Wednesday, September 30, 2009

ABANG BERHENTI, "MR E" LAGI & HAPPY BIRTHDAY TO ME


Akhirnya hari ini, pada tanggal 30 haribulan september 2009 bersamaan dengan hari lahir abang yang ke 25 tahun,
abang telah pun "bersara" secara terhormat di kilang tempat abang mencari rezeki selama ini. Senang cerita abang berhenti dengan mnghantar notis perletakan jawatan selama sebulan.




Bukan main chabottt jer....dan bukan juga main "GEGAR-GEGAR" yer...paham2 sudahlah......


Hari ni dari pagi abang dah ceria2 selalu walaupun kat luar hujan tersangatlah lebatnya kan, seolah2 menangisi pemergianku.....
( Lariiiiii....perasann......)

Gigihnya abang bekerja untuk hari terakhir ni demi menyempurnakan sisa tugas yang ada, tapi banyak ler bebenor job order hari ni. Makanya tinggalah barang 6 ke 7 helai lagi yang tak sempat abang siapkan. Maklumlah, pukul 5 abang dah stop buat kerja, Bermaaf-maafan lah kaedahnya. Habislah dari belakang sampai ke hadapan abang bermohon ampun dan maaf. Mana yang abang tak sempat nak minta maaf tu kalau ada yang menyinggah ke blog ni, mohon diampunkan salah dan silap abang kat korang yer. Mana yang termencarut, termengata, termaki apa semua tu sorrylah yer. Sesungguhnya abang hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Pada Mr E....sorrylah aku masih tak rasa nak minta maap kat ko pun. Memanglah tak baik kan. Tapi aku tetap tak boleh lupa apa ko dah buat. Aku tak sangka betul. Walaupun time kau gaduh ngan kak mah tu, aku ni terlibat sipi2 jer, aku tetap tebalkan muka ni gi umah ko minta maap baik2 kan. Memanglah aku rasa macam nyesal sikit time tu, sebab aku rasa kalau aku tak bagitau kak mah mungkin kak mah pun tak naik angin. Dan bila kak ju nasihat kat aku, buat aku berfikir mungkinlah salah aku semua tu terjadi. Tapi yang tak bestnya tetiba aku terdengar ada orang bagitau aku kau pergi cerita kat dia yang aku pergi rumah kau minta maaf dengan kau sambil nangis2. Aku ulangi....SAMBIL NANGIS2. Pandai nya kau buat skrip kan. Hey pelakon lelaki terbaik....aku nak tanya kau, kalau orang nak pergi minta maaf dengan seseorang adakah orang tu akan minta maaf sambil ketawa berdekah-dekah? Mestilah time tu muka aku ala2 cam orang insaf campur sedih sikit lah kan.....tapi yang pasti aku tak ada lah nak menangis.....lagi2 pulak aku rasa loya bil lepas aku minta maaf ngan ko hari tu, kau terus cakap dengan aku macam ni,

".....bla...bla....kita kalau nak naik kenalah dengan usaha sendiri.....bla...bla.....bla.....
apa yang abang dengan Din dapat hari ni semua adalah dari hasil usaha kami sendiri...."


Wah...wah..wah...statement kau macam gaji kau dah naik banyak lah konon.....aku tak paham apa yang kau dapat. Kalau banyak yang kau dapat kenapa dah dua tiga kali kau GEGAR GEGAR satu kilang kata kau nak berhenti. Siap buat pengakuan kat sana sini......last2 kau tetap di sini.

Dan kenapa kau nak nasihat aku macam tu....kenapa kau ingat aku cuba nak jatuhkan kau ker??????? Please lah.....tak main lah busuk2 hati ni..... ko tanyalah, Pernah tak sapa2 budak lelaki kat kat kilang tu yang dengar aku kutuk dan bercerita pasal kau.....tak ader yer..... Kalau engkau, aku tak taulah kan. Aku hanya bercerita pasal engkau dengan orang2 yang sedia tahu siapa engkau yang sebenarnya.


Hey kalau orang tak nak cakap dengan kau, jangan nak salahkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Orang takkan benci kau hanya sebab aku atau orang lain hasut.....perangai kau sendiri yang menentukan semua tu. Cara paling senang cuba tengok dalam store lah...semua orang kat dalam store tak suka nak bercakap dengan kau. Cuma kak ju dan din jer yang masih boleh bercakap dengan kau. Yang lain2 termasuk aku semua terpaksa cakap kalau melibatkan kerja. Din pun sebab memang dia jenis manusia yang baik. Walaupun dia tau apa yang kau cakap pasal dia kat belakang dia. Ko ingat kami ni bodoh ke?????? Semua yang ko citer kat sapa2 pun dalam kilang ni, hampir 90% daripadanya akan sampai ke pengetahuan kami balik yer. Kalau kami jahat kenapa orang bagitau kami balik??????? Lu fikirlah sendiri.....Kami ni bukan macam sesetengah mereka yang bekerja di luar department store yang boleh kau persendakan dengan lakonan tahap maksima kau tu.Semua ilmu seni lakon dan taktik2 kau kami dalam store dah boleh baca.

Orang yang lama kenal aku tau siapa aku.....

DAN ORANG YANG DEKAT DENGAN KAU AKHIRNYA AKAN TAU JUGA SIAPA KAU YANG SEBENARNYA......

Nak tau kenapa....KERANA KAU ADALAH INSAN YANG SELALU MENGANGGAP DIRI KAU BETUL DALAM SEGALA HAL.....

BERLAGAK MAT SALEH CELUP........ ada ker ayat yang sepatutnya guna perkataan " i am worried....." kau pergi guna "i am scared....."

dengan bangganya pulak tu kan.dah lari maksudnya tu....Kalau niat kau nak belajar tak heranlah kan.....tapi orang boleh beza lah antara nak belajar ngan nak menunjuk. Mantapkan vocabulary dulu yer....kau ingat kami tak tengok ker, kau kalau depan orang bukan main lagi speaking konon, bila tak der orang tengok kau bersembang, pandai pulak berbahasa melayu. Jangan cakap aku buat citer, saksi dalam store ramai.



Kau asyik canang satu kilang, tempat2 kerja kau dulu best...jawatan kau dulu pun best juga tapi, KENAPA KAU BERHENTI????? PERSOALAN YANG HAIRAN KAN??
Aku agak kes nya mesti sama ngan dalam store sekarang ni. Aku ingat lagi sebelum ni kau GEGAR KAU CITER KAU PANDAI MAIN GITAR.
tapi bila LEE bawa gitar dia. Aku tengok satu lagu pun kau tak boleh goreng.....orang yang tak GEGAR macam kau contohnya Shidee, Fazdly ngan Lee boleh pun main.
Oooooo malunya. Tetiba lepas tu aku tak dengar dah citer kau main gitar, tetiba main DRUM pulak....Whateverlah kan.Haruslah kau tau, walaupun umur aku baru 25 tahun aku boleh baca perwatakan seseorang dengan secebis pengalaman yang aku ada. Tapi ikhlas ku katakan bahawa kau adalah insan yang paling aku tak sangka wujud dalam dunia nyata ni..... ingat dalam drama jer ada.seorang yang penuh dengan kepura-puraan. aku masih ingat lagi lakonan mantap kau depan auditor, bukan main lagi kan. Kalau kau rasa aku buat cerita tanyalah Maliza ngan Din. Mereka pun nampak. Siap terkedu lagi sebagaimana aku pun terkedu dengan lakonan kau. Tapi kalau kau tanya pun buat apa, buat malu je. Baik kau buat macam biasa je.... Bukan aku tak cuba untuk berbaik2 dengan kau....dah banyak kali, tapi tak boleh sebab bila nak bersembang dengan kau, mesti kau nak kutuk orang. Tak der topik lain ker? Macam kau je yang betul....sebab tu aku memang tak boleh nak join ngan ko. Dan satu lagi nasihat aku.....kalau kau baca lah kan.... Bawa-bawa lah senyum sentiasa. Tak ada orang suka tengok muka kita yang masam.....Kalau kau terbaca tulisan aku ni jangan cuma tersentap kosong je yer....bawa-bawalah berubah. Ingat orang tak kan benci kau kerna orang benci kau.....Mesti ada sebab. Ubah sebab tu dulu, dan kau tengok perlahan-lahan orang akan berbaik dengan kau, dan kau pun akan rasa bahagia jer.....tapi kena ingatlah senyum jangan plastik....mesti dari hati.
Aku kutuk2 ko ni pun aku tak boleh perasan macam aku ni baik sangat kan. Aku pun tak tau nasib aku macam mana lepas ni.Apa pun harap ko boleh berubah.............dan Maafkanlah aku kalau kau ikhlas.......Assalammualaikum.


dan untuk yang terakhir kali,
TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR AKU APA ITU ERTI
BUAT BAIK BERPADA-PADA.....


Tetiba jer jadi upacara lepas geram abang kan.....tapi lepas taip abang lega lah sikit....itu nama nya terapi tau......

oklah nak tengok tak hadiah2
yang abang dapat sempena berhentinya abang
dan lahirnya abang pada tarikh hari ni....
ada juga gambar kengkawan abang dan aktiviti abang...

Jangan terkejut...jangan terkejut...
ya memang ini gambar Super Model Tyra Banks Yang popular tu
tetapi soalan aBaNG.....kira teka teki lah kan....siapa kah Tyra Banks 10 Tahun kemudian????

fiza dengan kak Ita, dua orang kawan abang yang kerja kat Office Department. Suka bergurau dan suka tersenyum...dan salah seorang dari mereka....memang selalu feeling tangkap sedih...senang citer Nangis lah kan......Tapi yang pasti Dua-dua Baik.....


Dari kiri, Maliza, Kak Mah, Abang, Kak Liza, dan Kak Ju

Ni duit Raya yang kilang bagi kat Abang....apa???? Sikit????
Tapi kau ada???? Tak der kan......tak der diam....

Kek ni kak Tina bagi......Cute jer kan.....

Bila hadiah bersatu....kau milikku.....
Pulangkan cinta hatiku.....yang dikau musnah...bla..bla...bla...
Tetiba feeling lagu "pulangkan"

Setelah dibuka....inilah hasilnya......
TERIMA KASIH SEMUA KENGKAWAN......




Ceewahhhh Motif abang tayang Brand baju ni kenapa yer?????
Ada abang kesah kan?????
By the way Thanks again to all my greatest friend in Dynisco....
Hopefully can meet you again in future...i mean next year lah...
Not tommorow or the day after tommorow,
Cause we still have a lot of time to chat together in our friend Open House.....
Tetiba abang feeling2 berlagak cakap orang puteh kan.....
Terasa terdengar2 ada orang cakap Peeerahhhhhh kat abang.... Ha..ha..ha...


Yang ni adalah key chain buatan tangan hadiah dari budak paling kreatif kat Dynisco iaitu Wati.
Cantek tak???? Cantekkk tak? Cantekk tak??? Siap ada nama abang lagi....HU..HU...HU..

Ini adalah Frame gambar berbentuk Komputer....
sesuai dengan Minat abang.....Cantekkkkk

Ni cenderahati ikan paus digabungkan dengan
Key Chain SpongeBob Yang Comel...

Abang siap sangkut patung yang kak Tina pacak atas kek abang tadi....
He..he..he...




Mark Biru ngan Jam Loceng.....Lawa.....

Ini abang tak tau nak eja macam mana...adakah KEE or KEY?????
Whateverlah kan...janji abang tau apa bender ni.....











Ini Mrs Lee bagi kat abang...Paper Note with the Case
dengan Card Holder yang cantekkk
Card Holder dia kena tekan satu punat dan akan
terbuka dengan gaya yang menarik.

tengok lah gambar tu ikut turutan....
Yang kelakornya tadi masa abang tunjuk kat mak, time tu abang picit
punat tu....tetiba abang terkentut sekali kan...
Terus mak abang tanya bender tu siap keluar bunyi ker?
Terus ketawa tak henggat kan.
Abang bagitau mak abang, yang tadi abang

terkentut....dia pun gelak sama.

Ini bos abang kat department.....


Antara Kad yang abang terima...

Selamat Hari Raya....
Ketupat Reben kat syiling office kilang.



Sajer nak citer hari tu abang buat pertama kalinya saja nak try macam mana
rasanya roti nan dengan ayam tandoori ni kan.
Ya ampun punyalah sedap "Cheese Nan" Yang abang order ni....dalam gambar atas tu lah.
Tapi ayam Tandoori....abang tak minat ler.....




Petang tadi gi open House rumah Kak Enon...
makan kuew Tiaw...sedap......


Ini lah jawapan teka teki itu.....
Kak sab kau jangan sentap yer.....


Akhir sekali...sebab abang pun dah penat kan.....
kengkawan abang nak Bye..bye...dah......
Wassalam

No comments:

Post a Comment