Hari ni tak leh nak tulis panjang2.
Memang abang rindu sangat nak ber blogging macam biasa.
Tapi tu lah sekarang ni abang banyak mengadap mesin ezyjet jer.
Yerlah abang kan budak baru belajar.
Kena lah mahirkan diri satu2 dulu.
Abang ingat abang nak bawa pc abang yang
kat manjung tu letak kat rumah sini
Bila abang balik manjung bulan 12 ni
sebab sepupu abang kahwin.
Yerlah Celcom Broadband abang tu still abang
bayar juga bil nya tiap2 bulan.....tapi jarang pakai rugi jer.....
Lagi pun kalau ada pc kat rumah boleh abang
mantapkan kemahiran photoshop abang.
Sekarang ni abang banyak belajar dengan Fizi.
Saiful pun kadang2 ada ajar abang juga.
Abang nak balik dah ni.
Baru jer balik dari air terjun kat pahang ni tadi.
Lupa nama air terjun tu....
tapi best giler. Lawa....Hari ni kami kerja separuh hari,
sebab petangnya kami semua pergi ke rumah bos
abang, iaitu Abang Jamal.
Dia buat kenduri cukur Jambul anak dia kat rumah
Mak mentua dia...kat kawasan felda...
dekat2 ngan area Bentong. Banyak gambar abang tangkap
dalam seminggu ni tapi tak leh nak letak sekarang ....
esok lah yer. Esok pagi abang nak temankan Bob pergi Kuantan.
Dia nak pergi buat Treatment kat Slim World.
Nampak nya kuruslah kawan abang yang seorang ni tak lama lagi.
Kira oklah kan...abang pun tak pernah sampai kuantan.
Bolehlah abang memandang keindahan
Laut China Selatan secara langsung untuk kali yg pertama.
Boleh ambik gambar lagi kan......
Lama tak tengok laut...Rindu.....
Ok ABANG NAK CHOW DULU.........
Tapi sebelum tu dengarlah lagu ni.....
ini adalah lagu yg abang gila2 kan untuk
waktu ini....
Hari tu Fizi Download lagu ni....abang dengar...
best giler.....
teruslah abang asyik repeat dengar lagu ni...
sampaikan budak2 kat tempat kerja dah gelar abang
Wan "Saiba"
sempena tajuk lagu tu saiba......
sebenarnya ini lagu hindustan yg dinyanyikan semula secara saduran oleh bekas vokalis kumpulan Jinbara
iaitu Yabang. Sekarang bernaung di bawah kumpulan Khalifah......
Lagu2 kumpulan khalifah ni best giler.......
ok bye Wassalam...see you...
No comments:
Post a Comment