Wednesday, December 9, 2009

kronologi kembalinya aku ke Perak

Assalammualaikum....

Seronoknya hidup aku akhir2 ni.

Hari tu balik kampung kat perak. Sepupu aku si juju kahwin.

3 haribulan pagi aku dah bertolak ke kuala lumpur dari Triang. Sham hantar aku naik lori. Dalam jam 10.30
aku dah sampai ke kl. Tapi bas tu turun kat pekeliling. Aku naik Rapid kl punya train untuk ke pudu raya.
Sebab aku naik bas ke lumut dari sana.

Aku call Saiful, sebab nak tanya dia, dari Titiwangsa nak ke Pudu nak ke Pudu Raya
aku kena turun kat mana. Dengan yakin dan bersemangat dia bagitau turun kat Station Pudu. Aku pun belilah tiket ke sana. Masa train berhenti kat Plaza Rakyat, aku tengok Pudu Raya ada kat situ. Tapi aku tak turun lagi. Bila train bergerak ke station yang seterusnya aku tengok makin lama, makin jauh pudu raya tu...ini tak boleh jadi.
Bila sampai jer kat station yang berikutnya aku terus keluar, then capai telefon kat dalam beg terus call saiful. Aku tanya dia...


Aku : Epol...kau cakap kalau nak ke PuduRaya kena turun kat station Pudu. Tapi kenapanya bila aku lalu kat Plaza Rakyat , aku dah nampak Pudu raya kat sana?

Saiful : Memanglah puduraya kat Plaza Rakyat.
Aku : Dah tu kenapanya kau suruh aku turun kat Station PUDU???
Saiful : Lah.... kau cakap nak jalan2 kan....aku bagilah kau jalan2.

Pergh.....tak berangin ke korang dapat jawapan cam tu.....
Nasib baik aku ni jenis cool jer....so kesalahan di maafkan.


Sampai kat pudu, aku terus pergi toilet tak tahan ni nak gi buat pelaburan.....ha..ha..ha...
Habis melabur aku terus ke tempat simpan beg kat puduraya. Dengan bermodalkan Rm 2.00 aku dah boleh sewa satu loacker
kat pudu tu. Maka senanglah aku berjalan2 kat kl tu tanpa membimbing beg ditangan...selesa betul. Bas bertolak ke lumut jam 1.30 petang.
Sekarang baru 11 lebih. Boleh sakit jiwa aku duduk melepap kat puduraya ni..baik gi jalan2.


Tapi nak gi mana? Yang aku tau berdekatan ngan puduraya cuma "petaling street" ngan "pasar Seni". Aku jalan kaki ke arah petaling street..
ngan yakin nyer ni...maklumlah dah pernah jejak kaki kat situ sebelum ni...tapi jalan punya jalan...perasaan aku tiba2 bertukar jadi cam pelik jer tengok view kat sekeliling aku...sekali nampak cam lain jer...dan memang lain pun....aku sesat...hampeh....patah balik...dan terus follow jalan yang betul....
Sampai jer kat petaling street aku jalan masuk ke susur jalan yang ramai ngan pelancong tu....tapi banyak kedai cam baru nak bukak....kira macam baru nak meriahlah tu...orang africa, orang putih, pak arab semua ada....aku berjalan dan terus berjalan . Tak rasa macam nak beli apa2 pun. Kaki aku dah rasa lenguh...ingat nak cari tukang urut kaki kat situ...nak buat urutan refleksiologi . Tapi hampeh tak jumpa. Bila dah habis jalan kat petaling street aku terus gerak ke pasar seni. Aku suka tengok lukisan kat situ cantik2 belaka....lagi satu suka juga tengok barang pelik kat situ.
Sedang aku berjalan2 kat sana aku terpandang satu kedai yang lain dari yang lain..... kedai tu ada letak ikan2 comel pemakan sel kulit mati kat kulit badan kita. Aku memang pernah dengar dan pernah tengok pun ikan ni dalam tv beberapa tahun yang lalu. Asal ikan ni dari turki...orang sana memang suka berendam dalam kolam yang dipenuhi ikan ni sambil biarkan ikan2 ni mengerumini badan untuk makan sel2 kulit mati yang melekat pada permukaan kulit. Aku tengok kat dinding kedai tu ada tulis...10 minit 5.00 ringgit....wow...murah jer..bolehlah try....lepas bayar terus aku masukkan kaki kat dalam kolam tu. Masa tu cuma ada orang customer lain kat sebelah aku....syok ooooo mula2 cam geli2 sikit...lama2 syok pulak aku....memang bestlah...tak terasa 10 minit berlalu....bila berjalan lepas tu aku rasa macam kaki ni ringan jer...macam kena urut pulak. Yang pasti lain kali aku nak gi lagi tempat ni....tapi nak berendam lama sikit lah.....






Dipendekkan citer...petang tu akhirnya aku sampai kat umah...dengan selamatnyer....malas nak taip banyak2 ni....
nah tengok cerita bergambar pulak.....

Happening sampai pening...Dari kiri khamis,along dan aku kitaorang sepupu


aku dan anak buah..Muhaimin


Ke pulau buatan..Marina Island


Anak buah aku penat..sampai tertidur


Suasana kat depan umah arwah ayah aku yang juga rumah abang aku sekarang


GAMBAR SEPUPU AKU NGAN AKU...



Adik sepupu aku yg kena rasuk malam kenduri..kesian betul...



Makan...makan...dan Makan


Dari kiri, kakak ipar aku, abang aku dan anak buah aku...



kakak dan mak teh aku


Sepupuku juju dan suaminya...


adik2 sepupu aku....anak mak usu, anak achik ngan anak pak jang


Let's Happening again....1 and 2 and 3 and 4.....and 5...and....

Anak buah aku masa kitorang gi mandi kat Pantai Teluk Batik