Wednesday, June 22, 2011

Episod 8 - Kitab Cinta ( Sinopsis )



Wali akhirnya setuju untuk menjemput Mustika setelah mengetahui kisah malang yang berlaku kepada Irfan dan Mustika melalui cerita yang disampaikan oleh kawan baik Mustika iaitu Lily. Dengan segera dia menghubungi ayah Mustika untuk memberitahu niatnya itu. Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya Wali telah berangkat pulang ke Acheh.



Sementara di Acheh, Mustika dan Irfan cuma menanti waktu untuk mereka menjalani hukuman sebat dikhalayak ramai. Ketika dibawa oleh pegawai pengiring untuk naik ke pentas hukuman kedua-duanya terpaksa menghadapi cemuhan masyarakat yang marah dengan perbuatan mereka. Irfan sedih dengan apa yang berlaku, begitu jua Mustika, pun begitu demi cintanya pada Wali, Mustika sanggup menjalani hukuman yang sangat menyakitkan lagi memalukan itu. Sebatan demi sebatan singgah ke batang tubuh mereka dengan disaksikan oleh ratusan pasang mata.

Kemarahan ayah Irfan masih jua belum reda. Dia sangat malu, kerana sebagai ketua kampung dia terpaksa menyaksikan anaknya sendiri disebat dihadapan anak-anak buahnya. Sesuatu yang sangat mengaibkan dirinya. Pada waktu itu jua dia telah mengusir Irfan keluar dari kampung. Harapannya agar Irfan berubah dan segera memikul tanggungjawabnya dengan menikahi Mustika. Irfan masih lagi cuba menceritakan hal yang sebenarnya, tetapi keputusan ayahnya adalah nekad dan mandatori. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam dari luar rumah, dan ternyata orang itu adalah Wali.....


Mustika terpaksa tidur dalam keadaan meniarap kerana perit di belakangnya masih terasa akibat sebatan tadi. Dalam waktu yang sama, pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dalam keadaan yang payah Mustika bangun dan terus membuka daun pintu rumah penginapan itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila menyaksikan orang yang berada dibalik pintu itu adalah Wali. Terlupa dia akan kesakitan yang sedang dihadapinya tatkala menatap wajah pemuda itu.
Wali kemudian menceritakan apa yang berlaku dan di mana dia bekerja sekarang serta bagaimana takdir telah mempertemukan dia dan ayah Mustika. Setelah berbincang mereka akhirnya bersetuju untuk pulang bersama.

Setelah pertemuan itu, Wali pulang ke rumah untuk menjenguk ayahnya. Namun hatinya hampa kerana ayahnya masih belum mahu menemuinya. Sementara Kartika mendapat tahu akan kepulangan Wali, tapi dia juga hampa kerana Wali telah pulang ke Malaysia bersama Mustika sebelum sempat dia bertemu dengannya. Dia sangat sedih dan mula mencari kawan baiknya untuk mengadu nasib. Tapi akhirnya, dia sendiri yang kena ceramah dengan kawan baik dia tu. Tak banyak sedikit, Kartika akhirnya sedar, sudah terlalu banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya pada Wali. Dia menyesal. Sangat menyesal.


Setibanya dirumah, bapa Mustika sangat marah bila mengetahui hal Mustika ditangkap Khalwat bersama-sama dengan Irfan. Wali segera pulang ke kampung Imam yang menolongnya tempoh hari. Mustika tidak diizinkan keluar oleh ayahnya.

Wali dibawa oleh Imam itu kerumahnya dan
diperkenalkan dengan anak dan isterinya...
(ooo ada anak ngan isteri... napa aku macam tak tau jer sebelum ni... ? )
Lawa anak imam tu ( Dewi remaja yang terbaru...)
Imam tu minta tolong Wali untuk ubah anak dia tu...
sebab anak dia degil tak nak dengar cakap dia.
( cam tak relevan jer kan..... tapi berdakwah kan tak kira usia.... ok lah tu..)


Mustika menceritakan kesedihannya dihadapan Ibu tirinya. Dia terkilan kerana ayahnya tidak mahu percaya kepada dirinya. Yang membuatkan dia sedih apabila ayahnya memaksa untuk dia kahwin dengan Irfan. Mustika memberitahu ibunya, sekiranya dia dipaksa untuk kahwin dengan Irfan, dia tidak teragak-agak untuk lari dari rumah.


BERSAMBUNG......

No comments:

Post a Comment