selama lebih kurang 6 bulan. Nak citer panjang sangat...malas lah...
kisah bagaimana aku tertipu dan menjalani kehidupan sebagai
seorang tukang cuci di negara yg pernah di sifatkan oleh bekas presiden
Indonesia sebagai.... "hanya titik kecil dalam peta dunia".
Walaupun ditipu...tapi aku tak boleh nak nafikan...
Singapura adalah sebuah negara yang sangat bagus untuk didiami.
Aman, maju, makmur, masyarakat yang berfikiran terbuka dan sangat
kreatif menjadikan negara kecil itu begitu kompetitif sekali.
Sebagai pintu masuk utama ke laluan Selat paling sibuk didunia
iaitu selat Melaka, negara kecil itu bijak menggunakan kelebihan
bentuk geografinya dengan menyediakan perkhidmatan pelabuhan
bertaraf dunia....Negara yg sangat kecil tapi memiliki pelabuhan yang mengendalikan kargo paling sibuk didunia...bayangkanlah....
Kalau nak citer pasal singapura sehari semalam pun tak habis...
korang tak pergi tak tau....
aku yg pergi dalam keadaan merempat pun merindui
negara kecil itu....kecil tapi kaya.....berganda2 kaya dari Malaysia.
Antara memori indah aku.....
* Suatu petang duduk di tengah2 bangunan flat...
(kedudukan yg sangat cantik)
sambil angin sepoi bahasa meniup lembut rambut aku....melihat anak2 kecil...
termasuk bangsa cina mempelajari seni Silat......aku pun tak tau silat...tapi budak cina tu boleh pulak belajar silat.....hebat kan.
* Pagi nak gi kerja naik MRT sejenis perkhidmatan keretapi laju. Sistem pengangkutan yg hampir menyerupai komuter...tapi lebih canggih dah lebih mesra pengguna...
Segala2nya senang dengan MRT...dan aku begitu menyukai dan mengagumi sistem pengangkutan ini...
* Kat singapore ada bas yg sangat panjang. dua kali panjang
dari bas kat malaysia....hu..hu...hu....
* yang paling penting kat singapore banyak lagi hutan.....tak seperti yang aku bayangkan sebelum ini....dan paling terkejut...singapura memiliki 72 buah pulau kecil...mengelilingi nya....
korang pun baru tau kan.....dan ada satu pulau di namakan pulau tekong...sebuah pulau yg penuh misteri....orang awam tak leh masuk....tentera je....
*aku suka lepak kat belakang supermarket fair price kat Yishun MRT station...
tempat tu terletak bawah dua landasan yg bertemu....
fikiran aku akan jadi tenang bila tengok
pemandangan tu....
* Aku telah dipertemukan dengan auntie2 n uncle2 yang melayan aku dengan sangat baik.... perhatian, kemesraan dan keprihatinan kalian semua sangat menyentuh rasa ini....
you’re kind,You’re so kind
You help me when I need you...
you "touch" me when you show me a meaning of mercy
You’re kind,So kind, really kind
thanks for everything ....i will always miss you all there....
sorry can't mention your name here....banyak sangat.
* Pernah tidur kat taman bunga 3 hari sebab nak lari balik Malaysia....
Perasaan..sedih...tapi aku seronok pun ada....bercampur baur....
*Suka sangat tengok pemandangan kat Tanjung Pagar... lawa......macam sydney.
*Suka tengok cara rakyat singapura berfikir...mereka sangat kreatif.....perkataan "tak boleh" adalah pilihan terakhir....dan disini aku sedikit memahami Lee Kuan Yue. Dan pandangan negatif aku dulu,,,berubah sedikit....
Di akui sebagai antara Perdana Menteri terbijak didunia...Beliau di kenali sebagai negarawan ulung yang berjaya mengubah wajah singapura dari negara dunia ketiga menjadi sebuah negara maju di rantau ini dalam masa cuma 3 dekad sahaja...
Sebenarnya banyak lagi...tapi dan panjang dah taip ni...nak gi rest jap.....Bye Wassalam.
lepas baca tulisan awak.. sy rasa heppy if one day sy dpt tinggal d sana.. trima ksih byk2 saudara atas perkongsian yg indah ini.. sekurang2 nye sy dpt mengenali singapura dgn lbih dkt.. :D
ReplyDelete