Sunday, February 28, 2010

Dapat Jumpa Tuan Guru Lagi....

Semalam pagi Jumaat...time aku tengah tidur tetiba Encik Kamarul yg juga merangkap kawan baik aku tu telefon. Dia minta sticker Badan Amal (PAS) yang dia order ngan bos aku semalam.
Dia ajak aku ikut sekali....ada program PAS.masa tu aku dengar tak dengar je dia sebut nama tempat tu.Dengan pantas aku pun bergegas ke bilik air. Mandi dua tiga minit terus bersiap pakai baju.Tetiba dengar bunyi hon kat luar...bila aku intai nampak lah kamarul ngan member dia..si Kadir tu.Aku pun terus gerak ke kereta dia...tetiba dia tanya aku...
"Kau tak nak bawa baju ke?"


Aikkkk nak pergi berapa hari kan???

pastu aku pun terus jerlah pergi ambik baju ngan kain.

Tetiba bob (kamarul) suruh aku tolong kadir pasang sticker tu kat kereta dia. Dengan takder air sabunnya aku ngan kadir feeling2 cam kita orang ni terer
lah kan......hambik ko....ber bubble tak ingat sticker tu...kembung sana...kembung sini....tapi lantaklah kan....bukan ada sapa2 nak check.
Maka perjalanan pun bermula...bila dah sampai ....salah faham berlaku pulak.
Rupa2nya majlis pecah tanah oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang tu bukan hari Jumaat, Tapi Sabtu.
Pagi tu ada program lain berlangsung kat Kerdau. Maka dengan sedikit hampanya kita orang pun teruskan lah perjalanan ke kerdau. Sampai sana isi perut yg kosong dulu. Pastu terus jumpa member bob awie dengan apek. Sekarang kami berlima wakil Bera walaupun aku ni cuma"tumpang" jer. Tengahari tu aku ngan diorang semua gi sembahyang Jumaat kat Masjid yg berdekatan.Selesai sembahyang pergi kenduri kahwin kawan bob pulak...makan lagi kan...hu..hu...hu.. sedap...sedap sangat...
Tepat jam 2.30 lebih kuranglah kami pun gi Kerdau semula...

Tuan rumah suruh kami tolong sediakan tempat buang sampah. Hu..hu...hu...
Temanya kali ni....Alam Flora dan Kami......Berbekalkan dengan sebilah kapak.... (sebilah ke???) awie pun menunjukkan kemahirannya
mengasah hujung kayu untuk dijadikan cerucuk buat menyangkut plastik sampah nanti...Dah siap buat separuh,,,makan tembikai dulu. Dah siap...Minum air ber jug2 dulu...hu..hu...hu... melantak jer kerja nyer kan...Sembahyang asar jap...Dah petang sikit Badan Unit Amal dari daerah lain pun tiba. Tak pasal2 petang tu merasa aku jaga traffik kat jalan kerdau tu jap...hu..h.u...hu...rasa cam polis plak....Tak sampai 40 minit pun tetiba Bob ajak aku ikut dia gi sekolah maahat "Nurul Izzah " dekat2 ngan area Hospital Temerloh tu. Sebab nak kena Eskot Tuan Guru Hj Hadi Awang datang ke Kerdau.... Huu..hu...hu....teruja....nak ikut2. Sampai kat Nurul Izzah diorang semua tengah sembahyang Maghrib. Maka aku n bob pun bergegas ke bilik air dia untuk mandi. Kita orang sembahyang kat luar jer.Lepas sembahyang kita orang tengok Tuan Guru tengah makan. So bob tanya ngan assistant dia bila nak bertolak? Assistant dia cakap dalam pukul 9 baru jalan. So aku ngan bob pun gi kedai makan dulu untuk makan lah kan....Makan lagi...Akhirnya masa yang dinanti pun tiba.Sebelum bertolak sempat dulu jumpa Tuan Guru...salam dulu....Hu...hu...hu... dapat juga kan...
Kereta Bob dihadapan sekali...siap pasang lampu siren warna merah kat atas kereta...kami pun terus mengemudi perjalanan kali ini.....dengan lancar sekali...sampai ke belakang pentas kat Kerdau.
Kehadiran Tuan Guru disambut ngan Tarian Naga oleh kaum cina dan taburan (aku tak tau nak sebut apa) sejenis bahan oleh kaum india. Begitulah hebatnya pengaruh Pas kini....ITU yang puak2 umno plus BN cuak tu.....Ceramah pun dimulakan oleh penceramah2 yg dijemput di hadapan lautan manusia. bayangkan kutipan derma malam tu jer Rm 5000 lebih....dalam masa yang sangat sekejap. Tahniah PAS.....Tahniah Pakatan Rakyat.


Sabtu 27 Februari 2010

Pagi ni bangun jer terus mandi gi kedai ngan sham. Kita orang dah janji nak cat kedai ramai2 hari ni.
Sampai kat kedai, sarapan dulu kat tempat kegemaran kitaorang...kat mana lagi kedai makcik lah kan....hu..hu...hu... aku ngan sham melantak mee goreng lauk telur....huh...kenyang hingga ke hulu hati...sedap....

Kat kedai tunggu Fiza sebab dia cakap nak datang ngan Ina.
Tapi tetiba Ina tak jadi nak ikut pulak. Fiza jer.
Aku sebenarnya malas nak taip dah ni....
dipendek kan cerita petang tu siap cat dalam kedai....
Agak cantik juga lah.....Hu..hu...hu......Bye
Wassalam.

Friday, February 26, 2010

Apa korang buat bila jumpa orang yang P.O.Y.O

Aku sendiri pun tak tau. Ini adalah salah satu kelemahan aku yg aku tak berapa boleh nak atasi.Aku akan jadi seorang yang pasif bila jumpa manusia2 yang jenis cam ni...
Bukan apa...BORING. Sebelum tu meh aku bagitau definisi poyo yg diterangkan oleh kawan aku, Mizan namanya. Bekerja sebagai seorang polis bantuan dekat2 ngan Kajang. Dia cakap ngan aku poyo tu maksudnya, "Orang tu tak bagus...tapi dia action cam dia bagus sangat jer..."
Maksudnya kalau sembang apa2 mesti dia jer yg Up....dah tu suka buka topik2 tentang diri sendiri yang tak berapa nak masuk ngan lawak umum. Buat lawak pulak taraf sekolah rendah....alah....kenapalah ada orang yg macam ni......

Yang sebenarnya masalah ni lebih pada aku. Patutnya akau buat cam biasa jer...Tapi macam aku cakap tadi, ini kelemahan aku. Berhadapan dengan orang yg POYO Sangat membataskan bakat hipokrit aku...dan berdiam diri adalah pilihan yg terbaik selain sedikit membuatkan aku tak selesa..

Kesimpulannya di sini bertemu dan berbual dengan orang yg poyo akan membuatkan aku kelihatan JAHAT.

hu...hu...hu....kenyataan itu pahit....kelemahan ini sukar untuk aku bendung....kepada manusia2 poyo yg tersinggung,
maafkan aku....

Tuesday, February 9, 2010

Gambar Masa REWANG kenduri Hafiz

Hari ni tak boleh nak letak sambungan novel aku tu...tunggu dulu...sebab aku sibuk sikit dua tiga hari ni...banyak kerja kena buat......lagipun kalau nak menulis benda2 seni ni cerewet sikit...aku kena tapis hasil penulisan aku berkali-kali...sebab aku bukan pro.....
sebab ada yang nak tengok gambar masa kenduri hafiz hari tu maka
kupersembahkan gambar2 tu untuk tatapan bersama hari ni....


Tapi sebelum terlupa aku nak citer sikit pasal kerusi merah ini. Yang ina duduk tu. Minggu lepas masa salah satu customer datang nak edit dia nyer order...dia pun cakap bal..bla..bla...
bila dia dah nak balik....aku terus gi duduk sebelah fiza...konon2 nak kutuk sikit pakcik tu secara
kecil-kecilan....tetapi sedang aku enak bersandar kat kerusi tu...tetiba aku terasa macam terus nak terbaring..tulang belakang kerusi tu lembut sangat...maka teruslah aku jatuh dengan penuh bergaya sekala...yang pasti Fiza terus menjerit menyebabkan pakcik yg baru keluar tu masuk balik tengok aku jatuh terduduk...ha padan muka aku kan...Dan yang paling best sekali dinding bilik tu ada satu ruangan transparent punya....memang kengkawan aku yang lain pun nampak dengan amat jelas peristiwa tu...siap muka terlekat2 kat cermin sambil ketawa kat aku...yang paling suka epol lah kan....hampeh...nasib tak baik masa tu...tapi akuu redha jer...




Ni Masa kat kenduri tengah berehat jap...

Aku ngan sham pasang penunjuk arah ni....
dedulu kenduri tulis pakai marker pen jer...
tapi ni kan adik bos advertising...
siap print inkjet lagi....oklah tu kan



Ni gambar sehari sebelum kenduri. Kiki tengah feeling apa tak taulah
kan. Masa ni kami baru habis pasang khemah. Berehat jap. Yang ada tuala biru kat leher tu kitaorang panggil Enon..sangat kelakar orangnya...suka pangkah orang..
tapi tengahari tu dia yg kena teruk....
Hajat dihati nak cerita pasal kambing...punya rancak berbual
sampai tersebut kambing jadi "KEMBING"
bebudak ni apa lagi kan.....
sebelum pangkah gelak dulu berbakul-bakul....
pastu KIKI pun bersuara.....
"KEMBING tu dia up sikit dari kambing. ko tak pernah tengok kan? kat perak tak
ada KEMBING kan...ha...esok kau tengoklah...
Kalau kambing tu dia ada janggut kan...tapi KEMBING ni
dia ada misai panjang...."
"KAH..KAH...KAH....kitaorang gelak secara bergu beramai-ramai....
macam macam lagilah dia kena petang tu....
nak citer kena taip panjang lagi.....
hu..hu..hu...tak larat ni...



Sham ngan Ayen




Tukang masak dari johor yg juga merangkap bapa saudara
bos aku....huh...style dia masak nasi beriani sangat unik....
nasi dan lauk dimasak secara berlapis.....
lauk dibawah...nasi diatas....
wap lauk yg sedap terus masuk dalam nasi....tu yg nasi pun sedap......


Macam boleh buat poster jer gambar ni....


Muka poco kat tengah tu macam muka paktam aku...


Yang pasti ini budak paling glamour hari tu....
taraf dia nak dekat sama ngan pengantin dah....Time dia nyanyi orang tengah makan...yang tengah dalam rumah semua keluar tengok
dia nyanyi "pelangi petang" memang
baguslah budak ni.....
ADUN DAERAH KEMAYAN
YB Fadil yang datang hari tu pun suka tengok budak tu....

Inilah pasangan yang diraikan...
Hafiz dan Yana.


Rupa2nya si Enon ni Ketua kompang kat situ....
berbakat juga kan...


Ni lah tiga mawar kat Tempat kerja..
Fiza,Ina dan Zira
Kalai ngan Nana tak dapat Datang....


Tersengih...sengih......
K bye..bye....kang aku sambung novel tu yer....

Ahad yang Berlalu

Hari ni aku tak sempat nak tulis panjang2 sebab ada komitmen lain. Pepagi lagi dah keluar ikut sham ke Kedai sebab nak hantar kayu api untuk majlis kenduri kat rumah hafis nanti. Sampai kat kedai abang jamal ajak sarapan dulu Kat kedai sapa lagi kedai mak cik lah kan. Aku pun tak tau napa kalau pepagi macam dah tak nampak kedai lain dah...asyik kedai mak cik jer...sedap sangat kut...Habis sarapan tetiba hafis cakap aku tak yah ikut lah, biar dia ngan sham jer pergi. Aku tolong alwi kat kedai...tampal2 sticker sikit2.

Tengahari gi makan kat "Happy". Pas tu bertolak ke Pasaraya Big 10. Abang jamal nak gi beli file untuk tahun 2010. Biasalah tahun baru azam baru barang pun baru. Tapi malang barang kat situ agak mahal. So keputusan dibuat dan kami pun terus ke kedai buku MEN MEN. Sampai sana terus cari barang yg dikehendaki...habislah dalam 400 lebih.

Selesai membeli belah kami lepak2 kat kedai sambil tunggu Nazrul Datang. Barang yang kami beli tadi semua ada dalam kereta dia.....kaedahnya...kereta tumpangan lah.....

Dipendekkan cerita sebab aku pun dah malas nak taip, malam ni aku n the gang makan hasil air tangan Nazrul kat umah sewa. Tak sangka pulak dia pandai masak. Aku, abang jamal, hafis, sham n budin makan sampai kenyang....ni masa taip ni...baru jer lepas makan.
Kenyang.....Alhamdulillah.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 Untuk Diriku sendiri moga tahun ini akan mencatatkan satu kenangan yang terindah buat perjalanan hidupku...Moga beranjak jua paradigma yg telah sekian lama membatu kukuh selama ini....Bergegarlah wahai semangat hidupku.............Amin.


ChaiYok

Peristiwa Signboard Felda Wilayah Mempaga

Semalam pepagi lagi aku ngan sham dah bertolak dari
daerah Bera menuju ke Destinasi yg dituju

iaitu Felda Wilayah Mempaga dengan lori yg sarat dengan muatan kepingan2 signboard yg bakal dipasang disana nanti..... Tapi sebelum tu kat bawah ni tak der gambar aku..sebab aku yg jadi jurufotonya ok... Tengok gambar macam senang jer...tapi kami pasang ni dari pagi sampai malam pukul 8 lebih baru siap....poco,budin,hafiz ngan john pun ada..tapi diorang naik keretalah...

Masa lalu kat persimpangan bulatan nak masuk ke
temerloh aku nampak lori ni...
terbalik da......kesian .....sham cakap lori bawa ubi keledek....
tapi aku tak perasan sebab sibuk ambik gambar.....



Sampai sana singgah minum pagi...
walaupun sebenarnya baru minum
dan sarapan kat gerai kakak sham di Durian Tawar.
Bos aku abang jamal dah
sedia menanti dengan isterinya kat situ.

Kebetulan rumah keluarga mentuanya
memang kat Felda Mempaga tu....





Habis makan kami terus menuju puncak.....
Gemilang bersama...memasang Signboard...
Ditempat ini......



Yang penting poco siap pose maut
kat bawah pohon palma kat dalam office Felda tu....



Langkah pertama...kepingan dicantumkan
secara "kasar" untuk setting tapak....



Lepas tu naikkan satu persatu.....

Kemudian.....jangan terkejut...kami berehat dahulu di kebun Dragon Fruit
korang jangan tak tau dalam kawasan office ni....macam2 pokok ada...
kobis ada, cili ada, pegaga ada, dragon fruit ada....
Temanya kali ini adalah....
Office ku Ladang ku jua,.....


Ini Duta Dragon Fruit Kita...Mr Sham....


Dah nampak semakin cantik susunannya,....


terennnnnnnn dah nak siap.....yang kat atas tangga tu...
my Boss lah kan.....
Bersungguh-sungguh tu.....


Gambar siap sepenuhnya tak sempat nak tangkap pasal dah gelap...
hujan pulak tu...
Nampak senang kan....tapi membuatnya.....
huhhhhhh..... "agak payah jugalah kan".

ok lah bye-bye...
nak gi kerja dah ni.....

Alhamdulillah, Bila Bangun pagi ni...

Alhamdulillah, Bila Bangun pagi ni... kepala aku yang berat giler semalam
dah beransur pulih. Lega betul.
Semalam sebelum tidur aku minum air 100 plus

dua gelas campur Regular Panadol 2 biji ngan ActivFast 2 Biji.
Oklah...

Nak gi bersiap2 ke tempat kerja ni...Pagi ni tak tau lagi apa tugas aku kan...
Tengoklah nanti.....

Sebelum pergi....tengok ni...

Inilah Logo Baru Pakatan Rakyat....Logo yg Bakal
"Meranapkan" Barisan Nasional.
Cantik Bukan?




Sekarang tau aku sokong siapa....
so, bye and Wassalam.

Blog Baru....Jangan Terkejut

Jangan terkejut...
Bila masuk sini dah tak leh nak access ngan posting2
aku yang sebelumnya. Aku baru transfer blog aku yang lama tu
ke satu domain name yang baru.
Setelah lama berfikir aku rasa ada baiknya aku privatekan jer kisah2 dalam blog tu. Bukan tutup blog tu, cuma aku nak "space" untuk aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini dengan lebih telus lagi tanpa perlu ada orang lain yang tau. Tanpa perlu untuk aku menjaga hati pihak2 lain dalam menulis mengenai peristiwa2 yang berlaku dalam hidup ini. Lepas ni kena update 2 bloglah maknanya....
kalau2 yang menyentuh sensetiviti tu biar dalam blog private tu jerlah...
orang lain nak masuk kena pakai password...selamat sikitlah kan....


So dengan itu welcome to my new Chapter of Blog....
Hopefully God will always bless my life....my career and my Passion.
It just begin.....just follow with the flow.... I am a new Man....

Chaiiiyokkkkkk

Hidup mesti Positif, Walau dalam keadaan apa pun....

Kepala Pening... berat betul....

Tak taulah napa...pagi tadi badan ni rasa macam ter ketar2 jer...
Tengahari tadi pun makan roti canai jer...tak der selera nak makan
nasi...sampai ke malam dah ni...tak lapar juga lagi...Tiba2 lepas
cuci bilik air kat rumah ni...pening betul aku rasa..tapi tetap ku gagahkan
untuk menulis blog ni...tapi sekarang ni dah rasa cam tak leh nak
tahan dah ni...jap lagi nak beli activFast...
Harap2 eloklah pas ni....Lain kali lah update lagi blog ni....