Hukuman Buat Yang Tidak Bersalah....
Wali dan Kartika didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah. Kedua-duanya dihukum sebatan 5 kali dikhalayak umum. Wali tetap dengan pendiriannya menegaskaskan yang dia langsung tidak melakukan apa yang dipertuduhkan terhadap dirinya apa lagi menyentuh Kartika yang memfitnah dirinya.
Dihadapan ramai orang mereka berdua dirotan. Seakan gugur sudah segala kebaikan dan maruah dirinya tatkala rotan itu menyentuh batang tubuhnya. Fitnah yang dilakukan oleh Kartika dan ibunya benar-benar telah menghilangkan kredebilitinya sebagai imam Muda yang disegani dikampung halamannya.
Ayah Wali mahu dia bertanggungjawab dengan mengahwini Kartika. Wali enggan kerana tiada langsung sekelumit perasaan cinta untuk wanita itu. Setelah apa yang dilalui olehnya lebih memustahilkan perasaan cinta itu hadir untuk Kartika. Dek kerana keengganannya, Wali telah diusir oleh bapanya sendiri dari kampung halamannya.
Irfan sahabat baiknya, satu-satunya yang masih mempercayai dirinya telah memberikan sejumlah wang kepada Wali untuk memulakan hidupnya yang baru ditempat lain. Dengan wang hasil ehsan teman baiknya itu Wali berangkat ke Malaysia untuk bertemu dengan kawannya yang bekerja disana. Namun rancangannya tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ternyata kawannya itu telah berpindah ke Johor. Dalam keadaan yang kebingungan Wali melangkah tanpa arah tujuan yang pasti. Disaat-saat yang sukar seperti itu hanya Allah tempat untuk dia mengadu nasibnya yang malang itu. Dia tiba disebuah Masjid dan bersolat disitu. Kerana kepenatan dia tertidur.
Sementara ,Mustika sudah bersiap2 untuk ke Acheh bagi menemui Wali. Setelah mendapat keizinan dari ayahnya dia berangkat ke Acheh bersama teman baiknya. Sepertimana Wali pencariannya juga tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Hatinya hampa sebaik mengetahui yang Wali sudah tidak tinggal dikampungnya lagi.
Takdir telah mempertemukan Wali dengan Imam Masjid tempat dia bersolat. Ternyata Imam itu sangat mengagumi cara bacaan Al Quran oleh Wali. Melalui pertolongan Imam itu Wali ditawarkan pekerjaan.
BERSAMBUNG.....
boleh upload kitab cinta aidilfitri telemovie yg disiarkn 30ogos jam 830mlm d tv alhijrah tak?
ReplyDelete