Monday, December 8, 2008

Kenyang Perut Suka Hati..



Aduh kenyangnya perut aku petang nie....
mana taknya...berpinggan-pinggan aku mencekik..
sajian Aidiladha hari ni. Mula2 pergi rumah Ima..
(budak kilang aku) makan lemang..ngan rendang..
pastu pergi rumah Kak Mah pula...
habis dua pinggan aku belasah
mee kari dia....lazat dan enak...
kira..kuranglah kempunan aku hari nie...
mana tak nya mak aku pergi beraya dengan
akak aku kat penang. Akak aku tak leh nak balik raya..
so mak aku pun pergilah berangkat kat sana...
ada juga dia ajak aku tapi taulah kan aku bukannya suka jalan
jauh sangat
pun....baiklah duduk umah....
esok dah nak kena masuk kerja rasa macam malas jer..
dah 3 hari cuti kan....
Maaflah sebab dah lama tak online...soalnya
gue lagi sibuk ngurusin...."fiendster" gue...
cakap indon ler pulak...he...he...
k lah arie nie aku busy sikit...nantilah aku
edit tempat nie....
k semua bye selamat hari raya aidiladha...




Saturday, October 25, 2008

Bulan terakhir aku di Petronas...

Syahdu rasanya nak meninggalkan tempat kerja
aku yang satu ni. Hmmm tapi nak buat macam mana
takdirnya...aku harus memilih diantara dua. Setelah
dipertimbangkan ternyata kerja di kilang tu lagi
menarik minat aku...so terpaksalah aku hantar surat resign
kat bos aku di petronas tu....
Lepas nie hidup aku akan kembali normal
semula...tak akan ada lagi istilah
"tak cukup tidur"
ye lah dah dua bulan tau ...
siang aku kerja kat kilang...pas tu malam sambung kat
petronas.....ooooo letih...
harap2 lepas nie semua akan berjalan lancar....
amin....

Tuesday, September 30, 2008

Aku dapat anak saudara baru....


Lamanya tak online...
sebenarnya aku sakit hati 16 september tak
jadi kenyataan...tapi jauh disudut hati aku,...
teringin betul nak tengok BN tuu berkubur...
menyampah tahap gaban aku ngan diorang....
tutup buku jap lah citer pasal politik...
Aku baru jer dapat anak saudara pompuan 6 hari lepas..
comel...siti aishah namanya. Maknanya dah 5 orang
anak saudara aku...kopak lah nak bagi
duit raya tahun nie...
Nasiblah aku buat dua kerja
malam aku jadi store boy...siang aku kerja kat kilang...
Gaji kilang 24 haribulan dah keluar...
so bolehlah belanja sikit...siap dapat bonus lagi..
padahal kerja tak sampai 2 bulan pun...
gaji cashier...5 haribulan 10...
senang citer raya kelima.
kesian kan...?
tapi kengkawan aku yang lain tu...
gigit jari lah agaknya....
tapi ari tu aku aderlah dengar pihak
pengurusan tanya..nak advance separuh gaji
ker...? tapi kengkawan aku tu kata tak nak...
diorang kaya agaknya..he..he..he..
Sebenarnya penat juga buat 2 kerja nie tapi
taklah kisah sangat...sebab kerja pun tak
teruk sangat. Tapi lepas raya nie mungkin aku
kena berhenti agaknya sebab partner aku yg
jadi cashier tu dah kena buang...
so tak pasal2 aku kena take over jadi cashier...
aku tak lah kisah jadi cashier...lagilah aku
suka badan tak penat...tapi yang tak bestnya
kalau jadi cashier...mesti aku kena balik lambat
punya..kalau balik lambat maknanya lambatlah
aku punch in card aku kat kilang....
pulak tu dengar 2 bos aku nak suruh aku
jadi cashier sambil susun barang....
ooooo mintak maap ler....
tak larat teman....
so baik aku berhenti dari aku memburukkan rekod aku
kat kilang tu kan...?
Lagi pun kerja kat kilang tu lebih terjamin...
baru masuk dah diserap jadi permenant staff.
kat tempat aku jadi store boy tu...
dah kerja 8 bulan pun
still taraf kontrak lagi....
so kalau korang jadi aku mana
pilihan korang?
Lu pikirlah sendiri..kata nabil kan.
tapi tengoklah kalau ada dia ambik
staff baru tak jadilah aku berhenti...
so di kesempatan ini..aku nak mengucapkan
selamat hari raya kepada
semua kengkawan..dari Malaysia
dan Sahabat2 dari Singapura..
Semoga korang berbahagia menjalani hidup ini dengan
aman dan tenteram......

Saturday, August 30, 2008

Harapan Baru yang Kian Cerah

Bagai yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar dengan
izin dari Allah S.W.T. Tahniah kepada Dato' Seri Anwar serta penyokong dengan kebijaksanaan
dan ilham yang diberikan oleh Allah telah dapat mematahkan taktik kotor SPR
dan kerajaan BN yang hampir "be end" tu.......
Aku menanti2 tarikh 16 september 2008...atau mungkin lebih awal dari itu....

Wednesday, August 6, 2008

PERMATANG PAUH... PERMATA MALAYSIA


Semoga dareah Permatang Pauh akan menjadi
titik permulaan kepada perubahan yang besar
terhadap negara ini...sama2lah kita menunjukkan sokongan yang sepenuhnya
kepada kepimpinan Pakatan Rakyat....
Terima Kasih Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail
kerana telah bersusah payah berkorban jiwa dan raga
hingga ke tahap ini.....
Kepada Dato' Seri Anwar...
tahniah kerana telah dianugerahkan oleh Allah
seorang isteri yang begitu istimewa...

Wednesday, July 16, 2008

Buletin Utama 16 Julai 2008 TV3 Berbohong atau Cuai?


















Terkejut tatkala membandingkan berita dari Edisi 7 yang diterbitkan oleh NTV7 pada jam 7 malam tadi dengan satu lagi stesyen milik Media Prima Berhad TV3,dalam ruangan beritanya yang terkenal iaitu Buletin Utama. Edisi 7 yang bersiaran pada jam 7 antaranya memetik temuramah yang dilakukan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau memberitahu para pemberita mengenai kehairanan beliau apabila MP Rembau yang membangkitkan isu DNA terhadap suaminya yang masih didlam siasatan. Edisi 7 juga ada menyiarkan rakaman sidang Parlimen yang menunjukkan wanita besi yang sentiasa tampil lembut dan bersopan santun, hari ini bangkit mempertahankan suaminya sehinggakan membuat MP Rembau tergagap-gagap menjawab pertanyaan beliau. Saya sendiri tidak pernah melihat beliau "segarang" itu sebelum ini.
Beliau mempersoalkan mengapa MP Rembau beria-ia benar mengenai isu DNA suaminya berikutan kes liwat suaminya yang masih didalam siasatan. Saya juga sendiri pelik dengan MP Rembau ini apakah ada agenda tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mungkin MP rembau lupa atau tidak tahu bahawa Wan Azizah sebelum bergelar ahli politik lama dahulu adalah seorang doktor. Jadi mustahil beliau tidak tahu prosedur yang melibatkan doktor dan pihak polis apabila berlaku tuduhan seperti ini. Syabas buat Dato Deri Dr Wan Azizah kerana telah membuktikan kehebatan anda di pentas Parlimen.
Pada jam 8 malam pula di TV3 ketika Buletin Utama bersiaran juga menyiarkan berita yang sama. Cuma yangb berbeza disini pembaca berita berkenaan yang sememangnya terpaksa mambaca skrip yang sudah tertulis mendakwa bahawa mereka tidak mendapat kenyataan media dari Dato Deri Dr Wan Azizah. Begitu juga ketika siaran rakaman sidang parlimen ditayangkan juga seolah-olah melenyapkan isu Khary dimalukan oleh Dato seri Dr Wan Azizah. Apakah ada arahan-arahan tertentu dari pihak-pihak tertentu yang menyuruh berita itu "dilenyapkan" walhal pada pertimbangan saya sendiri sebagai rakyat biasa yang berjawatan kecil menganggap berita itu sangat panas lagi sensasi. Adalah tidak logik sebuah stesyen tv nombor 1 di Malaysia tidak "mengetahui" berita ini sedangkan dalam masa yang sama satu lagi stesyen tv yang juga bernaung di bawah Media Prima Berhad menyiarkannya dengan penuh tanggungjawab. Apakah alasan TV3. Mungkinkah mereka akan mengatakan NTV7 terletak dibangunan yang berasingan iaitu di Shah Alam manakala tv3,tv9 dan 8tv pula di Sri Pentas. Atau mungkin juga mereka mengatakan antara tv3 dan NTV7 tidak berkongsi maklumat demi persaingan yang sihat. Adakah begitu????? Fikir-fikirkanlah...Namun bagi mereka yang terlibat...jikalau kamu sengaja melindungi kebenaran akan tiba satu hari nanti kamu akan menyesali perbuatan kamu hari ini. Allah akan membalas setiap apa yang kamu lakukan pada hari ini....Wassalam.

Thursday, July 10, 2008

"Kementerian Bukan pencetak Duit" Jawapan Bodoh Timb. Menteri.

Baru selesai menonton siaran langsung parlimen di RTM 1. Adalah amat memalukan buat kerajaan sedia ada apabila menteri yang disangka bijak boleh memberikan jawapan yang menyakitkan hati seperti itu. Rasa tidak puas hati mula timbul apabila wakil MP pakatan rakyat memohon Menteri Penerangan supaya menjawab soalannya dengan secara profesional. Sejurus itu Menteri Penerangan berkenaan dengan nada sindiran mengucapkan terima kasih kepada wakil MP pakatan rakyat tersebut kerana telah mengajukan soalan yang cukup "profesional" itu. Selesai menjawab kini tiba pula giliran MP kinabatangan untuk mengajukan soalan terhadap seorang timbalan menteri, berkenaan permintaan untuk mendapatkan bekalan elektrik dikawasan parlimennya. Beliau juga sempat menyindir dengan menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan jawapan yang profesional dari timbalan menteri terbabit. Akibat daripada itu timbalan menteri terbabit telah memberikan satu jawapan yang kurang jelas sehingga membuatkan MP Kinabatangan menerangkan bahawa untuk mengadakan bekalan elektrik disebuah kampung sahaja memerlukan perutunkan sekitar 4 juta ringgit sedangkan dikawasannya terdapat berpuluh-puluh kampung. Menjawab pertanyaan itu timbalan menteri berkenaan memberi jaminan bahawa seluruh sabah akan menikmati bekalan elektrik selewat-lewatnya tahun 2016...iaitu kira-kira 8 tahun dari sekarang. Jawapan itu telah membuatkan seorang ahli parlimen Sabah iaitu MP Kalabakangan menjadi berang dan meminta penjelasan mengapa masa yang diambil terlalu lama.Bagi beliau peruntukan kira-kira lebih 1 bilion ringgit untuk membekalkan bekalan elektrik keseluruh sabah adalah satu jumlah yang mampu ditanggung oleh kerajaan. Jadi mengapa harus ditunggu sehingga 2016? Dalam keadaan kelam kabut timbalan menteri berkenaan menjawab bahawa "kementerian bukanlah pencetak duit....". Ternyata jawapan berkenaan telah menjadikanb dewan riuh seketika. MP Kalabakangan juga membangkitkan mengapa pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang menelan belanja lebih dari 3 bilion ringgit boleh diluluskan sedangkan peruntukan untuk Sabah yang jauh lebih kecil, kerajaan masih mahu berdolak dalih. Dalam keriuhan tersebut terdengar satu suara yang berkata "semua ni sebab kinabatangan minta jawapan tak profesional dari timbalan menteri" (lebih kurang begitulah ayatnya). Ada juga MP pakatan rakyat yang kemudian bersuara "terima kasih YB kinabatangan...saya setuju kita tukar kerajaan.....". Begitulah kalutnya dewan pagi ini hanya kerana jawapan pendek akal dari seorang timbalan menteri.....BN....BN....Apa nak jadi?

Wednesday, July 9, 2008

Kehilangan Balasubramaniam ke Luar Negara menguntungkan seorang "kenamaan"

Pelik tetapi benar. Biasalah kalau ia melibatkan perihal politik dalam negara Malaysia yang tercinta ni. Siapa yang tidak tahu akan prestasi "drama" politik pasca pilihanraya umum ke 12 di negara ini. Rata-rata pemberita dari seluruh dunia dilihat begitu menaruh minat dengan apa yang terjadi baru-baru ini. Bagi kita yang tinggal, makan dan tidur didalam negara dilihat seolah-olah seperti katak dibawah tempurung. Manakan tidak segala kisah benar yang selayaknya dipertontonkan kepada khalayak ditapis sampai menjadilah berita itu umpama air suling. Tapi bezanya ini adalah air suling yang tak berapa sihat. Luar nampak macam elok tetapi hakikatnya tidak seindah pandangan mata. Terbaru negara ini digegarkan dengan satu lagi berita yang tak kurang hebatnya.Kalau boleh diukur dengan bacaan graf agaknya hampir 6 skala rikter ukuranya. Lewat malam semalam dikhabarkan bahwa Bala telah menghubungi ahli keluarganya dengan menyatakan bahawa beliau kini sedang berada diluar negara bersama dengan anak dan isterinya. Persoalannya kenapa sampai keluar negara? Apakah benar diluar negara? Bagaimana dalam tak sampai 24 jam akuan bersumpah kedua dilakukan Bala sudah mempunyai perancangan yang begitu rapi untuk meloloskan diri keluar dari negara ini, bukan bersendiri namun disertai dengan ahli keluarganya. Rasanya pihak berkuasa kena menyiasat hal ini dengan teliti.Pertama, dikhabarkan anaknya yang berusia 6 tahun juga mengikut beliau. Apakah anak sekecil ini memiliki pasport antarabangsa? Kalau ada diminta pula disiasat bila tarikh pasport dikeluarkan. sekiranya tiada nama anak Bala pada data pihak imegresen ini bermakana semua itu bohong belaka. Mereka masih lagi berada didalam negara ini, mungkin disembunyikan kerana ingin melindungi kesalahan diri. Siapa orangnya anda sedia maklum. Bala hilang selepas akuan bersumpah kedua. Beliau hilang setelah menafikan segala tuduhan keatas seorang kenamaan. Perlu diingat beliau hilang setelah "menyelamatkan" orang kenamaan itu secara tidak langsung. Dengan kehilangan Bala sekarang ini cuba anda fikirkan secara logik, adakah ini akan membantu pihak Pakatan Rakyat. Sudah semestinya tidak. Tapi cuba dilihat kelebihan pada kenamaan yang dikaitkan dengan akuan bersumpah yang pertama. Sudah tentu "kehilangan" Bala ini akan memberikan seribu satu rahmat kepada kenamaan tersebut.....fikir-fikirkanlah.....

Wednesday, June 11, 2008

CERAMAH PAKATAN RAKYAT-MAT SABU

Baru balik dengar ceramah kat stadium mini seri manjung.Meriah betul suasana kat sana tadi...barulah nampak dihadapan mata aku sendiri sokongan padu yang diterima oleh pakatan rakyat. Terharu juga pabila melihat pelbagai bangsa berkumpul dipadang yang sama semata-mata untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh pemuda pakatan rakyat. Namun dapat juga aku lihat kehampaan yang sangat jelas terpancar dimata para hadirin tatkala diumumkan bahawa MB kesayangan rakyat perak M.NIZAR tak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menguruskan perkara yang lebih penting. Jangan kata mereka aku sendiri tak kurang hampanya untuk menyaksikan kehebatan beliau...tidak dinafikan terpampangnya nama beliau diatas banting2 iklan yang tergantung di seluruh daerah manjung adalah umpama tarikan magnet yang telah membawa warga berbangsa india dan cina untuk turut serta. Ini kerana kemampuan beliau menguasai bahasa tamil dan cina dengan baik amat memikat hati rakyat dari pelbagai golongan bangsa.
Namun kekecewaan tadi sedikit terubat dengan kehebatan "Mat Sabu" kita yang dilihat sangat bijak menyusun kata tak dilupakan juga kepada ustaz Zulkifli yang menggantikan MB PERAK. Kedua-duanya punya karisma yang tersendiri....yang pasti bukan karisma kapoorrr..

Thursday, May 29, 2008

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

Assalammualikum


Cinta Baru aku
Baru-baru ni aku sudah mula berjinak2 dalam dunia penulisan kreatif...Setelah sekian lama aku membiarkan "bakat" yang selama ini memang telah aku sedari sejak sekian lama namun tak pernah aku praktikkan dalam mentranformasikan kelebihan ini untuk dijadikan sebagai salah satu cabang punca pendapatan aku. Kalau tiada aral yang melintang bulan depan akan menyaksikan aku akan mula berkarya secara serius. Satu impian yang kian menjadi kenyataan. Setakat hari ini, aku dah mempunyai tak kurang dari 6 sinopsis yang pada pandangan aku agak oklah....biasalah..sedih+cinta+gembira+cabaran+sitkom+agama dan beberapa perkara yang aku rasakan relevannnn...Doakan aku ok....
Kalau selama hari ini aku asyik mengkritik sesetengah karya yang ada mungkin selepas ini aku akan jadi "yang kena kritik" pula...
Serentak dengan itu aku mungkin akan melancarkan novel atau cerpen online tulisan aku untuk aku jelmakan di ruangan blog kesayangan aku ini....tunggulah sebulan dua lagi....idea memang tengah mencurah2 nie...tapi sebelum tu aku kena fikir pasal hakcipta pula. Rasanya elok aku patenkan dulu karya aku supaya orang lain tak boleh sesuka hati copy "barang" aku dan selepas tu jual macam "benda" tu dia yang punya...
Maknanya sebelum apa2 aku kena study dulu macam mana nak patenkan karya aku dibawah akta hak cipta dengan kementerian hal ehwal pengguna tak salah aku.....Kalau salah tolong inform. Tapi harus diingat gaya bahasa aku dalam berkarya dengan gaya bahasa aku ketika menulis blog adalah berlainan ok...takkan aku nak "rojakkkan" bahasa dalam berkarya kan...? blog dan penulisan kreatif adalah 2 entiti yang berbeza...blog lebih santai tanpa perlu terikat dengan penggunaan tatabahasa dan ejaan..manakala penulisan kreatif pula menuntut untuk pengkarya menghasilkan sesuatu yang mampu membawa pembaca dan penonton meneroka ke alam yang mereka "cipta" tanpa mengabaikan kaedah-kaedah teori dan praktikal dalam penggunaan sesuatu bahasa. InsyaAllah apa yang telah Puan Lau, iaitu guru bahasa Melayu aku yang berbangsa Cina ketika aku menuntut disekolah Menengah dahulu..akan aku praktikkan.

Singapura, teruk sangat ke?

Untuk permulaan ini aku lebih cenderung untuk menulis mengenai pengalaman bagaimana aku telah ditipu ketika ditawarkan untuk berkerja di Singapura tidak berapa lama dahulu.....
(Jangan ada yang nak mengaitkan ini dengan kes Pulau Batu Putih pula ya...he..he..he..)
Bagaimana aku telah diperdayakan oleh warganegara Malaysia sendiri untuk "dijual" kepada samseng Singapura yang kemudian sekali lagi menjual aku kepada majikan Singapura. Selami sendiri bagaimana kehidupan aku hampir 6 bulan dinegara yang tidak pernah aku jejaki sebelum ini. Bagaimana aku menerima layanan buruk dari majikan dan warga Singapura sendiri....jangan ada yang cepat melatah tatkala aku menulis seperti ini....Bukan semua yang ada dikota Singa itu buruk belaka...sepertimana Malaysia, mereka juga kaya dengan warga yang lemah lembut, baik budi pekerti, serta sangat berperikemanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa. Sesuatu yang agak asing dari pengetahuan aku selama ini...Mungkin kerana telah sekian lama aku disogokkan oleh berita2 yang terpapar didada akhbar mengenai beberapa "perbalahan" diantara kedua-dua negara yang disifatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai pergaduhan adik dan abang.....Umpama carik2 bulu ayam lama2 bercantum jua.... ye ke..? Semua itu telah membuatkan aku mempunyai fikiran kebanyakkan yang ada dinegara itu semuanya negatif belaka...benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan...kini persepsi aku mengenai kota yang telah dibangunkan oleh parameswara itu telah berubah 180 darjah....kini konklusi yang dapat aku buat adalah.....tak kira dimana-mana kawasan di seluruh pelusuk dunia ini akan ada yang baik dan yang jahat.....tak terkecuali di Malaysia sekali pun...
"Budi Bahasa Budaya Kita" itu lah ungkapan yang sangat diagung2kan oleh warga Malaysia....hakikatnya adakah semua warga bersikap demikian???? Hatta diparlimen sahaja kita sudah boleh membuat rumusannya bukan? Fikir2 kanlah...
Apa yang paling mengejutkan aku ketika dikota singa adalah pembagunan apa yang mereka panggil sebagai "asatizah" di negara yang kecil tapi kaya lagi berdaulat itu. Apakah asatizah....? perkataan yang asing diMalaysia.... sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran aku untuk melihat warga Singapura yang masih belasan tahun membaca Al-Quran dan nota berbahasa arab di dalam pengangkutan awam mereka...percayakah anda rakyat Malaysia? Bermastautinnya aku selama hampir 6 bulan didaerah selatan benua asia itu juga telah mengubah pandangan aku mengenai Lee Kuan Yue yang lebih dikenali sebagai LKY di Singapura...? Apakah yang berubah mengenai pandangan aku......tunggulah nanti.
Oleh yang demikian, aku noktahkan dahulu karangan aku hari ini dengan ungkapan maaf sekiranya ada yang terasa hingga ke tulang sumsung tatkala membaca tulisan aku yang berasal dari Manjung ini. Ini cuma pendapat dari sudut pandangan aku...ingat sudut pandangan aku...bukan pandangan orang lain... Akhir ucapan, bye dan jumpa lagi, Wassalam.

Thursday, May 15, 2008

Karpal Singh? Apa Dah Jadi?

Saya rasa tertarik untuk menulis mengenai pemimpin kanan DAP yang seorang ni. "Glamour" betul beliau sejak akhir-akhir ini ekoran kenyataannya yang telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sebagai menderhaka kepada Sultan Perak dan Yang DiPertuan Agung. Sekadar ingin memberi sedikit pandangan, rasanya kali ini Karpal seolah-olah telah tersalah langkah kerana telah menyentuh sensitiviti kaum Melayu yang meletakkan kedudukan Sultan diperingkat yang tertinggi dalam negara ini. Apa perlunya beliau untuk membangkitkan perkara ini dalam keadaan kerajaan Pakatan Rakyat sedang membina pengaruhnya dikalangan masyarakat. Biarpun Karpal sebenarnya tidak berniat untuk menderhaka kepada Sultan, namun sebagai peguam yang bijaksana beliau seharusnya sudah dapat membaca apa yang akan berlaku apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.Bukankah sudah tertulis didalam salah satu Rukun Negara Malaysia sebagai perkara yang berbunyi:- "Kesetiaan kepada Raja dan Negara"? Inilah yang amat dinanti-nantikan oleh kerajaan sedia ada untuk dijadikan modal sebagai memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Adalah amat malang sekali apabila melihat senario sekarang sepertimana yang kita sedia maklum, UMNO sebagai parti politik yang semakin kehilangan taringnya kini begitu teruja memanipulasi kenyataan yang telah dibuat oleh Karpal. Bayangkan tak sampai "beberapa detik" sudah 20 laporan polis telah dibuat terhadap Karpal. Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan kes ini diselesaikan dengan secepat yang mungkin seolah-olah kes ini lebih berat dari kes-kes berprofile tinggi yang lain sebagai contoh kes pembunuhan Altantuya yang sehingga hari ini belum selesai sehingga mempengaruhi hubungan negara ini dengan Monggolia. Kenapa tidak kes ini yang patut diberi perhatian. Itu belum lagi kalau dibandingkan dengan isu kain rentang "kami nak deris natang.". Bukankah itu lebih kurang ajar dan berlaku lebih dahulu dari kenyataan Karpal. Kenapa itu tidak pula dipersoalkan oleh Perdana Menteri? Apakah kerana ada sebab-sebab yang tertentu? Mengapa perlu ada "double standard" disini?Yang sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh Karpal itu pasti tidak akan disalahertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya beliau menggunakan ruang yang betul, maksud saya bukan secara terang-terangan begitu. Jangan ada yang cuba memutarbelitkan kenyataaan saya ini pula. Cuma dalam sesetengah hal sahaja saya menyokong beliau dan tidak pada sesetengah yang tertentu. Saya juga ingin tahu siapa yang menyediakan teks ucapan Yang DiPertuan Agung sepertimana yang telah disoal oleh Karpal. Kenapa susah sangat kerajaan nak jawab? Namun saya sama sekali tidak bersetuju apabila beliau mula menggunakan perkataan "apa hak Sultan untuk mengarahkan MB Perak menarik balik penukaran pegawai JAIP?" Sesungguhnya ayat itu benar-benar mengguris hati orang Melayu. Saya sendiri tatkala pertama kali mendengar berita ini berasa sedikit tersinggung kenapa Sultan Negeri tempat saya diami ini diperlakukan sedemikian rupa? Dalam hal ini Karpal harus ingat bahawa apabila sesuatu perkara mula membabitkan hak Raja-Raja Melayu seperti yang telah termaktub didalam perlembagaan, semua orang melayu tanpa mengira parti politik akan berusaha untuk mempertahankan hak Sultan. Saya akui kehandalan karpal dari sudut pengetahuan undang-undangnya, namun perlukah Sultan diperlakukan sedemikian rupa? Ada baiknya Karpal segera mohon mengadap Baginda sepertimana yang telah dilakukan oleh MB Perak sendiri.Saya percaya bahawa Encik Karpal Singh bukanlah seorang yang keras hati, ini telah terbukti apabila beliau telah menarik balik laporan polis yang telah beliau buat terhadap seorang remaja baru-baru ini. Beralah tidak semestinya kita kalah. Yang penting biar isu ini diselesaikan secepat yang mungkin. Kasihan saya melihat wakil rakyat dari PAS dan PKR yang berada dalam dilema ketika ini.Jangan hanya kerana perkara ini, cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan pusat akan tinggal mimpi sepertimana sesetengah koridor mimpi yang ada sekarang ini. Saya sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pembaharuan tidak mahu terus lagi berada dibawah kerajaan sedia ada. Bukan menidakkan kebaikan yang telah kerajaan taburkan selama ini, tetapi dalam keadaan politik semasa ini saya lihat lebih banyak buruk dari baiknya. Jadi adalah menjadi harapan saya dan berjuta rakyat Malaysia yang lain agar Pakatan Rakyat dapat memperkasakan parti anda. Perkara pokok yang mesti dimulakan sekarang adalah bersatu dalam erti kata yang sebenar. Akhir kata untuk Karpal sekiranya anda terbaca tulisan ini, "ingat kadang-kadang satu kesilapan yang kita lakukan boleh menutup beribu kebaikan yang telah kita lakukan dalam hidup ini". Manusia terlalu mudah menghakimi seseorang dengan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu berwaspadalah dalam apa keadaan sekalipun....sekian Wasssalam.


Monday, May 12, 2008

Seramnya masa Solat subuh tadi...


Itulah akibatnya kalau sembahyang tak khusyuk... Ceritanya bermula masa aku tengah sembahyang subuh kat surau tempat kerja aku,baru jer lepas takbir pertama tiba-tiba jer aku terdengar suara halus yang memanggil "abah!.....abah!....abah! dengan intonasi yang cukup menyeramkan diselang seli dengan suara tangisan yang cukup syahdu..., terkejut aku dibuatnya. Sebelum tu aku secara tak sengaja telah terkunci tombol pintu surau tu. Maka terdengarlah oleh aku bunyi pintu tu dihentak-hentak oleh seseorang dari luar, korang tau tak meremang bulu roma aku masa tu... Aku buat tak tau jer masa tu...teruskan solat sampailah ke rakaat yang kedua...tiba2 terdengar pulak oleh aku satu suara yang agak garau berbanding yang sebelumnya...suara itu kedengaran memanggil-manggil nama seseorang sambil memujuk-mujuk orang berkenaan....rupa2nya suara itu adalah suara sang ayah yang sedang memujuk anaknya yang mencari dia sebelum ni...saspensss jer...habis memberikan salam tersenyum aku sendirian seraya bermonolog didalam hatiku sendiri..."itupun nak takut....!"
Pagi tadi habis jer jogging aku berjalan disebelah restoran belakang tempat kerja aku. Tiba-tiba je aku macam terperasan sepasang mata yang biasa aku lihat sebelum ni. Setelah di"belek"2 kawan lama rupanya... lama juga kami chat kat tepi jalan tu...sempat juga tukar handphone number...lepas nie bolehlah start "jejak kasih" kawan2 aku yang lain pulak....semua terputus hubungan.....he..he...he...oklah geng sampai sini dulu sebab saya nak tengok siaran langsung diparlimen menerusi internet...bye...salam permisi wassalam...

Thursday, May 8, 2008

Provokasi Kepada Penulis Blog?

Sayu saya apabila menatap wajah Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpampang di muka hadapan akhbar Berita Harian bertarikh 7 Mei 2008. Nampaknya kini bukan sahaja Ahli Pakatan Rakyat sahaja yang "ditekan" oleh pihak yang tertentu, malah kini tempiasnya sudah mula memercik ke arah penyokong kuat Pakatan Rakyat pula. Tindakan mendakwa Raja Petra Raja Kamaruddin di bawah Akta Hasutan dilihat sebagai satu lagi provokasi pihak kerajaan yang dilihat tidak mahu berkompromi dengan apa yang diperjuangkan oleh rakyat dinegara ini iaitu hak untuk "kebebasan bersuara". Hanya dengan menjadi penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin telah dilayan sedemikian rupa. Pernahkah mereka memikirkan nasib isteri dan keluarga beliau selepas ini? Amat memilukan apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membayar wang jaminan sebanyak RM 5000 ringgit. Akibatnya beliau terpaksa ditahan di penjara sungai buloh sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 6 oktober nanti. Kenapa "mereka" ini takut sangat dengan penulis blog dinegara ini? Pasti ada yang akan merasa ragu-ragu untuk meluahkan pendapat mereka didalam blog masing-masing selepas ini. Nampaknya sedikit sebanyak provokasi mereka kali ini sedikit meninggalkan kesan. Namun pada saya adalah penting untuk kita menulis sesuatu yang lahir daripada hati, maka janganlah ditakuti dengan segala bentuk usaha untuk mematahkan semangat kita dalam menegakkan keadilan di bumi yang tercinta ini. Segala apa yang anda ketahui dan dirasakan patut untuk dikongsi bersama seharusnya terus dikongsi.Kita memang dahagakan kebenaran kerana kebanyakkan media arus perdana sekarang terlalu kuat sikap "kaki kipasnya", berat sebelah , memesong fakta asal dan macam-macam lagi yang sangat tidak disenangi kebelakangan ini. Berjuanglah demi kebenaran.....saudara dan saudari, ingat itu tanggungjawab kita.
Adakah dengan menulis rencana ini saya juga akan menjadi mangsa seterusnya untuk diheret dan didakwa dibawah akta yang sama? Apakah saya berasa takut ataupun tidak? Apa akan jadi dengan masa hadapan saya? Berbaloikah semua ini hanya kerana "beberapa patah perkataan" ini? Jawapannya adalah saya selalu bertawakal pada Allah. Apa gunanya saya menulis mengenai Qada dan Qadar bukti kebijaksanaan Allah didalam blog saya sekiranya hari ini saya "mengeletar" ketakutan dek kerana provokasi pihak yang bertentangan?
Sekiranya itu takdir hidup saya, akan saya menerimanya dengan tabah. Mohon Allah kuatkan semangat saya sekiranya itu yang terjadi. Kalau diimbas kembali Nabi Yusuf juga pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya, wali-wali terkenal sebelum ini juga tak kurang hebatnya dugaan yang diterima namun mereka sabar dan akhirnya...ketenangan milik mereka. Sekirannya itu terjadi kepada saya, maka adakah saya layak untuk dikategorikan sebagai makhluk Allah yang teraniaya? Biarlah Yang Tuan Punya Dunia yang menilainya. Pada pihak yang bertentangan pula jangan gembira sangat, ingatlah janji Allah bahawa doa orang yang teraniaya itu tiada hijab bagi Allah. Maka fikirkanlah natijahnya nanti untuk "kamu" dimasa hadapan. Anda menyangka tipu daya anda telah berjaya dengan jayanya sehinggakan anda lupa bahawa Allah itu adalah sebaik-baik pembalas tipu daya. Kalau bukan detik ini, mungkin esok harinya, atau mungkin lusa dan seterusnya yang pasti hari itu akan tiba...dan saat itu penyesalan anda mungkin sudah tidak berguna lagi. Saya teringat dengan satu kisah yang saya baca didalam sebuah buku yang meriwayatkan kisah seorang penyair disebuah negara. Pada suatu hari penyair ini telah didatangi oleh pemimpin negara tersebut seraya menawarkan harta yang banyak serta jawatan yang penting kepadanya dengan satu syarat iaitu supaya penyair berkenaan berhenti dari menulis kritikan-kritikannya selama ini. Penyair berkenaan telah memberikan response yang cukup untuk membuatkan saya merasakan sangat terharu..penyair itu berkata...:-

"Ambillah semua harta benda kalian,
dan biarkanlah aku bebas merdeka asing tak dikenali,
kerana pada hakikatnya aku adalah orang yang paling bahagia
diantara kalian, meskipun kalian meninggalakan aku sendirian tanpa
memiliki sebarang harta...."

Cantik bukan jawapan penyair tersebut. Saya terus membeli buku berkenaan setelah membaca kisah penyair tersebut. Inilah kuasa Allah. Buku yang setebal beratus-ratus halaman itu apabila diselak oleh saya, telah ditakdirkan olehNya jari ini menyingkap muka surat yang mempunyai kisah yang sangat menginsafkan ini. Sesungguhnya hambaMu ini sangat bersyukur diatas kurniaMu YA Allah. Engkau terlalu baik terhadap diri ini. Cukuplah untuk kali ini pada hari ini. Salam permisi--Wassalam.

Bolehkah Terus Hidup Hanya Sekadar Berbangga?

Assalammualaikum

Agak menarik untuk kita terus menilai apa yang terjadi lewat kebelakangan ini. Kenapa rakyat terus resah dek kerana kenaikan harga barangan yang dilihat semakin tidak terkawal. Ya kerajaan bisa berkata apa sahaja mengenai prestasi ekonomi negara yang kian positif memanjat tangga kecemerlangan, namun adakah rakyat jelata secara keseluruhannya merasai tempiasnya? Saya ulangi "rakyat jelata secara keseluruhannya". Adalah penting untuk kita menilai apa yang berlaku hari ini secara rasional lagi relevan. Kemanakah segala "kekayaan" negara yang dibanggakan didalam seluruh media arus perdana ini disalurkan. Perdana Menteri baru-baru ini dengan bangga telah mengumumkan Permodalan Nasional Berhad sebagai syarikat pengurusan Dana Kerajaan yang paling berjaya didunia. Syarikat yang mencapai keuntungan sehingga beratus-ratus billion banyaknya. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Petronas yang menyumbang 1/3 dari pendapatan negara juga tidak kurang hebatnya selain menjadi syarikat cari gali minyak yang terkenal diseluruh dunia juga merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia yang tersenarai sebagai 200 jenama paling berharga didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kuala Lumpur terkenal sebagai kota metropolitan yang menempatkan bangunan BERKEMBAR tertinggi didunia. Dilimpahi dengan segala macam kemewahan duniawi. Juga diakui sebagai antara bandaraya yang paling pesat mengalami pembangunan di Asia..apalagi di ASEAN. KLIA pintu masuk utama negara adalah merupakan Lapangan Terbang Terbaik didunia, bukan hanya sekali dinobatkan dikedudukan yang tertinggi itu malah berkali-kali pula tu. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang tertua didunia. Satu produk pelancongan yang sangat bernilai ditambah pula dengan struktur muka bumi Malaysia yang unik lagi cantik kerana telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan pelbagai keindahan. Memiliki bebarapa buah pulau yang diiktiraf sebagai antara yang tercantik didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kalau hendak saya senaraikan disini pasti panjang lagi tulisan sinis saya ini. Maka cukuplah dahulu setakat ini. Sekarang tiba masanya untuk bahagian yang lebih "serius". Satu soalan saya....sila jawab dengan bijaksana ok.... Bolehkah anda meneruskan kehidupan ini dengan jayanya hanya sekadar dengan berbangga semata-mata.
50 tahun mengisi kemerdekaan kita telah melalui bermacam-macam onak dan duri. Sebagai "orang" yang bergelar manusia tempoh selama itu sepatutnya akan mendewasakan lagi mematangkan keputusan kita dalam bertindak. Segala keputusan hendaklah dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Tentu anda bertanya kepada siapa semua ini saya tujukan. Adakah saya akan katakan "siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya". Mungkin tidak. Dalam keadaan Negara yang kian pesat memajukan sains bioteknologi kini cili yang pedas pun boleh jadi manis agaknya. Sinis bunyinya tapi itu hakikatnya pada hari ini.Jawapannya adalah pemimpin. Sesetengah pemimpin lebih gemar "memekakkan" telinga mereka serta dengan sengaja "membutakan" pandangan mereka apabila aduan dibuat. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Sejahtera yang bagaimana?
Kekayaan yang ada mestilah diagihkan sama rata terhadap rakyat jelata bukan hanya mementingkan sesetengan golongan sahaja. Ini tidak sesetengah pemimpin memiliki harta yang bukan main banyaknya padahal jumlah rakyat termiskin dinegara ini masih agak banyak. Walaupun saya tidak mempunyai bukti untuk berkata demikian tetapi harus diingat kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang. Sama ada kera yang sedang terhenjut-henjut didahan pohon tersebut atau memang angin yang meniup pohon tersebut...cuma terdapat dua kemungkinan. Sudah tiba masanya untuk melakukan satu perubahan yang drastik dalam menangani masalah ini. Apakah perubahan itu? Perubahan hanya boleh berlaku sekiranya pemimpin mahu berubah. Kerajaan hari ini haruslah memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan poket anda sendiri. Saya tahu bukan semua yang ada didalam kerajaan itu "jahat"...namun bak kata pepatah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Berbalik pada isu kenaikan harga barang, langkah MTUC untuk meminta gaji minimum sebanya RM 900 ringgit adalah sangat tepat pada masanya. Nilai ringgit sekarang tidak lagi seperti 20 tahun yang lalu...Dalam hal ini saya lebih suka berkongsi pengetahuan yang saya telah perolehi dari sebuah buku karya Dale Carnegie seorang ahli motivasi yang paling kaya dalam sejarah Amerika dalam tahun 50 an kebawah. Dale berkata cara untuk membuatkan seseorang melakukan apa yang kita mahukan adalah dengan berfikir melalui pandangan orang lain. Sebagai contoh sekiranya kita hendak memancing ikan adakah kita akan letakkan umpan ikan itu sebagai apa yang kita makan atau apa yang ikan akan makan. Kalau anda suka makan petai adakah ikan juga suka makan petai....fikir-fikirkan. Dalam konteks ini pemimpin bukan disuruh supaya rakyat bertindak ikut pemikiran mereka. Tapi pemikiran Dale Carnegie ini masih boleh digunakan iaitu apabila mereka mahu memahami masalah ini adalah perlu untuk pemimpin meletakkan diri mereka sebagai rakyat biasa. Adalah amat melucukan apabila baru-baru ini saya melihat seorang pemimpin terkenal berucap di media massa. Beliau menggesa agar rakyat negara ini supaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah....bla...bla...bla... Dia bercakap dalam keadaan dia tidak memahami situasi sebenarnya. OK mari kita singkap kehidupan seorang VIP dahulu. Gaji mereka sahaja tak habis makan kalau belanja dua tiga bulan pun. Kalu pergi mana-mana duit minyak kereta semua boleh claim. Kalau dijemput kemajlis-majlis makan semua free. Kalau nak disenaraikan banyak lagilah....So logik ke mereka ni nak suruh rakyat berjimat dalam keadaan gaji yang sedikit tanpa perlu memahami situasi? Fikir-fikirkanlah. Kalau ini pun susah sangat kerajaan yang ada nak fikirkan maka adalah lebih baik sebagai rakyat yang bijaksan kita ramai-ramai lakukan perubahan pada kerajaan yang sedia ada. Kita tengok macam mana prestasi "orang baru". Kalau tak bagus juga kita tukar lagi....Akhir kata ingat...Kita tak boleh meneruskan kelangsungan hidup ini hanya dengan sekadar BERBANGGA. Wassalam

Wednesday, May 7, 2008

Sampai dalam Dewan Pakatan Rakyat di DISKRIMINASI


Saya baru menonton sidang parlimen secara langsung di internet tadi...memang seronok tengok diinternet berbanding menonton di RTM. Nampak sangat berat sebelah..pengacara pula nampak sangat sokong kerajaan, yang mengulas pun orang BN..macam mana tu? Berbalik pada kisah diskriminasi di parlimen, apabila Ustaz Nasharudin Mat Isa MP Bachok melafazkan usul tadi beliau telah meminta masa tambahan terhadap Yang Dipertua sepertimana yang telah dipersetujui oleh Tuan Speaker sebelum ini, malangnya permintaan tersebut telah ditolak. Persoalannya kalau tak nak bagi kenapa dipersetujui....? Aneh betul sudahlah di luar dianaktirikan didalam dewan pun masih bersikap tidak adil...? Aneh...memang aneh....

Friday, May 2, 2008

Siaran Langsung-Kerajaan Dah "KECUT PERUT"

Dua tiga minggu kebelakangan ini banyak perkara pelik yang terjadi dalam negara ini. Tak cukup dengan "double Standard" pihak media sekarang nie pulak siaran langsung sidang parlimen yang diharap dapat merubah senario "pelik" kebelakangan ini menjadi lebih pelik apabila siaran yang baru keudara beberapa minit tiba2 mengalami gangguan teknikal sehingga siaran terpaksa dihentikan sampai 20 minit lamanya. Bayangkan dalam setengah jam yang diberikan cuma tinggal beberapa minit sahaja yang tinggal setelah ditolak 20 minit? Memang "ganas" penangan pakatan rakyat diparlimen. Ini petanda bagus...BN makin lemah dan hilang fungsinya. Sama-sama kita tengok apa yang bakal berlaku seterusnya...mereka dah kecut perut hanya kerana beberapa minit...fikirkan itu...hanya beberapa minit....kalau sejam...? macam mana?...Berani kerana benar Takut kerana salah... Kalau mereka rasakan mereka dipihak yang benar maka benarkan siaran langsung diteruskan tapi kalau mereka dipihak yang salah....anda tahu apa yang akan mereka lakukan bukan....?
Wassalam Salam permisi...jumpa lagi... (Tadi baru post mail ngan MB perak...saje bagi kata2 semangat)

Tuesday, April 29, 2008

PELIK-BEKAS MB BN LAGI BANYAK KELUAR TV DARI MB BARU Pakatan Rakyat

Inilah kenyataan yang berlaku hari ini,
entah kenapa (sebenarnya tak perlu ber-entah2 sebab ramai yg dapat agak kan...)
sejak kehilangan 5 negeri dalam pilihan raya baru2 ni,media semakin menjadi2 menunjukkan perangai double standard diorang dengan pakatan rakyat. Kadang agak memualkan bila bekas2 adun yg memang sah "tak laku" masa PRU12 hari tu "sibuk" asyik keluar tv. Antara yang paling ketara adalah Khir Toyo Dan Mahadzir Khalid. Hari tu sempat juga tengok dalam tv EX MB kedah tu duk bagi "derma" kat orang ramai. (buat aper nak tunjuk)Dan Khir Toyo lagilah seperti yang kita sedia maklum...sibuk dengan kes "babi"...padahal siapa yang mulakan...pandai bermuka2. Tapi memang dia nilah yg paling kontroversi sekali, mula2 dulu pergi sign kontrak..padahal parlimen dah bubar...pas tu pejabat kerajaan negeri selangor lintang pukang tak tau siapa punya kerja (tak tau ker?) sekarang nie ngan bini dia pun terlibat sekali pasal "balkhis" pulak.Ini yg astro cakap macam2 ada. Itu belum kita korek file lama dia lagi. panas..panas..panas...tak per boleh ambil penyapu kipas muka tu bagi sejuk sikit. Apa salahnya sebelum nie pun penyapu dah jadi anugerah pada dia so apa salah nye jadi "kipas" pula kali nie...takkan marah kut.....Cuma EX MB perak ngan perlis jer yg senyap....itu pun ader makner agaknya....

Saturday, April 26, 2008

HARI TERBUKA TLDM - LUMUT

















Assalammualaikum.Pagi tadi lepas balik kerja aku sempat meluangkan masa menghadiri Hari Terbuka TLDM lUMUT.Meriah betul tempat tu..penat juga aku jalan2 kat sana siapa naik kapal perang lagi. Tadi aku naik Kapal KD TUAH. Atas bawah semua aku jelajah.Sempat juga tengok aksi penerjun bebas dari TLDM sendiri.Teruja....Dalam pukul 12.00 tengahari baru aku balik. Mak aku siap beli buah mangga lagi. Kalau difikirkan macam lucu pulak....pergi kem Tentera Laut Terbesar Di Malaysia...bila balik beli buah mangga...???.. Tapi mangga tu sedap mak aku siap dapat diskaun lagi.
Tapi aku frust sikit tadi pasal aku lupa bawa memory card camera aku...so sempat tangkap beberapa keping jer...bye...wassalam





PENGACARA RTM YG MEMBUAT LIPUTAN


Gambar bayang aku adalah sebagai penutup Tirai...








Friday, April 25, 2008

Qada Dan Qadar-Bukti Allah Maha Mengetahui...


Assalammualaikum...
Telah lama rasanya untuk saya menulis berkenaan dengan tajuk yang saya utarakan
pada kali ini. Bukan satu perkara yang mudah untuk saya memahaminya sehinggakan memakan masa lebih dari dua dekad hayat saya dimuka bumi ciptaan
Allah ini. Agak aneh rasanya bila saya mula memahami konsep qada dan qadar itu sendiri.Aneh kerana "agak mudah" sebenarnya untuk memahaminya..tapi saya agak lambat sedikit untuk mengerti "hikmah" ini. Semuanya kerana Qada dan Qadar Allah. Semuanya telah tertulis
di dalam "Lauh Mahfuz"

Benar atau tidak?.. Ini satu soalan saya kepada anda dan sila jawab dengan sejujurnya.Apakah selama ini pernah terlintas difikiran anda bahawa Tuhan itu tidak adil.Mengapa Allah menjadikan anda seorang yang miskin, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, kesusahan yang menimpa2 terhadap diri anda walhal sesetengah yang lain begitu menikmati hidup ini dengan jayanya.Kalau semuanya telah tertulis didalam "Lauh Mahfuz", mengapa perlu manusia yang dipersalahkan? Ini kerana yang baik dan jahat telah ditentukan oleh Allah seolah2 manusia itu tidak mempunyai pilihan. Kadang2 terbit bisikan yang jahat dari hati kita mengapa begitu sukar untuk mendapat "hidayah" dari ilahi. Dan pelbagai lagi persolan yang seolah2 mempertikaikan kebolehan Allah yang tiada taranya itu.Dsini ingin saya berkongsi luahan rasa yang telah Allah ilhamkan pada diri saya. Pertamanya Sebagai seorang Islam mesti anda semua tahu apa itu Rukun Iman. Rukun yang pertama adalah "Percaya kepada Allah". Kalau anda percaya kepada Allah maka anda seharusnya percaya kepada maksud salah satu dari 99 nama agung Allah, iaitu Allah itu maha mengetahui. Dia mengetahui apa yang telah berlaku berjuta2 tahun yang lalu..hinggalah melangkaui hayat dunia hingga tiba hari Kiamat. Allah menguasai masa. Justeru itu terbukti apabila ada riwayat yang mengatakan bahawa didalam peristiwa Israk dan Mikraj perjalanan Nabi S.A.W merentasi langit yang ketujuh memakan masa ribuan tahun perjalanan (Kalau saya salah harap maklumkan saya) tetapi ada sahabat yang mengatakan dari saat pemergiaan Nabi hinggalah kepulangannya pada malam itu tempat pembaringan Nabi didalam MasjidilHaram masih berbekas haba badan nabi diatas lantai. Kalau difikirkan dari logik akal memang tak masuk akal..tetapi Allah menguasai masa..juga menguasai Segala2nya yang ada dialam ini. Mengapa saya menitik beratkan rukun iman yang ke 6 ini iaitu "percaya kepada Qada dan Qadar". Kerana hanya dengan itu kita dapat menjalani hidup dengan tenang setelah kita mempercayai lima lagi rukun iman yang sebelumnya. Jangan terlalu banyak mengeluh didalam kehidupan ini kerana ia hanya akan lebih menyesakkan dada kalian. fikirkan dari sudut yang positif, Mungkin dengan kerana Allah tidak mengurniakan kesenangan kepada kita adalah lebih baik untuk kepentingan "ketaatan" kita kepada Allah. Kerana manusia selalu ingat kepada penciptanya tatkala diri dirundung masalah dan kedukaan. Dan teramat sedikit yang masih bersyukur apabila hidup dikelilingi kemewahan. mereka menjadi buta hati.Justeru itu bersyukurlah dengan apa yang anda miliki. Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya kepada kita manusia. Janganlah hanya memikirkan nikmat material semata2 kerana semua itu bukan boleh dibawa masuk kedalam kubur pun.Lebih baik anda mengejar nikmat Iman kerana sesungguhnya itu adalah lebih baik untuk jiwa anda. Saya bukanlah ustaz atau lulusan Al-Azhar untuk menunjuk pandai. Cuma sekadar ingin berkongsi rasa. Dan sekiranya ada diantara fakta2 yang saya tulis ini ada yang tidak tepat atau barangkali tidak anda persetujui...maka e-mail saya di tulisandarimanjung@gmail.com kerana sesungguhnya saya manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Fiman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 216:-

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Wassalam.


Sunday, April 6, 2008

Taktik Kotor BN pada Pakatan Rakyat

Pagi tadi mak aku ajak aku pergi
ke majlis kesyukuran Pakatan Rakyat
yang diadakan di Padang Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang dianjurkan oleh Dun N51 iaitu YB pasir panjang yang juga MB kesayangan rakyat negeri perak IR M.Nizar. Seramai lebih dari 6000 warga yang hadir pada pagi tadi...
melebihi dari jangkaan awal iaitu 3000 orang... (meriah kan...)
6 ekor lembu dan beberapa ekor kambing telah disembelih untuk menjamu para tetamu yang hadir...
Melayu, cina, india dan lain2 termasuk para wartawan semua ada.
Akhirnya waktu yang dinanti telah tiba..
Aku sendiri begitu teruja kerana belum pernah mendengar sendiri MB aku berucap secara langsung dihadapan aku...
nak juga tahu setakat mana karisma yang dia miliki...
Ternyata dia memang seorang pemidato yang hebat..
Bijak menggunakan kelebihannya menguasai pelbagai bahasa tatkala bertutur di khalayak umum.
Tak syak lagi selain Anuar Ibrahim Masih ada Ir M.Nizar yang sangat berbakat.
MB aku tu cerita..baru2 ini heboh diperkatakan
oleh media arus perdana (media bodek)
mengenai perletakan jawatan lebih dari 700 ketua kampung negeri perak yang suratnya telah dihantar sendiri kepada MB PERAK. MB aku mengakui semua tu...tapi tak sampai 24 jam surat itu diterima dia telah didatangi oleh beberapa ketua kampung yang ingin melihat sendiri surat tersebut...
setelah diteliti, mereka rasa sungguh hairan dan terkejut
kerana mereka mendakwa bahawa mereka tidak pernah sama sekali menandatangani surat tersebut...
maknanya tentulah tangan hantu2 yang dibela oleh "toottt" yang telah menandatanganinya...sampai camtu sekali...
Dayus lagi pengecut pelaku tersebut....
Kepada MB yang aku kasihi...janganlah engkau
bersedih kerana dibelakangmu masih ada ramai yang berdiri teguh, yang akan memimpinmu dikala tubuhmu hampir terjatuh kerana ditolak oleh si "tooooth"... We Love You..

Saturday, March 29, 2008

Perubahan Ketara...


Photobucket
Hai Lama tak edit...tempat nie..
sejak akhir2 nie aku terlalu
sibuk mengatur urus hidup aku...
soalnya sekarang ini aku dah
ada beberapa perancangan
untuk masa depan aku...
berjaya atau tidak aku bertawakal
pada Allah yang Esa.
Dan bercerita tentang perubahan...
aku ingin memaklumkan kepada sesiapa
yang melawati laman ini
bahawa akan berlaku satu perubahan secara
besar2ran terhadap "page" ini...
Nantikan perubahan ini menjelang April 2008 nanti....
bye.... Assalammualaikum......
Photobucket

Friday, February 29, 2008

Pedoman = Keinsafan




Si Cilik Membaca Al Quran


Di sebuah negara pernah terdapat seorang penyair semasa ditawarkan jawatan disebuah kementerian dengan syarat dia mesti meninggalkan cita-cita, misi dan kritikan –kritikan benar yang sering dilontarkannya. Oleh kerana itu, ia berkata:

Ambillah semua harta benda dunia kalian
Dan biarkanlah hatiku
Merdeka, bebas dan asing tak dikenal
Kerana pada hakikatnya
Aku adalah orang yang paling kaya diantara kalian
Meskipun kalian membiarkan aku seorang diri
Tanpa memiliki harta...

Moral of The Story

1. Penyair berkenaan adalah hamba Allah yang memahami dan telah merasai nikmat keimanan yang menebal didalam hatinya...sehinggakan walaupun telah disogok dengan kedudukan yang tinggi tetapi dengan hati yang tenang telah menolak tawaran tersebut keran dia tidak sanggup kehilangan mutiara iman yang berharga dalam dirinya...Kerana dia mengetahui janji Allah itu benar...Syurga itu benar..., maka apalah hendak dibandingkan dengan kesenangan duniawi ini dengan kesenangan dan keredhaan Allah di akhirat kelak......
2. Firman Allah S.W.T, Di dalam Surah Al-Ashr, ”Demi masa , sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Ayat 1 hingga3).
3. Sebenarnya kebanyakkan manusia tidak tahu bahawa mereka hidup didunia ini sebentar sahaja. Adakah mereka mengetahui bahawa sehari diakhirat bersamaan dengan 1000 tahun didunia...dan setelah dihitung 1 jam diakhirat bersamaan dengan 83 tahun didunia. Berapa ramai diantara kita yang mencapai umur sehingga 83 tahun pada zaman ini? Manusia merasakan mereka dapat memperdayakan Allah tetapi adakah mereka mengetahui bahawa Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya. Maka janganlah kamu mencari rezeki dengan cara memperdayakan orang lain kerana Allah itu maha mengetahui segala yang terzahir dan tersembunyi didalam hati kita, kelak kita akan mendapat balasan yang dahsyat dari Allah. Dan ingatlah doa orang-orang yang teraniaya itu sangat mustajab. ”MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM.”.





Saturday, February 23, 2008

Info Tentang Syaitan Yang Direjam...

Assalamualaikum Teman-Teman !

Sekadar ingin berkongsi....
ada kawan saya yang hantar info nie dalam
e-mail saya....


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis
ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada
perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka
inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika
memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan
solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal
(dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim
(sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu
Bapa

Friday, February 22, 2008

Mak Lang Aku yang Kena Rasuk Hantu...Serammm



Citer nie jadi masa malam kenduri kahwin
abang aku kat umah atuk aku hari tu...
memang menyeramkan....
malam tu mak lang aku nie mengadu dia pening kepala
macam biasalah selaku tukang urut tak rasmi
time keluarga aku berkumpul kat rumah datuk aku kenalah
aku tolong mak lang aku tu untuk
urutkan kepala dia...
selang beberapa minit mungkin kerana terlalu best kut aku
urut kepala dier...(best ker...???)
terus dier berlari keluar ikut pintu depan
rumah atuk aku dan muntah2 masa tu
juga...sempatlah aku berseloroh dengan
pak lang aku... "Mak lang tu mengandung ker?"..
Senyum jer pak lang aku... he...he...he...
Pas tu lama juga lah dia duduk kat luar tu...
Sepupu aku yang juga merangkap anak dier si angah
tu pergilah tengok keadaan mak dier yang
tengah berbaring kat beranda rumah
atuk aku tu...tak ader aper2 kut rasanya...
bila dah hampir satu jam dier kat luar tu pak lang aku dah
mula jadi risau...
dier pergilah tengok...tiba2 terlihatlah oelh kami semua
tangan dan mulut mak lang aku yg tengah
terketar2 masa tu lagi lah mencemaskan
sebab mak lang aku
nie bagi orang2 yang tahu profile dier nie
memang akan tahu bahawa itu adalah simptom2
dia akan dirasuk hantu... wow.....
Dan diantara yang biasa tengok dia dirasuk
adalah aku sendiri...
tapi dah agak lama juga
hantu tu "bercuti" daripada kacau mak lang
aku...tapi malam tu sejarah telah berulang....
Pak lang aku pun cubalah nak dukung
mak lang aku nie...
tapi yang menghairankan...badan mak lang aku
kecik tu tak mampu dipikul oleh
suaminya yang mempunyai berat hampir
3 kali ganda berat mak lang aku tu pun
tak mampu nak angkat....
akhirnya aku, pak lang aku, dan anak dier along
yang tolong angkat dier masuk ker dalam..
dah tiga orang angkat pun berat lagi...
ader yg menumpang lah tu...jeng...jeng...jeng...
(citer seram ker lawak nie...??????)
Pas tu aku pun menawarkan diri untuk memanggil tok bomoh
yang selalu ubatkan dier dulu...
Aku pun ketuk pintu rumah dier..
Assalammualaikum...Assalammualaikum...Assalammualaikum...
lama juga...akhirnya dier bukak pintu...
aku pun mulalah berdialog ngan dier...
"atok tolong tok...mak saudara saya
kena rasuk lagi..."..."kamu nie siapa...?"
"saya cucu pak usup...?...."ohhh perempuan tu yer..."
"aku tak naklah...kamu pergi cari orang lain jer.."
"tolonglah tok....dah malam nie"..."aku tak nak lah..
kau carilah orang lain..."..."tolonglah tok..."
(sambil tersenyum..dengan penuh kengerian)
"aku malaslah...kau pergi cari orang lain jer..."
masa tu aku dah mula rasa lain...sebab dier tak
pernah tolak bila mintak tolong...
tapi malam tu....
tak boleh jadi nie...habis meremang bulu roma aku...
lepas dier tutup pintu jer....
2 org sepupu aku tu mencicit lari...
nama jer temankan aku....
aku biasa jer jalan slow2....
seram2 memang seram...tapi pada
aku mengapa kita perlu takut pada dier...
Allah kan ada...
Bila balik jer kat rumah...
bapa saudara aku pun pelik...
orang2 kat dalam rumah semua dah jaga
dari tidur...bapak saudara aku yang lagi
satu, pak jang mula ambil segelas air
sambil mulut dier terkumat kamit
membaca ayat2 dan tiba2 satu semburan
air yang cukup deras singgah ke muka
mak lang aku...lepas tu mak aku pun join sama juga..
tapi tak jalan juga....
nak dijadikan cerita masa tu...kawan achik aku...
ekin nama dier. dia nie ada kebolehan istimewa sikit..
dia seolah2 dapat merasa "macam six sense"
atau deria ke 6 lah konon2.
gambar dier ader kat bawah sebelah aku
tu...cantik tu...tapi...
Dia pun telefon saudara dier...
nie kira nak berubat secara online lah...
canggih bomoh nie...
masa tu semua sibuk aku pun
mulalah ambil tafsir al quran aku,
pas tu aku baca surah yassin secara lantang,
mak aku pun telefon pak cik aku yang
agak pandai dalam ilmu perubatan nie juga...
korang boleh bayangkan dah berapa orang tu bergabung masa
tu...tiba2 mak lang aku menjerit...
macam2 lah keluar dari mulut dier...
sakitlah bodoh...
pak jang aku tekan ibu jari dier sambil
berkata, "hang nak keluaq ker tak nak?"
mak lang aku jerit lagi...dan tiba2 senyum...sinis.
wow.....seram....
pas tu dier meronta macam sakit sangat jer...
"hang nak keluaq ker tak nak?" "buka pintu dulu.."
pas tu pintu pun dibuka...pas tu dia dia sekejap...
pak lang akus suruh dia mengucap. memang dia dapat mengucap.
tapi lepas tu diorang ingat dah ok dah...
cepat jer ekin membangkang...dia cakap tak...tak...
bende tu ader lagi...dia boleh rasa...
pas tu pak lang aku pun tanya sama ada
mak lang aku nie kenal tak
dengan adik beradik dier tu...
pas tu tanya nama mak dier...
nak tau apa dier jawab...
"mak aku aku tau ler....?
eh...eh....buat lawak pulak hantu nie...
malam tu memang kecoh...menjerit2...ditambah pulak
ngan mak cik2 aku yang latah tu...tak hengat....
selepas beberapa lama barulah keadaan mak lang
aku tu pulih seperti biasa...
kami tidur pukul 3 pagi malam tu...
tapi sampai hari nie aku masih tak boleh lupakan senyuman
sini bomoh tu pada aku...begitu juga senyuman mak lang
aku yang sangat lah lain pada malam itu.....

Alang2 citer hantu...nah sama
tengok
Trailer Filem CONGKAK 2008
filem yg dikatakan seram...





HEADER UNTUK BLOG....SAJER BORING-BORING

TRM KALAU NAK ORIGINAL SIZE YG BESARNYA KLIK GAMBAR TU PASTU BARU RIGHT CLICK THAN "SAVE PICTURE AS"....













Thursday, February 21, 2008

Perkahwinan Abang Aku...

Pada tanggal 03 februari yang lalu..
adalah majlis persandingan abang aku
dirumah datuk aku di Felcra Changkat Lada.
Memang meriah dan kecoh tak cukup
dengan tu kehadiran kawan baik mak aku,
Dato' M Daud Kilau Lebih menceriakan suasana..
habis keluar semua orang kampung pergi tengok..
he...he...he...
naik pening Dato' bila nyanyi..ramai sangat
back up singer sampaikan budak2 kecik pun
turut serta...glamour juga dia nie...
kat bawah nie aku dah sertakan gambar2
kat majlis tu... Esok aku nak cerita pasal
mak saudara aku yang kena rasuk hantu
masa malam kenduri...meremang bulu roma...
he..he..he..
bye...wassalam..

Abang Aku dan Dato M daud Kilau

Gambar aku yang tengah tersenyum simpul..

Aku ngan Artis..he..he..

Gambar majlis bersanding sebelah perempuan DI Port Dickson

Aku ngan ekin kawan mak saudara aku...cun kan..? cun ker? he..he..

Abang dan Ibuku yang tercinta...

Ini Mak saudara aku yang Paling rapat ngan aku..Muda kan..?


Lesen Memandu Gagal?? Lulus??



Diam tak diam dah lebih seminggu aku habis mengikuti kursus
KPP sebagai melengkapkan syarat
untuk aku memiliki lesen L (motor). Masih terasa
mengantuknya aku bila berada didalam bilik berhawa
dingin tu hampir 6 jam lamanya.
Alhamdulillah penceramah hari tu pandai
menceriakan orang, Cikgu Amir nama dia.
Lawak habis, Melayu, Cina , India semua
ketawa pecah perut dengan aksi lawak beliau..
tapi mengantuk tetap mengantuk...tapi Layan....
Esok aku aku kena ambil ujian berkomputer pulak.
Tadi baru aku call sekolah memandu tu untuk confirm.
Ini yang aku terasa gugup nie...sebabnya sebelum
nie...aku pernah gagal.
Bila jawab soalan bukan main confident
lagi, main click jer...bila time result...
hancur...kantoi...melayang duit aku...
Esok tak taulah macam mana takkan nak bazirkan duit lagi .
Kena buat betul2 kali ni...
Selebihnya aku serahkan kepada Tuan punya dunia,
Yang Maha Membukakan RahmatNya Kepada hambaNya..





Wednesday, February 20, 2008

Demam Plilihan Raya~~Wakil Rakyat Hipokrit?

Baru2 nie dalam perjalanan pulang aku ke rumah datuk
aku di changkat lada terpandang aku satu senario yang
biasa dapat dilihat ketika musim pilihan raya...
deretan bendera parti dikibarkan disepanjang jalan...
tersenyum aku sendirian...
bila on tv jer...macam2 jenis kempen dapat kita tengok..
baik secara tersurat mahupun tersirat...
yang peliknya parti kerajaan lebih mendominasi
media yang ada didalam negara ini...pelik..??
Tak sudah2 dipaparkan betapa kerajaan talah dapat
menukar dan menaik tarafkan Terengganu yang dapat kita lihat
hari ini....persoalannya kenapa setelah BN berjaya merampas
kembali Terengganu pada pilihanraya yang sudah...?
Adakah kerana takut menjadikan mereka lebih bersedia kali ini..
Disini dapat aku lihat kepentingan pembangkang dalam
memastikan wakil rakyat yang hipokrit buat kerja diorang..?
Tapi untuk tahun ini aku dapat rasakan BN benar2 telah bersedia..
mungkin akan ada beberapa kekalahan, tapi mereka tetap akan menang.
Pak Lah sejak awal lagi telah membuat perancangan yang sungguh rapi...
Kelima-lima Koridor yang telah dirasmikan adalah senjata BN yang paling ampuh buat masa ini...so sama2 kita lihat siapa yang menang....

Tuesday, February 19, 2008

Tulisan Dari Manjung

Assalammualaikum.
Salam perkenalan....

"Telah datang aku dari pergi,
Telah tiba aku dari permulaan,
Telah "terbit" aku dari timur,
Telah sedar aku dari kesilapan selama ini...
kerana....
Telah diciptakan aku oleh Yang Maha Berkuasa,
Thank You Allah......"

Untuk anda pengunjung2 terbaru Salam penuh kesejahteraan
untuk anda semua...
teimalah lagu nashid dari penyanyi yang sangat saya sukai...
Ahmed Bukhatir..."click play"..komen aku...lagu nie...sangat bagus...




Allah almighty


who created the sun?
he's Allah almighty....
who created the moon?
he's Allah almighty....
who runs the rivers and lakes?
he's Allah almighty....
who runs the clouds full of rain?
he's Allah almighty....
who forgives us when we commit many sins?
Allah almighty!
who looks down to us? tell me who he is?
Allah almighty!
and when you meet Allah...
you should be proud...
and then you'd shout it to him out oud!!!
you are my god!
you are my god!
subhana Allah...we be hamd Allah
worthy of all praise...
you are my god,
la ilaha illa Allah
who sparkles stars in the sky?
he's Allah almighty....
who taught the birds how to fly?
he's Allah almighty....
who taught us to pray fie times?
he's Allah almighty....
and helped us to do good not crimes?
he's Allah almighty....
who sent muhammad Sallaho Allaho Alaih
Allah almighty...
and gifted us islam
cause there's no other way
Allah almighty...