Thursday, May 29, 2008

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

Assalammualikum


Cinta Baru aku
Baru-baru ni aku sudah mula berjinak2 dalam dunia penulisan kreatif...Setelah sekian lama aku membiarkan "bakat" yang selama ini memang telah aku sedari sejak sekian lama namun tak pernah aku praktikkan dalam mentranformasikan kelebihan ini untuk dijadikan sebagai salah satu cabang punca pendapatan aku. Kalau tiada aral yang melintang bulan depan akan menyaksikan aku akan mula berkarya secara serius. Satu impian yang kian menjadi kenyataan. Setakat hari ini, aku dah mempunyai tak kurang dari 6 sinopsis yang pada pandangan aku agak oklah....biasalah..sedih+cinta+gembira+cabaran+sitkom+agama dan beberapa perkara yang aku rasakan relevannnn...Doakan aku ok....
Kalau selama hari ini aku asyik mengkritik sesetengah karya yang ada mungkin selepas ini aku akan jadi "yang kena kritik" pula...
Serentak dengan itu aku mungkin akan melancarkan novel atau cerpen online tulisan aku untuk aku jelmakan di ruangan blog kesayangan aku ini....tunggulah sebulan dua lagi....idea memang tengah mencurah2 nie...tapi sebelum tu aku kena fikir pasal hakcipta pula. Rasanya elok aku patenkan dulu karya aku supaya orang lain tak boleh sesuka hati copy "barang" aku dan selepas tu jual macam "benda" tu dia yang punya...
Maknanya sebelum apa2 aku kena study dulu macam mana nak patenkan karya aku dibawah akta hak cipta dengan kementerian hal ehwal pengguna tak salah aku.....Kalau salah tolong inform. Tapi harus diingat gaya bahasa aku dalam berkarya dengan gaya bahasa aku ketika menulis blog adalah berlainan ok...takkan aku nak "rojakkkan" bahasa dalam berkarya kan...? blog dan penulisan kreatif adalah 2 entiti yang berbeza...blog lebih santai tanpa perlu terikat dengan penggunaan tatabahasa dan ejaan..manakala penulisan kreatif pula menuntut untuk pengkarya menghasilkan sesuatu yang mampu membawa pembaca dan penonton meneroka ke alam yang mereka "cipta" tanpa mengabaikan kaedah-kaedah teori dan praktikal dalam penggunaan sesuatu bahasa. InsyaAllah apa yang telah Puan Lau, iaitu guru bahasa Melayu aku yang berbangsa Cina ketika aku menuntut disekolah Menengah dahulu..akan aku praktikkan.

Singapura, teruk sangat ke?

Untuk permulaan ini aku lebih cenderung untuk menulis mengenai pengalaman bagaimana aku telah ditipu ketika ditawarkan untuk berkerja di Singapura tidak berapa lama dahulu.....
(Jangan ada yang nak mengaitkan ini dengan kes Pulau Batu Putih pula ya...he..he..he..)
Bagaimana aku telah diperdayakan oleh warganegara Malaysia sendiri untuk "dijual" kepada samseng Singapura yang kemudian sekali lagi menjual aku kepada majikan Singapura. Selami sendiri bagaimana kehidupan aku hampir 6 bulan dinegara yang tidak pernah aku jejaki sebelum ini. Bagaimana aku menerima layanan buruk dari majikan dan warga Singapura sendiri....jangan ada yang cepat melatah tatkala aku menulis seperti ini....Bukan semua yang ada dikota Singa itu buruk belaka...sepertimana Malaysia, mereka juga kaya dengan warga yang lemah lembut, baik budi pekerti, serta sangat berperikemanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa. Sesuatu yang agak asing dari pengetahuan aku selama ini...Mungkin kerana telah sekian lama aku disogokkan oleh berita2 yang terpapar didada akhbar mengenai beberapa "perbalahan" diantara kedua-dua negara yang disifatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai pergaduhan adik dan abang.....Umpama carik2 bulu ayam lama2 bercantum jua.... ye ke..? Semua itu telah membuatkan aku mempunyai fikiran kebanyakkan yang ada dinegara itu semuanya negatif belaka...benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan...kini persepsi aku mengenai kota yang telah dibangunkan oleh parameswara itu telah berubah 180 darjah....kini konklusi yang dapat aku buat adalah.....tak kira dimana-mana kawasan di seluruh pelusuk dunia ini akan ada yang baik dan yang jahat.....tak terkecuali di Malaysia sekali pun...
"Budi Bahasa Budaya Kita" itu lah ungkapan yang sangat diagung2kan oleh warga Malaysia....hakikatnya adakah semua warga bersikap demikian???? Hatta diparlimen sahaja kita sudah boleh membuat rumusannya bukan? Fikir2 kanlah...
Apa yang paling mengejutkan aku ketika dikota singa adalah pembagunan apa yang mereka panggil sebagai "asatizah" di negara yang kecil tapi kaya lagi berdaulat itu. Apakah asatizah....? perkataan yang asing diMalaysia.... sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran aku untuk melihat warga Singapura yang masih belasan tahun membaca Al-Quran dan nota berbahasa arab di dalam pengangkutan awam mereka...percayakah anda rakyat Malaysia? Bermastautinnya aku selama hampir 6 bulan didaerah selatan benua asia itu juga telah mengubah pandangan aku mengenai Lee Kuan Yue yang lebih dikenali sebagai LKY di Singapura...? Apakah yang berubah mengenai pandangan aku......tunggulah nanti.
Oleh yang demikian, aku noktahkan dahulu karangan aku hari ini dengan ungkapan maaf sekiranya ada yang terasa hingga ke tulang sumsung tatkala membaca tulisan aku yang berasal dari Manjung ini. Ini cuma pendapat dari sudut pandangan aku...ingat sudut pandangan aku...bukan pandangan orang lain... Akhir ucapan, bye dan jumpa lagi, Wassalam.

No comments:

Post a Comment