perghhhh lama gila tak "bersapu" blog abang ni kan....
sana sini sawang memenuhi segenap ruang dan penjuru blog
kesayangan abang ni kan. Cuti sakan di hari raya kaedahnya kan....
seronok giler walaupun sebenarnya abang cuti sekejap ajer.....
kilang abang hari tu, 18 haribulan 9, jam 3 petang dah tutup. Maka bermulalah cuti
abang yang dari 19 haribulan sampai 27 haribulan 9.....tetapi itu dikilang.,
Tapi abang gatal kan saja pergi buat part time kat kedai minyak warna hijau iaitu nama
kopratnya adalah PETRONAS. Abang start kerja kat sana dari
19 haribulan sampai 26 haribulan 9. Maknanya abang cuma cuti satu hari jer....
Bagus kan???????
Pun begitu abang tetap beraya sakan...tetap balik kat kampung halaman abang kat Changkat Lada.
Syok oooooo.......Masa hari raya pertama abang kerja pagi, so bila balik pukul 3 abang terus bergegas balik umah, mandi2
pakai apa2 yang patut terus bertolak kat rumah Taufik, tempat hanafi tinggal. Ingat tak dengan Hanafi? Alah kawan tempat kerja abang
yang kat petronas tu. Dia orang Bandung, Indonesia. Abang kesian tengok dia ni tak der tempat nak beraya, Maklumlah orang merantau.
Teringat kisah abang kat singapore dulu. Masa abang kena tipu kat sana dulu, ada Abang Rahmat datang menghulurkan bantuan untuk abang,
ada uncle potong kotak yang tak lokek membelanja abang, Ada Miss Tan, Auntie Ah lan, Auntie Judy, Auntie Mary, Auntie Anne,
Josephine, Kak Juma, Kak Ani dan ramai lagi yang selalu juga berikan perhatian pada abang kat sana. Tanpa mengira bangsa mereka membuatkan abang rasa selesa di tempat yang bukan tanah tumpah darah negara abang.Terima kasih pada kalian semua.......
Hari raya pertama hari tu abang bawa Hanafi beraya kat Rumah Kak Sab dengan Kak Tina. Memang sendatlah perut kami makan hari tu kan.
Kat rumah Kak sab kami makan lontong dan juadah2 lazim aidilfitri yang lain lah macam lemang dan sebagainya. Sedap.......Hanafi suka lontong tu....
Abang suka rendang kat rumah kak sab...Enak bangat........
Lepas tu abang, Hanafi, Maliza ngan Kak Sab ramai2 berkonvoi ke rumah Mak Kak Tina kat Kampung Pasir Panjang. Kat sini kami membedal nasi himpit ngan
kuah kacang berserta kueh2 raya yang ada...tapi masa tu perut dah penuh sangat...termengah2 abang nak makan kan....
Habis makan kami duduk sambil sembang2 pasal Mr E....NAK TAU PASAL APA.....tunggu.....nanti abang buat posting pasal dia...sebab abang memang terkejut beruk pagi tadi kan....
Penat punya pasal abang siap landing atas sofa kat rumah mak kak tina tu sambil baring2....very the sopan abang kan....?????
Ha...ha...ha.... Ada aku kesah kan??????
Bila dah selesai kami pun mohon berundur, Kak sab nan Maliza balik rumah, tapi abang ngan Hanafi terus bergerak ke arah panggung wayang.
Sebab kami dah janji dengan Nija nak tengok Citer Jin Notti malam tu. Bila sampai panggung, Abang beli 3 tiket pukul 9.30 malam.
BEST GILER CITER NI KELAKOR.....
Sebab masa pun panjang lagi, abang pun terus bawa Hanafi pusing2 Kat Bandar Lumut. Maklumlah dia tak pernah sampai sana lagi kan.
Apa lagi terpegunlah dia melihat keindahan dan kecantikan bandar Lumut. Selama ni dia hanya dapat melihat Stadium Manjung yg terletak di tepi Petronas tu.
Mungkin dalam fikiran dia itulah tempat paling canggih kat manjung ni gamaknya.
Hari raya kedua, macam biasa lepas habis kerja abang pergi ambik hanafi dan kami terus bergerak ke "Venice Of Perak" dimana terletaknya
rumah Maliza. Bila sampai kat dalam rumah abang tengok geng2 abang yang lain Fiza ngan shahsa n the family dah habis makan.
Adik beradik Maliza yang lain pun dah beransur nak balik. Dapatlah abang tengok muka abang Maliza yang seiras ngan Menteri Besar yang abang tak
berapa nak berkenan tu, yang baru2 ni poster muka dia kena simbah dengan Cat tu...siapa lagi tentulah Dr Zambri......kesian ko kan.....
abang sokong PAKATAN RAKYAT.
Tapi abang Maliza ni tak lah tau abang tengok muka dia ada iras2 Dr Zambri tu kan.....
Yang pasti dia adalah orang yg berlainan....wajah sahaja hampir menyerupai.......
Tapi anak "Che Mat" tak der hari tu dia kena kerja,,,,,,,
Kat rumah Maliza kami disajikan dengan Hidangan Nasi Tomato yang baru pertama kali dimasak oleh Maliza.....
kira eksperimenlah ni.....nasib baik sedap....
tak sia2 rumah kau ada internet,.....
Bila dah kenyang kami pun minta diri ngan Family Maliza terutama ibunya yang peramah dan mempunyai muka saling tak tumpah macam sepupu mak aku.....
Banyak nyer pelanduk dua serupa dalam family ni kan???????
Aku, Hanafi dan Maliza pun terus bergerak ke rumah Kak Mah Pulak. Makin sendatlah perut kami lepas ni.
Sampai sana shasha ngan fiza dah sudah makan. Memang kami suruh diaorang pergi dulu....
Kat rumah kak mah kami makan Laksa Mee....makanan orang pangkor yang sangat glamour didaerah manjung ni. Sedappppp ooooooo
Macam biasalah abang lah katakan.....terduduk kekenyanganlah kaedahnya......Puas.....
Petang tu lepas hantar Hanafi balik abang terus packing apa2 yang patut dan terus balik ke Changkat Lada.
Sampai sana mak saudara abang yang abang panggil achik dah lama sampai. Dia tengah masak. Abang pun terus duduk kat dapur sambil sembang2 ngan dia.
Achik abang ni kelakor orangnya.Abang pun memang rapat ngan Mak saudara abang yg sorang ni. Malam tu jugalah kakak abang yang dari penang tu sampai ngan Mak abang yang beraya kat johor tu. Pak lang abang pun sampai time tu juga ngan anak beranak dia, iaitu sepupu2 abang lah.....
Memandangkan mak abang adalah anak sulong, maka sepupu2 abang semuanya adalah pangkat2 adik buat abang....dah macam bapa saudara diorang dah abang ni.
Bayangkan lah salam abang pun diorang cium tangan.
Esoknya dalam pukul 10 abang balik manjung sebab pukul 3 petang abang nak kerja pulak kan.
Begitulah rutin hidup abang sampailah 26 haribulan hari tu abang tamat bekerja buat kali terakhir di petronas sebelum abang berangkat ke Bera, Pahang. ohhhh sedehhh nak tinggal petronas....
Walaupun gaji kat situ kecik....tapi abang happy kerja kat situ....
seronok kengkawan kat situ....
Selamat Tinggal Petronas Seri Manjung.
Tadi baru call Bob tanya jalan.....Tunggu dan nantikanlah kisah kehidupan abang disana pulak yer.......bye2 dulu untuk kali ini.........
No comments:
Post a Comment