Hobi aku kebelakangan ni adalah dengar radio2 online dari negara2 jiran kita macam indonesia dan singapura. Radio indie pun aku layan gak.
Ada satu radio indie tu bersiaran dari rumah dia jer...
pilihan lagu pun mengancam tak boring aku.
Boleh pulak sambil2 bersiaran tu DJ tu sakat2 member dia yang tengah tidur kat ruang tamu Pendek kata memang happeninglah radio indie ni.
Okay berbalik pada topik asal,
tadi masa aku ngah layan Stesyen Ria FM dari singapura. Terdengarlah penjelasan dari pihak radio itu akibat dari keluhan dan ketidakpuas hatian pihak2 artis tempatan singapura akan lagu2 mereka yang tidak dimainkan atau tidak diperdengarkan pada waktu perdana. Mereka mempersoalkan yang stesyen radio disana seolah-olah pilih kasih. Lebih suka mainkan lagu2 dari Malaysia dan Indonesia. Aku respeklah cara dia jawab kat artis diorang. Penjelasan yang mantoppppppp.
Antara isi penjelasannya. Mereka haruslah memilih lagu2 yang berkualiti dan disukai oleh pendengar sendiri. Siap suruh artis diorang dengar lagu dari Malaysia dan Indonesia, lepas tu compare ngan karya mereka sendiri. Dia juga hairan mengapa hak media untuk memilih dipersoalkan? Kalau mahu lagu diputarkan perbaiki kualiti lagu anda.
Lebih kurang gitulah apa yang aku paham. Cuba kita lihat perkara ini dalam konteks Malaysia sendiri. Sebelum kebangkitan muzik2 indie kat negara ni, banyak yang kita dengar pasal perkara yang serupa. Lambakkan artis Indonesia yang membanjiri industri muzik Malaysia begitu membuatkan jiwa2 pemain industri tempatan tak senang hati. Paling tak puas hati bila lagu2 dari negara ni sangat sukar untuk menembusi pasaran Indonesia. Mulalah keluar statement2 yang cakap stesyen radio pilih kasih. Ada pulak tu sampai wartawan pergi temuramah penggiat seni kat negara seberang tu....kenapa lagu2 kita susah nak dimainkan.
Pada aku jawapannya....sama macam jawapan dari pihak RIA FM untuk artis2 mereka.
KUALITI....KUALITI....KUALITI..KUALITI
Kalau kita ada kualiti jangan risaulah masanya pasti akan tiba.
Tengok macam Yuna, Aizat Amdan dan Lady Gaga.
Kesemua mereka ini membuktikan segala usaha dan penat lelah
telah menjadikan mereka sepertimana yang kita lihat hari ini.
Ketiga2 mereka memberikan sesuatu yang sangat perlu
ada dalam sesebuah lagu iaitu Kualiti.
Kerana dengan kualiti kita akan dengan perlahan2
"memaafkan" kekurangan meraka.
Kalau kita masih menanti jawapan kenapa lagu2 Malaysia susah nak masuk Indonesia, Lebih baik kita bagi jawapan untuk Singapura kenapa lagu2 diorang susah nak masuk Malaysia. Kalau ada pun sorang dua jer. Sebab kalau kita tak boleh nak bagi jawapan tu....bagi aku...
Kita kata "dia" tapi "kita" pun sama jer
No comments:
Post a Comment