Sunday, December 26, 2010

Kenangan dan Legasi Arwah Tok Wan ( 1935 – 2010 )

Salam. Lama aku tak ke udara kat blog ni kan. Kira-kira jam 3.30 pagi selasa bersamaan dengan 21 Disember 2010 aku telah dikejutkan dengan satu panggilan dari achik aku. Tapi tak sempat angkat dia dah letak sebab aku lambat angkat. Bila aku periksa telefon aku, rupa2nya dah berkali2 achik dengan sepupu aku miss call. Dalam keadaan mamai baru bangun tidur tu aku dah mula rasa macam tak sedap hati.Tiba-tiba satu sms masuk ke dalam peti mesej telefon, Ku perhatikan dan ku amati nombor pengirim yang tertera. Sah itu nombor sepupu aku, Khamis nama timangannya. Aku baca mesej dia.....

“Abg wan, Tok wan dah tak ada. Tok wan dah meninggal.”





Lidah aku jadi kelu tak semena-semena. Berita yang baru aku dengar tu benar-benar telah menggugat perasaan aman aku ketika itu. Ada satu rasa yang berlegar-legar dalam ruang fikiran aku yang kemudian mula menusuk-nusuk ke jantungku. Aku tak tau nak rasa sedih atau apa. Buntu untuk memahami perasaanku sendiri. Tiba-tiba aku rasa sebak. Ternyata hati aku lebih cepat bertindak dari fikiranku sendiri.Ya sebak itu datang dari rasa sedih dan terkilan dengan apa yang aku baru tahu dari sepupuku tu. Bukankah dahulu aku pernah cakap, ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan aku terpaksa pindah dari Felcra Changkat Lada. Sesungguhnya kenangan itu menjadi punca aku berperasaan demikian. Biar begitu banyak aku berusaha untuk memadam memori 12 tahun yang lalu itu, aku tetap dapat mengingati hampir setiap detik apa yang aku lihat.

Tapi kenyataannya, telah lama kekhilafan itu aku maafkan. Telah hampir sedekad lamanya jua dendam itu telah terlerai. Namun “kemesraanku” dah tak sama seperti waktu2 yang sebelumnya. Dalam tempoh beberapa tahun ini aku sendiri sebenarnya perasan ada perubahan dalam diri Tok Wan. Ada kekesalan dari raut wajahnya yang berusia lebih dari separuh abad itu apabila berhadapan dengan keluarga kami. Sejak dari 12 tahun yang lalu, ikhlas aku katakan, aku tak pernah lagi dimarahi oleh Tok Wan. Sesuatu yang sebenarnya aku agak rindukan. Pelik bukan? Kalau dulu, itulah yang paling aku nak elakkan. Sebab bila Tok Wan dah marah, mesti melekat tapak tangan kat muka aku ni, he..he..he..Tapi sekarang aku tak kisah pun, malah berterima kasih kepada Tok Wan, sebab garang dialah aku takut nak buat benda-benda tak elok.

Dalam pukul 5 pagi aku terus berangkat dengan motorsikal Honda Wave aku tu. Tiba-tiba salah masuk jalan plak. Dekat 1 jam juga berlegar2 dalam highway kat KL. Sepanjang perjalanan aku mula teringat kenangan2 aku dengan Tok Wan dulu.Kadang aku tersenyum, kadang aku rasa sebak. Terkilan tak sempat nak buat apa yang aku patut buat. Dalam pukul 9.30 pagi baru aku sampai rumah Tok Wan. Orang pun dah ramai. Aku masuk dalam rumah ikut pintu belakang. Mak datang peluk aku sambil menangis. Aku pun menangis sekali. Mak bawa aku jumpa Jenazah Arwah.....

21 Tahun yang lalu



21 Tahun yang lalu, Abah dan mak aku bercerai. Aku ada 4 adik beradik masa tu. Yang sulung kakak aku, yang kedua abang, aku yang ketiga dan yang bongsu adalah adik perempuan aku. Masa tu di era 80 an jarang ada kes pasangan yang berebut hak penjagaan anak ni. Untuk keadilan bersama Abah dan mak setuju, masing2 jaga 2 orang anak. Abah jaga kakak dan abang. Mak pula jaga Aku dan adik. Bermula dari situlah aku dan adik Mak hantar ke rumah Tok Wan. Aku baru 5 tahun, adik pula 3 tahun. Susah mak nak jaga kami dalam keadaan dia yang bekerja masa tu. Maka hiduplah aku dengan Tok dan Tok Wan sejak dari hari tu. Mula-mula tu memang rasa sedih sangat. Memang aku tak boleh nak faham kenapa mak tinggalkan aku kat rumah Tok Wan selalu perasaan tu bermain-main dalam fikiran aku. Lama kelamaan persoalan tu pun hilang sendiri tanpa jawapan. Bila hari dah berganti hari, minggu ke minggu aku makin seronok dengan persekitaran kat Changkat Lada tu. Kawan-kawan pun makin ramai. Biasalah kan, rumah-rumah kat kawasan Felcra kan rapat-rapat. Tak ada pagar yang memisahkan antara satu rumah dengan rumah yang lain. Ini bermakna aku bebas bergaul dengan kawan-kawan disekeliling rumah tok wan.

Aku dan adik memang nakal masa kecik2 dulu. Kat sebelah rumah Tok wan ada kedai runcit. Dinding tepi rumah dia of course lah mengadap dinding rumah Tok Wan kan...Dan tempat tu pulak memang jadi port kita orang bermain. Ada satu hari tu, baru lepas hujan, tanah pun becak. Aku dengan adik aku pun main gumpal2 tanah yang becak tu. Lepas gumpal2 baling kat dinding rumah kedai jiran Tok Wan tu. Lepas baling aku tengok macam cantik plak kan tanah tu melekat kat dinding. Apa lagi makin banyak aku dengan adik baling kat dinding rumah kedai dia. Hampir penuh dinding tu dengan hasil seni kita orang adik beradik. Cantik. Tersenyum puas aku melihat hasil karya kami waktu tu. Tapi kegembiraaan tu sekejap jer. Jiran Tok Wan tetiba dapat tau. Aku rasa anak dia yang cakap. Anak dia tu member aku juga. Ntah2 dia pun join sekali baling tanah tu dengan aku. Aku pun dah tak ingat dah he..he..he....Aku agak mestilah jiran aku tu rasa macam nak sakit jantung bila tengok dinding rumah dia jadi “cantik” macam tu kan. Dia pun mengadu ngan Tok aku. Tok plak cepat jer send berita tu kat Tok Wan. Tok Wan plak cepat jer capai getah paip libas punggung aku dengan adik.....Perittt siuttttt.....tapi adakah kami serik??????? Mestilah tak kan...ha3. Macam2 kenakalan lagi yang aku adik beradik buat dan macam-macam penangan lagi yang Tok Wan bagi kat kami. Sampai aku rasa dah tak ada dah Jurus-jurus yang Tok Wan tak pernah guna kat kami. Bila dah selalu kena macam tu....mestilah kami membesar menjadi sedikit baik. Senang citer jahat sangat pun tak, baik sangat pun tak juga...yang sedang-sedang jer. Bila dah besar ni baru aku boleh fikir, bukan senang untuk Tok dengan Tok wan nak besarkan kami. Banyak yang dikorbankan, masa, wang ringgit, kesabaran.....semua tu tak kan dilakukan kalau diorang tak sayang dengan kami adik beradik. Ya aku tau memang Tok Wan sayang kami.........

Masa tinggal dengan Tok Wan aku dapat tengok


perubahan fasa hidup anak-anak dia yang lain.

Achik


Achik adalah mak saudara yang paling rapat dengan aku. Sebab masa tinggal dengan Tok Wan Achik pun masih sekolah menengah lagi. Kira memang kadang2 dia lah juga yang jaga kami adik beradik bila Tok ngan Tok Wan keluar. Achik ni adik bongsu mak aku. Kira anak kesayangan Tok ngan Tok Wan juga lah. ( Biasalah tu mana2 anak bongsu pun kan...he3) Tapi Achik aku ni atlet terbaekkkkk punya. Piala dia penuh 2 almari kat rumah tu....Hebat bukan???? Achik aku ni dulu giler dengar radio. Pagi petang siang malam....radio...radio...radio...radio....subuh2 nak pergi sekolah pun dengar radio dulu. Pernah sekali tu berebut nak guna soket elektrik...biasalah rumah kampung soket plug ader berapa jer. Dia nak pasang radio...aku plak nak tengok kartun. Korang teka siapa yang menang???? Mestilah dia kan...so terpaksalah aku dengar radio tu sekali ngan dia.huuu...hu.....sedih...tak dapat tengok kartun. Sampailah hari terakhir achik tinggal kat changkat lada, masa tu tahun 1994 aku rasa. Achik baru habis SPM. Jiran belakang rumah anak Pak Ngah Karim, Kak Ji ke Kak Kam, salah sorang tu lah ajak dia kerja sekali kat Kilang SONY kat Bangi Selangor. Tok aku kan sentimental....punyalah menangis tak ingat...nak lepaskan anak bongsu dia tu. Aku plak masa tu baru nak masuk darjah 4. Baru lepas sunat plak tu. So takder lah feeling apa2. Ingatkan achik nak pergi rombongan mana2 jer kan. Tapi dah lama2 baru perasan sebab lama tak nampak achik kat rumah tu. Tapi lepas tu bila Achik balik kampung aku dengan adik mesti suka, sebab dia suka bagi duit kat kita orang....he3 mestilah beli jajan kan. Tapi aku respect Achik aku ni dengan kesetiaan dia Pada SONY. Since 1994 sampai sekarang 2010 dah dekat 16 tahun dia kerja kat situ. Bolehlah aku simpulkan disini pengalaman kerja dia Cuma kat SONY jer. Bagus SONY jaga kebajikan pekerja dia. Sampai begitu setianya achik aku dengan SONY.


Ini Tasha, buah hati pengarang jantung achik

Pak Tam


Pak Tam plak, masih duduk ngan Tok Wan sampailah tahun 1995 ke 1996, Pak Jang ajak kerja dengan dia. So kenangan aku ngan Pak Tam kurang sikit sebab dia selalu sibuk ngan kawan2 dia jer. Tapi Pak Tam Lah yang tinggal serumah dengan Tok Wan sampailah hari2 terakhir Tok Wan.


Pak Lang


Pak Lang plak masa muda2 dulu kira Kacak lagi tampan lah kat daerah tu hua3. Dia ni suka naik motor besar. Sampai ada gelaran “Mat Rider”. Pak lang dulu kerja kat Penang. Selalu gak balik kampung. Yang aku ingat dulu Pak Lang pernah marah kat Achik sebab pukul aku. Aku pun tak ingat pasal apa achik pukul aku...tapi mestilah aku ada buat bender yang dia tak berkenan kut. Menangis2 aku hua3. Bila Pak Lang marah achik...tetiba aku rasa sayang lebih plak kat bapak sedara aku tu...yelah dia backup aku kan...dalam hati siap cakap padan muka kat achik aku. Tapi lepas dia balik penang, achik juga yang jaga aku balik kan....so tetiba sayang achik plak...hua3. Talam dua muka betul.
Tahun 1992 ker 1993 Pak Lang kahwin. Ini adalah kenduri kahwin anak Tok Wan yang pertama berlangsung kat Changkat Lada. Kira Pak Lang memecah tradisi lah. Memang meriah...sebab adat Rewang kan. Satu fasa 3 turun tolong memasak untuk kenduri....Lauk dia....perghhhhhh sedap siut......Masa tu lah aku tengok pengantin pompuan. Tetiba rasa curious jer....yerlah kan.... Pak Lang aku tu tinggi cam pokok Buloh...Mak Lang aku plak...Cam pepohon Renek jer... ( ampun Mak Lang...he3 ). Tapi itulah cinta kan....sampai sekarang dah dekat 17 ker 18 tahun mereka hidup bersama. Daripada cinta mereka berdualah aku dapat 3 orang sepupu... ( matilah ayat sensor ) Along lahir tahun 1993 masa tu aku darjah 3. pastu Angah....dan last sekali Azrul...anak bongsu.....macam biasalah paling manja. Dulu masa mengandungkan Azrul Mak Lang selalu lah kata muka aku ni muka Mangkuk rambut cam durian.....Gurau2 jer tu...Dulu muka aku memang bulat pun hua3....tetiba bila Azrul lahir.....jeng...jeng...jeng.....muka dia persis aku kan...ala2 bulat dan rambut plak pacak2 macam durian.... Terkenan lah tu. Nasib copy budak baik cam aku kan...ha...ha..ha.. (perasan jer..) Tapi Mak Lang aku kalau memasak memang Jaguh lah....main campak2 pun aku rasa sedap jer....ada jampi2 ker? He...he..he...










Pak Jang


Pak Jang plak dulu masa duduk ngan Tok Wan, time raya ngan cuti2 tertentu jer dapat jumpa dia. Dia masa tu ada buka bengkel Kraftangan kat Semarak Kuala Lumpur. Ini anak Tok Wan yang mula2 mempelopori kerjaya kat KL. Dulu Pak Jang aku pernah masuk kat satu program kat TV3. Dokumentari pasal kraftangan. Aku nampaklah Pak Jang aku bawa pengacara tu jalan2 kat tepi pantai cari tunggul2 kayu untuk wat kraftangan. Aku tengok ngan Tok masa tu. Citer “Sekapur Sireh” konsep ala2 Malaysia Hari Ini. Wow...bangga Tok aku. Ala2 artis plak anak dia dapat masuk TV. Aku pun bangga gak siap citer kat member2. Tapi confirmlah budak2 kecik mana nak tengok citer2 cam tu kan hua3. Tapi aku tak peduli...kena hebahkan juga. Kelakar betul time tu. Tapi Pak Jang aku tu memang jenis orang beradun pun. Orang seni....pandailah dia ukir2 kayu ni. Pak Lang aku pun ada bakat yang sama ngan dia gak. Hulu keris Tamingsari yang dalam citer “Puteri Gunung Ledang” yg M . Nasir berlakon tu pun, dia gak yang buat. Pak Jang aku plak khawin masa aku dah besar sikit. Tapi still sekolah rendah gak lah.. Majlis biasalah, tentulah meriah..... Bila tengok pengantin pompuan Time ni pun aku curious gak.... sebab Pak Jang aku kira tak aderlah Renek sangat kan....tapi Mak Jang aku tu...dahlah tinggi dari dia....siap pakai high hill lagi....Bayangkan....Nasib baik Pak Jang pakai Tengkolok....so bolehlah cover. Kalau mak lang pandai memasak, Mak Jang plak handal buat biskut. Tart Nenas dia memang terbaekkkk dari ladang. Hasil cinta mereka ni plak aku dapatlah 5 orang sepupu. Khamis, Ewa, Fira “Azmi Junior” ha2...sebab muka sebiji macam pak jang dan yang bongsu “putri korea” (cover line...tak ingat nama sebenarnya...)




Mak Teh

Mak Teh aku plak dulu masa aku kakak ngan abang aku kecik2 dia pernah lah tinggal sekali ngan Mak aku. Tolong jaga diorang. Dia ni anak Tok Wan yang paling rajin, paling pembersih dan mungkin paling beradun. Sukalah buat2 bunga telur, hias barang2 hantaran. Macam2 lagilah yang dia memang pandai buat. Kalau gi rumah dia conform bersih....Dulu kalau dia balik umah Tok Wan, habis satu rumah dia kemas. Kalau gi pasar selalu beli jeruk asam. Dia lah yang bertanggungjawab mendidik aku makan jeruk Asam. Dan dia juga yang mendidik aku pergi perpustakaan. Masa tu dekat2 dengan rumah Tok Wan kerajaan baru bina satu perpustakaan desa. Mak teh aku ni sukalah ke sana baca dan pinjam novel2 cinta dia tu. Lama2 aku pun terpengaruh. Aku masih ingat novel pertama yang aku baca dalam hidup aku, tajuknya “Janjiku Kepada Ina”. Bukan novel cinta pun. Kisah seorang pemuda yang ditakdirkan bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ina yang hidup melarat menjaga neneknya yang sudah tua. Macam2 pemuda tu lakukan untuk tolong Ina. Dia tak nak Ina meminta2. Jadi dia belikan kiwi kasut ngan berus siap ngan kerusi pendek. Jadi Ina boleh bekerja menjadi pengilap kasut untuk menampung kehidupan nenek. Endingnya aku tak ingat tapi tak silap nenek ina mati, dan pemuda tu yang jaga Ina. Sebab tu kut jadi “Janjiku kepada Ina”. Memang sedihlah citer dia. Sejak daripada tu aku memang suka pergi perpustakaan. Sampailah sekarang kalau ada masa lapang aku memang suka habiskan kat perpustakaan Awam kat Bangi, sebelah Taman Tasik Cempaka tu. Dari pagi sampai petang aku boleh lepak2 baca buku kat dalam tu. Dah minat kan. Cuma sekarang aku suka baca buku2 berbentuk biografi, motivasi dan kemahiran. Last buku aku baca “Ahmadinijad, Singa Baru Dari Asia.” Bestttt oooo. Terima kasih Mak Teh sebab pupuk minat yang best macam tu kat iwan.  . Mak Teh kahwin ngan Pak Teh aku sebelum Pak Jang aku kahwin lagi. Dan mereka hidup bahagia bersama hingga hari ini. Amin.


Pak Ngah

Yang tengah Tu bukan pak Ngah Aku Yer..
tapi yg berdua lagi tu anak2 pak ngah
Pak Ngah aku plak dah kahwin sejak aku belum lahir lagi. Anak sulung dia pun sebaya ngan aku. Pak Ngah tinggal kat Titi Gantung. Rumah Ayah Tok Wan aku kat sinilah. Bila pergi sana selalulah singgah rumah Pak Ngah. Kat sini memang suasana kampung. Dialek banjar memang tak asing lagilah. Sebab tinggal berasingan, so kenangan aku ngan dia pun tak banyak mana. Jumpa time raya jerlah. Tapi ngan anak2 dia memang rapatlah. Sebab jarak umur yg tak jauh beza. Hasil Perkahwinan pak ngah ngan mak ngah, aku dapat 6 orang sepupu. Very Productive kan...he3. Juju, Boboi, nazrey, irah, mimi dan sorang lagi baby bongsu yg baru 2 tahun aku rasan (pun tak ingat nama). Diorang ni lah satu2 nya kumpulan sepupu aku belah mak yang handal cakap banjar. Penyambung warisan tu....
Gambar pak Ngah tak der ngan aku
kat Balakong ni...letak anak2 ngan isteri dia jerlah
itu pun tak semua... lelaki baju putih tu aku tak kenal...


Mak Usu

Jangan Terperanjat....itu bukan Pak Usu Aku...
Hu...hu...hu...

Mak Usu plak, masa aku kecik2 dulu tak tau pun aku ada sorang lagi mak sedara. Dulu tok aku kan susah. Anak plak ramai. Masa mak usu aku lahir, Tok ngan Tok Wan sepakat serahkan Mak Usu kat member diorang yg kebetulan time tu pun tak ada anak lagi. Tapi tak lama pas tu member diorang tu pindah. Lama2 putus hubungan. So terus tak dengar khabar berita sampailah satu hari Pak Jang aku mainkan peranan cari dan jejak mak usu aku ni. Akhirnya ketemu jua. Jadilah Jejak Kasih. Sempat aku tengok detik2 pertemuan tu. Cehhhhhh masa malam tu kira macam sesi suai kenal lah. Macam2 soalan ni tanya ngan Mak Usu ni. Sebab kalau ikut jalur adik beradik ni, mak usu aku ni lah paling educated sekali. Satu2nya yng pernah jejak kaki kat Menara Gading ni. Kira ada hikmahnya juga Tok aku serahkan kat mak angkat mak usu aku ni. Pendidikan dia lebih teratur. Sekarang pun kerjaya dia mantaplah kat DBKL ngan suami dia plak kat Kementerian Perumahan. Alhamdulillah bahagia mereka bersama sehinggakan aku dapat lagi 6 orang sepupu dari mereka ni, haikal,faris, dyra skbp (kantoi nama facebook...) yg 3 org lagi tak ingat nama lah...ingat muka jer........
(kuang asam punya sepupu kan...sorrylah adik2 sepupuku...
banyak sangat sepupu nak ingat nama....hu3 alasan..)


Ni Baru Pak Usu aku...

This couple also very productive....nice job arggggghhh....Mak Usu, if you want to give me another cousin.....what can i say....My pleasure my Mak Usu & Pak Usu...Thanks a lot for make our family very colourful with yours wonderful son & daughter. Hopefully both of you get what you wish...and live together till the end of your life......  from your great2 nephew (yer ker????)


Mak Long

Pak Cik Hamdan, Aku, kakak ngan Adik xder dlm pic

Last sekali Mak Long plak....Mak aku lah tu....he3.Anak Sulong Tok Wan aku. Mak2 ngan Pak2 sedara aku yang lain panggil mak aku ngan gelaran “akak”. Mak aku ni jenis ceria2 orangnya. Sukalah buat Direct Selling ni. Dari muda2 lagi. Macam yang aku cerita tadi, anak2 dia, yg sulung Kakak aku, abang aku, aku dan yang bongsu adik perempuan aku. Semua dah kahwin kecuali aku. Kakak aku dah 3 orang anak, abang aku dua, adik aku baru sorang anak. Semua sekali 6 orang anak saudara aku. Meriah kan. Dulu masa tinggal ngan Tok Wan, mak selalu juga balik tengok kami adik beradik. Tapi ada satu kenangan aku tak boleh lupa. Sebelum tu mak ada janji nak beli KFC kat aku. Tapi masa tu mak balik aku tengok mak tak beli KFC pun. Aku terus merajuk duduk dalam gelung belakang rumah Pak Ngah Karim. Duduk menangis dalam tu. Lama gak aku duduk dalam tu. Konon2 sedih sangatlah ni tak dapat nak makan KFC. Orang kat rumah semua cari aku. Last2 jumpa. Petang tu juga mak bawa aku balik manjung. Terus pergi Restoran KFC. Puas hati aku dapat makan KFC. Tapi bila ingat2 balik rasa macam menyesal plak buat perangai macam tu. Sampai hari ni aku sendiri tak tahu kenapa mak tak bawa KFC petang tu.Adakah sebab mak terlupa? Adakah sebab mak sendiri tak der duit masa tu. Masa tu kan kecik lagi mana nak paham yang gaji tu keluar Cuma sebulan sekali. Yang tau bila minta duit mesti kena ada. Kita tak faham masa tu nak duit kena kerja dulu. Aku pun tak tahu rumah yang mak aku duduk kat manjung tu mesti dibayar setiap bulan. Perut aku kenyang, hati aku puas bila dapat KFC, tapi aku tak tau pun berapa baki duit dalam dompet mak aku masa tu. Kalau memang dia tengah banyak duit masa tu oklah. Kalau memang duit dia tinggal sikit sebab nak belikan KFC kat aku time tu??? Teruknya aku rasa. Tapi semua tu dah tinggal kenangan lah. Anak2 mak pun dah besar. Semua tu akan jadi pengajaran untuk aku. Mak pun dah kahwin lagi dengan Pak Cik Hamdan. Semoga kebahagian milik Mak.... Amin.
Untuk Tok Wan
Untuk Tok Wan, walaupun iwan tau kalau Tok Wan masih hidup pun Tok Wan tak kan masuk dan baca blog iwan ni. Dan sekarang bila dah masuk hari ke-6 Tok Wan pergi ke alam lain yang telah dijanjikan oleh Allah, ketahuilah bahawa dah lama iwan maafkan di atas apa yang berlaku. Siapalah iwan untuk menghukum. Alhamdulillah walaupun tak dapat jumpa Tok Wan raya baru-baru ni, Allah masih bagi kesempatan untuk iwan tengok wajah Tok Wan untuk kali yang terakhir. Mandikan jenazah Tok wan dengan anak2 TokWan dan sepupu2 Iwan yang lain. Merenung wajah jenazah Tok Wan, iwan dapat lihat yang Tok Wan mati dengan cara yang baik. Ada senyuman diwajah Tok Wan. Itu yang iwan nampak. Yang orang lain nampak iwan tak tau. Tapi memang iwan nampak wajah Tok Wan tersenyum. Mungkin Allah sendiri dah ampunkan Tok Wan. Bukankah Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Menerima Taubat Hambanya. Berbahagialah Roh Tok Wan disana sekiranya apa yang iwan sangka itu adalah benar. Semoga nasib kami yang masih hidup jua akan dikurniakan keampunan dari Allah sebelum ajal datang menjemput kami pulang ke tempat yang telah dijanjikan.

Masih aku ingat saat Pak Ngah Karim nak tutup wajah Tok Wan dengan kain kapan. Dengan penuh sebak dia bertanya sekiranya masih ada waris2 arwah yang nak tengok dan cium wajah arwah untuk kali yang terakhir. Begitulah Pak Ngah Karim, dari kecik aku kenal dia. Dengan anak2 dia sangat tegas. Tapi ternyata dia juga sangat sensitif orangnya. Itu adalah kali kedua aku tengok dia menangis. Pertama kali masa aku nak pindah dalam peristiwa 12 tahun yang lalu, dia menangis sambil peluk aku dan suruh aku banyak2 bersabar. Dan hari ni dihadapan jenazah Tok Wan dengan sebak dia menunaikan fardu kifayahnya untuk jiran yang telah lama bersahabat dengannya. Dan kebetulan anak dia sendiri adalah sahabat baik aku. Sorang demi sorang anak2 dan cucu2 Tok Wan “Jumpa” Tok Wan untuk kali yang terakhir. Saat yang sangat menyayat hati dalam sejarah keluar ini. Apa pun, kehidupan harus diteruskan, dan Legasi anak2 dan cucu2 Tok wan akan tetap mengekalkan hubungan kekeluargaan ini.

Satu Ikrar telah pun dipersetujui oleh anak2 Tok wan yang setiap kali raya mereka tetap akan balik ke kampung seperti biasa. Akan diwujudkan jua “Hari Keluarga” untuk keturunan Tok Wan berkumpul dan bergaul mesra. Semoga Legasi Tok Wan akan terus kekal berhubung sampai bila2. Amin.












Mat Yusuf Bin Jaafar
1935 - 2010
AL - FATIHAH
Wassalam

Saturday, December 11, 2010

Withoutyou Contest Mesti Join-Kisah Cinta

Jika Memang itu ketentuan-Nya
Aku membesar di perkampungan Felcra Changkat Lada. Satu daerah yang penuh kenangan manis waktu kecilku. Tok dan Tok Wan memainkan peranan sebagai ayah dan ibu kepada aku dan adik lantaran kedua ibu-bapa kami telah pun berpisah ketika usia kami masih kecil. Di perkampungan inilah aku mula mengenali erti persahabatan, ikatan kekeluargaan dan yang paling tidak aku sangka-sangka aku akhirnya mula mengenali apa itu erti kasih sayang atau lebih tepat untuk aku ungkapkan disini adalah CINTA. Mungkin juga perasaan itu sebenarnya hanyalah “seperti” CINTA. Tapi kesannya tetap sama. Aku hanyut dibuai perasaan yang sangat menyenangkan itu.


Kisah bermula ketika usiaku mula menginjak 14 tahun. Aku ditempatkan di kelas 2 Malinja. Dikenali sebagai salah seorang pelajar yang agak periang dan tak kurang nakalnya, aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat menyenangkan. Dipendekkan cerita, pada suatu hari, Teacher Shikin, guru bahasa Inggeris di sekolah kami telah berhasrat untuk menubuhkan satu team “Choral Speaking” bagi mewakili sekolah kami dalam satu pertandingan peringkat daerah Perak Tengah. Telah ditakdirkan aku akhirnya terpilih untuk turut serta dalam group Choral Speaking waktu itu. Agak aneh sebenarnya, kerana Bahasa Inggeris adalah salah satu subjek yang sangat aku tak suka waktu sekolah dulu. Biasalahkan, tipikal anak melayu yang hidup di kawasan kampung waktu itu memang selalu memandang remeh dengan subjek bahasa antarabangsa itu.

Pada awalnya aku macam acuh tak acuh je. “Choral Speaking” tu pun aku tak tau benda apa sebenarnya. Dari penerangan Teacher Shikin aku dan kawan-kawan akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Choral Speaking. Ianya adalah seperti membaca sajak atau cerita dalam beberapa rangkap beramai-ramai. Satu group biasanya terdiri daripada 20 ke 30 orang dalam satu-satu masa. Kemudian Teacher Shikin yang bertindak sebagai penasihat kumpulan kami mula membahagi-bahagikan rangkap mana yang patut dibaca secara solo dan bahagian rangkap mana yang patut dilaungkan dengan lantang secara bersepadu dalam bentuk kumpulan. Langsung tak aku duga sebenarnya hati aku akan jadi sangat tertarik dengan Choral Speaking ni. Latihan yang kerap, hari demi hari makin menambahkan minat aku dengan Choral Speaking. Tapi sayang aku dah tak ingat kesemua rangkap dan ayat-ayat yang kami semua hafal sebelum ini. Cuma yang masih segar dalam ingatan aku hanyalah ayat ini “I think I can...I think I can....”. Tak silap aku mungkin itulah bahagian solo aku. Tajuknya aku memang dah lupa tapi ianya mengisahkan tentang seorang peniup seruling di daerah Berlin Jerman yang dengan tiupan serulingnya yang sangat merdu itu boleh memukau sekumpulan tikus yang berkeliaran dalam jumlah yang sangat banyak di bandar Berlin. Dia bertanggungjawab untuk membebaskan Bandar Berlin dari kumpulan besar tikus-tikus itu.


Dalam sesi latihan inilah aku akhirnya telah berkenalan dengan seorang yang selama ini hanya aku pandang sepintas lalu sahaja setiap kali dia melintasi kelas aku. Seorang yang selama ini mungkin telah beberapa kali terserempak dengan aku ketika kami sama-sama berbasikal bila pergi dan pulang dari sekolah. Seseorang yang selama ini aku sendiri tak tahu entah berapa kali rumahnya aku lewati setiap kali aku meronda-ronda di sekitar kampung. Seseorang yang aku sendiri langsung tidak menyangka akhirnya akan membuatkan hati aku mengalami satu perasaan yang sangat asing lagi aneh namun bahagia dan perit dalam masa yang sama.

Senang untuk memanggil dia sebagai Dara (Bukan nama sebenar). Aku tak tahu macam mana aku boleh terpaut dengan minah ni. Nak kata lemah lembut, tak lah sangat. Nak kata cantik.....memang manis pun dari pandangan mata aku. Yang aku tau aku memang suka tengok dia waktu dalam sesi latihan. Aku dibarisan belakang, dan dia pula ditempatkan dibarisan hadapan. Lebih memudahkan aku untuk melakukan kerja sambilan aku, iaitu menatap wajahnya, mendengar tawanya, dan kadang-kadang sengaja aku mencelah untuk join sembang sekali dengan geng-geng dia. Tapi sebenarnya lebih kepada rasa nak dekat dengan dia. Itulah agenda aku sebenarnya. Ku akui aku agak terpesona bila melihat matanya. Pada aku dia memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Sedikit bercahaya tapi agak kuyu. Persis mata seorang anak gadis yang polos. Adakah perasaan itu hadir hanya kerana aku tertarik pada matanya, fizikalnya, sifat ramahnya atau kebaikannya? Anggaplah apa pun kerana aku sendiri tidak memiliki jawapan untuk persoalan itu. Yang aku tau hadirnya Dara dalam hidup aku telah mencambahkan benih rasa yang sekian lama tertanam disudut hatiku. Rasa yang menjadikan perasaan selesa meresapi jauh ke segenap tubuh badanku.

Hari-hariku berlalu dengan pantas, minggu berganti minggu. Masa yang ditunggu akhirnya tiba. Kami semua dibawa oleh guru pengiring bertolak menuju ke S.M.K.Dato’ Abdul Rahman Yaakob di Bota. Masing-masing gugup memikul amanah untuk mengharumkan nama sekolah. Teacher Shikin pastinya salah seorang yang sangat menaruh harapan pada kami. Dengan satu tekad dan harapan kami semua bersatu untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh, dan akhirnya persembahan kami telah melayakkan kami mendapat tempat kedua untuk Peeringkat Daerah Perak Tengah. Kami berjaya menewaskan beberapa sekolah yang lebih terkenal dari sekolah kami yang terletak agak tersorok dalam dunia Felcra waktu itu. Hati setiap dari kami berbunga-bunga kebanggaan kerana akhirnya kami berjaya mengharumkan nama sekolah kami meskipun hanya menduduki tempat kedua. OK sangat sebenarnya tu sebab hampir semua ahli terdiri dari mereka yang boleh dikategorikan “tak pandai” dalam Bahasa Inggeris. Teacher Shikin adalah orang yang sangat gembira dengan pencapaian kami. Tapi sebenarnya aku boleh mengatakan di sini bahawa aku adalah orang yang paling gembira hari tu. Sebabnya kenangan manis tu secara tak langsung berlaku melibatkan aku dan Dara. Adanya Dara menyebabkan aku merasakan kegembiraaanku berganda. Cukup setakat itu kisah aku dia dan Choral Speaking.

Sesiapa yang tak tau apa tu Choral Speaking
tengok video kat bawah.

Bayangkan aku kat belakang dan Dara dihadapan. he..he..he...





Masuk tingkatan 3 aku akhirnya diterima masuk ke kelas 3 Mahsuri kerana keputusan peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan 2 aku agak baik.. Dari kelas Malinja akhirnya aku berjaya meloloskan diri masuk ke kelas 3 Mahsuri, iaitu kelas terbaik dalam setiap tingkatan. Waktu ni lagi aku rasa macam nak meloncat-loncat dalam kelas. Sebab akhirnya aku boleh duduk sekelas dengan Dara. Ini bermakna peluang aku untuk buat kerja sambilan aku sebelum ni lebih banyak. Ternyata apa yang aku harapkan akhirnya mula mebuahkan hasil. Aku makin rapat dengan Dara. Kami mula berkawan baik dan aku sangat menghargai detik-detik itu. Senyum, bahagia, gembira seronok dibuai perasaan yang julung-julung kali dirasakan.

Memang gila semua ini. Tapi ada yang lebih gila. Aku pernah simpan plastik pembungkus gula-gula dan keropok Twisties yang pernah dia makan. Kemuadian aku framekan dan simpan dengan baik dalam laci almari pakaian aku. Macam plastik tu penting sangat sebab ada kenangan dia untuk aku simpan. Dara tak tau pun aku buat kerja tu. Sengaja aku tawarkan diri nak buang plastik pembungkus tu. Tapi diam-diam aku simpan dalam kocek seluar aku. Ha..ha..ha... Memang kelakar bila ingat balik. Cinta monyetlah katakan. Sampah pun ada nilai untuk dijadikan kenangan. Tapi sayang mak cik aku dah buang plastik pembungkus tu. Masa tu aku ada kat bangi. Mungkin dia ingat benda tu sampah. Hakikatnya memang benda tu sampah dimata orang lain. Tapi tidak pada aku yang tahu sejarah plastik itu.




Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Satu peristiwa hitam telah berlaku dalam titik sejarah keluarga aku. Sesuatu yang sangat peribadi untuk aku kongsikan disini. Yang pasti aku terpaksa berpindah dari Felcra Changkat Lada. Tanah tumpah darahku sejak dari kecil. Tanah tempat aku bermain guli, congkak, tuju tin, baling selipar jepun dan tak ketinggalan meriam tanah. Sesungguhnya bumi Changkat Lada itu sudah sangat sebati dengan aku. Kini secara tiba-tiba aku terpaksa meneruskan hidup disatu tempat yang asing bagi aku. Sedih, hiba, sayu mengiringi pemergianku meninggalkan Felcra Changkat Lada. Hari terakhir aku disana, aku sempat bertemu dengan Ayoi. Kawan baik yang hanya tinggal di belakang rumah aku. Pak Ngah Karim, ayah kepada Ayoi bersalaman dan memeluk aku dengan tangisan. Hati aku sendiri agak tersentuh. Ternyata lelaki separuh usia itu memiliki sisi lain yang tidak aku ketahui sebelum ini. Dia juga merasakan kesedihan aku kerana dia tahu apa yang berlaku.Pergiku tanpa aku ketahui bila waktunya akan kembali.Pergiku bermakna Dara jua harus kutinggalkan tanpa sempat aku meluahkan apa yang terbuku dihati.

Walaupun berjauhan, kami masih berhubung sebenarnya. Telefon dan surat menjadi jambatan penghubung komunikasi kami berdua. Waktu tu adalah tahun 1999. Tahun dimana penggunaan email baru hendak mula berkembang. Di Felcra Changkat Lada waktu itu satu Cyber Cafe pun tak ada. Bila selalu berutus surat aku mula merasakan yang perhubungan kami semakin istimewa. Tapi aku tetap aku. Lembab, lambat bertindak malu nak berterus terang. Ntah apa yang aku fikirkan waktu tu aku sendiri tak tau. Takkan perigi nak cari timba kan? Itulah masalah aku.terlalu suka memendam rasa seorang diri dan akhirnya cinta itu cuma bertepuk sebelah tangan.

Itu cerita 11 tahun yang lalu. Kali terakhir aku berhubungan dengan Dara lewat tahun 2004. Waktu tu dia belajar di sebuah universiti di Melaka. Kami dah mula berhubung melalui email waktu itu. Tapi satu peristiwa yang sangat buat aku rasa terkesan. Aku akhirnya berjaya meluahkan perasaan aku pada dia. Tapi itu pun guna email jer. Langsung tak “gentle” kan. Lama juga dia senyap. Aku makin berdebar-debar. Satu hari dia email aku dia cakap dia tak boleh terima aku lebih dari seorang sahabat. Lama aku terpaku depan PC. Malu ditolak seperti itu oleh Dara, itupun untuk kali pertama aku berterus terang akan maksud hati ini. Aku cuba tenangkan hati yang sebenarnya sedang bergelora waktu itu. Aku balas email dia. Aku cakap aku boleh terima penjelasan dia, dan biarlah kami cuma jadi kawan je. Tapi sebenarnya dalam hati aku masih kuat mengatakan bahawa dia pasti akan jadi milik aku satu hari nanti. Keyakinan aku itu akhirnya menjadi penyebab aku luka lagi untuk yang kesekian kalinya.

Email terbaru dari Dara membuatkan aku rasa lain. Rasa yang sangat lain. Dalam email tu dia mengirimkan beberapa keping gambar dia dan seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal sedang bergambar mesra berdua. Tapi menurut dara itulah pujaan hati pengarang jantungnya. Dalam erti kata yang lain itulah boyfriend dia. Tanpa dijemput perasaan cemburu aku datang walaupun sebenarnya aku tak layak untuk mencemburui hubungan itu. Aku mula berfikir kenapa dia nak hantar gambar tu pada aku sedangkan dia sendiri tahu apa perasaan aku pada dia. Dalam sedetik cuma, aku merumuskan email kali itu sebenarnya adalah satu bentuk “penolakkan” . Mungkin dia nak aku putus asa dengan perasaan aku dan mula berhadapan dengan kenyataan sebenar yang antara aku dan dia cuma bersahabat baik. Akal singkat aku mula berfungsi. Tanpa berfikir panjang aku balas apa yang ditulis. Tapi kali ini adalah untuk yang terakhir kalinya. Aku membuat keputusan untuk undur diri dan sekali gus memutuskan perhubungan ini. Dan memang aku buat apa yang aku tulis. Dan sebenarnya, aku menyesal melakukan perkara bodoh tu....Dia tak bersalah dalam hal ini. Memang mencintai seseorang adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa, apa lagi dibuat-buat. Aku menghukumnya di atas kekecewaan ku sendiri. Aku menyesal....menyesal...menyesal.....sangat menyesal.

Kini tahun 2010. Zaman Facebook mula menguasai hampir seluruh umat manusia. Pencarian kawan-kawan lama menjadi sangat mudah. Melalui link yang ada di laman-laman sosial yang lain aku akhirnya dapat berhubung semula dengan Dara. Mulut cakap lain hati cakap lain. Aku masih rasa perasaan tu bila bercakap dengan dia. Tapi keadaan dah lain. Tak macam dulu, sekarang aku jadi macam blurr bila bercakap dengan dia...tak tau nak beri reaksi yang macam mana. Tapi baru-baru ni aku dapat tau di dah bertunang. Yang sebenarnya dia sendiri pun ada jemput aku datang sekali ke majlis tunang dia tu. Tapi aku tolak cara baik. Aku cuma janji dengan dia insyaAllah intuk majlis kahwin dia nanti aku datang. Keputusan pun dibuat, Sememangnya aku harus berpijak di bumi yang nyata. Ikhlas dan rasmi kini aku lenyapkan perasaan sayang tu kerana adalah haram bagiku untuk menyayangi dirinya lagi.

Mesti ada yang tertanya-tanya kisah cinta apa yang aku tulis ni? Tak pernah sekali pun aku betul-betul “couple” dengan Dara. Tapi ini sebenarnya adalah kisah Cinta aku. Cuma aku, diriku, hatiku, cintaku dan memang selalu selama ini hanya aku....Menyayangi dia pernah membuatkan aku memiliki perasaan itu. Untuk itu jutaan terima kasih dari aku untuk Dara kerana telah memberi pelajaran yang penting untuk aku. Ketahuilah tak pernah sekali pun aku membenci dirimu....engkau adalah sahabat terbaik pernah ada dalam hidup aku. Engkau adalah sebahagian dari hidup aku dahulu....dan semua itu kini cuma SEJARAH yang akan aku kenang dan bakal aku jadikan panduan untuk kisah “CINTA” aku yang seterusnya. Masih mencari dan berharap akan menemui insan itu secepat yang mungkin. Kali ini aku tak mahu lagi menjadi Lembab untuk mengaku tentang maksud hati aku. InsyaAllah. Semoga aku dipertemukan dengan jodoh yang sebaik “Anna Althafunnisa”. Siapa Anna Althafunnisa? Para pembaca Novel dan penonton filem “Ketika Cinta Bertasbih” mesti kenal dengan nama ini. Kepada yang tak kenal, pergilah baca, atau tak pun tonton je filem tu. Kalian akan memahami apa yang aku maksudkan. Hampir setiap lelaki mahukan sifat yang ada pada “Anna Althafunnisa”.



Pun begitu aku sendiri sangat menyedari bahawa aku pun bukannya baik sangat. Tapi akal fikiranku jua masih mampu menilai yang diri ini jua bukanlah seorang insan yang jahat. Siapa pun bakal pendamping hidupku kelak, ketahuilah, hati dan perasaan ini akan aku tukarkan dengan kasih sayang dan kesetiaan yang paling layak untuk dirimu....Siapa pun Dikau.......Amin Ya Rabbal Alamin.

DULU BILA DENGAR LAGU NI AKU SELALU HARAP KISAH AKU DAN DARA AKAN JADI NYATA SEPERTI LAGU NI

sedikit petikan lirik "ku yakin telah tertulis...kita masih belum berpunya...mungkinkah kau dicipta untukku, kupula untukmu...ku yakin akan tertulis antara kau dan ku kan bercinta...cuma aku kian pasti kini melakukan sesuatu...."

TAPI BILA AKU DENGAR LAGU KAT BAWAH NI, AKU AKHIRNYA FAHAM APA YANG DARA CUBA SAMPAIKAN....MAAFKAN AKU SAHABAT KERANA MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK MEMAHAMI MAKSUD HATIMU...MAAFKAN AKU...





Wassalam.

Saturday, December 4, 2010

Masa Lalu Yang aku Tinggalkan

Begitu cepat masa berlalu, dan selaju itu jua kehidupan kita berubah dari satu titik ke satu titk yang entah bila akan bertemu noktah terakhirnya. Tahun 2009 adalah tahun yang akan aku kenang dimana kepercayaan yang aku berikan akhirnya telah memakan diri aku sendiri. Buat kawan yang pernah bergelar sahabat,

“Tak baik apa yang kau dah buat pada aku. Masa depan aku, kehidupan aku bukan untuk dipermainkan oleh kau, meskipun tanpa niat...namun langsung tidak mengubah hakikat bahawa aku telah menjadi “mangsa” dalam kisah 2009 ini. Apa pun aku maafkan engkau atas dasar persahabatan yang pernah terjalin selama hari ini. Aku tau engkau tak lah sejahat itu, Cuma engkau dah terperangkap dengan kata-kata engkau sendiri. Sebab tu bijak pandai pernah berkata jangan mulakan penipuan...kerana dari penipuan yang kecil...akan membawa kepada penipuan2 yang seterusnya sampai satu masa susah untuk kau berhenti dari melakukannya.Mungkin jua ada hikmahnya aku terdampar di bumi Bera sebelum ini. Banyak yang aku belajar, dan ada di antaranya sangat berguna untuk aku. Untuk itu terima kasih aku ucapkan kerana masih ada madu yang boleh aku gunakan untuk mengurangkan rasa pahit hempedu yang engkau tinggalkan ”

Tahun 2010 bakal menjelma. Menurut kalendar Islam, jumaat yang bakal menyusul ini adalah tarikh hari lahir aku. 04 Muhharam (10 Disember 2010 ). Semoga Allah permudahkan apa yang aku hajati selama hari ini. Pengalaman mengajar aku untuk tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kepercayaan kepada orang di sekeliling aku, hatta yang nampak baik dengan aku sekali pun. Sekian banyaknya aku dikhianati oleh orang2 yang dekat dengan aku 6 tahun kebelakangan ini. Sekarang “hati-hati” adalah sahabat baik aku. Aku sendiri mula merasakan perubahan2 yang berlaku. Hari-hari yang mendatang seolah2 memperlihatkan satu jalan yang panjang dan menarik untuk aku tempuh...InsyaAllah. Amin...Wassalam.