Thursday, June 2, 2011
Kitab Cinta VS all Men are Brothers
Abang dah pening, susahnya nak buat pilihan. Dua2 pun abang suka...
malam ni episod pertama "Kitab Cinta" Yang tak bestnya waktu tayangan
citer tu bertindih ngan drama cina yang abang suka sangat tu...
"All Men Are Brothers". Citer ni memang layanlah...tapi punyalah panjang.
Abang dah siap calculate dah...episod akhir citer ni hujung bulan june.
Dah dekat ngan100 episod dah...bayangkan panjang tak panjang citer ni.
Tapi "Kitab Cinta"
macam ada sesuatu yang menarik untuk ditonton....
Balik kerja tadi....tanpa berfikir panjang abg putuskan untuk buka TV Alhijrah...
Maknanya apa tu...???? Maknanya "All Men are Brothers" terpaksa abang korbankan.
Hu3.....Tulah sapa suruh TV8 tayang citer tu waktu yang sama...terpaksalah abang belot...
Komen abang selepas tonton drama tu.....
Citer dia best...tapi ada dialog2 yang abang
rasa cam bercanggah pendapat sikit....
Rasa cam tak sesuai jer watak Fazura mempertikaikan hukum Hudud.
Kita kena ingat hukum Hudud tu adalah perintah Allah.
Tak kan kita nak kata Allah tu salah????? Fikir2 kanlah....
Tapi mungkin dia cakap macam tu sebab, watak dia belum insaf lagi...
lepas ni kan dia akan couple ngan ustaz dalam citer tu......
Mungkin lepas tu dia akan berubah....
siapa tahu kan....?
Bukan abang yang tulis skrip...
Tu kena tanya Kak Eirma Fatima ( Ejaan baru ) .
Ni sikit sinopsis Episod 1 Kitab Cinta
Mustika ( Fazura ) seorang pelajar di institut pengajian tinggi Islam tersohor Malaysia telah ditugaskan oleh pensyarahnya bersama dengan rakan2 nya yang lainuntuk menggkaji tentang Bandar Acheh selepas dilanda Tsunami.
Hanya bertudung kerana mengikut undang2 tempat dia belajar yang mewajibkan pelajar wanita bertudung dan menutup aurat.
Kawan2 dia pun sama jer...ader sorang yang baik sikit.
Setelah waktunya tiba mereka pun berangkat ke Acheh.
Kat sana diorang dibimbing oleh seorang anak muda indonesia.
Abang lupa dah namanya.
Mana2 diorang nak pergi mamat tu lah yang tolong
tunjukkan jalan serta bagi penerangan sikit2.
Baru sehari Mustika dah boring duduk sana.
Petang tu dia letih..terus balik rumah.
Kawan2 dia terus jalan cari bahan,
tiba2 mamat tu bawa jumpa member dia kat ladang ternakkan kambing.
Member dia tulah Hero citer ni. Wali ( Hardy Hartono ).
Salah sorang member mustika ni punyalah tangkap cintan ngan Walid ni...
Malam tu diorang ramai2 pergi sekolah pondok tempat Wali bagi ceramah.
Mustika tetap tak nak ikut...
Member Mustika yang syok ngan Wali tu punyalah
merenyang bila jumpa Walid...Ha3
Malam kedua diorang pergi lagi...
Mustika terpaksa ikut walaupun dia tak nak sebenarnya..
sebab dia takut tinggal sorang....
Tengah diorang jalan2...
Wali lalu....Maka bertentang matalah kedua2 nya...
Lepas tu......
BERSAMBUNG ESOK MALAM
8.30 PM TV ALHIJRAH
Muka si Wali ( Hardy Hartono )
tu macam muka Fauzi Baadila jer abang tengok...
Kembar ker ?????? Tak caya tengok....
Labels:
Kitab Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cite ni shoot kat acheh kan?? hihihi..
ReplyDeletekawan Wardah kate ternampak they all shoot kt sne... hehehehe~
all men are brothers pon mmg best jugak... hihihi
yer memang kat Acheh.
ReplyDeletedua2 best.....aku dalam dilema....