Thursday, June 16, 2011

Episod 7 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Nasi dah jadi bubur. Manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Irfan dan Mustika telah tangkap kerana disyaki berkhalwat. Bapa Irfan yang merupakan ketua kampung didaerah itu sangat marah dan malu dengan apa yang berlaku. Mustika juga tidak terlepas dari kemarahan bapa Irfan yang membuak-buak sehingga dihamburkan dengan kata2 dahsyat yang tidak selayaknya untuk Mustika.

Irfan tidak diizinkan keluar dari rumahnya sehingga tiba hari perbicaraan mereka berdua kira2 seminggu lagi. Kawan Mustika meminta maaf kepada Mustika kerana telah meninggalkannya malam itu. Dia mengajak Mustika pulang sahaja ke Malaysia, namun Mustika enggan dan tetap mahu menunggu Wali selain dari rasa tanggungjawabnya untuk hadir ke mahkamah syariah.

Akhirnya kawan Mustika pulang seorang diri ke Malaysia lantaran sudah terlalu lama meninggalkan kuliahnya di universiti. Mustika meminta kawannya supaya merahsiakan perihal dirinyan yang ditangkap khalwat bersama Irfan dari pengetahuan bapanya.

Kartika datang jumpa Mustika di rumah penginapan dan sekali lagi cuba membangkitkan kemarahan Mustika dengan me-reka2 cerita kemesraan dia dan Wali. Dia juga berbohong dengan mengatakan Wali menyuruh Mustika pulang saja ke Malaysia.

Setiba di Malaysia, kawan baik Mustika ni dah macam tak sedap hati, dan dia nekad untuk jumpa bapa Mustika. Bila kawan baik dia ni sampai kat rumah Mustika alangkah terkejutnya dia bila nampak Wali tengah mengaji kat ruang tamu rumah Mustika...Jeng...jeng...jeng.......

Maka terbongkarlah rahsia ketika itu....dan semuanya secara kebetulan.....
kebetulan sangat kan...............?

Tapi member dia ni tetap rahsiakan pasal Mustika kena tangkap khalwat tu...


Di mahkamah Syariah, Irfan dan Mustika cuba membela diri namun nasib tetap tak menyebelahi kedua-duanya. Mereka akhirnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 4 kali sebatan setiap seorang.

Sementara di Malaysia, ayah Mustika cuba memujuk Wali supaya menjemput Mustika kembali ke Malaysia. Namun Wali harus menyelesaikan tugasnya bersama Imam yang menjaganya sewaktu keberadaannya di Malaysia. Ayah Mustika bersetuju...dann............

BERSAMBUNG....

2 comments:

  1. mcm best ja crita ni?? kat mna??

    ReplyDelete
  2. Best la org kampung.....suka akan sinopsis anda.Teruskan yer.....

    ReplyDelete