Friday, January 2, 2009
Selasa 30 disember 2008
Selasa 30 disember 2008
Berdebar + Seronok
Seperti biasa…hari ini aku bekerja di stesyen petronas. Oh ya lupa aku nak cakap. Aku baru jer sambung kerja balik kat petrol pump ni. Tapi part time jer. Kiranya aku Cuma ganti bila ada orang cuti atau kecemasan, senang citrer ON CALL..,daripada aku boring2 sorang kat rumah baik lah aku datang kerja kat sini. Lagi pun sebenarnya aku ni suka tengok pelbagai gelagat manusia yang keluar masuk stesyen tu. Sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri aku juga. Macam2 ragam yang aku jumpa. Yang sombong, yang baik, yang kurang ajar semua tu sudah menjadi asam garam hidup aku di petronas. Kadang2 memang mencabar kesabaran. Tetapi aku teringat buku hasil tulisan Dale Carnegie Yang aku pernah baca masa sekolah menengah dulu. Dia sebut kadang2 dalam hidup ini ada masanya kita harus berfikir dari sudut pandangan orang lain. Yalah..contohnya kalau kita nak pancing ikan, adakah kita nak bagi ikan tu umpan makanan yang kita suka. Mestilah ikan tak nak kan.Begitulah juga dalam kita berurusan dengan manusia2 yang bongkak ni. Tapi aku ni pun kadang2 pandai cakap je. Hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita mengawal keadaan bila dah EMO kan?
Hari ini buat pertama kali dalam hidup aku dapat memegang duit yang teramatlah banyak jumlahnya. Lebih dari RM 150 000.00 Tapi kenyataannya duit tu bukan duit aku. Cuma diamanahkan supaya tolong pegang untuk dibawa ke bank. Tipulah kalau kata aku tak kecut perut masa peluk beg duit yang besar tu masa masuk dalam bank tadi. Mana taknya, bukankah perompak zaman moden ni jenis hati kering. Tak ada warning2 nya. Kalau dia nak rompak tu main “beng” jer. Tau-tau dah arwah gamaknya. Tapi alhamdulillah hayat aku masih ada. Selesai urusan dibank, tauke petronas tempat aku kerja bawa aku ngan sorang lagi kawan aku makan kat KFC. Makan free lah aku…..
Nampak gayanya makan hati lah kengkawan aku kat stesyen tu. Tapi bos aku dah pesan siap2 supaya jangan diberitahu dengan kengkawan aku yang lain….Selamat. kang ada yang tak pasal2 merajuk berhenti pula. Takkanlah sampai macam tu sekali.
Sekarang nie aku tengah layan lagu single terbaru dari penyanyi kegemaran aku Jason_Mraz. Tajuk lagunya adalah “Lucky” _(Feat._Colbie_Caillat). First time dengar lagu nie terus melakat menangkap ke segenap ruang hati aku. Pendek kata memang best tahap gabanlah lagu ni. Tapi nak cari tajuk lagu nie teramatlah susah dan mencabar. Mana tak nya setiap kali berkumandang diradio mesti aku tak sempat nak dengar dj tu sebut nama penyanyi ngan tajuk lagu nie. Last sekali aku give up. Terus pergi cc online kat internet untuk cari lagu2 popular kat hitz fm punya chartz. And finally I get this song…….ohhhhhh sungguh membuai jiwa. Korang tak percaya..pergilah dengar. For sure tak akan menyesal seumur hidup. Suara Colbie Cailat tu..mamang padan ngan tone suara Jason.
Yang sebenarnya aku tengah tunggu jam menunjukkan waktu 10.30 minit malam. Nak tau sebabnya…..jangan gelak pula. Aku sebenarnya tengah tunggu untuk menonton siri kegemaran Aku, “Gelora di Hati Sara”.Episod akhir malam ni. Aku suka pun sebab ada fauziah latiff. Bukannya apa dia kan tak pernah berlakon, So aku ni kira macam teruja tu adalah sikit kan. Start dari teruja tiba2 terus terminat pula. Nak-nak citer dia pun boleh tahan layan nya. Oklah sampai disini dulu yer. Ingat nak tulis panjang lagi..tapi tiba2 baru teringat aku kena edit gambar kawan aku. Citer pasal kawan aku nie…ada sesuatu yang menarik untuk aku ceritakan…tapi esoklah pula yer…bye…..Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment