Thursday, September 10, 2009

Kilang Takder Letrik, Abang sakit, & Berbuka di KFC

Hai…hari ni abang bersiaran pagi2 pulak yer….
sebabnya tadi kat tempat kerja letrik tak ada.
So kami pun duduk beramai2 dihadapan
kilang sambil ngulor mengulor….Setelah perbincangan dibuat diantara pihak pengurusan,
maka kami dibenarkan balik….
Tapi nanti kalau jam 1 tengahari letrik dah ada,

kenalah masuk kerja balik.
Nanti hari sabtu kena ganti balik cuti kecemasan kami pagi ni.
Sedeh…….Kat bawah ni ada abang amik gambar
situasi kat kilang pagi tadi…..

Kak iLA baca Paper

kak sab & the Gang

Kak jue (HOD Store) n Kak iLA

Puan Latipah tengah beri taklimat suruh
kami balik...



Semalam kat tempat kerja, abang rasa macam tak larat jer….
sebenarnya masa sahur tu dah rasa lain macam.
Tapi bila abang amik panadol, abang rasa macam okay sikitlah kan.
Tapi bila dah sampai kat tempat kerja abang
dah rasa cam tak larat….dan tengah abang rasa cam
tak bertenaga tu tetiba HOD abang datang bagitau
petang ni kena buat OT sampai pukul 6
sebab nak sorting barang2 reject….
Mak oiiii abang dah terbayang2 dah kat tempat
simpan barang2 reject tu…bukannya apa…
tempat tu panasnya kurang sikit daripada
duduk dalam ketuhar gelombang mikro….
ooooo idak lerr….Din pun ikut sekali.

So abang pun apa lagi terus ke
office minta surat pergi klinik. Dah memang
kebetulan abang rasa cam nak demam kan.
So tengahari tu waktu rehat abang pun berangkatlah
ke klinik Azhar.

Sampai jerk at sana pembantu klinik
tu cakap doktor belum masuk lagi. Pukul 2 Baru doktor
tu masuk. Abang tak tunggu lah kat dalam tu kan,
baru pukul 1 lebih. Lambat lagi. Abang pun masuk kat
dalam Cyber Café dulu. Tapi hampeh…
lembab internet kat situ…Abang keluar dan terus
duduk kat tempat menunggu dalam klinik tu
sambil menanti ketibaan doktor….
Tak lama lepas tu, abang nampak doktor tu masuk.
Dan nama abang dipanggil tak lama selepas tu.
Bila abang duduk tepi doktor tu, dia suruh abang buka mulut,
dan dengan pantas dia sumbat termometer dalam mulut abang.
Habis tu dia sumbat stick kayu yang nipis untuk tekan
lidah abang supaya dia boleh tengok tekak abang.
Kut2 ada tonsel kan.
Lepas tu dia check pernafasan
abang pulak. Bila dah selesai abang tengok dia mula
menulis2 dalam kad laporan abang tu.
Macam2lah dia tulis. Lepas tu tetiba dia bersuara….

Awak ni kena Flu…….
Abang tak berapa dengar kan…

terus abang Tanya dia balik…
Saya demam biasa ke doktor?

Doktor tu jawab….

H1N1 kut…

(dia siap senyum2 lagi…berguraulah konon…)
Hissshhh TAKKANLAH….

berseriau darah abang kan…..

Biasa kalau H1N1 ni lambat sikit baiknya….

tengoklah kalau tiga empat hari lagi tak ok…
awak datang balik…
Bila dah sudah abang keluar ambik ubat…tapi sebelum tu sempat juga tangkap gambar ni…..he..he….

MBBS tu...bukan calang2 dokter ni...

Ni Ubat yg abang kena Makan....



Malam semalam abang, kak amy, reen, azimah atau saemah,
Fazdli & isterinya
buka puasa kat KFC Giant.
Masuk kali ni dah 2 kali abang buka puasa kat KFC.
Yang first hari tu kat Lumut. Gambarnya lain kalilah
letak kat sini.

Kak amy janji nak bawa biskut….tapi dia lupa….sedeh…….

Reen pulak lagi sedehhhhh sebabnya…pakwe
dia iaitu Din tak leh nak datang…..Menangislah pulak kan…..he..he…he….

Si Azimah @ Saemah hari tu tak puasa,

samalah cam abang kan….
Cuma bezanya dia tak puasa sebab bulanan….
abang pulak sebab tadi jumpa doktor dia dah dua kali sumbat benda dalam mulut abang kan…
so abang konpius batal ker idak…
last sekali abang terus berbuka jerk kat umah petang tu…
siap makan ubat lagi…..ini lah gambar2 kami semua….


Tapi sebelum tu abang nak bagi teka teki...
apakah barang yg Saemah nak beli...
yang dalam genggaman dia dalam gambar ni...




Amboi.....Sedapnya dia....
Fazdli dan Isteri




Dah habis makan, Kami jalan2
Kat dalam Giant....







Memang suka Bergambar Awek Din ni...
Sedehhh tetap sedehhh pose tetap tak nak Kalah

Kad Raya ni unik...panjang dan sweet......

Kad ni pulak tersangat2 Sweet dan bermakna....
Abang dah beli...bukan nak kirim..
Tapi nak simpan....untuk future awek kut...


Yang ni Kad upacara Lepas geram abang...
Kenapa kat Giant ada beribu-ribu Kad ni...????








Reen tengah meNRY produk
Terbaru Garnier.....
(Tu dalam Sedehhh tu...)




Jawapan teka-teki...



No comments:

Post a Comment