Wednesday, December 9, 2009

kronologi kembalinya aku ke Perak

Assalammualaikum....

Seronoknya hidup aku akhir2 ni.

Hari tu balik kampung kat perak. Sepupu aku si juju kahwin.

3 haribulan pagi aku dah bertolak ke kuala lumpur dari Triang. Sham hantar aku naik lori. Dalam jam 10.30
aku dah sampai ke kl. Tapi bas tu turun kat pekeliling. Aku naik Rapid kl punya train untuk ke pudu raya.
Sebab aku naik bas ke lumut dari sana.

Aku call Saiful, sebab nak tanya dia, dari Titiwangsa nak ke Pudu nak ke Pudu Raya
aku kena turun kat mana. Dengan yakin dan bersemangat dia bagitau turun kat Station Pudu. Aku pun belilah tiket ke sana. Masa train berhenti kat Plaza Rakyat, aku tengok Pudu Raya ada kat situ. Tapi aku tak turun lagi. Bila train bergerak ke station yang seterusnya aku tengok makin lama, makin jauh pudu raya tu...ini tak boleh jadi.
Bila sampai jer kat station yang berikutnya aku terus keluar, then capai telefon kat dalam beg terus call saiful. Aku tanya dia...


Aku : Epol...kau cakap kalau nak ke PuduRaya kena turun kat station Pudu. Tapi kenapanya bila aku lalu kat Plaza Rakyat , aku dah nampak Pudu raya kat sana?

Saiful : Memanglah puduraya kat Plaza Rakyat.
Aku : Dah tu kenapanya kau suruh aku turun kat Station PUDU???
Saiful : Lah.... kau cakap nak jalan2 kan....aku bagilah kau jalan2.

Pergh.....tak berangin ke korang dapat jawapan cam tu.....
Nasib baik aku ni jenis cool jer....so kesalahan di maafkan.


Sampai kat pudu, aku terus pergi toilet tak tahan ni nak gi buat pelaburan.....ha..ha..ha...
Habis melabur aku terus ke tempat simpan beg kat puduraya. Dengan bermodalkan Rm 2.00 aku dah boleh sewa satu loacker
kat pudu tu. Maka senanglah aku berjalan2 kat kl tu tanpa membimbing beg ditangan...selesa betul. Bas bertolak ke lumut jam 1.30 petang.
Sekarang baru 11 lebih. Boleh sakit jiwa aku duduk melepap kat puduraya ni..baik gi jalan2.


Tapi nak gi mana? Yang aku tau berdekatan ngan puduraya cuma "petaling street" ngan "pasar Seni". Aku jalan kaki ke arah petaling street..
ngan yakin nyer ni...maklumlah dah pernah jejak kaki kat situ sebelum ni...tapi jalan punya jalan...perasaan aku tiba2 bertukar jadi cam pelik jer tengok view kat sekeliling aku...sekali nampak cam lain jer...dan memang lain pun....aku sesat...hampeh....patah balik...dan terus follow jalan yang betul....
Sampai jer kat petaling street aku jalan masuk ke susur jalan yang ramai ngan pelancong tu....tapi banyak kedai cam baru nak bukak....kira macam baru nak meriahlah tu...orang africa, orang putih, pak arab semua ada....aku berjalan dan terus berjalan . Tak rasa macam nak beli apa2 pun. Kaki aku dah rasa lenguh...ingat nak cari tukang urut kaki kat situ...nak buat urutan refleksiologi . Tapi hampeh tak jumpa. Bila dah habis jalan kat petaling street aku terus gerak ke pasar seni. Aku suka tengok lukisan kat situ cantik2 belaka....lagi satu suka juga tengok barang pelik kat situ.
Sedang aku berjalan2 kat sana aku terpandang satu kedai yang lain dari yang lain..... kedai tu ada letak ikan2 comel pemakan sel kulit mati kat kulit badan kita. Aku memang pernah dengar dan pernah tengok pun ikan ni dalam tv beberapa tahun yang lalu. Asal ikan ni dari turki...orang sana memang suka berendam dalam kolam yang dipenuhi ikan ni sambil biarkan ikan2 ni mengerumini badan untuk makan sel2 kulit mati yang melekat pada permukaan kulit. Aku tengok kat dinding kedai tu ada tulis...10 minit 5.00 ringgit....wow...murah jer..bolehlah try....lepas bayar terus aku masukkan kaki kat dalam kolam tu. Masa tu cuma ada orang customer lain kat sebelah aku....syok ooooo mula2 cam geli2 sikit...lama2 syok pulak aku....memang bestlah...tak terasa 10 minit berlalu....bila berjalan lepas tu aku rasa macam kaki ni ringan jer...macam kena urut pulak. Yang pasti lain kali aku nak gi lagi tempat ni....tapi nak berendam lama sikit lah.....






Dipendekkan citer...petang tu akhirnya aku sampai kat umah...dengan selamatnyer....malas nak taip banyak2 ni....
nah tengok cerita bergambar pulak.....

Happening sampai pening...Dari kiri khamis,along dan aku kitaorang sepupu


aku dan anak buah..Muhaimin


Ke pulau buatan..Marina Island


Anak buah aku penat..sampai tertidur


Suasana kat depan umah arwah ayah aku yang juga rumah abang aku sekarang


GAMBAR SEPUPU AKU NGAN AKU...



Adik sepupu aku yg kena rasuk malam kenduri..kesian betul...



Makan...makan...dan Makan


Dari kiri, kakak ipar aku, abang aku dan anak buah aku...



kakak dan mak teh aku


Sepupuku juju dan suaminya...


adik2 sepupu aku....anak mak usu, anak achik ngan anak pak jang


Let's Happening again....1 and 2 and 3 and 4.....and 5...and....

Anak buah aku masa kitorang gi mandi kat Pantai Teluk Batik

Saturday, November 28, 2009

Tahun ni Raya Haji di Bera

Assalammualaikum....
Selamat Hari Raya Aidil Adha... buat semua yang menganut agama suci Islam yang agung lagi benar.
Telah ditakdirkan untuk raya sesi tahun 2009 ni aku beraya kat satu daerah yang agak asing bagi aku 2 bulan yang lalu. Satu daerah yang mula menambat rasa keinginan untuk aku meneroka ke segenap
keindahan alam semulajadi bumi bertuah ini.
Ya ini lah kelebihan bumi Bera. Dikelilingi oleh lanskap buatan manusia yang dipelopori oleh Felda, satu gergasi "plantation" yang disegani di rantau ini. Keadaan tak banyak jauh beza dengan tempat aku membesar di Felcra Changkat Lada. Cuma disini penerokanya lebih ramai dan ladangnya juga pastilah lebih besar.
Komunitinya pula memiliki pelbagai ragam yang mewarnai satu bentuk kehidupan yang mempunyai corak yang berbeza.


Apa pun, ku akui tempat ini agak menyeronokkan. Mungkin sebab aku baru disini. Tak tau apa yang bakal terjadi beberapa tahun kemudian. Tapi aku malas nak fikirkan semua tu. Masa aku masih panjang InsyaAllah. Biarlah ia terus berlalu dan "mengalir" seperti yang telah tertulis dalam kitab "Loh Mahfuz". Cuma yang aku harapkan hidupku akan menemui satu
sinar yang aku cari selama ini. Mungkin ada hikmah aku "terdampar" ke daerah ini. Mungkin Allah ada perancangan yang lain untuk aku.
Sesungguhnya aku akan selalu Redha dengan ketentuanNya. Moga2 hatiku akan terus redha dengan apa yang bakal terjadi terhadap
perjalanan hidupku yang seterusnya....Amin.

Okaylah habis sesi meluah rasa.sekarang masa untuk aku merakamkan perkara yang berlaku dalam hidup aku akhir ini. Baru2 ni aku ada terima SMS dari mak aku. Dia tanya khabar aku baik ke tidak. Biasalah ibu mana
yang tak risau bila anak yang selalu kat depan mata tetiba duduk berjauhan. Yang paling shahdunya siap suruh aku balik kerja kat Manjung
semula. Aku cuma tersenyum sendirian bila membaca sms itu. Terus aku dail no mak aku. Tapi dia tak angkat pun. Tak lama lepas tu dia call semula.
Macam2 dia tanya aku. Macam2 juga aku jelaskan kat dia. Last sekali dia Faham. Memanglah kalau nak diikutkan kat manjung tu lagi banyak kerja. Tapi hati aku dah terpaut kat sini. Lagi satu kat sini aku boleh belajar sesuatu yang memang aku minat. Aku boleh belajar Grafik. Dan aku memang
ada feel yang aku memang suka dengan bidang "Advertising" ni. Kengkawan kat sini pun baik2 jer. Memang giler2 macam aku juga. Kira boleh masuklah kan.

Pagi tadi aku sembahyang sunat Aidil Adha kat Masjid Kerayong dengan Sham. Tinggal aku dengan Sham jer kat rumah.
Yang lain2 semua dah balik kat dalam.(FELDA). Agak ramai jugalah yang sembahyang kat situ pagi tadi. Habis jer sembahyang aku dengan Sham berangkat kat rumah bos aku kat Felda Tementi.Kami pergi naik lori jer....rasa macam pergi kerja pulak. Kenangan manis tu...beraya naik lori. Korang ader???? Tak der kan. So senyap okay....
Kami singgah kat rumah Fizi dulu. Nak pergi sekali lah ni kan. Ina pergi datang dengan zimi naik kereta Fizah. Apul pulak naik motor jer. Sebab....rumah dia dekat jer ngan rumah Abang Jamal. Sampai kat perkarangan rumah, aku dah boleh nampak ayah bang jamal kat dalam rumah tengah melambai2 tangan seolah2 ingin memberitahu sesuatu...Rupa2nya dia nak bagitau yang abang jamal ada kat rumah jiran dia. Okay kami pun duduk lepak kat bawah pokok dulu. Macam biasalah. Aktifkan mode camera kat handphone, jari aku ligat merakam gambar2 sekeliling. Nak buat cam ner hobi kan. Tunggu diorang lama sangat, aku ngan kengkawan lepak kat meja tepi rumah sambil bual2 ngan ayah abang jamal. Ramah orang nya. Bila semua dah sampai kami pun masuk dalam. Sesi makan lah kan. Macam biasa yang lain semua malu2 kucing, paling ketara yang pompuan lah kan...jaga badan kut. Yang makan paling banyak aku lah kan. Sedap....Habis makan kami pun mengundur diri dan terus menuju ke rumah member yang lain. Rumah poco...aku suka makan kuih popiah bersalut bijan...sedap giler....Kat umah Apul aku makan lemang ngan serunding daging. Kat rumah Fizah aku makan Laksa...kegemaran tu. Sedang aku sibuk2 main handphone...apul ngan sham mulalah kenen-kenenkan aku sambil mengenakan aku ngan adik fizah tu...yang tak tahan tu tetiba pulak si Budin boleh bekerjasama tu...Teruk aku kena masa tu....Hampeh....Semua tu Salah Paham. Last sekali kami pergi rumah Ina Kat Felda Rentam. Mak dia masak bihun....Pun aku makan juga....ha..ha..ha boleh tahan perut aku hari ni. Rasa macam nak pecah dah. Lepas tu terus kami gerak ke Masjid Tementi lepas hantar fizah balik umah dia..
Habis solat Jumaat aku, sham ngan budin gi umah abang jamal semula sebab nak amik lori kat sana. Sembang2 dulu ngan abang jamal ngan ayah dia. Hafiz pun join sama. Lepas tu kami pun beransur pulang. Mak abang jamal ada bekalkan nasi dan lauk untuk kami. Rezeki jangan ditolak kan. Ambik jer.


Petua Ubat Batuk
Dipertengahan jalan aku suruh sham berhenti kat Pasaraya aktif. Aku nak beli limau nipis buat ubat batuk.Gatal betul tekak aku. Jangkit ngan Sham lah ni....Petua ni mak aku yang kasik. Dulu aku tak percaya tapi bila ku try...ok jer...lagi elok sebab tak der kesan sampingan macam mengantuk....cara2nya mudah jer....ambik dalam dua tiga biji limau nipis....pas tu korang hempas2kan limau tu atas lantai...tak pun ketuk2 je dalam lesung batu...bagi pati2 dalam kulit limau tu masuk sikit kat dalam juice limau tu. Bila dah siap potong limau tu dan perah dalam cawan..tapis biji dia okay...lepas tu minum perlahan2 biar jus tu lalu kat semua bahagian tekak. Lepas tu jangan minum air dalam setengah jam. Ulang dua tiga kali...lama2 okaylah tu.

Citer Kung Fu & Nur Kasih
Habis "berubat" aku terus cuci baju. Tetiba rasa ngantuk. Aku pun capai bantal, kunci jam terus lena. Sedar2 terus mandi, solat Asar dan terus buka TV tengok citer kung fu kegemaran aku....syok ooooo.
Yang sebenarnya aku baru jer tengok citer Nur Kasih Episode akhir ngan sham ni....sedih tahap cipan lah citer ni kan. Aku suka bila Adam cakap kat abang dia, "Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuan diri hambanya". Sentiasa ingat ujian yang kita dapat sebenarnya adalah sesuatu yang mampu kita tanggung sebenarnya. Yang pasti aku dah download hampir kesemua episode citer ni...bila dah lama2 nanti boleh tengok semula. Aku memang suka tengok citer2 arahan Khabir Bahtiar ni. Aku suka tengok teknik kamera yang digunakan. Lain dari yang lain...Walaupun citer ni drama jer ....standard macam filem. Semua tu ada dalam karya2 Khabir Bahtiar dan isterinya si Mira Mustafa tu macam, "Nur Kasih", "Tower 13", "Manjalara" , "Sepi", "Cinta" "setem" dan "Love". Kira cam idola lah ni. okaylah cukup2 lah berceloteh kan....sekarang sesi tengok gambar....

Gambar masa pasang signboard Surau Kat perkampungan Orang Asli kat Lubuk Tamangan

Habis pasang signboar hafis ajak makan kat kedai di simpang kepayang...
kami masuk siap basuh tangan apa semua...tapi bila nak cedok nasi....
nasi habis...Cam ner tu....Kaedah dan tema nya kali ini..kami ke restoran ni just untuk basuh tangan...memang "classssss menjahit" restoran ni...


Ni lah DJ kulaan Hafiz....ni Gaya Terkejut namanya... sampai aku pun terkejut

Ni siapa tak kenal...bapa si Dafi....


Ni masa pasang kat bukit Mendi...dekat2 ngan umah Zira


Dalam perjalanan nak balik kami lalu jalan nak pergi Tasik Triang







Cantik Bukan...


Gemuk2 kerbau ni....cukup makan lah katakan....


Sham cakap dedulu dia tiap2 pagi hantar nasi lemak kat restoran ni....


Kalau rasa2 teringin nak pergi...kena tempuh laluan belakang balai polis ni








Berhari Raya di atas Lori...


Budak angau

Sebelah aku ni pun tengah angau juga



Ayah abang Jamal

Ayah ngan Anak


POCO


Masa kat umah poco

Ini lah yang aku maksudkan dengan angau





Ini kueh paling sedap aku makan tadi












Engkau suka lebih kan budin???




pemandangan Dari atas
(kawasan masjid tementi)

Bye----wassalam