Adakah benar ataupun cuma sekadar mitos. Selalu kan kita dengar nenek kita gi nasihat mak ngan mak-mak sedara kita yang lain, jangan makan buah nenas..tajam katanya. Sehingga hari ni masih belum ada kajian secara terperinci telah dilakukan oleh mana2 pakar mengenai perkhabaran yang sangat menakutkan para2 ibu yang sedang mengandung atau sedang merancang untuk hamil. Aku tak kata pulak yang petua orang2 tua tu tak betul...sebab kajian terperinci pun belum dilakukan. Tapi memang ada yang mengatakan ada sejenis bahan dalam nenas muda yg boleh menggugurkan kandungan. Ketepikan dulu soal itu sebab aku nak citer pasal khasiat nenas, buah yang selalu orang salah faham selama ini.
Dek kerana ketakutan itu telah menyebabkan ramai diantara kita yang sudah tersalah anggap dengan khasiat sebenar buah yang sangat subur tumbuhnya dibumi Malaysia yang bertuah ini. Tahukah anda Nanas mengandungi begitu banyak lambakkan vitamin dan enzim didalam pati sari buahnya. Buah yang memiliki sisik ini mengandungi kadar vitamin C yang sangat tinggi yang amat diperlukan oleh tubuh untuk membantu menyembuhkan luka dan penyerapan zat besi ke dalam saluran darah manusia.
Juga mengandungi vitamin B1 yang berfungsi dalm membantu proses penghadaman serta melicinkan proses pencernaan dalam usus. Manakala vitamin B3 bersama kandungan karbohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman berada dalam keadaan yang sihat. Ni memang aku leh confirmkan khasiatnya. Sebab memang aku dah rasai kebaikannya selepas setiap kali aku ker toilet ha3. Clean & Clear....
Bahan paling hebat yang terkandung dalam Nanas adalah sejenis enzim yang dinamakan sebagai "Bromelin".
Tahukah anda apa itu Bromelin?????
Bromelin adalah sejenis enzim yang sangat bermanfaat di dalam sektor perubatan dunia. Digunakan secara meluas semasa pembedahan didalam mengawal pembengkakkan , jangkitan dan menghalang pembekuan darah.
Digunakan sebagai anti keradangan pada pesakit arthritis rheumatik dan arthritis tulang. Merawat keradangan tulang pada lutut dan bahu. Bromelin juga digunakan sebagai bahan asas dalm menghasil produk perubatan yang boleh :
- Melegakan sakit sendi dan otot
- Melembutkan kulit kematu
- Menghilangkan kulit mati dihujung jari dan celah kuku
- Membaiki kuku yang rosak
- Membaiki tumit merekah
- Membaiki kulit kering dan bersisik
Kalau nak citer khasiat buah ni memang tak habislah.... aku sendiri memang suka amalkan makan buah ni. Kalau rasa nak demam makan jer sebijik buah nenas...InsyaAllah badan kembali sihat. Tak caya trylah.
Cuma satu masalahnya, kebanyakkan orang tak suka nak makan buah ni sebab susah nak kupas kulit dia kan? Tapi korang kena ingat sesuatu yang bagus tu selalunya susah untuk kita dapat macam tu jer. Itu hikmah ciptaan Allah. Macam nak dapat madu lebah...susah kan...? Tapi khasiat madu korang sendiri pun tahu. Macam tu juga nenas, meskipun kulitnya bersisik dan boleh menyebabkan lidah kita gatal lepas makan buah ni, ada rahsia besar disebalik semua itu. Bersyukur kita kepada Allah sebab buah nenas ni boleh hidup subur dinegara ini. Selain sedap...harganya pun murah jer. Mampu milik tu....ha3 macam nak beli rumah pulak kan.
Disini ada satu tips yang aku jumpa kat internet....cara2 nak elakkan lidah dari gatal lepas makan buah nenas. Sebelum makan rendamlah seketika potongan buah nenas didalam air garam. InsyaAllah tak gatal lidah korang lepas makan. ( aku tak test lagi kaedah ni...he3 kita test sama2)
Apa pun buah ni memang menjadi kegemaran aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selamat mencuba dan selamat beramal.....
yup!!
ReplyDeletesebanarnya nenas lagi bagus dari oren..
org mengangandung sebenarnya leh je makan..
tp jangan byk..
dan xde mata lagi pada nenas tu..
^^