Thursday, May 12, 2011

Seribu satu Faedah Lalat Pada Manusia


Dah lama aku tak feeling ala-ala ahli falsafah terkemuka kat arena blog ni kan.
So malam ni aku dah pilih satu tajuk yang sangat buat aku teruja nak menulis.
Gigih ni gi buat research usai habis aku menonton drama "all men are brothers" kat TV8.

Tapi sebelum itu hayati dahulu petikan hadis ini,

Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Definisi Lalat,

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang.

( siapa tak tau Sedehhhhhhhhhhhhhhh)

Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

( ooo cam gajah pulak kan...)

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara hidupnya yang suka mengunjungi tempat2 kotor seperti tong sampah, rumah2 yang korang leh nampak cam tong pecah tu pun dia suka gi gak.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang jijik lagi kotor, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur. Lihat gambarajah dibawah untuk rujukan.....

Sungguh tak sopan ko wahai lalat....


Ok habis bab teori sekolah....terima kasihlah kat "uncle wikipedia" for the info. Sekarang masa untuk kita masuk ke bab yang sebenar....

Kajian telah dilakukan terhadap lalat dan mendapati ada kuman2 virus yang hidup didalam tubuh kerdilnya berfungsi dalam membunuh kuman2 bakteria. Kajian terhadap lalat rumah jenis Musca Domestica menunjukkan , ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa. Kuman-kuman ini adalah penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

J.I. Duncan pada tahun 1926 menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria atau bacterial substances di dalam usus lalat rumah. ( Korang bayangkan camner lah bentuk usus lalat tu kan? )

Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji (tak der kena mengena ngan Rani mukherji...) mendapati, lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Kan canggih tu...


Lalat Dan Penawar Yang Menakjubkan

Maksud sabda Nabi Muhammad “celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar” lebih mudah untuk difahami pada abad kedua puluh ini, hasil dari penemuan-penemuan sains yang begitu menakjubkan.


Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva amat bermanfaat kepada manusia. Mengikut S.K. Livingston dan L.H. Prince, lalat digunakan untuk merawat luka-luka yang bernanah pada abad keenam belas.



Pakar bedah di zaman Napoleon yang bernama Larrey mendapati, kesembuhan luka-luka akan cepat berlaku apabila lalat berbentuk larva di ‘celupkan’ ke dalam luka-luka! Teknik rawatan yang sama juga digunakan ke atas tentera-tentera yang cedera pada Perang Dunia I. Pakar bedah sering kali menggunakan larva untuk merawat penyakit radang tulang atau osteomyelitis dan kematian sel atau gangrene. Jenis lalat yang sering digunakan untuk rawatan ini, terutamanya di Eropah, ialah lalat rumah Musca domestica di samping jenis-jenis Lucilla sericata, Lucilla caecar, Phormia regina dan Wohlfahrtia nuba.

M.A. Stewart pada tahun 1934 mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii.


Pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan satu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel.Pada hari ini, larva lalat tidak lagi digunakan untuk rawatan kerana sains moden mampu menyediakan bahan-bahan kimia yang dikeluarkan oleh larva ini di dalam makmal, terutamanya allantoin, ammonia dan kalsium karbonat, terima kasih kepada lalat.


Rumusan Daripada Hadis

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor di dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat, yang membawa kuman-kuman kepada makhluk yang lain, contohnya manusia. Di dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammad menyebutkan tentangnya pada abad ketujuh lagi. Berhubung dengan konsep lalat mengandungi penawar, ia hanya difahami pada abad kedua puluh. Pada Perang Dunia Pertama lalat di peringkat larva digunakan untuk merawat luka-luka oleh pakar-pakar bedah.


Maka dengan itu haruslah kita sebagai manusia bersyukur dah bertasbih di atas Kebesaran Allah. Sesungguhnya Dia tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Hatta seekor lalat yang dipandang jijik oleh kebanyakkan manusia.


Credit untuk website ini...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=97.0

Tak lupa untuk Uncle Wikipedia... :)

No comments:

Post a Comment