Sunday, February 28, 2010

Dapat Jumpa Tuan Guru Lagi....

Semalam pagi Jumaat...time aku tengah tidur tetiba Encik Kamarul yg juga merangkap kawan baik aku tu telefon. Dia minta sticker Badan Amal (PAS) yang dia order ngan bos aku semalam.
Dia ajak aku ikut sekali....ada program PAS.masa tu aku dengar tak dengar je dia sebut nama tempat tu.Dengan pantas aku pun bergegas ke bilik air. Mandi dua tiga minit terus bersiap pakai baju.Tetiba dengar bunyi hon kat luar...bila aku intai nampak lah kamarul ngan member dia..si Kadir tu.Aku pun terus gerak ke kereta dia...tetiba dia tanya aku...
"Kau tak nak bawa baju ke?"


Aikkkk nak pergi berapa hari kan???

pastu aku pun terus jerlah pergi ambik baju ngan kain.

Tetiba bob (kamarul) suruh aku tolong kadir pasang sticker tu kat kereta dia. Dengan takder air sabunnya aku ngan kadir feeling2 cam kita orang ni terer
lah kan......hambik ko....ber bubble tak ingat sticker tu...kembung sana...kembung sini....tapi lantaklah kan....bukan ada sapa2 nak check.
Maka perjalanan pun bermula...bila dah sampai ....salah faham berlaku pulak.
Rupa2nya majlis pecah tanah oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang tu bukan hari Jumaat, Tapi Sabtu.
Pagi tu ada program lain berlangsung kat Kerdau. Maka dengan sedikit hampanya kita orang pun teruskan lah perjalanan ke kerdau. Sampai sana isi perut yg kosong dulu. Pastu terus jumpa member bob awie dengan apek. Sekarang kami berlima wakil Bera walaupun aku ni cuma"tumpang" jer. Tengahari tu aku ngan diorang semua gi sembahyang Jumaat kat Masjid yg berdekatan.Selesai sembahyang pergi kenduri kahwin kawan bob pulak...makan lagi kan...hu..hu...hu.. sedap...sedap sangat...
Tepat jam 2.30 lebih kuranglah kami pun gi Kerdau semula...

Tuan rumah suruh kami tolong sediakan tempat buang sampah. Hu..hu...hu...
Temanya kali ni....Alam Flora dan Kami......Berbekalkan dengan sebilah kapak.... (sebilah ke???) awie pun menunjukkan kemahirannya
mengasah hujung kayu untuk dijadikan cerucuk buat menyangkut plastik sampah nanti...Dah siap buat separuh,,,makan tembikai dulu. Dah siap...Minum air ber jug2 dulu...hu..hu...hu... melantak jer kerja nyer kan...Sembahyang asar jap...Dah petang sikit Badan Unit Amal dari daerah lain pun tiba. Tak pasal2 petang tu merasa aku jaga traffik kat jalan kerdau tu jap...hu..h.u...hu...rasa cam polis plak....Tak sampai 40 minit pun tetiba Bob ajak aku ikut dia gi sekolah maahat "Nurul Izzah " dekat2 ngan area Hospital Temerloh tu. Sebab nak kena Eskot Tuan Guru Hj Hadi Awang datang ke Kerdau.... Huu..hu...hu....teruja....nak ikut2. Sampai kat Nurul Izzah diorang semua tengah sembahyang Maghrib. Maka aku n bob pun bergegas ke bilik air dia untuk mandi. Kita orang sembahyang kat luar jer.Lepas sembahyang kita orang tengok Tuan Guru tengah makan. So bob tanya ngan assistant dia bila nak bertolak? Assistant dia cakap dalam pukul 9 baru jalan. So aku ngan bob pun gi kedai makan dulu untuk makan lah kan....Makan lagi...Akhirnya masa yang dinanti pun tiba.Sebelum bertolak sempat dulu jumpa Tuan Guru...salam dulu....Hu...hu...hu... dapat juga kan...
Kereta Bob dihadapan sekali...siap pasang lampu siren warna merah kat atas kereta...kami pun terus mengemudi perjalanan kali ini.....dengan lancar sekali...sampai ke belakang pentas kat Kerdau.
Kehadiran Tuan Guru disambut ngan Tarian Naga oleh kaum cina dan taburan (aku tak tau nak sebut apa) sejenis bahan oleh kaum india. Begitulah hebatnya pengaruh Pas kini....ITU yang puak2 umno plus BN cuak tu.....Ceramah pun dimulakan oleh penceramah2 yg dijemput di hadapan lautan manusia. bayangkan kutipan derma malam tu jer Rm 5000 lebih....dalam masa yang sangat sekejap. Tahniah PAS.....Tahniah Pakatan Rakyat.


Sabtu 27 Februari 2010

Pagi ni bangun jer terus mandi gi kedai ngan sham. Kita orang dah janji nak cat kedai ramai2 hari ni.
Sampai kat kedai, sarapan dulu kat tempat kegemaran kitaorang...kat mana lagi kedai makcik lah kan....hu..hu...hu... aku ngan sham melantak mee goreng lauk telur....huh...kenyang hingga ke hulu hati...sedap....

Kat kedai tunggu Fiza sebab dia cakap nak datang ngan Ina.
Tapi tetiba Ina tak jadi nak ikut pulak. Fiza jer.
Aku sebenarnya malas nak taip dah ni....
dipendek kan cerita petang tu siap cat dalam kedai....
Agak cantik juga lah.....Hu..hu...hu......Bye
Wassalam.

No comments:

Post a Comment