Sunday, August 15, 2010

Persahabatan Sulit....

Negatif jer bunyi tajuk posting aku kali ni....
tapi itulah hakikat yang sedang berlaku dalam
hidup aku hari ini. 6 tahun berlalu...akhirnya
aku dapat contact semula sahabat baik aku dulu...
Seronok sangat dapat jumpa dia semula....
aku sendiri tak sangka perasaan yg terbit tu seceria ini...
Lidah aku kelu bila dengar suara dia...
kalau dulu aku boleh sembang berjam2 dengan dia...
guna public phone jer....
tapi sekarang tahap gugup tu...tak terkata...
walaupun kini aku boleh sembang selesa ngan dia
guna handphone jer....
aku boleh terdiam leka dengar suara dia bercerita
sorang2 dalam telefon...tapi aku tetap diam membisu...
sampaikan dia salah paham ingat aku tak nak layan dia..

Tapi itu detik2 pertemuan semula....
lupa nak cerita lah pulak sahabat baik aku
ni perempuan.....sekelas dengan aku dulu....
dan aku pun pernah suka ngan dia....tapi tu dululah...
Ntah kenapa dulu...aku suka sangat tengok dia...
jadi cam obses plak....
Bila semua tu bermula aku pun tak pasti....
tapi aku rasa masa "choral speaking" dulu kut....
macam2 lah peristiwa kalau nak cerita..panjang sangat.

Baru2 ni dia mesej aku ....
masa tu baru jer lepas berbuka....

"Wan, aku gado ngan bf aku pasal ko...jangan sms or
call aku lagi pakai dua2 no ko tau. biar aku jer yang call atau sms ko dulu
kalau no aku naik atau no ********* ko bagi kawan
pompuan ko angkat tau...menyamarlah jadi sapa pun...bye."

Bisu jap aku lepas baca mesej yang tak disangka2 tu...
rasa nak marah....rasa tak tau apa nilai aku ni....
rasa nak benci dia...tapi aku tak boleh....
lama aku termenung...cuba berfikir secara rasional.
dan tiba2 aku rasa bersalah pulak...
macam aku lah penyebab diorang bergadoh....
kalau tau macam ni tak payah contact balik pun tak apa.
Tarik nafas dalam2....
aku pun reply mesej dia...

"Semudah itu? oklah aku tak call atau sms ko lagi. maaplah sebab
aku yang jadi penyebab. Tapi kalau ko nak suruh aku menipu aku tak boleh.
Sorry to say lah dalam perhubungan tu kena ada kejujuran . aku tak tau apa yang
bf ko fikir. tapi ko yang kena terus terang, kita bukannya ada pa2 pun. Dari dulu lagi aku jer yang bertepuk sebelah tangan sampailah sekarang bila semua tu dah jadi sejarah. Dia tak perlu risau sebab hakikatnya aku tak pernah jadi se istimewa itu dalam hati ko. aku pun dah berhenti berharap. Tapi ko tetap kawan baik aku...Aku paham keadaan ko dan jangan risaulah...
aku tak marahnya. Wassalam."

Bukan nak cakap aku baik...tak nak menipu konon....
tapi betul kan? Satu penipuan yang kecil
akan membawa kepada penipuan yang lebih besar....
aku tak nak terlibat dengan2 perkara2 yang macam ni.
Dan setelah lama berfikir....
Kalau dah tau hubungan kami tu macam "tak sihat"
baik aku undur diri jer.....
Lepas tu dia reply lagi....

Dia minta maap dengan aku....
berserta dengan beberapa penjelasan yang
memang boleh aku terima kerana aku
sangat memahami situasi dia...
terus terang...sebenarnya perasaan marah tu tak ada pun untuk dia...
kenapa mesti aku marah pada dia...sedangkan dia yang banyak memberikan
kegembiraan pada aku dulu walaupun tanpa dia sedari....
pernah aku ada masalah besar sampai menyebabkan aku kena pindah
dari sekolah...dialah orang pertama yang sedar aku ada masalah...
dia yang tanya aku kenapa..
Bila aku dah pindah pun dialah yang selalu berutus surat dengan aku....
yerlah time tu email baru nak mula berkembang....
Dia lah yang selalu aku call bila aku sunyi....
Dia yang sanggup layan aku bersembang dalam telefon lama2.
Tak kan semudah tu aku nak lupakan....
aku pernah lupakan semua tu 6 tahun dulu....
takkan aku nak ulang semula perbuatan bodoh tu....?
Tapi aku tak reply pun mesj dia tu...
aku tak nak kusutkan kepala dia....

Esoknya...masa aku tengah kerja dia telefon aku....
terkejut gak aku kan....ingat semuanya dah berakhir semalam...
dia tanya aku....aku marah ker....
dan macam biasa...aku jadi kelu.....
bolehlah cakap sikit2 kan...tapi gagap lah....
Dia minta maap lagi....dia bagi penjelasan lagi...
walaupun semalam dia dah jelaskan dalam handphone....
kami berbual2 jap.....pastu wassalam lah kan.
Dan aku jadi seronok semula....

Akhirnya ini keputusan aku.....
Memang aku pernah suka dia dulu....
dan sekarang pun mulut aku boleh cakap aku dah tak rasa apa2
tapi dalam hati....kenapa ada dua tiga ekor rama2 terbang dalam taman?
Aku pun tak nak dia serabut2 dah....
Biarlah dia kekal jadi sahabat aku.....
kerana sebagai sahabat....kami gembira bersama...
Kalau memang dia lebih memerlukan aku sebagai sahabat...aku sanggup...
Sebab aku pun memang suka jadi sahabat dia....
Sebagai sahabat...aku nak tengok dia gembira....
So tema aku dan dia sekarang..... "Friend Forever"
No heart feeling............
Maafkan aku sebab
kemunculan aku semula sedikit menghuru harakan
hidup ko.....Biarlah kita teruskan
"Persahabatan Sulit" kita ni....
Mungkin lepas ko kahwin nanti....
Tak kan ada lagi....persahabatan ini....
sebab aku harus menghormati suami mu.....
dan harap ko paham time tu....
Jadi hargailah sisa2 waktu yang ada untuk kita terus berkawan...



Wednesday, August 11, 2010

Puasa Kat Pahang..Berbuka Kat N.sembilan

Salam.....
'Cehhhhhh cakap nak update lepas bulan 9 kan...
tetiba baru 11 ogos....terus ada citer nak share kan....
alkisahnya tak der lah menarik mana pun.....
ok start from the begining.....
pepagi lagi aku dah tercangak kat umah tunggu member
aku awie....kitaorang nak gi JPJ....untuk urusan
penukaran lesen P aku kepada lelsen kekal...ha3...
berjaya pun....
Yang sebenarnya aku nak gi sorang jer...
tetapi memandangkan dia pun memang nak kesana...
maka apalah salahnya aku tumpang dia jer..
Dengan sekonyong2 nya awie pun datang dengan
keretanya yang berwarna maroon tu....
Bermulalah perjalanan penuh warna warni aku dan awie ke mentakab.
Sepanjang perjalanan awie mula mendendangkan lagu2 dikir barat
yang memang asing dari halwa pendengaran aku...
tetiba ada plak artis dikir barat yg nama nya "KAJOL"
memang kelakarlah...ha3....pasang lagu tu kuat2...
sampai kat persimpangan...awie terus bersuara....

"Wan slow sikit radio tu.....malu aku orang dengar....."

ho...ho...ho.... malu.... he3...

dipendekkan cerita pukul 12 tengahari aku ngan awie pun balik umah...
selepas selesai semua urusan...
sampai rumah aku terus baring2...sambil tengok jangan lupa lirik...
pastu tengok pulak citer "benci bilang cinta " episod akhir..
wah...."bermanafaat" betul aktiviti 1 ramadhan aku kan....
lepas tu aku pun bersiap2 pulak nak pergi ke perpustakaan bera..
konon nak habiskan waktu kat sanalah kan....
tapi baru sejam lebih aku kat sana..tetiba hafis call ajak kau
ke serting ngan apull dan isterinya...nak berbuka kat kedai cawangan serting....
sambil2 nak tengok mesin yang baru bos aku beli tu....
so temanya kali ini....

BERPUASA DI PAHANG...BERBUKA DI NEGERI SEMBILAN.....

gambar nantilah aupload.

Saturday, August 7, 2010

Blog Berehat Sementara Waktu...

Sekarang aku sibuk.....
rasa macam malas nak update blog....
aku rasa macam takder bender menarik nak tulis....
idea aku dah lari ke tempat lain.....
belum jumpa jalan nak balik semula ke aku.....
aku rasa lepas bulan september ni.....
mesti blog ni aktif semula...

kenapa lepas september.....
adalah kan................
So Maknanya Sekarang Adalah
Waktu Blog aku Berehat........
Wassalam