tengok citer TALENTIME yang best tu....
Ini filem Yasmin Ahmad yang paling best lah...
Lagu2 dia pun best...Citer ni sedih tahap menyayat Hati.....
Scene paling menyentap abang tengok bila mahesh
berterus terang dengan mak dia....
Walaupun mahesh dalam citer tu pekak dan bisu
Tapi feel dia memang boleh sampailah kat dalam jiwa ni....
dia "cakap" kat mak dia guna bahasa isyarat....
"Mak..Saya sembah tanah tempat mak berpijak...
kalau mak tak nak saya berjumpa dengan dia (melur)
lagi, baiklah saya tak akan berjumpa dengan dia lagi
selepas ini. Tapi saya nak mak ajar saya tentang satu perkara...
Mak kena ajar hati saya untuk lupakan dia....
Sebab hati saya tak tau caranya.....
Hati saya tak tau caranya......."
Puhhh mengancam betul ayat dia kan....
Alah abang taulah korang semua dah tengok kan....
nampak sangat abang dah ter outdated.....
Tapi....Ada aku kesah kan....
Janji sekarang abang dah tengok...
Hu...hu...hu.....
Ni sinopsis Citer ni.....
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.
Trivia Filem Talentime The Movie:
1. Ini adalah kali pertama Yasmin Ahmad mengarah sebuah filem dengan ensemble yang sebegini besar. Dan dirasakannya filem tersebut adalah karyanya yang terbaik sehingga kini.
2. Rahsia Yasmin dalam mencungkil bakat baru seperti Sharifah Amani, Mohd Shafie Naswip dan kini Mahesh Jugal Kishor adalah mencari seorang yang berkarisma berbanding seorang yang mempunyai kebolehan mendalami sesuatu watak.
3. Idea untuk ‘Talentime’, menurut Yasmin, terlahir kerana melihat bagaimana ramainya orang di negara ini yang terkejar-kejar dengan kemewahan dan kuasa sehingga sanggup melakukan penipuan. Kerana itu, pengakhiran ‘Talentime’ ditulis sebegitu (kalau nak tahu bagaimana filem ini berakhir, anda perlu menontonnya sendiri) kerana ingin mengingatkan penonton apa yang penting bukanlah kemenangan atau persaingan tetapi persahabatan kerana melaluinya negara kita yang berbilang bangsa ini akan lebih teguh.
4. Suara nyanyian Melur dan Hafiz sebenarnya adalah suara Atilia dan Aizat. Lagu-lagu dalam filem ‘Talentime’ akan dimasukkan dalam album runut bunyi filem itu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Akan disertakan juga versi Bahasa Malaysianya.
5. Sukania Venugopal yang memainkan watak ibu Mahesh sebenarnya tidak fasih berbahasa Tamil. Dia telah mendapatkan khidmat seseorang untuk membimbingnya dalam sebutan agar ia kedengaran lebih ‘natural’ dan asli.
6. ‘Talentime’ seakan satu ‘family affair’ dengan membariskan beberapa gandingan anak-ibu termasuk Pamela Chong and ibunya Susan serta Elza Irdalynna dan ibunya Azean Irdawaty.
7. Kos keseluruhan untuk pembikinan ‘Talentime’ berjumlah RM1.5 juta.
8. Yasmin berhasrat membuat sekuel kepada ‘Talentime’ tetapi kali ini ia akan berlatarkan di sebuah sekolah rendah. ( Tapi sekarang dia dah meninggal...)
Sumber... http://krsuicide.com/2009/03/15/sinopsis-filem-talentime-the-movie/
Abang dah buat keputusan yang abang akan bekerja kat pahang dengan Bob,
Mungkin 30 september 2009 adalah tarikh akhir abang bekerja kat kilang ni...
nanti 1 september baru abang bagi abang nyer
surat perletakkan jawatan
kat HOD abang....
Yerlah..kita masuk kerja kat sini pun cara baik kan...
Isi borang, interview apa semua kan...
Takkan bila kita nak berhenti....kita blah macam tu jer kan...
itu tak bagus...so kenalah buat ikut tertib yg sepatutnya....
Acctually sebenarnya abang terima juga cadangan kedua dari bob tu,
Tapi bukan sekarang yer, abang nak timba pengalam dengan dia dulu kat sana.
Nanti dah pandai dan tau macam mana cara nak manage bender2 yg sepatutnya
barulah boleh fikirkan langkah yang seterusnya....
Untuk bob, terima kasih kerana membuka ruang ini untuk kawan kau ni....
Jasamu tetap akan ku kenang jua.....
Diam tak diam akhirnya 1 Ramadhan menjelma akhirnya....
Niat dihati tadi nak gi buat terawih untuk malam pertama ni...
Tapi sayang...abang tertidur...Nur Kasih pun terlepas tengpk lah tadi kan...
tapi tak apa, sekarang ni abang tengah download citer tu kat youtube....
Hu....hu....hu.... seronoknya.....
Sebab terpengaruh ngan filem2 Yasmin Ahmad,
Abang nak share sikit pasal masyarakat Melayu
Kat Singapura...
Kenapa Singapura.....????
Ini berkenaan kenapa orang melayu kat sana
lebih pandai dan berdikari dari kita kat sini....
Dalam filem Yasmin Ahmad banyak mengutarakan
mengenai kesaksamaan kaum.....
Dan beliau sendiri begitu menitikberatkan
pendidikan orang melayu, bertitik tolak dari itulah
beliau telah membina satu sekolah di langkawi
yang memberikan pendidikan Bahasa Inggeris untuk
anak2 melayu...di bawah YAYASAN YASMIN AHMAD...
Kalau abang salah tolong betulkan yer....
Berikut adalah petikan dari Cyberita Online Singapura,
MM Lee: S'pura akan jatuh jika kita lupa titik mula
Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, menyertai perbahasan usul Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Viswa Sadasivan, berhubung Ikrar Negara di Parlimen kelmarin. Berikutan sedutan ucapan beliau.
ENCIK Rajaratnam mempunyai banyak nilai kebaikan di tengah-tengah gundah gulana ekoran daripada rusuhan kaum apabila kita dikeluarkan dari Malaysia.
Melayu kita di Singapura agak khuatir kerana kini kita (kaum Cina) adalah kaum majoriti, kita (kaum Cina) sebaliknya akan melayani sebagaimana kaum majoriti Melayu (di Malaysia) melayani kita.
Beliau melakar kata-kata ini dan menonjol daripada yang lain. Beliau seorang idealis yang baik.
Drafnya datang kepada saya; saya potong mana yang tidak boleh dicapai, dan Ikrar yang ada sekarang ialah hasil beliau setelah saya memotongnya.
Apakah ia? Satu ideologi? Tidak, ia satu aspirasi. Bolehkah kita mencapainya? Saya tidak tahu. Kita harus terus mencuba. Adakah kita satu bangsa? Dalam peralihan.
Rujukan telah dibuat mengenai Perlembagaan. Perlembagaan Negara menyuruh kita secara khusus menjaga kedudukan kaum Melayu dan kaum minoriti lain.
Artikel 152 berbunyi: 'Kaum minoriti dan kedudukan istimewa kaum Melayu. Menjadi tanggungjawab Pemerintah secara kerap untuk menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama di Singapura.
Pemerintah akan melaksana fungsinya dengan cara yang mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu, yang merupakan orang asal Singapura dan, sewajarnya menjadi juga tanggungjawab pemerintah melindungi, menjaga, menyokong, memupuk, menggalak kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya serta bahasa Melayu.'
Dan mengenai agama orang Islam, Artikel 153: 'Badan Perundangan harus di bawah undang-undang, memberi laluan kepada mengawal ehwal agama Muslim dan membentuk sebuah majlis untuk menasihat Presiden dalam hal-hal agama Islam.'
Perlembagaan kita menyatakan secara jelas bahawa adalah tanggungjawab Pemerintah untuk tidak melayani semua secara saksama. Ia bukan realiti, ia tidak praktikal, dan ia akan membawa kepada kerosakan besar jika kita berusaha atas dasar tersebut (iaitu melayani semua secara saksama).
Jadi Ikrar itu ialah satu aspirasi. Ini kerana orang-orang Melayu telah maju dan ramai yang telah menyertai golongan pertengahan dengan ijazah universiti dan kelayakan profesional, kita telah meminta Mendaki agar mereka bersetuju untuk tidak mempunyai hak istimewa pendidikan percuma di universiti, tetapi menggunakan yuran yang mereka berhak dapat dan gunakan wang itu untuk membantu lebih ramai orang Melayu yang memerlukan.
Jadi kita sedang berusaha mencapai satu kedudukan di mana terdapat satu tahap permainan setara bagi semua, tetapi ia perlukan masa berdekad-dekad, mungkin berabad-abad, dan kita mungkin tidak sampai ke sana.
Sekarang saya akan bacakan Perlembagaan Amerika.
Perenggan kedua mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan pada 4 Julai, 1776 berbunyi: 'Kami berpegang pada kebenaran-kebenaran bahawa adalah terbukti dengan sendirinya bahawa semua orang dicipta sama, dan mereka dikurniakan oleh Pencipta mereka dengan beberapa hak yang tidak terpisah, dan antaranya ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Dan untuk mendapat hak-hak itu, Pemerintah dibentuk di kalangan manusia, mendapat kuasa yang adil daripada mereka yang diperintah.' Itu pada 1776.
Perlembagaan Amerika Syarikat yang diluluskan beberapa tahun kemudian berbunyi: 'Kami, rakyat Amerika Syarikat' (ini merupakan kata pendahuluan) 'untuk membentuk sebuah Kesatuan yang lebih sempurna, mewujudkan keadilan, melindungi kedamaian domestik, menyediakan pertahanan bersama, menggalak kebajikan umum dan mendapat restu dan kebebasan bagi kami dan generasi akan datang, memerintahkan dan mengukuhkan Perlembagaan Amerika Syarikat.'
Ia tidak menyentuh tentang kaum kulit hitam akan dilayani dengan berbeza. Namun kaum kulit hitam tidak mendapat mengundi hingga berdekad-dekad kemudian.
Pengasingan kaum tidak berakhir sehingga Gerakan Hak Sivil pada 1960-an dengan Martin Luther King dan ucapan terkenalnya 'We Dare To Dream'.
Rusuhan besar berlaku, dan akhirnya, Presiden Lyndon Johnson meluluskan Akta Hak Sivil pada 1964. Dari 1776, setelah lebih 200 tahun barulah seorang kaum kulit separuh hitam Amerika menjadi Presiden.
Rakan saya berkata bahawa kita cuba memasukkan bod pepaku bercorak empat segi ke dalam lubang bulat. Bolehkah kita membuat bod pepaku itu sama? Tidak.
Anda sarankan kepada kaum Melayu bahawa kita mansuhkan peruntukan (Artikel 152) dalam Perlembagaan, anda akan mendengar rasa kurang senang.
Kita mulakan berdasarkan bahawa ini adalah realitinya: Kita tidak boleh mendapatkan seorang menteri Cina atau menteri India untuk mendesak ibu bapa Melayu supaya menjaga anak-anak perempuan mereka dengan lebih teliti dan tidak hamil semasa remaja, yang membawa kepada perkahwinan yang gagal.
Bolehkah AP Cina atau AP India berbuat demikian? Kaum Melayu akan berkata kepadanya: 'Anda cuba campur tangan dalam kehidupan peribadi saya.'
Tapi kita (Pemerintah) telah membiayai Mendaki dan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), dan mereka mempunyai jawatankuasa untuk cuba mengurangkan bilangan remaja nakal jahat sedemikian.
Cara Singapura mengecap kemajuan ialah melalui pendekatan berperingkat-peringkat yang realistik. Kita mungkin mengambil masa berkurun-kurun lamanya sebelum kita capai kedudukan serupa di Amerika.
Mereka pergi berperang, kaum kulit hitam dan putih bersama. Dalam Perang Dunia I, kaum kulit hitam tidak membawa senjata, mereka membawa peluru, mereka tidak diberi penghormatan untuk berjuang. Dalam Perang Dunia II, mereka kembali, bekas-bekas GI - mereka yang berjaya ke universiti diberi geran GI - mereka kembali ke tempat ghetto kaum kulit hitam dan kekal di sana. Hari ini masih ada kawasan ghetto kaum kulit hitam.
Inilah realitinya. Perlembagaan Amerika tidak berkata yang anda akan melayani kaum kulit hitam berlainan cara tapi Perlembagaan kita menyatakan tanggungjawab Pemerintah ialah melayani kaum Melayu dan kaum minoriti lain dengan lebih teliti.
Jadi dasar yang digunakan NMP itu bagi hujahnya tidak benar dan lemah.
Ia sama sekali tidak benar, ia langsung tidak mempunyai asas. Saya berfikir dalam diri sendiri, mungkin saya harus kembalikan Dewan ini kepada realiti dan mengingatkan semua titik permulaan kita. Jika kita tidak mengenal dari mana kita mula, kita akan gagal.
Tiada siapa yang boleh bercakap dengan pengetahuan yang saya ada; saya tahu keadaan semasa Ikrar itu dibuat. Saya mengagumi sentimen Encik Raja (mendiang S. Rajaratnam).
Pada Ogos 1965, kebimbangan saya ialah apa yang akan dilakukan orang Melayu Singapura, setelah mereka menyedari mereka adalah kaum minoriti?
Apabila saya pulang pada 9 Ogos, atas nasihat Cawangan Khas, saya tidak pulang ke rumah. Saya tinggal di Sri Temasek (di Istana), iaitu kediaman rasmi saya. Saya tinggal di sana selama seminggu, kemudian saya pergi ke Changi Cottage dan tinggal di sana selama dua bulan bagi memastikan kesemuanya kembali sedia kala.
Itulah realitinya. Hari ini, 44 tahun kemudian, kita mempunyai sebuah masyarakat Melayu, yang saya percaya, aman, dan yakin bahawa kita tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mereka, yakin bahawa kita menyertakan mereka dalam masyarakat kita.
NMP Viswa pernah bekerja di Sinda. Saya diberitahu selama 10 tahun. Beliau tahu bahawa kaum India tidak serupa. Brahmin tidak akan menyertai Sinda. Yang bukan Brahmin berada dalam Sinda.
Jadi saya fikir adalah berbahaya untuk membiarkan idea yang melebih-lebih berterusan tanpa dihapuskan dan memperdaya Singapura.
Abang pernah duduk kat sana dalam 6 bulan lah kan...
so sepanjang pemerhatian abang kat sana, Singapura
walaupun negara berbilang bangsa macam malaysia,
Tapi tahap kesaksamaan kaumnya jauh lebih hebat
dari Malaysia....
Dari hal yg remeh pun kadang2 kita boleh lihat..
Contohnya Kalau tanda amaran macam "Danger" akan di tulis dengan
keempat2 bahasa utama singapura iaitu Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.
Begitu juga kalau kita tengok wang syiling Singapura....
Tercatit keempat2 bahasa utama Singapura.
Abang tak kata Malaysia ni teruk sangat,
Tapi dek kerana melayu kita terlalu bergantung kepada
keistimewaan yang kita ada menyebabkan akhirnya
kita kurang daya berdikari....
Apa pun ini cuma pandangan peribadi seorang yang
tak berpangkat macam abang....kalau nak
terima..terimalah...kalau tak nak ...Ada aku kesah kan.....????
Cukuplah dahulu sampai disini...Bye....
No comments:
Post a Comment