Tuesday, July 19, 2011

Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia - Al -Fatihah

Ya Allah...abang tertinggal Keretapi Lagi...
Semalam terbaca gak Pasal Dr Lo' Lo' Meninggal...
tapi diorang cakap tu Khabar angin jer...

Rupa2nya betul...

sebab sumber yang abang baca adalah dari yang boleh dipercayai....

Kat bawah adalah petikan dari Harakah Daily yang abang baca....
Semoga Allah merahmati rohnya...

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.



Sedikit Kata2 Dari Presiden PKR,
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Sayu abang dengar.....





Ni pula kata2 Dari
Ketua Muslimat Pas Pusat...




Buat baik di balas baik...
Tengok sendiri ribuan umat manusia yang mengiringi
Jenazah beliau....




Akan kami kenang dirimu dalam lipatan sejarah.....
Perjuanganmu akan diteruskan oleh
anak bangsa negara yang tercinta ini...

Amin....

No comments:

Post a Comment