Wednesday, July 9, 2008
Kehilangan Balasubramaniam ke Luar Negara menguntungkan seorang "kenamaan"
Pelik tetapi benar. Biasalah kalau ia melibatkan perihal politik dalam negara Malaysia yang tercinta ni. Siapa yang tidak tahu akan prestasi "drama" politik pasca pilihanraya umum ke 12 di negara ini. Rata-rata pemberita dari seluruh dunia dilihat begitu menaruh minat dengan apa yang terjadi baru-baru ini. Bagi kita yang tinggal, makan dan tidur didalam negara dilihat seolah-olah seperti katak dibawah tempurung. Manakan tidak segala kisah benar yang selayaknya dipertontonkan kepada khalayak ditapis sampai menjadilah berita itu umpama air suling. Tapi bezanya ini adalah air suling yang tak berapa sihat. Luar nampak macam elok tetapi hakikatnya tidak seindah pandangan mata. Terbaru negara ini digegarkan dengan satu lagi berita yang tak kurang hebatnya.Kalau boleh diukur dengan bacaan graf agaknya hampir 6 skala rikter ukuranya. Lewat malam semalam dikhabarkan bahwa Bala telah menghubungi ahli keluarganya dengan menyatakan bahawa beliau kini sedang berada diluar negara bersama dengan anak dan isterinya. Persoalannya kenapa sampai keluar negara? Apakah benar diluar negara? Bagaimana dalam tak sampai 24 jam akuan bersumpah kedua dilakukan Bala sudah mempunyai perancangan yang begitu rapi untuk meloloskan diri keluar dari negara ini, bukan bersendiri namun disertai dengan ahli keluarganya. Rasanya pihak berkuasa kena menyiasat hal ini dengan teliti.Pertama, dikhabarkan anaknya yang berusia 6 tahun juga mengikut beliau. Apakah anak sekecil ini memiliki pasport antarabangsa? Kalau ada diminta pula disiasat bila tarikh pasport dikeluarkan. sekiranya tiada nama anak Bala pada data pihak imegresen ini bermakana semua itu bohong belaka. Mereka masih lagi berada didalam negara ini, mungkin disembunyikan kerana ingin melindungi kesalahan diri. Siapa orangnya anda sedia maklum. Bala hilang selepas akuan bersumpah kedua. Beliau hilang setelah menafikan segala tuduhan keatas seorang kenamaan. Perlu diingat beliau hilang setelah "menyelamatkan" orang kenamaan itu secara tidak langsung. Dengan kehilangan Bala sekarang ini cuba anda fikirkan secara logik, adakah ini akan membantu pihak Pakatan Rakyat. Sudah semestinya tidak. Tapi cuba dilihat kelebihan pada kenamaan yang dikaitkan dengan akuan bersumpah yang pertama. Sudah tentu "kehilangan" Bala ini akan memberikan seribu satu rahmat kepada kenamaan tersebut.....fikir-fikirkanlah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment