Thursday, July 10, 2008
"Kementerian Bukan pencetak Duit" Jawapan Bodoh Timb. Menteri.
Baru selesai menonton siaran langsung parlimen di RTM 1. Adalah amat memalukan buat kerajaan sedia ada apabila menteri yang disangka bijak boleh memberikan jawapan yang menyakitkan hati seperti itu. Rasa tidak puas hati mula timbul apabila wakil MP pakatan rakyat memohon Menteri Penerangan supaya menjawab soalannya dengan secara profesional. Sejurus itu Menteri Penerangan berkenaan dengan nada sindiran mengucapkan terima kasih kepada wakil MP pakatan rakyat tersebut kerana telah mengajukan soalan yang cukup "profesional" itu. Selesai menjawab kini tiba pula giliran MP kinabatangan untuk mengajukan soalan terhadap seorang timbalan menteri, berkenaan permintaan untuk mendapatkan bekalan elektrik dikawasan parlimennya. Beliau juga sempat menyindir dengan menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan jawapan yang profesional dari timbalan menteri terbabit. Akibat daripada itu timbalan menteri terbabit telah memberikan satu jawapan yang kurang jelas sehingga membuatkan MP Kinabatangan menerangkan bahawa untuk mengadakan bekalan elektrik disebuah kampung sahaja memerlukan perutunkan sekitar 4 juta ringgit sedangkan dikawasannya terdapat berpuluh-puluh kampung. Menjawab pertanyaan itu timbalan menteri berkenaan memberi jaminan bahawa seluruh sabah akan menikmati bekalan elektrik selewat-lewatnya tahun 2016...iaitu kira-kira 8 tahun dari sekarang. Jawapan itu telah membuatkan seorang ahli parlimen Sabah iaitu MP Kalabakangan menjadi berang dan meminta penjelasan mengapa masa yang diambil terlalu lama.Bagi beliau peruntukan kira-kira lebih 1 bilion ringgit untuk membekalkan bekalan elektrik keseluruh sabah adalah satu jumlah yang mampu ditanggung oleh kerajaan. Jadi mengapa harus ditunggu sehingga 2016? Dalam keadaan kelam kabut timbalan menteri berkenaan menjawab bahawa "kementerian bukanlah pencetak duit....". Ternyata jawapan berkenaan telah menjadikanb dewan riuh seketika. MP Kalabakangan juga membangkitkan mengapa pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang menelan belanja lebih dari 3 bilion ringgit boleh diluluskan sedangkan peruntukan untuk Sabah yang jauh lebih kecil, kerajaan masih mahu berdolak dalih. Dalam keriuhan tersebut terdengar satu suara yang berkata "semua ni sebab kinabatangan minta jawapan tak profesional dari timbalan menteri" (lebih kurang begitulah ayatnya). Ada juga MP pakatan rakyat yang kemudian bersuara "terima kasih YB kinabatangan...saya setuju kita tukar kerajaan.....". Begitulah kalutnya dewan pagi ini hanya kerana jawapan pendek akal dari seorang timbalan menteri.....BN....BN....Apa nak jadi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment