sebabnya dia baru selesai menjalani pembedahan untuk membuang kanser tiroid untuk kali yang kedua. Abang kesian juga dengan kakak abang ni sebab dia dah tak der langsung kelenjar tiroid dalam badan dia sebab kedua2 tiroid dileher dia terpaksa dibuang.
Abang pun tak sure sangat tapi dari apa yang abang dengar dan sedikit penerangan dari kakak abang yang juga seorang jururawat masyarakat tu, kelenjar tiroid tu penting dalam pembentukan kalsium dalam badan. So bila dah buang tahap kalsium dalam badan dia turun secara mendadak dan dia terpaksa bergantung dengan ubat untuk memastikan kalsium dalam badannya mencukupi. Kakak abang cerita masa kat rumah dia hari tu kaki dan tangan dia selalu kejang2…yang macam kita selalu kena kat kaki tu. Tapi kata kakak abang yang dia kena tu bukan sikit2. Teruk dan yang pasti lama pulak tu….habis menangis2 dia semalaman. Terus abang ipar Abang bawa kakak abang pergi hospital untuk tukar ubat lain. Doktor tu bagi ubat lain yang lebih power, dan dengan kuasa Allah badan kakak bang kembali bertenaga.
Tapi yang kesiannya kakak abang memang kena bergantung dengan ubat tu sepanjang hayatnya. Kalau dulu suara kakak abang ni nyaring, tapi sekarang seakan-akan berbisik selepas dia habis menjalani pembedahan. Kalau nak sembang dengan dia kena duduk dekat2. Lagi satu yang abang tak sanggup nak tengok, ubat2 dia tu punyalah banyak. Kalau timbang mau dekat sekilo lebih. Kakak abang masa mula2 ambik ubat dulu tak lalu nak makan sebabnya terlalu banyak ubat yang dia kena makan.
Paling teruk pernah dia buat ubat tu macam
ulam makan denGan nasi.
Macam mana nak ada selera kan. Tapi sekarang tak adalah dia buat macam tu lagi. Abang harap kakak abang akan kembali sihat selepas ni. Sekarang ni dia tengah tunggu turn untuk buat rawatan kimoterapi kat Hospital Kuala Lumpur.
Adik abang pun ada datang kat umah mak abang semalam. Dia tidur sekali kat sini. Tadi masa nak balik rumah dia kakak abang hantar dia balik umah dia. Sebelum diorang balik sempatlah abang menangkap beberapa keeping gambar2 mereka…..
Inilah kakak abang....
Ini anak kedua kakak abang...
mcm mane keadaan dia skrg...sya pn nk buang tiroid kt hosp putrajaya..leh kongsi cerita sikit..leh dpt no hp dia..
ReplyDeletesalam..erm..juz nk share xprnce.sy bru 20 thn..lam 2 mgu lpas br je wt opration kli ke 2 tok buang tiroid..tp alhmdulillah efek die xtruk sgt smp krem2..byk kn mnum susu kot..skag da leh g klas sume..tp ubt hormon mmg kna mkn smp bile2..klw xmkn ase cm xbmaya je..dugaan Tuhan kan..kne redha je..
ReplyDeleteassalamualaikum..adik sy berusia 24thn jgk mngidap kanser kelenjar tiroid.dpt tahu bln11 2012 sehingga bln7 2013 adik xjalani operation.sbb takut ngn effect lps operation.dlm tempoh pelbagai usaha kmi sekeluarga berubat cra kg.tp akhirnya mri trakhir yg dilakukn pd bln7 2013 menunjukkan knser adik smkin merebak n mmbesar.hanya ALLAH yg tahu....13/9/13 adik akn jlani operation.sy sgt sedih dan brdoa dia tbh hadapi semua ni dan kami skluarga akn brsama hdpi sehingga adik sembuh dan ceria sprti slalu.
ReplyDelete