Sunday, October 17, 2010

Pergi rumah achik...makan laksa

Hari ni hari ahad aku cuti...
Pagi tadi lepas jer aku mandi sambil dengar
lagu2 dalam album "Maher Zain" , telefon aku pun
berbunyi... maknanya seseorang sedang membuat panggilan.

Aku tengok kat skrin telefon...tertera nama "achik".
Achik ni mak saudara aku yang bongsu belah mak.
Ini lah mak saudara yang paling rapat dengan aku dari dulu lagi.
Mungkin sebab aku membesar depan mata dia. Aku kan tinggal
dengan nenek aku masa kecik dulu.

Aku pun terus angkat phone. Rupa2nya achik nak
ajak aku datang umah dia...Dia masak laksa.... ( Sedap tu...)
Mak saudara aku yang sorang ni memang hantu laksa..
memang selalu sangat masak laksa...
aku pun suka makan laksa...sebab nenek aku dulu
suka sangat masak laksa...dan laksa memang dah
jadi sajian wajib hampir setiap petang kat
Felcra Changkat Lada tu....
sebabnya hampir kesemua penjaja di kawasan felcra
tu akan menjual hidangan yang diperbuat
dari isi ikan sebagai bahan asas kuahnya itu...
Kalau budak2 kampung aku mesti tau...
dulu tiap2 petang kitaorang akan beli laksa
20 sen dalam plastik...makan siap pakai straw lagi...
sungguh indah kenangan di waktu itu....


Achik pun sms alamat umah dia....
kejap jer aku cari...ini kira macam umah baru dia lah..
dulu dia duduk umah sewa area sg ramal...tapi sekarang
dah pindah seksyen 2 Bandar Baru Bangi.
Masuk jer dalam umah, terus salam cium tangan...
pastu anak tunggal dia plak salam aku...
dah besar dah anak dia..dah darjah 2.

Ingat dulu masa mula2 aku datang bangi tahun 2002 dulu..
anak dia baru lahir...sementara nak tunggu dapat kerja..
kadang2 aku akan jaga anak dia tu...
jangan ada yang pengsan plak kan...he...

yerlah "me as a babysitter kan...?"
Boleh ke???

Tapi takderlah macam kat atas ni kan....he3...anak dia ni jenis senang jaga...lagi satu masa kecik...anak dia tu comel...

Yer betul memang aku tak tipu...Nasiblah anak dia macam tak banyak ragam time tu...kalau tak mau gelabah gak aku yang baru berusia 17 thn tu...

Achik pun hidang laksa yang dia masak...
Dia suruh aku makan, sebab dia dah makan tadi....
Tak ambik masa lama pun kan...
terus capai mangkuk, ceduk bahan utama..laksa yg dah direbus,
campur timun, bawang ngan daun2 yg sepatutnya.
Last sekali campurkan ngan kuah yang pekat itu....
achik aku ni kalau wat laksa... asam keping, daun kesum ngan
bunga kantan mesti letak ekstra punya...
aku plak jenis yang suka kunyah asam keping ngan bunga kantan..
memang bestlah kan.... sedar2 dah 2 mangkuk...emmm sedap...
Thanks Achik......Sedap sangat.

Habis makan aku godek2 komputer dia jap...
Achik aku plak pergi goreng tapai ubi.
Apa tak caya??? Memang betul...tapai tu digoreng..
sedap gak..boleh tahanlah...

pastu tengok tv...pastu makan kek lapis serawak plak...
makan dodol terengganu yang di balut dalam daun palas...
wangi betul dodol tu....Dah habis tengok tv, makan nasi plak...
Kesimpulannya hari ni aku asyik makan jer... he3.

Dah kenyang...gi solat jap...
habis tu tengok tv citer tamil kat tv2...
layan gak...aku ngan achik tgk sampai habis....
sudah tu alih astro prima plak...ulangan raja lawak final..
ada nabil...bestttttt

pukul 5 lebih aku minta diri ngan achik.....
Terima kasih yer achik untuk segalanya......

Wassalam...

Saturday, October 9, 2010

Kosmetik BUDU....Hah..jangan tak caya..

Hari ni aku nak cerita pasal bender2 ilmiah sikitlah kan..
Kebanyakkan dari kita mesti pernah makan budu kan.
Macam2 reaksi yang kita dapat tengok bila berhadapan dengan budu.
Ada yang mengada-ngada tutup hidung konon tak tahan ngan
bau budu yang kuat tu, tak kurang juga yang menghindari makanan
tradisional negeri kelantan itu kerana masalah resdung yang kronik.


Tapi tahukah kita semua bahawa Budu ni
sebenarnya boleh dijadikan kosmetik?
Teruja kan...kan...kan......Sabar...sabar...
perjalanan masih jauh...

Ok mari kita mulakan...
Sebab hari ni aku cuti maka aku pun bermastautinlah kat
perpustakaan awam Bangi, kat simpang Warta tu....
Lokasi yang strategi bersebelahan dengan Tasik Cempaka
membuatkan aku senang untuk datang kat sini.
Nak parking motor pun senang.

Masa aku melangkah masuk aku terus menuju
ke bahagian majalah....dan dari jauh
aku terpandang satu artikel muka hadapan sebuah majalah
"kosmik" yang berjudul, "Kosmetik Daripada Budu"...
Wahhh.. biar betul kan....

Aku terus capai majalah tu dan terus baca dengan penuh minat..
dan ini adalah ulasan dan sedikit maklumat yang boleh aku kongsikan dengan
korang semua kat sini...




Budu kini menjadi salah satu ramuan penting penghasilan jenama kosmetik yang tak kalah dengan jenama hebat seperti SK II

Kebanyakan peralatan kosmetik yang mengekalkan kesegaran kulit wajah kebiasaannya menggunakan kaedah biologi dan bahan biologi yang digunakan dalam kosmetik dipanggil sebagai biokosmetik.

Bahan biologi ini antaranya dipanggil Isoflavon,
sejenis protein. Ada macam2 kelebihan
yang ada pada Isoflavon ni antaranya, menghalang kanser,
mengekang kematian sel, melambatkan proses penuaan dan
macam2 lagilah. Tetapi antioksidan yang paling berkesan
sebenarnya terdapat di dalam makanan tradisional
rakyat negeri kelantan iaitu Budu.

Bukan sahaja mengandungi Isoflavon,
budu juga mengandungi glutation suatu bahan aktif yang kandungannya kurang 2 peratus dapat mengekalkan kesegaran sel kulit, sel melasonit dan fibroblas. Glutation diperolehi daripada penapaian protein ikan, sumber budu.

Tapi harus diingat, kesesuaian kosmetik budu ini hanyalah untuk mereka2 yang tidak mempunyai masalah resdung, jerawat dan kulit sensetif kerana produk ini mengandungi bahan asas iaitu budu ( ekstark marin) yang mungkin menyebabkan alergi untuk golongan tersebut.

Dan kini BiotechCorp sebuah syarikat bioteknologi tempatan bercadang untuk mengkomersialkan penemuan saintifik tempatan ini. Budu yang suatu ketika dahulu cumalah makanan tradisi masyarakat kelantan turun temurun kini bakal menjadi suatu bahan yang penting dalam industri kosmetik negara....

Saturday, October 2, 2010

JOM TEROKA MINDA LUAR SEDAR....

Assalammualaikum....
akhirnya seperti yg dimaklumkan sebelum ini...
aku kembali untuk aktif semula dalam berblogging dibulan oktober
yang indah ini....untuk permulaan aku nak share ngan semua tentang
"minda luar sedar"....... apakah itu?
Bunyi macam bosan jer kan...

Aku pun masa mula2 dengar pasal ni terus buat tanggapan awal....
satu lagi penipuan zaman moden.....
Jumaat baru ni masa baru balik sembahyang jumaat aku terus on tv.
Dah jadi tabiat aku kadang2 kalau on
Astro kat umah tu aku akan mulakan dengan
channel 101 dan terus tekan button "next"
untuk tengok saluran mana yang best.
Biasanya siaran RTM 1 tu memang bukan pilihanlah kan....

Tapi petang tu dengan takdir Tuan Punya Dunia Allah yang Maha Besar,
tatkala aku tekan 101 jer terus terpancar program
"Apa Kata Wanita" kelolaan personaliti RTM yang terkenal Zamzarina.

Mata aku terpaku jap...hati terasa macam nak tonton.


Sebab aku tengok citer tu macam ada konsep
"Oprah". He3 aku kadang memang suka tengok Oprah
kat channel Hallmark yg kini dah bertukar nama menjadi stesyen
"Diva Universal".

Siapa lagi Cantik???? Oprah ke Zamzarina????
Jawapan simpan dalam hati jerlah yer...

Program Oprah ni memang banyak info2 yang biasa boleh aku dapat kat buku2 ilmiah...sebab tu aku suka.
Boleh tambah ilmu2 yg kita kurang paham selama ini. Kira program Zamzarina ni aku nak bagi jolokkan sebagai
"Oprah Versi Melayu".

Berbalik pada program tu, si Zamzarina tu pun mula memperkenalkan tetamu diapetang tu, Puan Dalina Ismail seorang pengkaji bidang pembangunan minda dan pemikiran manusia, a Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Master Practitioner and Trainer dan
Penulis buku ‘HOW TO THINK LIKE MAHATHIR’.

Dalina Ismail

Aku jadi makin tertarik bila Zamzarina cakap topik petang tu adalah meneroka minda luar sedar.
Aku pernah baca pasal minda luar sedar ni dalam buka tulisan Jutawan Muda yang menjadi kaya dengan penggunaan medium internet untuk perniagaannya, Dr Irfan Khairi. Tapi dalam buku tu dia tak jelaskan secara detail tentang minda luar sedar tu, so kepahaman aku pun hanya setakat itu jerlah kan.
Apa lagi memang confirmlah aku nak tengok program tu sampai habis...

Oklah aku ringkaskan yer... Puan Dalina ni cakap
Minda Luar Sedar ni sebenarnya dimiliki oleh semua manusia didalam dunia ini. Allah S.W.T telah membekalkan setiap insan yang lahir ke dunia ini dengan "minda luar sedar" yang sangat hebat ini. Menurut beliau lagi sebaik kita dilahirkan minda luar sedar kita tu berada ditahap yang paling tinggi sekali. Dan beransur berkurangan apabila kita makin dewasa. Kerana itu puan Dalina ni cakap pada tahap umur kita dalam 13 tahun ke bawah unsur2 jahat tu tak berapa nak ada. Ini kerana kita masih dilindungi oleh "Minda Luar Sedar" tu.

Mesti korang tak paham lagi kan. ambik contoh ni, kita selalu tengok bayi kadang memandang ke suatu arah dan tiba2 tersenyum atau ketawa dan kadang menangis secara tiba. Apa yang lucunya, apa yang menakutkannya sampai wujud reaksi yang sedemikian???? Sebabnya bayi2 ini boleh melihat apa yang kita tak boleh tengok. Tapi kenapa????
Sebabnya kerana tahap "Minda Luar Sedar"
yang dimiliki oleh bayi2 ini masih ditahap paling tinggi waktu itu.

Minda adalah anugerah Allah yang sangat2 unik sebenarnya. Kerana itulah Puan Dalina telah membuat kajian bagaimana untuk mengekalkan "Minda Luar Sedar" ini walaupun usia telah meningkat dewasa. Kebolehan ini boleh hilang setelah anak2 menerima unsur tidak baik yang banyak disekeliling kita sehinggakan kebolehan untuk menggunakan "Minda Luar Sedar" itu semakin berkurangan dan akhirnya terus hilang. Aku nak terangkan lebih2 pun aku bukan tau sangat kan. Tapi aku pahamlah apa yang dia cuba nak sampaikan tu.

Bila dia panggil anak bongsu dia adik Nur Fitrah ke pentas aku lebih teruja. Nur Fitrah adalah seorang kanak2 berusia 13 tahun yang masih mampu menggunakan "Minda Luar Sedar". Macam psikik juga lah budak ni. Mata dia ditutup rapat. kemudian Zamzarina pun tanya kad warna apa yang sedang di pegangnya. Menakjubkan Nur Fitrah boleh tau semua warna kad tu tanpa melihatnya. Menurut Puan Dalina "Minda Luar Sedar" membolehkan adik Nur Fitrah boleh menggunakan "Mata Hatinya" untuk mengetahui persekitarannya dalam keadaan tertentu.

Mereka yang tidak boleh menggunakan "Minda Luar Sedar" hanya bergantung kepada 5 pancaindera yang ada untuk mengetahui keadaan sekeliling mereka. Sebenarnya banyak lagi demonstrasi yang dia buat petang tu, tapi aku tak larat nak tulislah kan. Hua3. Korang trylah cari info pasal Puan Dalina ni kat internet.

Berkenaan dengan buku beliau "How to think like Mahathir" pulak. Puan Dalina ni cerita dia dapat ilham dari mimpi dia. Menurut beliau mimpi yang kita alami itu sebenarnya adalah sebahagian daripada "Minda Luar Sedar". Dalam mimpi tu dia jumpa ngan Tun Mahathir untuk minta sign autograf untuk dua buah buku. Tapi dia tak tau judul buku tu...dan dia tau buku tu bukan milik dia atau milik Tun. Bila dia terjaga, dia masih lagi tertanya2.


Dengan menggunakan kebolehan yang dia ada, maka dia mula menggunakan teknik "Minda Luar Sedar" nya untuk masuk semula ke dalam mimpi itu.... ( best kan...tu yg aku teruja tu..). Setelah diselami akhirnya dia faham bahawa dia harus menulis 2 buah buku mengenai Tun. Dengan tekad dan keikhlasan yang ada dia mula menulis sepucuk surat untuk Tun mengenai hasratnya. Tak berapa lama selepas tu Suratnya di balas. Dia akhirnya dapat bertemu dengan Tun. Oleh kerana kesibukan Tun, dari tahun 2004 sampailah tahun ni, Puan Dalina hanya sempat bertemu Tun setahun sekali. Dan kerana itulah buku ini lewat disiapkan.

Aku nak citer lebih2 pun aku tak baca lagi buku tu kan. Tapi dari penerangan nya aku rasa buku tu macam menarik jer. seolah2 mungkin kita akan dapat menyelami sisi lain seorang Tun Mahathir yang selama ini tak kita ketahui. Walaupun aku ni tak berapa nak pro UMNO...Tapi aku sangat mengagumi dengan kebijaksanaan dan genius yang ada pada mantan perdana menteri kita tu. Dan sememangnya dunia juga mengakui bahawa beliau adalah antara Perdana Menteri yang terbijak didunia. Nik Aziz pun cakap beliau adalah seorang yang bijak.

Dan kebijaksanaan beliau tu kadang bersifat spontan. Masih ingat dan segar dalam ingatan aku masa mula2 pembukaan menara Taipei 101 kat taiwan yang akhirnya berjaya menewaskan Menara Berkembar Petronas sebagai menara dan bangunan yang tertinggi didunia pada ketika itu. wartawan asing bertanyakan pendapat beliau tentang pembukaan Taipei 101 yang menewaskan kebanggaan KLCC.



Dan dengan selamba lagi bersahaja Tun menjawab bahawa KLCC MASIH TETAP MENARA BERKEMBAR YANG TERTINGGI DIDUNIA. Memang betul pun hakikat itu kan dan sehingga hari ini walau sekian banyak bangunan yang sudah memecahkan rekod ketinggian Taipei 101, KLCC masih gah sebagai satu2 nya bagunan berkembar yang tertinggi didunia.


Jadi mesti ada sebab Allah mengilhamkan Puan Dalina melalui mimpinya untuk menulis buku mengenai Tun. Seorang pemimpin yang Genius....

Untuk buku yang kedua puan Dalina ada sebut tajuknya tapi aku lupa...
Tapi buku tu dia tak tulis lagi. Sama2lah kita tunggu yer. Dan aku plak kalau ada rezeki lebih teringin nak masuk kelas Puan Dalina ni. Bolehlah dapatkan semula keupayaan "Minda Luar Sedar" aku yang dah hilang tu... InsyaAllah.