Thursday, May 8, 2008

Bolehkah Terus Hidup Hanya Sekadar Berbangga?

Assalammualaikum

Agak menarik untuk kita terus menilai apa yang terjadi lewat kebelakangan ini. Kenapa rakyat terus resah dek kerana kenaikan harga barangan yang dilihat semakin tidak terkawal. Ya kerajaan bisa berkata apa sahaja mengenai prestasi ekonomi negara yang kian positif memanjat tangga kecemerlangan, namun adakah rakyat jelata secara keseluruhannya merasai tempiasnya? Saya ulangi "rakyat jelata secara keseluruhannya". Adalah penting untuk kita menilai apa yang berlaku hari ini secara rasional lagi relevan. Kemanakah segala "kekayaan" negara yang dibanggakan didalam seluruh media arus perdana ini disalurkan. Perdana Menteri baru-baru ini dengan bangga telah mengumumkan Permodalan Nasional Berhad sebagai syarikat pengurusan Dana Kerajaan yang paling berjaya didunia. Syarikat yang mencapai keuntungan sehingga beratus-ratus billion banyaknya. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Petronas yang menyumbang 1/3 dari pendapatan negara juga tidak kurang hebatnya selain menjadi syarikat cari gali minyak yang terkenal diseluruh dunia juga merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia yang tersenarai sebagai 200 jenama paling berharga didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kuala Lumpur terkenal sebagai kota metropolitan yang menempatkan bangunan BERKEMBAR tertinggi didunia. Dilimpahi dengan segala macam kemewahan duniawi. Juga diakui sebagai antara bandaraya yang paling pesat mengalami pembangunan di Asia..apalagi di ASEAN. KLIA pintu masuk utama negara adalah merupakan Lapangan Terbang Terbaik didunia, bukan hanya sekali dinobatkan dikedudukan yang tertinggi itu malah berkali-kali pula tu. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang tertua didunia. Satu produk pelancongan yang sangat bernilai ditambah pula dengan struktur muka bumi Malaysia yang unik lagi cantik kerana telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan pelbagai keindahan. Memiliki bebarapa buah pulau yang diiktiraf sebagai antara yang tercantik didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kalau hendak saya senaraikan disini pasti panjang lagi tulisan sinis saya ini. Maka cukuplah dahulu setakat ini. Sekarang tiba masanya untuk bahagian yang lebih "serius". Satu soalan saya....sila jawab dengan bijaksana ok.... Bolehkah anda meneruskan kehidupan ini dengan jayanya hanya sekadar dengan berbangga semata-mata.
50 tahun mengisi kemerdekaan kita telah melalui bermacam-macam onak dan duri. Sebagai "orang" yang bergelar manusia tempoh selama itu sepatutnya akan mendewasakan lagi mematangkan keputusan kita dalam bertindak. Segala keputusan hendaklah dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Tentu anda bertanya kepada siapa semua ini saya tujukan. Adakah saya akan katakan "siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya". Mungkin tidak. Dalam keadaan Negara yang kian pesat memajukan sains bioteknologi kini cili yang pedas pun boleh jadi manis agaknya. Sinis bunyinya tapi itu hakikatnya pada hari ini.Jawapannya adalah pemimpin. Sesetengah pemimpin lebih gemar "memekakkan" telinga mereka serta dengan sengaja "membutakan" pandangan mereka apabila aduan dibuat. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Sejahtera yang bagaimana?
Kekayaan yang ada mestilah diagihkan sama rata terhadap rakyat jelata bukan hanya mementingkan sesetengan golongan sahaja. Ini tidak sesetengah pemimpin memiliki harta yang bukan main banyaknya padahal jumlah rakyat termiskin dinegara ini masih agak banyak. Walaupun saya tidak mempunyai bukti untuk berkata demikian tetapi harus diingat kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang. Sama ada kera yang sedang terhenjut-henjut didahan pohon tersebut atau memang angin yang meniup pohon tersebut...cuma terdapat dua kemungkinan. Sudah tiba masanya untuk melakukan satu perubahan yang drastik dalam menangani masalah ini. Apakah perubahan itu? Perubahan hanya boleh berlaku sekiranya pemimpin mahu berubah. Kerajaan hari ini haruslah memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan poket anda sendiri. Saya tahu bukan semua yang ada didalam kerajaan itu "jahat"...namun bak kata pepatah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Berbalik pada isu kenaikan harga barang, langkah MTUC untuk meminta gaji minimum sebanya RM 900 ringgit adalah sangat tepat pada masanya. Nilai ringgit sekarang tidak lagi seperti 20 tahun yang lalu...Dalam hal ini saya lebih suka berkongsi pengetahuan yang saya telah perolehi dari sebuah buku karya Dale Carnegie seorang ahli motivasi yang paling kaya dalam sejarah Amerika dalam tahun 50 an kebawah. Dale berkata cara untuk membuatkan seseorang melakukan apa yang kita mahukan adalah dengan berfikir melalui pandangan orang lain. Sebagai contoh sekiranya kita hendak memancing ikan adakah kita akan letakkan umpan ikan itu sebagai apa yang kita makan atau apa yang ikan akan makan. Kalau anda suka makan petai adakah ikan juga suka makan petai....fikir-fikirkan. Dalam konteks ini pemimpin bukan disuruh supaya rakyat bertindak ikut pemikiran mereka. Tapi pemikiran Dale Carnegie ini masih boleh digunakan iaitu apabila mereka mahu memahami masalah ini adalah perlu untuk pemimpin meletakkan diri mereka sebagai rakyat biasa. Adalah amat melucukan apabila baru-baru ini saya melihat seorang pemimpin terkenal berucap di media massa. Beliau menggesa agar rakyat negara ini supaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah....bla...bla...bla... Dia bercakap dalam keadaan dia tidak memahami situasi sebenarnya. OK mari kita singkap kehidupan seorang VIP dahulu. Gaji mereka sahaja tak habis makan kalau belanja dua tiga bulan pun. Kalu pergi mana-mana duit minyak kereta semua boleh claim. Kalau dijemput kemajlis-majlis makan semua free. Kalau nak disenaraikan banyak lagilah....So logik ke mereka ni nak suruh rakyat berjimat dalam keadaan gaji yang sedikit tanpa perlu memahami situasi? Fikir-fikirkanlah. Kalau ini pun susah sangat kerajaan yang ada nak fikirkan maka adalah lebih baik sebagai rakyat yang bijaksan kita ramai-ramai lakukan perubahan pada kerajaan yang sedia ada. Kita tengok macam mana prestasi "orang baru". Kalau tak bagus juga kita tukar lagi....Akhir kata ingat...Kita tak boleh meneruskan kelangsungan hidup ini hanya dengan sekadar BERBANGGA. Wassalam

No comments:

Post a Comment