Sunday, August 23, 2009

Tidak semua Orang suka di Perintah....

Cehhhh tetiba abang feeling2 nak jadi
pakar kaunseling hari ni kan....
So apa lagi, mari kita berdiskusi sekarang
walaupun hakikatnya abang
sensorang jer kat blog ni kan.....
Whateverlah janji abang bahagia kan......


Abang nak tanya ada tak sesiapa antara
kita yang suka diperintah....
Tak ada kan...sedikit sebanyak

mesti kita akan ada konflik
antara rela dan tidak. So untuk itu abang

nak ceritakan satu kisah
yang abang dah tukar sikit dari identiti asalnya....


Encik Razali dah berbelas tahun menguruskan

syarikat perladangan
yang diwarisi dari Datuknya....

Ramai yang hairan bagaimana beliau
boleh memajukan syarikatnya
itu dengan begitu berjaya sekali tanpa banyak

berhadapan dengan masalah pekerja
yang beratus-ratus orang jumlahnya.

Setelah ditanya apakah rahsia beliau, dengan ringkas beliau
menjawab bahawa beliau jarang sekali

memerintah...tetapi lebih banyak memberikan cadangan.
Ya cadangan. Beliau tidak pernah berkata

"Kau mesti buat benda ni...." atau
"Siapkan cepat semua kerja ini."
Beliau lebih gemar menggunakan pendekatan seperti,
"Tolong fikirkan hal ini",

"Adakah perkara ini boleh dilakukan",
atau "kenapa tak kita cuba yang ini"
Beliau selalu memberikan peluang kepada

pekerja dan kenalan beliau untuk berfikir
sendiri dan akhirnya menerima pengajaran dari apa
yang mereka lakukan. Cara ini ternyata amat berkesan.

Ramai yang tak sedar dengan berkasar
dengan orang bawahan mereka akan
hanya menyebabkan lahirnya satu protes

kecil dalam hati mereka yang akhirnya
akan membiak menjadi satu virus yang merbahaya
pada diri dan syarikat mereka.


Satu lagi contoh yang boleh diberikan,
Seorang pekerja dibahagian pengeluaran

telah dimarahi dengan teruk oleh ketuanya
kerana telah melakukan kesalahan kerana

telah berjual beli didalam kilang. Ketuanya telah
memberikan amaran kepadanya supaya tidak

mengulangi perbuatannya itu lagi dihadapan rakan-rakan2nya.
Peristiwa ini akhirnya akan menyebabkan

pekerja terbabit akan menyimpan satu rasa
tidak puas hati kepada ketuanya
kerana telah memalukan dirinya dihadapan

rakan-rakannya yang lain. Dan semenjak dari itu bukan
pekerja itu sahaja yang akan membenci

tindakan ketuanya itu,
malahan rakan-rakan pekerja terbabit
juga akan bertindak serupa
dan ini bukanlah satu perkara yang sihat

dalam satu-satu organisasi.
Adalah lebih elok sekiranya ketua jabatan
itu berkata begini,
"Saya harap kamu faham dengan tugas saya.

Saya tahu kamu ingin mencari duit lebih,
tetapi bukankah sekarang adalah waktu kita bekerja.
Kenapa tidak kamu teruskan proses jual beli itu

diwaktu makan nanti. Bagaimana kalau kamu
ditangkap oleh pengurus kerana melakukan perkara ini.
Saya tidak mahu itu terjadi,

kerana kamu adalah pekerja yang baik.
Saya harap kamu faham."




Kan ker sedap bunyinya tu....


nak buat lagi pun rasa macam segan jer dengan ketua tu......
Wah...bukan main lagi abang kan...menasihati orang.....
yang sebenarnya abanglah yang berjual beli tu.....
tapi abang cuma jadi pembeli jer setakat hari ni....
anyway..tak pernah kantoi lagilah kan......
Apa pun abang nah hentikan dulu kat sini....
waktu berbuka pun dah nak dekat......
k, bye....Wassalam.

No comments:

Post a Comment