Kebanyakkan dari kita mesti pernah makan budu kan.
Macam2 reaksi yang kita dapat tengok bila berhadapan dengan budu.
Ada yang mengada-ngada tutup hidung konon tak tahan ngan
bau budu yang kuat tu, tak kurang juga yang menghindari makanan
tradisional negeri kelantan itu kerana masalah resdung yang kronik.
Tapi tahukah kita semua bahawa Budu ni
sebenarnya boleh dijadikan kosmetik?
Teruja kan...kan...kan......Sabar...sabar...
perjalanan masih jauh...
Ok mari kita mulakan...
Sebab hari ni aku cuti maka aku pun bermastautinlah kat
perpustakaan awam Bangi, kat simpang Warta tu....
Lokasi yang strategi bersebelahan dengan Tasik Cempaka
membuatkan aku senang untuk datang kat sini.
Nak parking motor pun senang.
Masa aku melangkah masuk aku terus menuju
ke bahagian majalah....dan dari jauh
aku terpandang satu artikel muka hadapan sebuah majalah
"kosmik" yang berjudul, "Kosmetik Daripada Budu"...
Wahhh.. biar betul kan....
Aku terus capai majalah tu dan terus baca dengan penuh minat..
dan ini adalah ulasan dan sedikit maklumat yang boleh aku kongsikan dengan
korang semua kat sini...
Budu kini menjadi salah satu ramuan penting penghasilan jenama kosmetik yang tak kalah dengan jenama hebat seperti SK II
Kebanyakan peralatan kosmetik yang mengekalkan kesegaran kulit wajah kebiasaannya menggunakan kaedah biologi dan bahan biologi yang digunakan dalam kosmetik dipanggil sebagai biokosmetik.
Bahan biologi ini antaranya dipanggil Isoflavon,sejenis protein. Ada macam2 kelebihan
yang ada pada Isoflavon ni antaranya, menghalang kanser,
mengekang kematian sel, melambatkan proses penuaan dan
macam2 lagilah. Tetapi antioksidan yang paling berkesan
sebenarnya terdapat di dalam makanan tradisional
rakyat negeri kelantan iaitu Budu.
Bukan sahaja mengandungi Isoflavon,
budu juga mengandungi glutation suatu bahan aktif yang kandungannya kurang 2 peratus dapat mengekalkan kesegaran sel kulit, sel melasonit dan fibroblas. Glutation diperolehi daripada penapaian protein ikan, sumber budu.
Tapi harus diingat, kesesuaian kosmetik budu ini hanyalah untuk mereka2 yang tidak mempunyai masalah resdung, jerawat dan kulit sensetif kerana produk ini mengandungi bahan asas iaitu budu ( ekstark marin) yang mungkin menyebabkan alergi untuk golongan tersebut.
Dan kini BiotechCorp sebuah syarikat bioteknologi tempatan bercadang untuk mengkomersialkan penemuan saintifik tempatan ini. Budu yang suatu ketika dahulu cumalah makanan tradisi masyarakat kelantan turun temurun kini bakal menjadi suatu bahan yang penting dalam industri kosmetik negara....
No comments:
Post a Comment