Thursday, May 29, 2008

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

"Cinta Baru aku..." serta Singapura??, teruk sangat ke?

Assalammualikum


Cinta Baru aku
Baru-baru ni aku sudah mula berjinak2 dalam dunia penulisan kreatif...Setelah sekian lama aku membiarkan "bakat" yang selama ini memang telah aku sedari sejak sekian lama namun tak pernah aku praktikkan dalam mentranformasikan kelebihan ini untuk dijadikan sebagai salah satu cabang punca pendapatan aku. Kalau tiada aral yang melintang bulan depan akan menyaksikan aku akan mula berkarya secara serius. Satu impian yang kian menjadi kenyataan. Setakat hari ini, aku dah mempunyai tak kurang dari 6 sinopsis yang pada pandangan aku agak oklah....biasalah..sedih+cinta+gembira+cabaran+sitkom+agama dan beberapa perkara yang aku rasakan relevannnn...Doakan aku ok....
Kalau selama hari ini aku asyik mengkritik sesetengah karya yang ada mungkin selepas ini aku akan jadi "yang kena kritik" pula...
Serentak dengan itu aku mungkin akan melancarkan novel atau cerpen online tulisan aku untuk aku jelmakan di ruangan blog kesayangan aku ini....tunggulah sebulan dua lagi....idea memang tengah mencurah2 nie...tapi sebelum tu aku kena fikir pasal hakcipta pula. Rasanya elok aku patenkan dulu karya aku supaya orang lain tak boleh sesuka hati copy "barang" aku dan selepas tu jual macam "benda" tu dia yang punya...
Maknanya sebelum apa2 aku kena study dulu macam mana nak patenkan karya aku dibawah akta hak cipta dengan kementerian hal ehwal pengguna tak salah aku.....Kalau salah tolong inform. Tapi harus diingat gaya bahasa aku dalam berkarya dengan gaya bahasa aku ketika menulis blog adalah berlainan ok...takkan aku nak "rojakkkan" bahasa dalam berkarya kan...? blog dan penulisan kreatif adalah 2 entiti yang berbeza...blog lebih santai tanpa perlu terikat dengan penggunaan tatabahasa dan ejaan..manakala penulisan kreatif pula menuntut untuk pengkarya menghasilkan sesuatu yang mampu membawa pembaca dan penonton meneroka ke alam yang mereka "cipta" tanpa mengabaikan kaedah-kaedah teori dan praktikal dalam penggunaan sesuatu bahasa. InsyaAllah apa yang telah Puan Lau, iaitu guru bahasa Melayu aku yang berbangsa Cina ketika aku menuntut disekolah Menengah dahulu..akan aku praktikkan.

Singapura, teruk sangat ke?

Untuk permulaan ini aku lebih cenderung untuk menulis mengenai pengalaman bagaimana aku telah ditipu ketika ditawarkan untuk berkerja di Singapura tidak berapa lama dahulu.....
(Jangan ada yang nak mengaitkan ini dengan kes Pulau Batu Putih pula ya...he..he..he..)
Bagaimana aku telah diperdayakan oleh warganegara Malaysia sendiri untuk "dijual" kepada samseng Singapura yang kemudian sekali lagi menjual aku kepada majikan Singapura. Selami sendiri bagaimana kehidupan aku hampir 6 bulan dinegara yang tidak pernah aku jejaki sebelum ini. Bagaimana aku menerima layanan buruk dari majikan dan warga Singapura sendiri....jangan ada yang cepat melatah tatkala aku menulis seperti ini....Bukan semua yang ada dikota Singa itu buruk belaka...sepertimana Malaysia, mereka juga kaya dengan warga yang lemah lembut, baik budi pekerti, serta sangat berperikemanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa. Sesuatu yang agak asing dari pengetahuan aku selama ini...Mungkin kerana telah sekian lama aku disogokkan oleh berita2 yang terpapar didada akhbar mengenai beberapa "perbalahan" diantara kedua-dua negara yang disifatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai pergaduhan adik dan abang.....Umpama carik2 bulu ayam lama2 bercantum jua.... ye ke..? Semua itu telah membuatkan aku mempunyai fikiran kebanyakkan yang ada dinegara itu semuanya negatif belaka...benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan...kini persepsi aku mengenai kota yang telah dibangunkan oleh parameswara itu telah berubah 180 darjah....kini konklusi yang dapat aku buat adalah.....tak kira dimana-mana kawasan di seluruh pelusuk dunia ini akan ada yang baik dan yang jahat.....tak terkecuali di Malaysia sekali pun...
"Budi Bahasa Budaya Kita" itu lah ungkapan yang sangat diagung2kan oleh warga Malaysia....hakikatnya adakah semua warga bersikap demikian???? Hatta diparlimen sahaja kita sudah boleh membuat rumusannya bukan? Fikir2 kanlah...
Apa yang paling mengejutkan aku ketika dikota singa adalah pembagunan apa yang mereka panggil sebagai "asatizah" di negara yang kecil tapi kaya lagi berdaulat itu. Apakah asatizah....? perkataan yang asing diMalaysia.... sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran aku untuk melihat warga Singapura yang masih belasan tahun membaca Al-Quran dan nota berbahasa arab di dalam pengangkutan awam mereka...percayakah anda rakyat Malaysia? Bermastautinnya aku selama hampir 6 bulan didaerah selatan benua asia itu juga telah mengubah pandangan aku mengenai Lee Kuan Yue yang lebih dikenali sebagai LKY di Singapura...? Apakah yang berubah mengenai pandangan aku......tunggulah nanti.
Oleh yang demikian, aku noktahkan dahulu karangan aku hari ini dengan ungkapan maaf sekiranya ada yang terasa hingga ke tulang sumsung tatkala membaca tulisan aku yang berasal dari Manjung ini. Ini cuma pendapat dari sudut pandangan aku...ingat sudut pandangan aku...bukan pandangan orang lain... Akhir ucapan, bye dan jumpa lagi, Wassalam.

Thursday, May 15, 2008

Karpal Singh? Apa Dah Jadi?

Saya rasa tertarik untuk menulis mengenai pemimpin kanan DAP yang seorang ni. "Glamour" betul beliau sejak akhir-akhir ini ekoran kenyataannya yang telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sebagai menderhaka kepada Sultan Perak dan Yang DiPertuan Agung. Sekadar ingin memberi sedikit pandangan, rasanya kali ini Karpal seolah-olah telah tersalah langkah kerana telah menyentuh sensitiviti kaum Melayu yang meletakkan kedudukan Sultan diperingkat yang tertinggi dalam negara ini. Apa perlunya beliau untuk membangkitkan perkara ini dalam keadaan kerajaan Pakatan Rakyat sedang membina pengaruhnya dikalangan masyarakat. Biarpun Karpal sebenarnya tidak berniat untuk menderhaka kepada Sultan, namun sebagai peguam yang bijaksana beliau seharusnya sudah dapat membaca apa yang akan berlaku apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.Bukankah sudah tertulis didalam salah satu Rukun Negara Malaysia sebagai perkara yang berbunyi:- "Kesetiaan kepada Raja dan Negara"? Inilah yang amat dinanti-nantikan oleh kerajaan sedia ada untuk dijadikan modal sebagai memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Adalah amat malang sekali apabila melihat senario sekarang sepertimana yang kita sedia maklum, UMNO sebagai parti politik yang semakin kehilangan taringnya kini begitu teruja memanipulasi kenyataan yang telah dibuat oleh Karpal. Bayangkan tak sampai "beberapa detik" sudah 20 laporan polis telah dibuat terhadap Karpal. Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan kes ini diselesaikan dengan secepat yang mungkin seolah-olah kes ini lebih berat dari kes-kes berprofile tinggi yang lain sebagai contoh kes pembunuhan Altantuya yang sehingga hari ini belum selesai sehingga mempengaruhi hubungan negara ini dengan Monggolia. Kenapa tidak kes ini yang patut diberi perhatian. Itu belum lagi kalau dibandingkan dengan isu kain rentang "kami nak deris natang.". Bukankah itu lebih kurang ajar dan berlaku lebih dahulu dari kenyataan Karpal. Kenapa itu tidak pula dipersoalkan oleh Perdana Menteri? Apakah kerana ada sebab-sebab yang tertentu? Mengapa perlu ada "double standard" disini?Yang sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh Karpal itu pasti tidak akan disalahertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya beliau menggunakan ruang yang betul, maksud saya bukan secara terang-terangan begitu. Jangan ada yang cuba memutarbelitkan kenyataaan saya ini pula. Cuma dalam sesetengah hal sahaja saya menyokong beliau dan tidak pada sesetengah yang tertentu. Saya juga ingin tahu siapa yang menyediakan teks ucapan Yang DiPertuan Agung sepertimana yang telah disoal oleh Karpal. Kenapa susah sangat kerajaan nak jawab? Namun saya sama sekali tidak bersetuju apabila beliau mula menggunakan perkataan "apa hak Sultan untuk mengarahkan MB Perak menarik balik penukaran pegawai JAIP?" Sesungguhnya ayat itu benar-benar mengguris hati orang Melayu. Saya sendiri tatkala pertama kali mendengar berita ini berasa sedikit tersinggung kenapa Sultan Negeri tempat saya diami ini diperlakukan sedemikian rupa? Dalam hal ini Karpal harus ingat bahawa apabila sesuatu perkara mula membabitkan hak Raja-Raja Melayu seperti yang telah termaktub didalam perlembagaan, semua orang melayu tanpa mengira parti politik akan berusaha untuk mempertahankan hak Sultan. Saya akui kehandalan karpal dari sudut pengetahuan undang-undangnya, namun perlukah Sultan diperlakukan sedemikian rupa? Ada baiknya Karpal segera mohon mengadap Baginda sepertimana yang telah dilakukan oleh MB Perak sendiri.Saya percaya bahawa Encik Karpal Singh bukanlah seorang yang keras hati, ini telah terbukti apabila beliau telah menarik balik laporan polis yang telah beliau buat terhadap seorang remaja baru-baru ini. Beralah tidak semestinya kita kalah. Yang penting biar isu ini diselesaikan secepat yang mungkin. Kasihan saya melihat wakil rakyat dari PAS dan PKR yang berada dalam dilema ketika ini.Jangan hanya kerana perkara ini, cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan pusat akan tinggal mimpi sepertimana sesetengah koridor mimpi yang ada sekarang ini. Saya sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pembaharuan tidak mahu terus lagi berada dibawah kerajaan sedia ada. Bukan menidakkan kebaikan yang telah kerajaan taburkan selama ini, tetapi dalam keadaan politik semasa ini saya lihat lebih banyak buruk dari baiknya. Jadi adalah menjadi harapan saya dan berjuta rakyat Malaysia yang lain agar Pakatan Rakyat dapat memperkasakan parti anda. Perkara pokok yang mesti dimulakan sekarang adalah bersatu dalam erti kata yang sebenar. Akhir kata untuk Karpal sekiranya anda terbaca tulisan ini, "ingat kadang-kadang satu kesilapan yang kita lakukan boleh menutup beribu kebaikan yang telah kita lakukan dalam hidup ini". Manusia terlalu mudah menghakimi seseorang dengan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu berwaspadalah dalam apa keadaan sekalipun....sekian Wasssalam.


Monday, May 12, 2008

Seramnya masa Solat subuh tadi...


Itulah akibatnya kalau sembahyang tak khusyuk... Ceritanya bermula masa aku tengah sembahyang subuh kat surau tempat kerja aku,baru jer lepas takbir pertama tiba-tiba jer aku terdengar suara halus yang memanggil "abah!.....abah!....abah! dengan intonasi yang cukup menyeramkan diselang seli dengan suara tangisan yang cukup syahdu..., terkejut aku dibuatnya. Sebelum tu aku secara tak sengaja telah terkunci tombol pintu surau tu. Maka terdengarlah oleh aku bunyi pintu tu dihentak-hentak oleh seseorang dari luar, korang tau tak meremang bulu roma aku masa tu... Aku buat tak tau jer masa tu...teruskan solat sampailah ke rakaat yang kedua...tiba2 terdengar pulak oleh aku satu suara yang agak garau berbanding yang sebelumnya...suara itu kedengaran memanggil-manggil nama seseorang sambil memujuk-mujuk orang berkenaan....rupa2nya suara itu adalah suara sang ayah yang sedang memujuk anaknya yang mencari dia sebelum ni...saspensss jer...habis memberikan salam tersenyum aku sendirian seraya bermonolog didalam hatiku sendiri..."itupun nak takut....!"
Pagi tadi habis jer jogging aku berjalan disebelah restoran belakang tempat kerja aku. Tiba-tiba je aku macam terperasan sepasang mata yang biasa aku lihat sebelum ni. Setelah di"belek"2 kawan lama rupanya... lama juga kami chat kat tepi jalan tu...sempat juga tukar handphone number...lepas nie bolehlah start "jejak kasih" kawan2 aku yang lain pulak....semua terputus hubungan.....he..he...he...oklah geng sampai sini dulu sebab saya nak tengok siaran langsung diparlimen menerusi internet...bye...salam permisi wassalam...

Thursday, May 8, 2008

Provokasi Kepada Penulis Blog?

Sayu saya apabila menatap wajah Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpampang di muka hadapan akhbar Berita Harian bertarikh 7 Mei 2008. Nampaknya kini bukan sahaja Ahli Pakatan Rakyat sahaja yang "ditekan" oleh pihak yang tertentu, malah kini tempiasnya sudah mula memercik ke arah penyokong kuat Pakatan Rakyat pula. Tindakan mendakwa Raja Petra Raja Kamaruddin di bawah Akta Hasutan dilihat sebagai satu lagi provokasi pihak kerajaan yang dilihat tidak mahu berkompromi dengan apa yang diperjuangkan oleh rakyat dinegara ini iaitu hak untuk "kebebasan bersuara". Hanya dengan menjadi penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin telah dilayan sedemikian rupa. Pernahkah mereka memikirkan nasib isteri dan keluarga beliau selepas ini? Amat memilukan apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membayar wang jaminan sebanyak RM 5000 ringgit. Akibatnya beliau terpaksa ditahan di penjara sungai buloh sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 6 oktober nanti. Kenapa "mereka" ini takut sangat dengan penulis blog dinegara ini? Pasti ada yang akan merasa ragu-ragu untuk meluahkan pendapat mereka didalam blog masing-masing selepas ini. Nampaknya sedikit sebanyak provokasi mereka kali ini sedikit meninggalkan kesan. Namun pada saya adalah penting untuk kita menulis sesuatu yang lahir daripada hati, maka janganlah ditakuti dengan segala bentuk usaha untuk mematahkan semangat kita dalam menegakkan keadilan di bumi yang tercinta ini. Segala apa yang anda ketahui dan dirasakan patut untuk dikongsi bersama seharusnya terus dikongsi.Kita memang dahagakan kebenaran kerana kebanyakkan media arus perdana sekarang terlalu kuat sikap "kaki kipasnya", berat sebelah , memesong fakta asal dan macam-macam lagi yang sangat tidak disenangi kebelakangan ini. Berjuanglah demi kebenaran.....saudara dan saudari, ingat itu tanggungjawab kita.
Adakah dengan menulis rencana ini saya juga akan menjadi mangsa seterusnya untuk diheret dan didakwa dibawah akta yang sama? Apakah saya berasa takut ataupun tidak? Apa akan jadi dengan masa hadapan saya? Berbaloikah semua ini hanya kerana "beberapa patah perkataan" ini? Jawapannya adalah saya selalu bertawakal pada Allah. Apa gunanya saya menulis mengenai Qada dan Qadar bukti kebijaksanaan Allah didalam blog saya sekiranya hari ini saya "mengeletar" ketakutan dek kerana provokasi pihak yang bertentangan?
Sekiranya itu takdir hidup saya, akan saya menerimanya dengan tabah. Mohon Allah kuatkan semangat saya sekiranya itu yang terjadi. Kalau diimbas kembali Nabi Yusuf juga pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya, wali-wali terkenal sebelum ini juga tak kurang hebatnya dugaan yang diterima namun mereka sabar dan akhirnya...ketenangan milik mereka. Sekirannya itu terjadi kepada saya, maka adakah saya layak untuk dikategorikan sebagai makhluk Allah yang teraniaya? Biarlah Yang Tuan Punya Dunia yang menilainya. Pada pihak yang bertentangan pula jangan gembira sangat, ingatlah janji Allah bahawa doa orang yang teraniaya itu tiada hijab bagi Allah. Maka fikirkanlah natijahnya nanti untuk "kamu" dimasa hadapan. Anda menyangka tipu daya anda telah berjaya dengan jayanya sehinggakan anda lupa bahawa Allah itu adalah sebaik-baik pembalas tipu daya. Kalau bukan detik ini, mungkin esok harinya, atau mungkin lusa dan seterusnya yang pasti hari itu akan tiba...dan saat itu penyesalan anda mungkin sudah tidak berguna lagi. Saya teringat dengan satu kisah yang saya baca didalam sebuah buku yang meriwayatkan kisah seorang penyair disebuah negara. Pada suatu hari penyair ini telah didatangi oleh pemimpin negara tersebut seraya menawarkan harta yang banyak serta jawatan yang penting kepadanya dengan satu syarat iaitu supaya penyair berkenaan berhenti dari menulis kritikan-kritikannya selama ini. Penyair berkenaan telah memberikan response yang cukup untuk membuatkan saya merasakan sangat terharu..penyair itu berkata...:-

"Ambillah semua harta benda kalian,
dan biarkanlah aku bebas merdeka asing tak dikenali,
kerana pada hakikatnya aku adalah orang yang paling bahagia
diantara kalian, meskipun kalian meninggalakan aku sendirian tanpa
memiliki sebarang harta...."

Cantik bukan jawapan penyair tersebut. Saya terus membeli buku berkenaan setelah membaca kisah penyair tersebut. Inilah kuasa Allah. Buku yang setebal beratus-ratus halaman itu apabila diselak oleh saya, telah ditakdirkan olehNya jari ini menyingkap muka surat yang mempunyai kisah yang sangat menginsafkan ini. Sesungguhnya hambaMu ini sangat bersyukur diatas kurniaMu YA Allah. Engkau terlalu baik terhadap diri ini. Cukuplah untuk kali ini pada hari ini. Salam permisi--Wassalam.

Bolehkah Terus Hidup Hanya Sekadar Berbangga?

Assalammualaikum

Agak menarik untuk kita terus menilai apa yang terjadi lewat kebelakangan ini. Kenapa rakyat terus resah dek kerana kenaikan harga barangan yang dilihat semakin tidak terkawal. Ya kerajaan bisa berkata apa sahaja mengenai prestasi ekonomi negara yang kian positif memanjat tangga kecemerlangan, namun adakah rakyat jelata secara keseluruhannya merasai tempiasnya? Saya ulangi "rakyat jelata secara keseluruhannya". Adalah penting untuk kita menilai apa yang berlaku hari ini secara rasional lagi relevan. Kemanakah segala "kekayaan" negara yang dibanggakan didalam seluruh media arus perdana ini disalurkan. Perdana Menteri baru-baru ini dengan bangga telah mengumumkan Permodalan Nasional Berhad sebagai syarikat pengurusan Dana Kerajaan yang paling berjaya didunia. Syarikat yang mencapai keuntungan sehingga beratus-ratus billion banyaknya. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Petronas yang menyumbang 1/3 dari pendapatan negara juga tidak kurang hebatnya selain menjadi syarikat cari gali minyak yang terkenal diseluruh dunia juga merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia yang tersenarai sebagai 200 jenama paling berharga didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kuala Lumpur terkenal sebagai kota metropolitan yang menempatkan bangunan BERKEMBAR tertinggi didunia. Dilimpahi dengan segala macam kemewahan duniawi. Juga diakui sebagai antara bandaraya yang paling pesat mengalami pembangunan di Asia..apalagi di ASEAN. KLIA pintu masuk utama negara adalah merupakan Lapangan Terbang Terbaik didunia, bukan hanya sekali dinobatkan dikedudukan yang tertinggi itu malah berkali-kali pula tu. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang tertua didunia. Satu produk pelancongan yang sangat bernilai ditambah pula dengan struktur muka bumi Malaysia yang unik lagi cantik kerana telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan pelbagai keindahan. Memiliki bebarapa buah pulau yang diiktiraf sebagai antara yang tercantik didunia. Anda pasti berbangga sebagai rakyat Malaysia bukan? Kalau hendak saya senaraikan disini pasti panjang lagi tulisan sinis saya ini. Maka cukuplah dahulu setakat ini. Sekarang tiba masanya untuk bahagian yang lebih "serius". Satu soalan saya....sila jawab dengan bijaksana ok.... Bolehkah anda meneruskan kehidupan ini dengan jayanya hanya sekadar dengan berbangga semata-mata.
50 tahun mengisi kemerdekaan kita telah melalui bermacam-macam onak dan duri. Sebagai "orang" yang bergelar manusia tempoh selama itu sepatutnya akan mendewasakan lagi mematangkan keputusan kita dalam bertindak. Segala keputusan hendaklah dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Tentu anda bertanya kepada siapa semua ini saya tujukan. Adakah saya akan katakan "siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya". Mungkin tidak. Dalam keadaan Negara yang kian pesat memajukan sains bioteknologi kini cili yang pedas pun boleh jadi manis agaknya. Sinis bunyinya tapi itu hakikatnya pada hari ini.Jawapannya adalah pemimpin. Sesetengah pemimpin lebih gemar "memekakkan" telinga mereka serta dengan sengaja "membutakan" pandangan mereka apabila aduan dibuat. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Sejahtera yang bagaimana?
Kekayaan yang ada mestilah diagihkan sama rata terhadap rakyat jelata bukan hanya mementingkan sesetengan golongan sahaja. Ini tidak sesetengah pemimpin memiliki harta yang bukan main banyaknya padahal jumlah rakyat termiskin dinegara ini masih agak banyak. Walaupun saya tidak mempunyai bukti untuk berkata demikian tetapi harus diingat kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang. Sama ada kera yang sedang terhenjut-henjut didahan pohon tersebut atau memang angin yang meniup pohon tersebut...cuma terdapat dua kemungkinan. Sudah tiba masanya untuk melakukan satu perubahan yang drastik dalam menangani masalah ini. Apakah perubahan itu? Perubahan hanya boleh berlaku sekiranya pemimpin mahu berubah. Kerajaan hari ini haruslah memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan poket anda sendiri. Saya tahu bukan semua yang ada didalam kerajaan itu "jahat"...namun bak kata pepatah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Berbalik pada isu kenaikan harga barang, langkah MTUC untuk meminta gaji minimum sebanya RM 900 ringgit adalah sangat tepat pada masanya. Nilai ringgit sekarang tidak lagi seperti 20 tahun yang lalu...Dalam hal ini saya lebih suka berkongsi pengetahuan yang saya telah perolehi dari sebuah buku karya Dale Carnegie seorang ahli motivasi yang paling kaya dalam sejarah Amerika dalam tahun 50 an kebawah. Dale berkata cara untuk membuatkan seseorang melakukan apa yang kita mahukan adalah dengan berfikir melalui pandangan orang lain. Sebagai contoh sekiranya kita hendak memancing ikan adakah kita akan letakkan umpan ikan itu sebagai apa yang kita makan atau apa yang ikan akan makan. Kalau anda suka makan petai adakah ikan juga suka makan petai....fikir-fikirkan. Dalam konteks ini pemimpin bukan disuruh supaya rakyat bertindak ikut pemikiran mereka. Tapi pemikiran Dale Carnegie ini masih boleh digunakan iaitu apabila mereka mahu memahami masalah ini adalah perlu untuk pemimpin meletakkan diri mereka sebagai rakyat biasa. Adalah amat melucukan apabila baru-baru ini saya melihat seorang pemimpin terkenal berucap di media massa. Beliau menggesa agar rakyat negara ini supaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah....bla...bla...bla... Dia bercakap dalam keadaan dia tidak memahami situasi sebenarnya. OK mari kita singkap kehidupan seorang VIP dahulu. Gaji mereka sahaja tak habis makan kalau belanja dua tiga bulan pun. Kalu pergi mana-mana duit minyak kereta semua boleh claim. Kalau dijemput kemajlis-majlis makan semua free. Kalau nak disenaraikan banyak lagilah....So logik ke mereka ni nak suruh rakyat berjimat dalam keadaan gaji yang sedikit tanpa perlu memahami situasi? Fikir-fikirkanlah. Kalau ini pun susah sangat kerajaan yang ada nak fikirkan maka adalah lebih baik sebagai rakyat yang bijaksan kita ramai-ramai lakukan perubahan pada kerajaan yang sedia ada. Kita tengok macam mana prestasi "orang baru". Kalau tak bagus juga kita tukar lagi....Akhir kata ingat...Kita tak boleh meneruskan kelangsungan hidup ini hanya dengan sekadar BERBANGGA. Wassalam

Wednesday, May 7, 2008

Sampai dalam Dewan Pakatan Rakyat di DISKRIMINASI


Saya baru menonton sidang parlimen secara langsung di internet tadi...memang seronok tengok diinternet berbanding menonton di RTM. Nampak sangat berat sebelah..pengacara pula nampak sangat sokong kerajaan, yang mengulas pun orang BN..macam mana tu? Berbalik pada kisah diskriminasi di parlimen, apabila Ustaz Nasharudin Mat Isa MP Bachok melafazkan usul tadi beliau telah meminta masa tambahan terhadap Yang Dipertua sepertimana yang telah dipersetujui oleh Tuan Speaker sebelum ini, malangnya permintaan tersebut telah ditolak. Persoalannya kalau tak nak bagi kenapa dipersetujui....? Aneh betul sudahlah di luar dianaktirikan didalam dewan pun masih bersikap tidak adil...? Aneh...memang aneh....

Friday, May 2, 2008

Siaran Langsung-Kerajaan Dah "KECUT PERUT"

Dua tiga minggu kebelakangan ini banyak perkara pelik yang terjadi dalam negara ini. Tak cukup dengan "double Standard" pihak media sekarang nie pulak siaran langsung sidang parlimen yang diharap dapat merubah senario "pelik" kebelakangan ini menjadi lebih pelik apabila siaran yang baru keudara beberapa minit tiba2 mengalami gangguan teknikal sehingga siaran terpaksa dihentikan sampai 20 minit lamanya. Bayangkan dalam setengah jam yang diberikan cuma tinggal beberapa minit sahaja yang tinggal setelah ditolak 20 minit? Memang "ganas" penangan pakatan rakyat diparlimen. Ini petanda bagus...BN makin lemah dan hilang fungsinya. Sama-sama kita tengok apa yang bakal berlaku seterusnya...mereka dah kecut perut hanya kerana beberapa minit...fikirkan itu...hanya beberapa minit....kalau sejam...? macam mana?...Berani kerana benar Takut kerana salah... Kalau mereka rasakan mereka dipihak yang benar maka benarkan siaran langsung diteruskan tapi kalau mereka dipihak yang salah....anda tahu apa yang akan mereka lakukan bukan....?
Wassalam Salam permisi...jumpa lagi... (Tadi baru post mail ngan MB perak...saje bagi kata2 semangat)