Saturday, October 24, 2009

Happy birthday Kak Mah...Dan Abang Bancuh Simen???

Assalammualaikum....

Terima kasih kepada semua pengunjung2 blog kesayangan abang ni. Sekarang dah pukul 8.30 malam bila abang tengah menaip kat pc ni.
Hari ni hari sabtu. Abang baru balik makan malam, boss

abang belanja. Sedap.... Terima kasih boss....
moga dimurahkan rezeki.

Minggu ni abang happy lah

sebab akhirnya design abang diterima untuk di print.
Terima kasih juga pada guru2 abang

yang tak lokek ilmu, Fizi, Saiful dan Fiza,
sampai abang akhirnya dah pandai sikit2 gunakan perisian photoshop tu. Kalian adalah makhluk2 yang tak kedekut ilmu....
so tahniah kerana tidak mengunci ilmu itu didada.


Acctually abang baru tau yang hari ni harijadi kak mah.
Maliza ada sms abang tadi. Abang pun dah call kak mah tadi,
wish happy birthday kat dia. Saja jer nak highlight kat sini sekali lagi.....

SELAMAT HARI LAHIR KAK MAH.
Abang sebenarnya rindu juga dengan member kat manjung.
Nasib member2 kat sini pun okay...
otak memang boleh gaul sekali lah ngan abang yang ceria2 selalu ni kan....

ingat ceria2 benaran okay.....bukan plastik......
Masa abang mula2 masuk dulu....
memang tak dinafikan lah abang abang segan ditahap
ketinggian gunung kinabalu ngan diorang kan.....
Dah lah datang kosong tanpa sebarang ilmu "photoshop" tetiba nak belajar jadi designer grafik pulak kan.....Giler ker?
Nasib diorang jenis baik. Lagi satu ni nak buat pengakuan
dalam banyak2 tempat kerja yang abang pergi, kat sini abang rasa tenang....best....sebabnya...tiada adegan dengki mendengki yang abang lihat....
semua bekerjasama sebagai satu pasukan.
Masalah kecik2 tu biasalah kan. Tapi still boleh handle lagi.
Abang ingat tak lama lagi abang nak perkenalkan rakan2 abang kat korang semua, macam yang abang pernah buat sebelum ni dengan watak2 kawan2 abang kat DyNISCO DULU.... sO TUNGGU.,......


Hari tu bob ada belanja abang makan kat restoran Happy Fried Chicken. Restoran ni kepunyaan bekas kumpulan XPDC.... Tapi abang tak taulah siapa kan...sorry tak minat XPDC....lagu dia ok jer lah kan.
Konsep ala2 KFC.....Harga memang murah lah kan....makanan sedap juga...tapi service.....no komen.....lah..paham2 sudah.....

Yang sebenarnya abang penat ni....tadi pasang signboard KAT Kuala Triang...banyak ooooo sakit belakang ngan kaki bancuh simen.
Macam tak caya abang bancuh simen....
mula2 tu terkial2 juga kan.....tapi sekarang ni kira okaylah...
Boss abang dapat kontrak besar ngan JKR untuk pasang signboard tu....cuba korang kira yer....
ni yang abang dapat taulah kan....betul tak betul tak taulah kan....


satu signboard RM 700 so darabkan ngan 25
bukankah RM 17,500.00.

Banyak tu. Itu baru satu job. Tapi kami yang pasang ni memang penat gila lah kan. Tapi ADA ABANG KESAH KAN?????

Janji abang dapat belajar....so abang nekad.
"Because I want to be somebody.....so i have to be strong...i must........"


Mesti korang pelik kan. Abang citer sebelum ni abang belajar jadi designer. Tapi tup2 pasang sigboard. Sebenarnya boss abang ni ada macam2 projek dia boleh buat. Boleh buat baju, sticker, bunting, banner, signboard untuk kedai dan jalan, Backdrop dan pertukangan besi.
So bila terjadi kes diorang tak cukup kakitangan, dan bila di ajak untuk membantu takkan abang nak menolak kan. Lagipun abang tak kisah pun. Bukan tak pernah buat kerja berat pun dulu. Sejak kebelakangan ni jer abang buat kerja2 mudah dibawah litupan atap2 dan bumbung yang cantik kan. So sekarang kenalah belajar berpanas dan berhujan pulak biasalah hidup merantau. Seteruk mana pun, abang rasa tak leh nak lawan masa abang kerja kat singapore dulu....sedih jer.... Bila maruah di injak2 dan kita langsung tak leh nak buat apa2.Lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Tapi singapore melancong best.....Orang dia pun banyak yang baik2. Mungkin Allah nak uji abang time tu.


Lupa nak citer hari tu abang masuk kat kilang sawit Felda JENGKA nak tampal sticker ngan sigboard yg diorang order. Kawan abang suruh abang masuk kantin dulu sebab dia nak gi masuk office jap nak ambik cek.
Abang pun buat macam biasalah kan. Terus masuk dalam kantin tu....
sejuk, nyaman....elok sangatlah sebab abng pun dahaga gila ni.
Terus order Limau ais 1, ais kosong 1, pastu abang ambik cekodok pisang 4. Terus duduk kat kerusi sambil makan...sedap.....
Time tu feeling macam tak der apa2 jer kan.....
Tetiba abang nampak member abang tu, Hafis nama nya,
baru keluar dari office...Kantin tu tertutup...
tapi dikeliligi cermin yang telah digelapkan.
Maknanya abang boleh tengok dia dari dalam,
tapi dia tak nampak abang kat dalam.
Abang pelik juga tengok dia asyik pandang kanan,
pandang kiri, seolah2 nak cari sesuatu.
Lama jugalah...ada kegelisahan diwajahnya. Abang tengok lagi.....
tetiba dia masuk dan terus tersenyum bila nampak abang...
dan tetiba air muka dia berubah....


"Wan....kau pakai kasut kat dalam ni....
mana boleh...???"

OOOOOO ooooooo mana abang tau kan...terus abang bergegas2 bawa sandal abang keluar.....Ha..ha...ha....
patutlah dia macam tercari2...rupa2 nya dia cari selipar tak der kat luar.....
Tapi orang kantin tu rileks jer.....dia tak perasan kut...yang pasti petang tu hafis asyik gelakkan abang....dan abang malu ngan tuan punya kantin......


Citer banyak pun tak guna kan.....nah tengoklah gambar2 ini.....


Antara Design yg abang buat....
Macam biasalah, klik kat gambar tu untuk
bagi besar....








Kat bawah ni gambar masa gi rumah Ina kat Felda Tementi


Ni rumah arwah nenek saiful, kami pergi melawat hari tu...









Signboard ni abang tolong sham ngan Hafis pasang....


Ni lah sham....

Ni saja jer....

Sham bengang abang amik gambar dia ni......




Atas ni sungai pahang....perjalanan masa nak ke kuala Triang






Nilah signboard yang abang n the gang pasang petang tadi...

Bancuh simen konon






Ni semua Gambar Dalam kilang Sawit Felda Jengka

No comments:

Post a Comment