Friday, April 25, 2008

Qada Dan Qadar-Bukti Allah Maha Mengetahui...


Assalammualaikum...
Telah lama rasanya untuk saya menulis berkenaan dengan tajuk yang saya utarakan
pada kali ini. Bukan satu perkara yang mudah untuk saya memahaminya sehinggakan memakan masa lebih dari dua dekad hayat saya dimuka bumi ciptaan
Allah ini. Agak aneh rasanya bila saya mula memahami konsep qada dan qadar itu sendiri.Aneh kerana "agak mudah" sebenarnya untuk memahaminya..tapi saya agak lambat sedikit untuk mengerti "hikmah" ini. Semuanya kerana Qada dan Qadar Allah. Semuanya telah tertulis
di dalam "Lauh Mahfuz"

Benar atau tidak?.. Ini satu soalan saya kepada anda dan sila jawab dengan sejujurnya.Apakah selama ini pernah terlintas difikiran anda bahawa Tuhan itu tidak adil.Mengapa Allah menjadikan anda seorang yang miskin, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, kesusahan yang menimpa2 terhadap diri anda walhal sesetengah yang lain begitu menikmati hidup ini dengan jayanya.Kalau semuanya telah tertulis didalam "Lauh Mahfuz", mengapa perlu manusia yang dipersalahkan? Ini kerana yang baik dan jahat telah ditentukan oleh Allah seolah2 manusia itu tidak mempunyai pilihan. Kadang2 terbit bisikan yang jahat dari hati kita mengapa begitu sukar untuk mendapat "hidayah" dari ilahi. Dan pelbagai lagi persolan yang seolah2 mempertikaikan kebolehan Allah yang tiada taranya itu.Dsini ingin saya berkongsi luahan rasa yang telah Allah ilhamkan pada diri saya. Pertamanya Sebagai seorang Islam mesti anda semua tahu apa itu Rukun Iman. Rukun yang pertama adalah "Percaya kepada Allah". Kalau anda percaya kepada Allah maka anda seharusnya percaya kepada maksud salah satu dari 99 nama agung Allah, iaitu Allah itu maha mengetahui. Dia mengetahui apa yang telah berlaku berjuta2 tahun yang lalu..hinggalah melangkaui hayat dunia hingga tiba hari Kiamat. Allah menguasai masa. Justeru itu terbukti apabila ada riwayat yang mengatakan bahawa didalam peristiwa Israk dan Mikraj perjalanan Nabi S.A.W merentasi langit yang ketujuh memakan masa ribuan tahun perjalanan (Kalau saya salah harap maklumkan saya) tetapi ada sahabat yang mengatakan dari saat pemergiaan Nabi hinggalah kepulangannya pada malam itu tempat pembaringan Nabi didalam MasjidilHaram masih berbekas haba badan nabi diatas lantai. Kalau difikirkan dari logik akal memang tak masuk akal..tetapi Allah menguasai masa..juga menguasai Segala2nya yang ada dialam ini. Mengapa saya menitik beratkan rukun iman yang ke 6 ini iaitu "percaya kepada Qada dan Qadar". Kerana hanya dengan itu kita dapat menjalani hidup dengan tenang setelah kita mempercayai lima lagi rukun iman yang sebelumnya. Jangan terlalu banyak mengeluh didalam kehidupan ini kerana ia hanya akan lebih menyesakkan dada kalian. fikirkan dari sudut yang positif, Mungkin dengan kerana Allah tidak mengurniakan kesenangan kepada kita adalah lebih baik untuk kepentingan "ketaatan" kita kepada Allah. Kerana manusia selalu ingat kepada penciptanya tatkala diri dirundung masalah dan kedukaan. Dan teramat sedikit yang masih bersyukur apabila hidup dikelilingi kemewahan. mereka menjadi buta hati.Justeru itu bersyukurlah dengan apa yang anda miliki. Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya kepada kita manusia. Janganlah hanya memikirkan nikmat material semata2 kerana semua itu bukan boleh dibawa masuk kedalam kubur pun.Lebih baik anda mengejar nikmat Iman kerana sesungguhnya itu adalah lebih baik untuk jiwa anda. Saya bukanlah ustaz atau lulusan Al-Azhar untuk menunjuk pandai. Cuma sekadar ingin berkongsi rasa. Dan sekiranya ada diantara fakta2 yang saya tulis ini ada yang tidak tepat atau barangkali tidak anda persetujui...maka e-mail saya di tulisandarimanjung@gmail.com kerana sesungguhnya saya manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Fiman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 216:-

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Wassalam.


No comments:

Post a Comment