Sunday, August 30, 2009

Berdamai dengan Adik Abang & Lagi2 Gambar

Assalammualaikum.....
Hari ni nak cerita pasal kisah abang dua
tiga hari yang lepas.
Abang seronok sebenarnya,
sebab setelah hampir sekian lamanya,
akhirnya adik perempuan abang akhirnya
dah bercakap balik dengan abang.

Lama juga dia merajuk dengan abang.
Sebabnya...biasalah abang kan....

Abang ni jenis laser juga kalau dengan adik abang ni....
memang dia terasalah dengan apa yang abang
cakap dengan dia.
Tapi abang cuma nak nasihatkan
dia je time tu.
Tak taulah dia boleh
sensetif tahap gaban time tu kan.....

He..he...he... tak apalah perkara pun dah berlalu....

Kisahnya begini, time tu abang baru balik kerja.
Buka pintu rumah terus nampak muka adik abang kan.
Macam biasalah dia akan buat muka kerek ngan abang kan.

So abang pun tegurlah dia....

"Bila kau sampai M***?"

Dia boleh buat bodoh jer time tu kan.....
Sakitnya hati abang time tu.....

so apa lagi....abang lah kata kan....

terus abang aktifkan kata2 beracun abang
kat adik abang ni.....



Aiiiii, time2 puasa macam ni pun
nak berlagak lagi???


Tetiba mak abang menyahut ejekan abang
pada adik abang dari belakang...


Ntah....abang tu dah tegur...jawablah.....


Abang sambung....

Biar lantakkkkan dia......

terus abang masuk bilik...
buka komputer pasang lagu sambil baring2 atas katil......

lamalah juga abang duduk dalam bilik.
Tetiba mak abang panggil abang suruh

masukkan sim card telefon....
abang pulak ingat mak abang nak bagi telefon
kat adik abang
kan. Sebab adik abang ni macam susah
sikitlah hidup dia lepas dia
kahwin ngan pilihan hati dia tu.
Sebab tu lah dulu dia selalu kena laser dengan kami
adik beradik....
Tapi tu semua dulu....benda dah jadi...
so abang doakan yang terbaik untuk dia.

Tetiba abang teringat mak abang ada bagi handpone
nokia "sabun" kat abang dulu.
Tapi abang tak pakai pun
sebab abang kan dah ada
Nokia N70 dengan Toshiba TS10.

Abang beli telefon ni masa abang kerja kat Singapore
Dulu. Harganya Cuma 72 Dollar Singapura jer...
Murah Giler...Kalau Convert ngan Duit Malaysia pun
Dalam RM 160 JER.....

So abang bagilah telefon tu kat dia....
Ntah kenapa lepas tu bila abang tanya dia....
tetiba dia jawab.....
pastu teruslah kami bercakap.....
Bukan dia baik dengan abang pasal dapat telefon tu.

Abang rasa memang dia nak berbaik balik dengan abang...

cuma dia segan jer..... Malam tu dia buka puasa kat rumah.
Anak dia pun ada sekali.

Diorang tidur kat umah mak abang malam tu.


Pagi jumaat tu kat tempat kerja....
Kakak Anak Che Mat marah kat abang ngan Din
sebab selalu sakat dia....
Terus dia conteng kat kotak
abang simpan barang.....

Ni tangan Dia.....tengah menconteng....Takder Sivik...

Inilah hasil seninya yang tak seberapa.....
Komen abang...
Ada abang kesah.....????
ada beratus2 kotak tu dalam kilang

Kau conteng satu....
Beratus yang menjadi galang gantinya....

He..he..he......



Hari tu abang ada pinjam DVD citer korea dengan Dilla...
"My 19 year old sister in law"
So kaedahnya cuti ni abang berDRAMA korea sakanlah kan
komen abang....citer ni....memang kelakar giler.....

tapi yang tak tahan sedih ya amat citernya....

menangis sesaja........tapi memang bestlah....
dulu citer ni pernah kuar kat Ntv7...

tapi selalu lah tak dapat tengok....
banyak komitmen lain.....


Sabtu lepas masa abang pergi Air Tawar,

lalulah kat depan sekolah abang dulu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose.

So abang pun berhenti kat depan sekolah tu....

sesajalah snap gambar sekolah tu.....


He..he...he...rindu time belajar dulu....
Ingat kat guru kelas Abang Puan Lau.

Puan Lau ni walaupun berbangsa Cina....

Tetapi dia mengajar subjek Bahasa Melayu...
Kagum abang dengan dia ni....
Dia mengajar kat kelas
abang time
form 4 dengan Form 5.



Petang tu dalam pukul 5 abang start motor dan terus pusing2 sekitar manjung..... boring punya pasal sampai nak ke Teluk Rubiah abang pergi.... Macam2 Gambar abang ambik.....Masa abang amik gambar kat atas ni
ada satu brother tu berhenti tepi abang. Dia naik kereta

Hilux kalau tak silap abanglah. Terus dia tanya....

You punya ker???

Perghhhhh Sentap campur terkejut abang
ngan soalan dia...ingat nak tanya jalan tadi....
abang terus geleng kepala....dia ingat abang Tuan Tanah
gamaknya...dia nak beli tanah tu kut...
Persoalannya adakah abang ni kaya??????

Stesyen Janakuasa Sultan Azlan Shah
yg menjadi kebanggaan org manjung

Cantekkkk tak? Cantekkkk tak? Cantekkkk tak?

Paya yang cantik ni sebelah Stesyen Janakuasa tu jer.....
Bawah Jambatan....

Slow Giler Abang bawa......Temanya...
Slow2 Sambil Tangkap Gambar

Bayang2 Sendiri pun nak enterpremmmmm

Gambar tak penuh..sebab snap atas motor..
PLKN Teluk Rubiah


Sunyi Giler jalan nak masuk Teluk Rubiah....





Ni bukit2 kat tepi2 jalan....
abang teringin nak panjat....
tapi takut pulak nak berhenti....
kang panjat2 bukit...motor kat bawah hilang...
Naya abang balik jalan kaki kan....
Bukit ni kalau panjat mesti nampak laut,....
Ada banyak batu2 besar.....
Yang berconteng2 pun ada....
Biasalah tu tempat anak2 muda yang
tak cukup umur menginterpretasikan
Rasa kasih dan sayang mereka...
I love you....and You Love me....
Dan abang Love You All.....bye....

Tuesday, August 25, 2009

Hari yang Penuh Ceria...dan Gambar2 Terkini

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke empat kita berpuasa.
Sempena bulan puasa ni Kilang tempat abang kerja tutup awal
sikit daripada biasa.
Sekarang tutup jam 5. Kalau dulu
jam 6 baru boleh balik. So sempatlah nak buat apa2
dulu sebelum
nak berbuka kaedahnya kan....
Hari ni kat tempat kerja asyik ketawa jer....

Boleh dikatakan hari ni adalah Hari Ketawa Sekilang....
Walaupun yang ketawa hanya abang,
Din, Maliza,dengan Kak Sab...

(Ni Yang Ketawa Jenis2 Over jer tau......)


Macam2 lawak jenakan yang tercipta hari ni.....

Paling syok hari ni kami
dok mengajuk
style Eric Leong Mengacarakan
Rancangan Deko Bersama Eric tu.....

Abang pun kadang suka juga tengok
gelagat dia dalam citer tu...

Semalam abang tengok time dia nak tunjuk staff dia cat dinding....
Yang kelakarnya...baru sekali jer staf dia sapu
roll tu kat dinding dia
dah enterpremmm sambil cakap...

"Cantekk tak? Cantekk tak? Cantekk tak?"

Abang n The gang hari ni pun lebih kurang samalah
kaedahnya hari ni.....sikit2....

"Surprise... Surprise... Surprise...
Cantekk tak? Cantekk tak? Cantekk tak?"


K lah...sebelum abang chow..... dan seterusnya
Berbuka puasa.....
ini adalah gambar2 terbaru
yang sempat abang snap.....

Ni abang ngan Kak Nalina......he..he...he....



Ni Gaya apa ni...???? Macam2 Ada....

Ni Pose apa pulak ni....????
Mr Universe ker? Tak paham....


Hah.....Tengah buat apa tu......?????

Cehh.....kak ILa Mengontrol Keayuannya......

Si Maliza Jealous...
Tak bagi muka Din Masuk Dalam Pic Ni.....


Kat Sini pun Jadi.....

Adakah Din Seorang Manager??????????? InsyaAllah.....

Kak Sab ngan Kak Sal Bergaya Tepi Kantin....
Sangup tu Panas2 ni kan.....

Seksanya nak tangkap gambar dia dalam Keadaan cam ni.....

Abang rasa Gambar ni Cam Best jer....Ini Idea Din.....
Kak Tina Dan Kawan Baiknya...Si Meow.....

Kak Mah Tayang Kueh......
(Ada abang kesah kan???
Abang ada Ais Kacang lagi kat bawah ni)



Sedapnya.....Ni beli kat Gerai Masni...Medan Selera....

Last sekali nak bagi teka teki ni...
Siapakah insan Di sebelah Shasha tu.....????

Kalau salah...tak dapat hadiah....
Kalau betul pun tak dapat hadiah juga.....
TAPI KALAU
ANAK CHE MAT JAWAB BETUL
ABANG BAGI 10 MARKAH
Bye....Assalammualaikum

Sunday, August 23, 2009

Tidak semua Orang suka di Perintah....

Cehhhh tetiba abang feeling2 nak jadi
pakar kaunseling hari ni kan....
So apa lagi, mari kita berdiskusi sekarang
walaupun hakikatnya abang
sensorang jer kat blog ni kan.....
Whateverlah janji abang bahagia kan......


Abang nak tanya ada tak sesiapa antara
kita yang suka diperintah....
Tak ada kan...sedikit sebanyak

mesti kita akan ada konflik
antara rela dan tidak. So untuk itu abang

nak ceritakan satu kisah
yang abang dah tukar sikit dari identiti asalnya....


Encik Razali dah berbelas tahun menguruskan

syarikat perladangan
yang diwarisi dari Datuknya....

Ramai yang hairan bagaimana beliau
boleh memajukan syarikatnya
itu dengan begitu berjaya sekali tanpa banyak

berhadapan dengan masalah pekerja
yang beratus-ratus orang jumlahnya.

Setelah ditanya apakah rahsia beliau, dengan ringkas beliau
menjawab bahawa beliau jarang sekali

memerintah...tetapi lebih banyak memberikan cadangan.
Ya cadangan. Beliau tidak pernah berkata

"Kau mesti buat benda ni...." atau
"Siapkan cepat semua kerja ini."
Beliau lebih gemar menggunakan pendekatan seperti,
"Tolong fikirkan hal ini",

"Adakah perkara ini boleh dilakukan",
atau "kenapa tak kita cuba yang ini"
Beliau selalu memberikan peluang kepada

pekerja dan kenalan beliau untuk berfikir
sendiri dan akhirnya menerima pengajaran dari apa
yang mereka lakukan. Cara ini ternyata amat berkesan.

Ramai yang tak sedar dengan berkasar
dengan orang bawahan mereka akan
hanya menyebabkan lahirnya satu protes

kecil dalam hati mereka yang akhirnya
akan membiak menjadi satu virus yang merbahaya
pada diri dan syarikat mereka.


Satu lagi contoh yang boleh diberikan,
Seorang pekerja dibahagian pengeluaran

telah dimarahi dengan teruk oleh ketuanya
kerana telah melakukan kesalahan kerana

telah berjual beli didalam kilang. Ketuanya telah
memberikan amaran kepadanya supaya tidak

mengulangi perbuatannya itu lagi dihadapan rakan-rakan2nya.
Peristiwa ini akhirnya akan menyebabkan

pekerja terbabit akan menyimpan satu rasa
tidak puas hati kepada ketuanya
kerana telah memalukan dirinya dihadapan

rakan-rakannya yang lain. Dan semenjak dari itu bukan
pekerja itu sahaja yang akan membenci

tindakan ketuanya itu,
malahan rakan-rakan pekerja terbabit
juga akan bertindak serupa
dan ini bukanlah satu perkara yang sihat

dalam satu-satu organisasi.
Adalah lebih elok sekiranya ketua jabatan
itu berkata begini,
"Saya harap kamu faham dengan tugas saya.

Saya tahu kamu ingin mencari duit lebih,
tetapi bukankah sekarang adalah waktu kita bekerja.
Kenapa tidak kamu teruskan proses jual beli itu

diwaktu makan nanti. Bagaimana kalau kamu
ditangkap oleh pengurus kerana melakukan perkara ini.
Saya tidak mahu itu terjadi,

kerana kamu adalah pekerja yang baik.
Saya harap kamu faham."




Kan ker sedap bunyinya tu....


nak buat lagi pun rasa macam segan jer dengan ketua tu......
Wah...bukan main lagi abang kan...menasihati orang.....
yang sebenarnya abanglah yang berjual beli tu.....
tapi abang cuma jadi pembeli jer setakat hari ni....
anyway..tak pernah kantoi lagilah kan......
Apa pun abang nah hentikan dulu kat sini....
waktu berbuka pun dah nak dekat......
k, bye....Wassalam.

Saturday, August 22, 2009

Abang jumpa Ilmu 18 SX yang berguna....

Just Now when i explore internet i found a website about
"How to satisfy a modern woman?"
i am not sure either i am purposely or not purposely
found the website......lu pikirlah sendiri kan....
wow.... i am so excited to know about it...
So i click the link....then......taraaaaa....surprise....


The website teach you how to make your partner...
(i mean your wife....if you are not married...don't try this at home...)
"satisfy" when you do sex together.....
Yeah i know i don't have a Wife....
but i thing it was a wonderful knowledge for me to learn...
and i supposed to share with all of my followers here of course...
so when i married next time i can use this knowledge
to make my partner happy...
(merepek abang kan bulan2 puasa buat posting cam gini..)
Memandangkan agak tak manis abang tulis
tips2 tu kat blog abang yang suci ni....
Abang link kan jer ker web tu....
So you guys.....what are you waiting for...????
Just click and go to this site......
click here


Ni nak Warning ni....
Jangan ada plak sesiapa yang nak judgemental abang
just because abang buat posting ni....
korang tak kenal abang sangat....
Kalau rasa nak baca...silakan...
kalau tak nak pun silakan...tapi silakan keluar lah kan....
Dan lagi satu kalau korang tak paham
ngan abang punya Broken English....
Ada aku kesah....haaaa....
apa pun selamat berpuasa......



Akhirnya Dapat juga.....Abang dah buat Keputusan ............................................Dan Pendapat ABANG...

Suka Giler abang....Rabu lepas akhirnya abang berjaya juga
tengok citer TALENTIME yang best tu....
Ini filem Yasmin Ahmad yang paling best lah...
Lagu2 dia pun best...Citer ni sedih tahap menyayat Hati.....

Scene paling menyentap abang tengok bila mahesh
berterus terang dengan mak dia....
Walaupun mahesh dalam citer tu pekak dan bisu
Tapi feel dia memang boleh sampailah kat dalam jiwa ni....
dia "cakap" kat mak dia guna bahasa isyarat....

"Mak..Saya sembah tanah tempat mak berpijak...
kalau mak tak nak saya berjumpa dengan dia (melur)
lagi, baiklah saya tak akan berjumpa dengan dia lagi
selepas ini. Tapi saya nak mak ajar saya tentang satu perkara...
Mak kena ajar hati saya untuk lupakan dia....
Sebab hati saya tak tau caranya.....
Hati saya tak tau caranya......."







Puhhh mengancam betul ayat dia kan....
Alah abang taulah korang semua dah tengok kan....
nampak sangat abang dah ter outdated.....
Tapi....Ada aku kesah kan....
Janji sekarang abang dah tengok...
Hu...hu...hu.....

Ni sinopsis Citer ni.....

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Trivia Filem Talentime The Movie:

1. Ini adalah kali pertama Yasmin Ahmad mengarah sebuah filem dengan ensemble yang sebegini besar. Dan dirasakannya filem tersebut adalah karyanya yang terbaik sehingga kini.

2. Rahsia Yasmin dalam mencungkil bakat baru seperti Sharifah Amani, Mohd Shafie Naswip dan kini Mahesh Jugal Kishor adalah mencari seorang yang berkarisma berbanding seorang yang mempunyai kebolehan mendalami sesuatu watak.

3. Idea untuk ‘Talentime’, menurut Yasmin, terlahir kerana melihat bagaimana ramainya orang di negara ini yang terkejar-kejar dengan kemewahan dan kuasa sehingga sanggup melakukan penipuan. Kerana itu, pengakhiran ‘Talentime’ ditulis sebegitu (kalau nak tahu bagaimana filem ini berakhir, anda perlu menontonnya sendiri) kerana ingin mengingatkan penonton apa yang penting bukanlah kemenangan atau persaingan tetapi persahabatan kerana melaluinya negara kita yang berbilang bangsa ini akan lebih teguh.

4. Suara nyanyian Melur dan Hafiz sebenarnya adalah suara Atilia dan Aizat. Lagu-lagu dalam filem ‘Talentime’ akan dimasukkan dalam album runut bunyi filem itu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Akan disertakan juga versi Bahasa Malaysianya.

5. Sukania Venugopal yang memainkan watak ibu Mahesh sebenarnya tidak fasih berbahasa Tamil. Dia telah mendapatkan khidmat seseorang untuk membimbingnya dalam sebutan agar ia kedengaran lebih ‘natural’ dan asli.

6. ‘Talentime’ seakan satu ‘family affair’ dengan membariskan beberapa gandingan anak-ibu termasuk Pamela Chong and ibunya Susan serta Elza Irdalynna dan ibunya Azean Irdawaty.

7. Kos keseluruhan untuk pembikinan ‘Talentime’ berjumlah RM1.5 juta.

8. Yasmin berhasrat membuat sekuel kepada ‘Talentime’ tetapi kali ini ia akan berlatarkan di sebuah sekolah rendah. ( Tapi sekarang dia dah meninggal...)

9. ‘Talentime’ telah dicalonkan untuk Anugerah SIGNIS di 33rd Hong Kong International Filem Festival.

Sumber... http://krsuicide.com/2009/03/15/sinopsis-filem-talentime-the-movie/





Abang dah buat keputusan yang abang akan bekerja kat pahang dengan Bob,
Mungkin 30 september 2009 adalah tarikh akhir abang bekerja kat kilang ni...
nanti 1 september baru abang bagi abang nyer
surat perletakkan jawatan
kat HOD abang....
Yerlah..kita masuk kerja kat sini pun cara baik kan...
Isi borang, interview apa semua kan...
Takkan bila kita nak berhenti....kita blah macam tu jer kan...
itu tak bagus...so kenalah buat ikut tertib yg sepatutnya....
Acctually sebenarnya abang terima juga cadangan kedua dari bob tu,
Tapi bukan sekarang yer, abang nak timba pengalam dengan dia dulu kat sana.
Nanti dah pandai dan tau macam mana cara nak manage bender2 yg sepatutnya
barulah boleh fikirkan langkah yang seterusnya....
Untuk bob, terima kasih kerana membuka ruang ini untuk kawan kau ni....
Jasamu tetap akan ku kenang jua.....


Diam tak diam akhirnya 1 Ramadhan menjelma akhirnya....
Niat dihati tadi nak gi buat terawih untuk malam pertama ni...
Tapi sayang...abang tertidur...Nur Kasih pun terlepas tengpk lah tadi kan...
tapi tak apa, sekarang ni abang tengah download citer tu kat youtube....
Hu....hu....hu.... seronoknya.....

Sebab terpengaruh ngan filem2 Yasmin Ahmad,
Abang nak share sikit pasal masyarakat Melayu
Kat Singapura...
Kenapa Singapura.....????
Ini berkenaan kenapa orang melayu kat sana
lebih pandai dan berdikari dari kita kat sini....
Dalam filem Yasmin Ahmad banyak mengutarakan
mengenai kesaksamaan kaum.....
Dan beliau sendiri begitu menitikberatkan
pendidikan orang melayu, bertitik tolak dari itulah
beliau telah membina satu sekolah di langkawi
yang memberikan pendidikan Bahasa Inggeris untuk
anak2 melayu...di bawah YAYASAN YASMIN AHMAD...
Kalau abang salah tolong betulkan yer....

Berikut adalah petikan dari Cyberita Online Singapura,

MM Lee: S'pura akan jatuh jika kita lupa titik mula

Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, menyertai perbahasan usul Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Viswa Sadasivan, berhubung Ikrar Negara di Parlimen kelmarin. Berikutan sedutan ucapan beliau.

ENCIK Rajaratnam mempunyai banyak nilai kebaikan di tengah-tengah gundah gulana ekoran daripada rusuhan kaum apabila kita dikeluarkan dari Malaysia.

Melayu kita di Singapura agak khuatir kerana kini kita (kaum Cina) adalah kaum majoriti, kita (kaum Cina) sebaliknya akan melayani sebagaimana kaum majoriti Melayu (di Malaysia) melayani kita.

Beliau melakar kata-kata ini dan menonjol daripada yang lain. Beliau seorang idealis yang baik.

Drafnya datang kepada saya; saya potong mana yang tidak boleh dicapai, dan Ikrar yang ada sekarang ialah hasil beliau setelah saya memotongnya.

Apakah ia? Satu ideologi? Tidak, ia satu aspirasi. Bolehkah kita mencapainya? Saya tidak tahu. Kita harus terus mencuba. Adakah kita satu bangsa? Dalam peralihan.

Rujukan telah dibuat mengenai Perlembagaan. Perlembagaan Negara menyuruh kita secara khusus menjaga kedudukan kaum Melayu dan kaum minoriti lain.

Artikel 152 berbunyi: 'Kaum minoriti dan kedudukan istimewa kaum Melayu. Menjadi tanggungjawab Pemerintah secara kerap untuk menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama di Singapura.

Pemerintah akan melaksana fungsinya dengan cara yang mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu, yang merupakan orang asal Singapura dan, sewajarnya menjadi juga tanggungjawab pemerintah melindungi, menjaga, menyokong, memupuk, menggalak kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya serta bahasa Melayu.'

Dan mengenai agama orang Islam, Artikel 153: 'Badan Perundangan harus di bawah undang-undang, memberi laluan kepada mengawal ehwal agama Muslim dan membentuk sebuah majlis untuk menasihat Presiden dalam hal-hal agama Islam.'

Perlembagaan kita menyatakan secara jelas bahawa adalah tanggungjawab Pemerintah untuk tidak melayani semua secara saksama. Ia bukan realiti, ia tidak praktikal, dan ia akan membawa kepada kerosakan besar jika kita berusaha atas dasar tersebut (iaitu melayani semua secara saksama).

Jadi Ikrar itu ialah satu aspirasi. Ini kerana orang-orang Melayu telah maju dan ramai yang telah menyertai golongan pertengahan dengan ijazah universiti dan kelayakan profesional, kita telah meminta Mendaki agar mereka bersetuju untuk tidak mempunyai hak istimewa pendidikan percuma di universiti, tetapi menggunakan yuran yang mereka berhak dapat dan gunakan wang itu untuk membantu lebih ramai orang Melayu yang memerlukan.

Jadi kita sedang berusaha mencapai satu kedudukan di mana terdapat satu tahap permainan setara bagi semua, tetapi ia perlukan masa berdekad-dekad, mungkin berabad-abad, dan kita mungkin tidak sampai ke sana.

Sekarang saya akan bacakan Perlembagaan Amerika.

Perenggan kedua mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan pada 4 Julai, 1776 berbunyi: 'Kami berpegang pada kebenaran-kebenaran bahawa adalah terbukti dengan sendirinya bahawa semua orang dicipta sama, dan mereka dikurniakan oleh Pencipta mereka dengan beberapa hak yang tidak terpisah, dan antaranya ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Dan untuk mendapat hak-hak itu, Pemerintah dibentuk di kalangan manusia, mendapat kuasa yang adil daripada mereka yang diperintah.' Itu pada 1776.

Perlembagaan Amerika Syarikat yang diluluskan beberapa tahun kemudian berbunyi: 'Kami, rakyat Amerika Syarikat' (ini merupakan kata pendahuluan) 'untuk membentuk sebuah Kesatuan yang lebih sempurna, mewujudkan keadilan, melindungi kedamaian domestik, menyediakan pertahanan bersama, menggalak kebajikan umum dan mendapat restu dan kebebasan bagi kami dan generasi akan datang, memerintahkan dan mengukuhkan Perlembagaan Amerika Syarikat.'

Ia tidak menyentuh tentang kaum kulit hitam akan dilayani dengan berbeza. Namun kaum kulit hitam tidak mendapat mengundi hingga berdekad-dekad kemudian.

Pengasingan kaum tidak berakhir sehingga Gerakan Hak Sivil pada 1960-an dengan Martin Luther King dan ucapan terkenalnya 'We Dare To Dream'.

Rusuhan besar berlaku, dan akhirnya, Presiden Lyndon Johnson meluluskan Akta Hak Sivil pada 1964. Dari 1776, setelah lebih 200 tahun barulah seorang kaum kulit separuh hitam Amerika menjadi Presiden.

Rakan saya berkata bahawa kita cuba memasukkan bod pepaku bercorak empat segi ke dalam lubang bulat. Bolehkah kita membuat bod pepaku itu sama? Tidak.

Anda sarankan kepada kaum Melayu bahawa kita mansuhkan peruntukan (Artikel 152) dalam Perlembagaan, anda akan mendengar rasa kurang senang.

Kita mulakan berdasarkan bahawa ini adalah realitinya: Kita tidak boleh mendapatkan seorang menteri Cina atau menteri India untuk mendesak ibu bapa Melayu supaya menjaga anak-anak perempuan mereka dengan lebih teliti dan tidak hamil semasa remaja, yang membawa kepada perkahwinan yang gagal.

Bolehkah AP Cina atau AP India berbuat demikian? Kaum Melayu akan berkata kepadanya: 'Anda cuba campur tangan dalam kehidupan peribadi saya.'

Tapi kita (Pemerintah) telah membiayai Mendaki dan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), dan mereka mempunyai jawatankuasa untuk cuba mengurangkan bilangan remaja nakal jahat sedemikian.

Cara Singapura mengecap kemajuan ialah melalui pendekatan berperingkat-peringkat yang realistik. Kita mungkin mengambil masa berkurun-kurun lamanya sebelum kita capai kedudukan serupa di Amerika.

Mereka pergi berperang, kaum kulit hitam dan putih bersama. Dalam Perang Dunia I, kaum kulit hitam tidak membawa senjata, mereka membawa peluru, mereka tidak diberi penghormatan untuk berjuang. Dalam Perang Dunia II, mereka kembali, bekas-bekas GI - mereka yang berjaya ke universiti diberi geran GI - mereka kembali ke tempat ghetto kaum kulit hitam dan kekal di sana. Hari ini masih ada kawasan ghetto kaum kulit hitam.

Inilah realitinya. Perlembagaan Amerika tidak berkata yang anda akan melayani kaum kulit hitam berlainan cara tapi Perlembagaan kita menyatakan tanggungjawab Pemerintah ialah melayani kaum Melayu dan kaum minoriti lain dengan lebih teliti.

Jadi dasar yang digunakan NMP itu bagi hujahnya tidak benar dan lemah.

Ia sama sekali tidak benar, ia langsung tidak mempunyai asas. Saya berfikir dalam diri sendiri, mungkin saya harus kembalikan Dewan ini kepada realiti dan mengingatkan semua titik permulaan kita. Jika kita tidak mengenal dari mana kita mula, kita akan gagal.

Tiada siapa yang boleh bercakap dengan pengetahuan yang saya ada; saya tahu keadaan semasa Ikrar itu dibuat. Saya mengagumi sentimen Encik Raja (mendiang S. Rajaratnam).

Pada Ogos 1965, kebimbangan saya ialah apa yang akan dilakukan orang Melayu Singapura, setelah mereka menyedari mereka adalah kaum minoriti?

Apabila saya pulang pada 9 Ogos, atas nasihat Cawangan Khas, saya tidak pulang ke rumah. Saya tinggal di Sri Temasek (di Istana), iaitu kediaman rasmi saya. Saya tinggal di sana selama seminggu, kemudian saya pergi ke Changi Cottage dan tinggal di sana selama dua bulan bagi memastikan kesemuanya kembali sedia kala.

Itulah realitinya. Hari ini, 44 tahun kemudian, kita mempunyai sebuah masyarakat Melayu, yang saya percaya, aman, dan yakin bahawa kita tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mereka, yakin bahawa kita menyertakan mereka dalam masyarakat kita.

NMP Viswa pernah bekerja di Sinda. Saya diberitahu selama 10 tahun. Beliau tahu bahawa kaum India tidak serupa. Brahmin tidak akan menyertai Sinda. Yang bukan Brahmin berada dalam Sinda.

Jadi saya fikir adalah berbahaya untuk membiarkan idea yang melebih-lebih berterusan tanpa dihapuskan dan memperdaya Singapura.

Abang pernah duduk kat sana dalam 6 bulan lah kan...
so sepanjang pemerhatian abang kat sana, Singapura
walaupun negara berbilang bangsa macam malaysia,
Tapi tahap kesaksamaan kaumnya jauh lebih hebat
dari Malaysia....
Dari hal yg remeh pun kadang2 kita boleh lihat..
Contohnya Kalau tanda amaran macam "Danger" akan di tulis dengan
keempat2 bahasa utama singapura iaitu Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.
Begitu juga kalau kita tengok wang syiling Singapura....
Tercatit keempat2 bahasa utama Singapura.



Abang tak kata Malaysia ni teruk sangat,
Tapi dek kerana melayu kita terlalu bergantung kepada
keistimewaan yang kita ada menyebabkan akhirnya
kita kurang daya berdikari....
Apa pun ini cuma pandangan peribadi seorang yang
tak berpangkat macam abang....kalau nak
terima..terimalah...kalau tak nak ...Ada aku kesah kan.....????
Cukuplah dahulu sampai disini...Bye....

Monday, August 17, 2009

KAK MAH SAKIT, PENGAJARAN, TALENTIME, LUMUT DAN TAMAN KERA

Apa ker jadahnya blog abang ni dah bersawang kan.....
lama sangat tak update...
biasalah alasan yg selalu abang gunakan sejak kebelakangan ini...
abang kan sibuk....
sibuk memalaskan diri abang sambil baring2
atas katil menonton citer2 yang best2 tu,,,,,
Dua tiga empat hari ni sibuk mendownload citer kat youtube....

Hari jumaat hari tu, aktiviti abang biasa2 ajer....
kat tempat kerja pun agak boring sikit...
sebabnya Kak mAH amik mc
hari tu...pening kepala katanya....
banyak sangat makan daging....
Tapi tadi tengok dia cam dah ok dah...
tapi leh tengoklah dia cam ngantuk
sikit....biasalah kesan ubat yg dia makan tu lah....

Petang tu balik abang sajer jer ronda2 keliling manjung..
tetiba tekak terasa nak makan pulak....tapi tak tau nak makan apa.....

so tetiba ada mentol menyala kat kepala abang....
terus abang teringat kedai yg ada jual bubur nasi berlauk
kat sebelah restoran icy scoop tu....sedap giler......
2 mangkuk abang makan....

Malam tu macam biasalah...hari jumaat lah katakan...
memang abang mengadap tv3 lah jam 9 malam...
pastilah menonton citer kegemaran abang iaitu.....
"NUR KASIH".


Habis jer citer tu abang terus bertenet tak ingat kan.....
malam tu kena tidur awal sikit sebab esok abang kena kerja kat
tempat abang buat part time tu...alah kedai minyak warna hijau tu......

Nak dijadikan citer pagi tu abang terdatang lambatlah pulak....
7.30 pagi baru abang sampai.....
Tapi still ok lagi sebab diorang pun memang datang lambat...
dan abang pun kalau datang awal ker lambat ker...
time balik tetap lambat...
yerlah macam 2 nak kena buat...nak kena kira duit lah...
apalah...macam2....
Pagi tu abang kena jadi cashier ngan Nija...
sebab taufik cuti....Yana pulak cuti mengejut...sakit katanya...
Maka berusaha keraslah kami berdua bekerja pagi tu...
walhal pepagi abang dah mentekedarah berganti2 ngan nija....
pagi tu abang bawa keropok ranting yang mak kawan abang
kat kilang buat...dia jual kat abanglah....

nama kawan abang tu Dilla....aaaa....aaaa...aa.....No...no...no...no......Bukan Dilla artis tu ok...
ni Dilla biasa2 ajer.....Gambar dia...masih belum lulus tapisan lagi untuk masuk blog abang yer...(walhal...abang takder gambornya....)

Nija pulak belanja makan kuih, banyak budak ni beli kuih pagi tu...
macam meniaga pulak abang tengok....
Boleh nija panggil kueh ni kueh seri muka.....
Sedehhhh


Ada satu kisah lawak yang menjadi satu pengajaran untuk abang pagi tu.....citernya cam ni....

Masa dalam kaunter, abang ternampak. pakcik *****
tengah menyapu2 kawasan luar....so abang pun terus citer kat nija,


Nija kau tau tak yang HR kat kilang aku
kerja tu ada call pak cik *****.
Dia suruh pak cik *****. jadi Guard kat kilang tu....

Habislah kan.....
mesti lah lagi kuat dia mengipas lepas ni.....


Lepas tu Nija pun tambah "asam dan garam" lagi kan...
bla...bla...bla.....
so bertambah meriahlah kami memperdebatkan

kes pak cik *****. kat dalam kaunter tu.....

Last ayat yg kuar dari mulut abang lepas nija
tanya kenapa HR kat kilang abang tu call pak cik *****. .....


Ntahlah.....Soalnya....Glamour ker pak cik *****.
tu sampai HR aku pun kenal ngan dia??????


Tiba2 tangan abang gatal...terus pergi ketuk2 microfon yg ada kat depan abang tu....dan abang pun mendengar bunyi ketukan abang tu dengan amat jelas sekali...dan yang sebenarnya lebih kuat dari yang sepatutnya....ini bermakna microfon tu tengah on sebab hanafi lupa tutup pagi tadi....

Dan ini juga bermakna segala umpatan abang ngan nija tadi...dah bersiaran secara langsung ke luar station.....oooooo patutlah abang tengok muka pak cik *****.
macam mencari sesuatu bila abang menyebut2 nama pak cik *****. masa bersembang ngan nija tadi....

Tapi yang anehnya pak cik *****. masuk dan macam tiada apa2 yg berlaku...munkin dia dengar tak jelas sangat kut......kusss semangat.....
lain kali kalau nak bersembang dalam kaunter bawa2 lah check apa2 yang patut dulu......he..he...he.....

Tengahari Shida pulak masuk ganti Nija......


SHIDA


petang tu balik kerja terus abang mandi2 dan kemudian berangkat ke rumah abang kandung abang yg kat Changkat Keruing tu.....abang tidur sana....
malam tu abang bertenet puas2 kat umah dia...sebabnya internet dia laju dua kali ganda kelajuan petir.......

pagi tu abang buka tv saloran yasmin ahmad.....tribute yg astro buat untuk Yasmin ni.....bolehlah kan....pastu tengah hari masa melodi, abang terpaku mendengar kata2
Ahmad puad Odah (betul kut ejaan ni) orang kuat Grand Brilliance atau sekarang dah tukar kepada primeworks....yang filem Talentime yg abang kempunan nak tengok hari tu akan ditayangkan semuala di seluruh pawagam tanah air....di semenanjung.....So dengan gigihnya abang pun balik awal dari umah kat Changkat kruing tu semata-mata nak beli tiket "Talentime" tu kat panggung sitiawan....tetapi setelah kusampai kesana....alangkah hampanya....tak ader rupanya.....


Haruskah Abang bertukar menjadi pengganas sekarang ni....
Lu fikirlah sendiri.......


Abang terus menghala ke kedai gunting rambuat yang abang suka pergi tu, dan kemudian tentulah rambut abang digunting kan.....
Habis jer bergunting, abang balik umah, mandi manda jap...pastu tukar baju....terus abang bergerak ke lumut pulak....teringin nak rasai angin laut petang tu....
Sampai lumut abang park motor abang tepi kfc lumut....


terus abang berjalan kaki ke arah tepian laut....dah terasa sepoi2 bahasa angin bayu meniup2 rambut abang yg tak panjang mana ni.....Apa lagi kan, terus cari port nak duduk dan abang pun keluarkan N70 abang...dan bermulalah upacara menangkap gambar......

balik dari lumut abang rasa macam nak singgah
taman kera pulak.....
sampai sana terus abang berlagak
cam jurugambar terkenal amik
gambar monyet2 yg gemuk2 tu.....



AMACAM SIBUK TAK ABANG.....????????
k LAH......BYE....WASSALAM

Monday, August 10, 2009

POSTING TERTUNDA DAN ABANG DAPAT TAWARAN KERJA

Lama kan abang tak ke udara di blog abang ni.....
Bukannya apa dua tiga hari ni badan abang berat sikit...

tu yang tak leh nak terapung tukk.....
so cam ner nak ke udara kan....????

By the way......Ada aku kesah????

Macam biasa bila lama tak update
sekali citer tiga empat kisah sekali
abang tulis....

Nak tengok tak Gambar insan yang jumpa
atau pun lebih tepat
memecah lobang kan blog abang
secara tak sengaja
kat kilang ni....fiza namanya...
Ni Dari Belakang yer....
Abang curi2 tangkap.......ampun Fiza....
Nyorokkkkk

Seronoknya dia nak balik kerja....


Pagi tu Maliza ada jual minyak wangi....
maka habis lah kami semua me nerai bagai nak rak ni...
Pilihlah mana yang berkenan....

Masa nak balik sempat pulak
Kak Mah, Kak Liza Ngan Maliza
Posing depan kamera abang kan....
Merasalah jadi cover blog abang kan......


Sabtu lepas sebab dah janji ngan nija,
so abang kena kerja kat kedai minyak warna hijau tu... Shift petang...

Abang kerja ngan Fariza....

Tekun Fariza ngira duit.....


Dia ni muda setahun dari abang....punyalah suka menyanyi...asal keluar lagu kat radio mesti dia tau lirik lagu tu......
kagum tul abang kan.....so abang pun sajer jer lah puji dia sikit.....apa lagi kan....malu2 chipanzi lah dia kan....tapi tetap juga keluar statement cam ni....

"Memanglah...kawan orang cakap,
boleh masuk "jangan lupa lirik"

Cehhhhhhh dalam malu2 tu......
Apa pun kau memang pandai hafal lirik....

tapi suara kau.....kena gi kelas bimbingan vokal yg abang anjurkan.....ceh.....Adakah suara abang merdu??????

Petang tu pulak dalam pukul 6 petang lah kaedahnya..
abang gi beli makanan kat kedai mamak...
semangat ni bawa balik station tapau....

sampai2 apa lagi...lets mentekedarah....abang makan mee goreng....
pas tu abang ada beli rojak mamak juga....Banyak ker abang makan?????

Tak der kan........
adalah dua tiga empat suap....dah rasa kenyang ni...
terus gi keluar nak basuh tangan, terserempak pulak ngan pak samad...
terus dia bagitau lori minyak sampai....
ooooo maknanya kena turunkan minyak lah pulak kan....
masa abang tengah sibuk2 nak ambik cek untuk bayar duit minyak yg
bernilai puluhan ribu tu...tetiba nampak muka kak sal pulak....
baru abang teringat abang ada janji ngan dia nak tangkap
gambar anak dia guna handset abang....
pas tu edit kat umah sebab dia nak simpan gambar tu.
Apa lagi kan dengan tergesa2 abang pun keluar gi jadi
jurugambar tak bertauliah tangkap gambar anak dia ngan pelbagai pose....
ada lah empat lima keping juga abang snap gambar anak dia...
tak leh nak snap banyak2 sebab masa sangat mencemburui abang....
.lori minyak tu sedang menanti abang memanjatnya....
huisshhhh Busynya abang kan......


Kak Sal dan Anakknya yg Comel...Qurratu Ain Saffiya


Selesai bergambar, kak sal pun pulang ke rumahnya.....
abang pulak....teruslah selesaikan apa yang patut2 kan...
kerjalah abang kat situ sampai pukul 11 malam.
Melepaslah abang nak tonton Festival filem Malaysia
yg di monopoli oleh Filem PUPADAM tu....
mesti syok tahap gaban citer tu....
so nantikan kehadiran abang di pawagam yang berhampiran okay.....



Hari ahad lepas abang ngan Maliza gi ke rumah kak sab
untuk menziarahi dia dan keluarga untuk mengucapkan
Takziah Ke atas pemergian ayahanda dia yang tercinta.

Masa park motor depan rumah kak sab,
abang sajer jerlah citer kat maliza...abang dah lama tak basuh motor abang kan.....So dia pun apa lagi kan....ambik kesempatanlah menghanjengkan abang.....terus dia cakap....


"orang motor barulah semangat nak jaga bagi kilat......
tengok motor aku ni...walaupun dah lama tetap kilat......"

Wah statement......artis sangat kau kan....apa pun
ada aku kesah.....



Inilah motor maliza.....Kilat ker??????

Berbalik pada citer Kak Sab
Kesian abang tengok mak dia, sedih. Mestilah kan...Berpuluh tahun hidup bersama...makan tidur bersama....tiba2 sekarang Suami pergi mengadap ILLahi.Nampak juga kak Sab termenung kadang....walaupun abang ni gila2...tapi abang pun sensitip juga bab2 cenggini okay....sempat juga abang candid kan gambar dia termenung.....dan sempat juga dia menghanjingkan abang time sedih2 tu.....welll abang lah katakan....tak kisah lah kan....dah biasa dah ngan dia ni.
Harap2 kak sab dan keluarga dapat bersabar.....kita kena redha......sebab ini janji Tuhan.....
"Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati.....
kalau dah sampai waktu ajalnya...
sesaat pun tak cepat....sesaat pun tak lambat.....
elaklah macam mana pun tetap akan "pergi" jua...."
itu yang abang baca dalam tafsir Al quran....






Tapi yang kelakornya.....sempat juga bergossip tu....pasal siapa...adalah...nak tau tanya maliza.....he...he...he....


Kalau dah keluar Moncong tu....Gossiplah tu kan....


Habis ziarah rumah kak sab,
kami pun terus menuju kerumah kak mah untuk
menikmati juadah Mee kari yang Kak mah masak.
Din tak dapat nak datang ada hal katanya.....
Rugilah kau kan Din.....
Fuhhhh meriahnya jadual abang kan...
terasa cam konvoi hari raya pulak...
Ni antara gambar2 yang ada.....




Mee kari campur bawang goreng segenggam....

Ayam Goreng Berempah

Kucing Kak Mah yang bernama Mimi
Mimi katanya.....makan hatilah korang....



Ni kura2 Kak Mah......
Namanya...Ninja Turtle....


Korang teka ni tangan siapa yang nak halang
abang dari ambik mee....tekalah......ha...ha...ha....


Petang tadi kat kilang sempat amik gambar ni.....

Ini jer yg kilang abang eksport petang tadi.......
walaupun nampak kecik.....harganya berpuluh2 ribu tau....

Penyalahgunaan Topeng H1N1



Dah rupa pakai tanjak dah abang nengok nyer.....




TAWARAN KERJA DARI KAWAN ABANG

Petang tadi ...ni dah hari Isnin yer....
kawan lama abang masa abang belajar MLVK (Computer Technician)
kat Subang Jaya dulu ada call abang. Dia ada kat pantai remis rumah abang ipar dia. So sebab dah hampir 4 tahun tak jumpa dia ajak jumpa....
Nama dia Kamarul. Abang ngan geng2 dulu panggil dia Bob jer.
Abang memang rapatlah ngan dia ni. Abang kenal dia pun dulu secara kebetulan....masa tu first day regestration untuk new student....
kat Prime College ( Under Segi College ) kat dalam bangunan Summit USJ.
mASA TU KAMI BERDUA JER YANG SAMPAI...
SO KAEDAHNYA BERKENALAN LAH KAMI KAT SITU
abang pun memang jenis mesra berteman kan...so borak2 jadi kawan lah pulak...masa sesi orentasi kat auditorium kami duduk sekalilah ngan satu lagi kawan yang baru kenal nama dia Fairus...
Bila kami dibawa ke asrama, masing2 diberikan kebebasan untuk memilih bilik mana yang kami nak tinggal kan.
So abang, Bob ngan Fairus bersama seorang lagi
room mate abang yg abang tak ingat dah nama dia
( Nampak sangat dia tak penting sampai abang leh lupa nama dia)
pilih satu bilik khas yg menghadap jalan...
ada view yg sangat menarik dari tingkat 4 tu.....
Maka bermulalah persahabatan kami....Bob ni abang dah anggap macam abang sendiri dah...
sebab dia memang take care adik2 dia yang dalam bilik ni....
Nampak saangat abang very the muda kan...ha...ha...ha...




Inilah BOB...kawan baik abang....


Hubungan kami memang baik dan rapatlah...
susah senang kami bersama....dulu masa mula2 kawan ngan dia abang tak sangka langsung dia ni anak orang kaya tau...
sebab gaya dia masa tu memang very the sedih one korang tau....
Abang yang tak kaya ni pun nampak lebih kaya dari dia....Tapi dah lama2 baru abang tau dia ni anak orang kaya...korang bayangkanlah.....abang ngan kakak dia kontaraktor....ayah dia pun kontraktor....tak kaya lagi tu...
Tapi semua tu tak mengubah apa2 kami tetap kawan baik...
dan abang tak pernah pun ambik kesempatan apa2 pun kat bob ni


Dia citer ngan abang masa dulu dia ni boros sesangat...
nak apa semua dapat.....anak bongsu kan....So ayah dia nak ajar dia....
tak bagi dia duit ni...pandai2 lah nak hidup...Masa belajar kat MLVK dulu penginapan kami disediakan....belajar pun disediakan pinjaman...
so kami hanya perlu cari makan sendiri lah untuk terus survive....

Macam2 lah kisah suka duka abang ngan kawan2 abang kan...
memang kami berjimat cermat giler masa tu....
abang pun berhenti kerja kat kilang masa tu sebab nak belajar kan.
Nasib baik abang kandung abang yang masa tu kerja kilang juga tu baik....
ada juga tolong abang,,...selalu bagi duit kat abang...
tapi tak lah bagi banyak2 kan...dia pun ada kehidupan dia....
itu abang paham...abang ada buat part time job as a cashier kat giant...
dapatlah dekat 400 sebulan...kadang2 bob pun ada pinjam duit abang bila dia sesak kan....abang tak kisahlah kan....kawanlah katakan...
kadang2 pun abang ada pinjam duit dia juga....
dia kalau ada duit tak kedekut ngan kami....
sebab tu abang pun tak berkira sangat ngan dia.
Dia ni malam2 time nak tidur dah tutup lampu semua ni sambil baring2
selalu bercerita macam2 ngan abang kadang2 luahan hati dia...
masalah dia......abang pun suka dengar dia bercerita.....kadang2 nasihatkan dia.....abang kan professor lupa ker?????
kesimpulannya dia adalah pencerita yang baik...
manakala abang adalah seorang pendengar yang baik...
tu yang ada connection tu...


Habis belajar macam2 berlaku....kalau nak tulis penatlah abang kan..
.so tak yah lah.....nak dijadikan cerita selepas 4 tahun kami telah berjumpa beberapa jam yang lalu......kat lumut.
Dia datang ngan kakak ipar dan biras dia....
terus dia tanya abang tempat makan yang best kat ner....
so abang suggest kan kat bakau di muara yg kat lumut tu lah kan....
Kami pun terus ke sana....makan sembang2..
tiba2 dia tanya gaji abang kat kilang berapa...
.abang pun jawablah dalam 500 lebih kan....terus dia cakap


baik ko kerja ngan aku.....

tiba2 dia ajak abang kerja ngan dia. Dulu pun dia pernah ajak abang...tapi abang tolak...sebab kat pahang nun.....so tadi abang macam teragak2 jugalah kan....abang cakap lagi jauh lah bob.....tak tau lagi mak abang nak bagi ker tak......kan....




so sekarang ni abang dah confius nak pilih yang mana satu kan....????