Irfan serahkan surat Mustika pada Wali. Sambil duduk kat tangga kandang kambing, Wali baca surat Mustika depan Irfan. Isi kandungan surat tu betul2 buat Wali macam tak percaya. Tak sangka macam mana Mustika boleh suka dengan dia pula? Irfan yang dari tadi khusyuk mendegar bacaan Wali meyakinkan sahabatnya itu bahawa Mustika benar-benar suka dengannya. Tapi Wali tetap juga confuse. Sebelum pulang ke Malaysia, Mustika bukan main marah dengan dia, tapi sekarang, kerana sepucuk surat dari Mustika hatinya mula tertanya-tanya. Pun begitu dia tetap tersentuh dengan luahan hati Mustika yang digarap dengan ayat-ayat cinta yang ikhlas itu. Irfan menyuruh Wali membalas surat Mustika. Maksud hati gadis dari Malaysia itu harus disambut oleh teman baiknya itu.
Setibanya di Malaysia, Mustika mula merubah tabiat lamanya. Dia tak lagi keluar malam, sentiasa menjaga auratnya. Teman2 sekuliah juga hairan dengan perubahan Mustika termasuk jejaka yang selama ini memendam cinta untuknya, Andika. Hari harinya dilalui dengan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah yang menjaga keperibadian, namun disebalik semua itu hatinya kian resah dan gelisah. Balasan surat dari Wali tetap tak kunjung tiba. Hatinya hampa setiap kali memeriksa peti surat dirumah. Akhirnya Mustika nekad menghubungi Irfan untuk bertanyakan perihal Wali. Melalui Irfan, Mustika mohon disampaikan pada Wali pesanan untuk jejaka dari Acheh itu supaya membalas suratnya. Dia ingin tahu segera jawapan dari pemuda itu. Irfan sebenarnya juga ada menyimpan perasaan terhadap Mustika. Pun begitu semangat setiakawannya sangat kuat. Tidak pernah sekali-kali dia mengkhianati Wali. Pesanan dari Mustika disampaikan pada Wali.
Wali bingung, hatinya berbelah bahagi. Mustika anak orang kaya sedangkan dia orang kampung yang miskin. Masakan dia mampu untuk menampung kehidupan Mustika. Dia tidak tahu apa yang mahu dibalas melalui surat itu. Jika ditolak maksud hati Mustika dia khuatir gadis itu akan sakit hatinya. Jika diterima, dia akan bermasalah dengan rasa rendah dirinya. Irfan tetap juga memujuk sahabat baiknya itu untuk merubah cara pemikirannya.
Setelah Irfan pulang, Wali berfikir panjang dan akhirnya telah menulis sepucuk surat kepada Mustika. Keesokkan harinya dia terus pos surat tu kat pejabat pos. Dalam perjalanan pulang, dia telah bertembung dengan Kartika ( awek acheh yang minat giler dengan dia ) dan ibunya. Ibu Kartika mengajak Wali untuk berbincang mengenai suatu hal. Ibu Kartika tanya Wali tentang perasaan Wali terhadap Kartika. Wali terdiam seketika dan kemuadian menjelaskan..... Tiba2 kartika bersuara...
Alah...abang Wali jangan Malu-malu....
( Sungguh tak sopan Kartika ni kan....
kalau aku pun tak nak cam ni...)
Bila Wali cakap yang dia tak pernah suka pun kat Kartika tu,
malulah awek tu kan...
terus lari laju2. Tulah tadi perasan sangat.
Mak Kartika bengkek jer dan terus berlalu sambil mengingatkan Wali
yang dia akan terima padahnya sebab buat anak dia sakit hati.
( Macam tu pulak kan ?????????)
Mustika temankan ayah dia belikan cincin untuk bakal isteri ayahnya. Selepas itu Mustika ajak ayah dia pergi ke suatu tempat untuk meluahkan perasaannya. Dia tanya ayah dia adakah ayah dia tak kisah dengan pilihan hatinya. Ayah dia okay jer janji lelaki tu beriman dan boleh jaga Mustika sebaik dia menjaga anak kesayangannya itu. Ayah dia pun tanya Mustika siapa lelaki itu ? Bila Mustika cakap yang orang yang dah curi hati dia tu adalah orang Acheh, Riak muka ayah dia terus berubah.....macam tak suka.....
BERSAMBUNG......
suka betul cerita ni tapi tak leh nak layan sebab member nak tengok cerita lain.. huhu
ReplyDelete