pergaduhan mulut dianatara mereka. Mustika sangat marah kerana Irfan telah menyembunyikan hal yang sebenarnya dari pengetahuannya.
Irfan cuba menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Mustika, namun semuanya sia-sia kerana rasa amarah telah menguasai dirinya waktu itu. Pertengkaran itu berlarutan sehingga membabitkan kawan baik Mustika sendiri. Sudahnya kawan dia tu merajuk dan terus blah berlalu angkut kain baju ke tempat lain. Mustika menyesal kerana membiarkan rasa amarah menguasai dirinya. Dengan pantas dia menelefon Irfan untuk meminta maaf. Mustika juga memberitahu kepada Irfan akan kerisauannya kerana kawan baik dia tu masih belum balik kat rumah penginapan diorang. Irfan menjelaskan kepada Mustika yang dia telah menghantar Kawan baiknya itu ke sebuah hotel berdekatan.
Barulah lega hati Mustika bila mengetahui situasi rakan baiknya itu.
Diakhir bicara Mustika ajak Irfan untuk bertemu kerana ada sesuatu yang mahu diperkatakan.
Yang peliknya kenapalah diorang pergi berjumpa kat tepi pantai berdua-duaan pulak tu....agak2 korang pun boleh teka apa yang berlaku lepas tu kan. Kedua2nya ditangkap khalwat. Ditangkap pulak oleh orang yang sama menganiayai Wali tempoh hari. Lepas tu.....
BERSAMBUNG....
Hero Malaysia - Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen
Nanti abang update sinopsis episod 6 dan mungkin
juga ngan episod 7 sekali malam ni.
Tapi nanti dululah sebab ada berita yang lebih
mengembirakan untuk diperkatakan....
Setelah 6 bulan digantung dalam satu persidangan
parlimen beberapa bulan yang lalu,
Akhirnya Idola hampir setiap pejuang sejati negara
akan kembali beraksi di arena parlimen negara yang
semenjak dua menjak ni telah menjadi bahan lawak jenaka yang amat memalukan negara diseluruh dunia.
Buat pertama kali dalam sejarah yang meliputi bumi yang luas ini Malaysia telah menjadi negara komanwel pertama di dunia yang menggantung Ketua Pembangkang. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh.
Kenapa takut sangat dengan Anwar ?????
Rakyat yang masih tak celik-celik mata lagi, abang pun tak taulah nak kata apa. Selalu sangat tengok TV ngan surat khabar yang terlalu takut menyiarkan kebenaran sampai Ulama macam Tok Guru Nik Aziz pun boleh dihina sesuka hati.....
CUBA TENGOK VIDEO NI...SEMUANYA KEBENARAN YANG DITUTUP OLEH KEBANYAKKAN AKHBAR DAN STESYEN TV DI MALAYSIA. KENALI WAKIL RAKYAT YANG SELAMA INI ANDA UNDI.... ABANG TAK NAK CAKAP APA-APA, BURUK BAIK NILAI SENDIRI.
WASSALAM....