Wednesday, July 16, 2008

Buletin Utama 16 Julai 2008 TV3 Berbohong atau Cuai?


















Terkejut tatkala membandingkan berita dari Edisi 7 yang diterbitkan oleh NTV7 pada jam 7 malam tadi dengan satu lagi stesyen milik Media Prima Berhad TV3,dalam ruangan beritanya yang terkenal iaitu Buletin Utama. Edisi 7 yang bersiaran pada jam 7 antaranya memetik temuramah yang dilakukan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau memberitahu para pemberita mengenai kehairanan beliau apabila MP Rembau yang membangkitkan isu DNA terhadap suaminya yang masih didlam siasatan. Edisi 7 juga ada menyiarkan rakaman sidang Parlimen yang menunjukkan wanita besi yang sentiasa tampil lembut dan bersopan santun, hari ini bangkit mempertahankan suaminya sehinggakan membuat MP Rembau tergagap-gagap menjawab pertanyaan beliau. Saya sendiri tidak pernah melihat beliau "segarang" itu sebelum ini.
Beliau mempersoalkan mengapa MP Rembau beria-ia benar mengenai isu DNA suaminya berikutan kes liwat suaminya yang masih didalam siasatan. Saya juga sendiri pelik dengan MP Rembau ini apakah ada agenda tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mungkin MP rembau lupa atau tidak tahu bahawa Wan Azizah sebelum bergelar ahli politik lama dahulu adalah seorang doktor. Jadi mustahil beliau tidak tahu prosedur yang melibatkan doktor dan pihak polis apabila berlaku tuduhan seperti ini. Syabas buat Dato Deri Dr Wan Azizah kerana telah membuktikan kehebatan anda di pentas Parlimen.
Pada jam 8 malam pula di TV3 ketika Buletin Utama bersiaran juga menyiarkan berita yang sama. Cuma yangb berbeza disini pembaca berita berkenaan yang sememangnya terpaksa mambaca skrip yang sudah tertulis mendakwa bahawa mereka tidak mendapat kenyataan media dari Dato Deri Dr Wan Azizah. Begitu juga ketika siaran rakaman sidang parlimen ditayangkan juga seolah-olah melenyapkan isu Khary dimalukan oleh Dato seri Dr Wan Azizah. Apakah ada arahan-arahan tertentu dari pihak-pihak tertentu yang menyuruh berita itu "dilenyapkan" walhal pada pertimbangan saya sendiri sebagai rakyat biasa yang berjawatan kecil menganggap berita itu sangat panas lagi sensasi. Adalah tidak logik sebuah stesyen tv nombor 1 di Malaysia tidak "mengetahui" berita ini sedangkan dalam masa yang sama satu lagi stesyen tv yang juga bernaung di bawah Media Prima Berhad menyiarkannya dengan penuh tanggungjawab. Apakah alasan TV3. Mungkinkah mereka akan mengatakan NTV7 terletak dibangunan yang berasingan iaitu di Shah Alam manakala tv3,tv9 dan 8tv pula di Sri Pentas. Atau mungkin juga mereka mengatakan antara tv3 dan NTV7 tidak berkongsi maklumat demi persaingan yang sihat. Adakah begitu????? Fikir-fikirkanlah...Namun bagi mereka yang terlibat...jikalau kamu sengaja melindungi kebenaran akan tiba satu hari nanti kamu akan menyesali perbuatan kamu hari ini. Allah akan membalas setiap apa yang kamu lakukan pada hari ini....Wassalam.

Thursday, July 10, 2008

"Kementerian Bukan pencetak Duit" Jawapan Bodoh Timb. Menteri.

Baru selesai menonton siaran langsung parlimen di RTM 1. Adalah amat memalukan buat kerajaan sedia ada apabila menteri yang disangka bijak boleh memberikan jawapan yang menyakitkan hati seperti itu. Rasa tidak puas hati mula timbul apabila wakil MP pakatan rakyat memohon Menteri Penerangan supaya menjawab soalannya dengan secara profesional. Sejurus itu Menteri Penerangan berkenaan dengan nada sindiran mengucapkan terima kasih kepada wakil MP pakatan rakyat tersebut kerana telah mengajukan soalan yang cukup "profesional" itu. Selesai menjawab kini tiba pula giliran MP kinabatangan untuk mengajukan soalan terhadap seorang timbalan menteri, berkenaan permintaan untuk mendapatkan bekalan elektrik dikawasan parlimennya. Beliau juga sempat menyindir dengan menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan jawapan yang profesional dari timbalan menteri terbabit. Akibat daripada itu timbalan menteri terbabit telah memberikan satu jawapan yang kurang jelas sehingga membuatkan MP Kinabatangan menerangkan bahawa untuk mengadakan bekalan elektrik disebuah kampung sahaja memerlukan perutunkan sekitar 4 juta ringgit sedangkan dikawasannya terdapat berpuluh-puluh kampung. Menjawab pertanyaan itu timbalan menteri berkenaan memberi jaminan bahawa seluruh sabah akan menikmati bekalan elektrik selewat-lewatnya tahun 2016...iaitu kira-kira 8 tahun dari sekarang. Jawapan itu telah membuatkan seorang ahli parlimen Sabah iaitu MP Kalabakangan menjadi berang dan meminta penjelasan mengapa masa yang diambil terlalu lama.Bagi beliau peruntukan kira-kira lebih 1 bilion ringgit untuk membekalkan bekalan elektrik keseluruh sabah adalah satu jumlah yang mampu ditanggung oleh kerajaan. Jadi mengapa harus ditunggu sehingga 2016? Dalam keadaan kelam kabut timbalan menteri berkenaan menjawab bahawa "kementerian bukanlah pencetak duit....". Ternyata jawapan berkenaan telah menjadikanb dewan riuh seketika. MP Kalabakangan juga membangkitkan mengapa pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang menelan belanja lebih dari 3 bilion ringgit boleh diluluskan sedangkan peruntukan untuk Sabah yang jauh lebih kecil, kerajaan masih mahu berdolak dalih. Dalam keriuhan tersebut terdengar satu suara yang berkata "semua ni sebab kinabatangan minta jawapan tak profesional dari timbalan menteri" (lebih kurang begitulah ayatnya). Ada juga MP pakatan rakyat yang kemudian bersuara "terima kasih YB kinabatangan...saya setuju kita tukar kerajaan.....". Begitulah kalutnya dewan pagi ini hanya kerana jawapan pendek akal dari seorang timbalan menteri.....BN....BN....Apa nak jadi?

Wednesday, July 9, 2008

Kehilangan Balasubramaniam ke Luar Negara menguntungkan seorang "kenamaan"

Pelik tetapi benar. Biasalah kalau ia melibatkan perihal politik dalam negara Malaysia yang tercinta ni. Siapa yang tidak tahu akan prestasi "drama" politik pasca pilihanraya umum ke 12 di negara ini. Rata-rata pemberita dari seluruh dunia dilihat begitu menaruh minat dengan apa yang terjadi baru-baru ini. Bagi kita yang tinggal, makan dan tidur didalam negara dilihat seolah-olah seperti katak dibawah tempurung. Manakan tidak segala kisah benar yang selayaknya dipertontonkan kepada khalayak ditapis sampai menjadilah berita itu umpama air suling. Tapi bezanya ini adalah air suling yang tak berapa sihat. Luar nampak macam elok tetapi hakikatnya tidak seindah pandangan mata. Terbaru negara ini digegarkan dengan satu lagi berita yang tak kurang hebatnya.Kalau boleh diukur dengan bacaan graf agaknya hampir 6 skala rikter ukuranya. Lewat malam semalam dikhabarkan bahwa Bala telah menghubungi ahli keluarganya dengan menyatakan bahawa beliau kini sedang berada diluar negara bersama dengan anak dan isterinya. Persoalannya kenapa sampai keluar negara? Apakah benar diluar negara? Bagaimana dalam tak sampai 24 jam akuan bersumpah kedua dilakukan Bala sudah mempunyai perancangan yang begitu rapi untuk meloloskan diri keluar dari negara ini, bukan bersendiri namun disertai dengan ahli keluarganya. Rasanya pihak berkuasa kena menyiasat hal ini dengan teliti.Pertama, dikhabarkan anaknya yang berusia 6 tahun juga mengikut beliau. Apakah anak sekecil ini memiliki pasport antarabangsa? Kalau ada diminta pula disiasat bila tarikh pasport dikeluarkan. sekiranya tiada nama anak Bala pada data pihak imegresen ini bermakana semua itu bohong belaka. Mereka masih lagi berada didalam negara ini, mungkin disembunyikan kerana ingin melindungi kesalahan diri. Siapa orangnya anda sedia maklum. Bala hilang selepas akuan bersumpah kedua. Beliau hilang setelah menafikan segala tuduhan keatas seorang kenamaan. Perlu diingat beliau hilang setelah "menyelamatkan" orang kenamaan itu secara tidak langsung. Dengan kehilangan Bala sekarang ini cuba anda fikirkan secara logik, adakah ini akan membantu pihak Pakatan Rakyat. Sudah semestinya tidak. Tapi cuba dilihat kelebihan pada kenamaan yang dikaitkan dengan akuan bersumpah yang pertama. Sudah tentu "kehilangan" Bala ini akan memberikan seribu satu rahmat kepada kenamaan tersebut.....fikir-fikirkanlah.....