Posting nie dah lama aku tulis…baru hari nie sempat letak sini…
sebab..memang aku kecewa....
Assalammualaikum….
Pertama sekali aku nak merakamkan ucapan takziah aku untuk Kerajaan pakatan rakyat di negeri kelahiranku yang tercinta, Perak Darul Ridzuan. Untuk makluman berita sedih ini aku terima disaat aku masih dirawat Di Hospital kerana panyakit demam Denggi. Alangkah terkejut dan terperanjatnya aku tatkala membaca empunya nama yang menjadi pengkhianat kepada kerajaan negeri kesayangan ramai ini adalah ADUN Bota yang telah diraikan dihadapan aku pada tanggal 30 Januari 2009 oleh Saudara Anwar Ibrahim. Berfikir aku sejenak. Sampai ketahap ini rupanya BN boleh bertindak. Mereka bukan sahaja kejam malah rakus. Tapi biarkan mereka dengan rentak mereka kerana pasti akan tiba pada suatu masa nanti mereka akan dilaknat oleh Yang Maha Kejam…iaitu Allah S.W.T. Jangan ada yang melatah bila aku cakap Allah itu Maha Kejam. Sememangnya sudah menjadi sifat Allah "lebih" dalam segala-galanya. Kerana Dia pemilik alam ini. Tak percaya tanya ustaz korang. Sudah tersedia segala macam bentuk seksaan yang diluar dari kotak pemikiran mereka. Kerana Allah tidak pernah tidur, segala apa yang mereka lakukan pada hari ini akan dihisab dihari pembalasan nanti.
Menyingkap kembali peristiwa di bota tempoh hari masih terngiang-ngiang suara Nasharudin pengkhianat itu mengutuk2 kerajaan BN dan UMNO. Namun tak sampai seminggu, tiba-tiba masuk UMNO balik….pelik bin ajaib. Saya percaya Saudara Anwar dan sesisi rakyat bota merasa telah diperbodohkan oleh manusia licik ini. Sampai hati kamu Nasharudin mempermainkan hati kami rakyat perak. Sesungguhnya kami mengharapkan akan datang satu bentuk peringatan yang maha dahsyat ditimpakan keatas kamu oleh Allah S.W.T.
Kepada Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin, diharap saudara dapat menjalani hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran…ingat Allah tidak akan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri. Berbanggalah kerana anda adalah pemimpin terpilih, pemimpin terbilang diantara yang korupsi, Pemimpin yang disayangi diantara ramai yang dibenci.
Dan yang terakhir, Kepada Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Sebagai seorang daripada berjuta rakyat perak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda setiap kali solat jumaat, apa salahnya untuk kali ini Tuanku Sultan dapat berfikir secara rasional baik dan buruknya keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku Sultan. Tidak perlulah patik menyatakan kekecewaan patik sebagai rakyat bawahan kerana dengan kebijaksanaan yang Tuanku miliki sepatutnya Tuanku lebih maklum apa yang rakyat mahukan. Namun sekiranya sudah muktamad keputusan Tuanku,apalah daya patik lagi, Biar Yang Tuan Punya Dunia yang menjadi hakimnya. Pun begitu sekiranya masih ada secubit kesedaran dihati Tuanku, mohon difikirkan semula…….Wassalam.