Saturday, October 2, 2010

JOM TEROKA MINDA LUAR SEDAR....

Assalammualaikum....
akhirnya seperti yg dimaklumkan sebelum ini...
aku kembali untuk aktif semula dalam berblogging dibulan oktober
yang indah ini....untuk permulaan aku nak share ngan semua tentang
"minda luar sedar"....... apakah itu?
Bunyi macam bosan jer kan...

Aku pun masa mula2 dengar pasal ni terus buat tanggapan awal....
satu lagi penipuan zaman moden.....
Jumaat baru ni masa baru balik sembahyang jumaat aku terus on tv.
Dah jadi tabiat aku kadang2 kalau on
Astro kat umah tu aku akan mulakan dengan
channel 101 dan terus tekan button "next"
untuk tengok saluran mana yang best.
Biasanya siaran RTM 1 tu memang bukan pilihanlah kan....

Tapi petang tu dengan takdir Tuan Punya Dunia Allah yang Maha Besar,
tatkala aku tekan 101 jer terus terpancar program
"Apa Kata Wanita" kelolaan personaliti RTM yang terkenal Zamzarina.

Mata aku terpaku jap...hati terasa macam nak tonton.


Sebab aku tengok citer tu macam ada konsep
"Oprah". He3 aku kadang memang suka tengok Oprah
kat channel Hallmark yg kini dah bertukar nama menjadi stesyen
"Diva Universal".

Siapa lagi Cantik???? Oprah ke Zamzarina????
Jawapan simpan dalam hati jerlah yer...

Program Oprah ni memang banyak info2 yang biasa boleh aku dapat kat buku2 ilmiah...sebab tu aku suka.
Boleh tambah ilmu2 yg kita kurang paham selama ini. Kira program Zamzarina ni aku nak bagi jolokkan sebagai
"Oprah Versi Melayu".

Berbalik pada program tu, si Zamzarina tu pun mula memperkenalkan tetamu diapetang tu, Puan Dalina Ismail seorang pengkaji bidang pembangunan minda dan pemikiran manusia, a Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Master Practitioner and Trainer dan
Penulis buku ‘HOW TO THINK LIKE MAHATHIR’.

Dalina Ismail

Aku jadi makin tertarik bila Zamzarina cakap topik petang tu adalah meneroka minda luar sedar.
Aku pernah baca pasal minda luar sedar ni dalam buka tulisan Jutawan Muda yang menjadi kaya dengan penggunaan medium internet untuk perniagaannya, Dr Irfan Khairi. Tapi dalam buku tu dia tak jelaskan secara detail tentang minda luar sedar tu, so kepahaman aku pun hanya setakat itu jerlah kan.
Apa lagi memang confirmlah aku nak tengok program tu sampai habis...

Oklah aku ringkaskan yer... Puan Dalina ni cakap
Minda Luar Sedar ni sebenarnya dimiliki oleh semua manusia didalam dunia ini. Allah S.W.T telah membekalkan setiap insan yang lahir ke dunia ini dengan "minda luar sedar" yang sangat hebat ini. Menurut beliau lagi sebaik kita dilahirkan minda luar sedar kita tu berada ditahap yang paling tinggi sekali. Dan beransur berkurangan apabila kita makin dewasa. Kerana itu puan Dalina ni cakap pada tahap umur kita dalam 13 tahun ke bawah unsur2 jahat tu tak berapa nak ada. Ini kerana kita masih dilindungi oleh "Minda Luar Sedar" tu.

Mesti korang tak paham lagi kan. ambik contoh ni, kita selalu tengok bayi kadang memandang ke suatu arah dan tiba2 tersenyum atau ketawa dan kadang menangis secara tiba. Apa yang lucunya, apa yang menakutkannya sampai wujud reaksi yang sedemikian???? Sebabnya bayi2 ini boleh melihat apa yang kita tak boleh tengok. Tapi kenapa????
Sebabnya kerana tahap "Minda Luar Sedar"
yang dimiliki oleh bayi2 ini masih ditahap paling tinggi waktu itu.

Minda adalah anugerah Allah yang sangat2 unik sebenarnya. Kerana itulah Puan Dalina telah membuat kajian bagaimana untuk mengekalkan "Minda Luar Sedar" ini walaupun usia telah meningkat dewasa. Kebolehan ini boleh hilang setelah anak2 menerima unsur tidak baik yang banyak disekeliling kita sehinggakan kebolehan untuk menggunakan "Minda Luar Sedar" itu semakin berkurangan dan akhirnya terus hilang. Aku nak terangkan lebih2 pun aku bukan tau sangat kan. Tapi aku pahamlah apa yang dia cuba nak sampaikan tu.

Bila dia panggil anak bongsu dia adik Nur Fitrah ke pentas aku lebih teruja. Nur Fitrah adalah seorang kanak2 berusia 13 tahun yang masih mampu menggunakan "Minda Luar Sedar". Macam psikik juga lah budak ni. Mata dia ditutup rapat. kemudian Zamzarina pun tanya kad warna apa yang sedang di pegangnya. Menakjubkan Nur Fitrah boleh tau semua warna kad tu tanpa melihatnya. Menurut Puan Dalina "Minda Luar Sedar" membolehkan adik Nur Fitrah boleh menggunakan "Mata Hatinya" untuk mengetahui persekitarannya dalam keadaan tertentu.

Mereka yang tidak boleh menggunakan "Minda Luar Sedar" hanya bergantung kepada 5 pancaindera yang ada untuk mengetahui keadaan sekeliling mereka. Sebenarnya banyak lagi demonstrasi yang dia buat petang tu, tapi aku tak larat nak tulislah kan. Hua3. Korang trylah cari info pasal Puan Dalina ni kat internet.

Berkenaan dengan buku beliau "How to think like Mahathir" pulak. Puan Dalina ni cerita dia dapat ilham dari mimpi dia. Menurut beliau mimpi yang kita alami itu sebenarnya adalah sebahagian daripada "Minda Luar Sedar". Dalam mimpi tu dia jumpa ngan Tun Mahathir untuk minta sign autograf untuk dua buah buku. Tapi dia tak tau judul buku tu...dan dia tau buku tu bukan milik dia atau milik Tun. Bila dia terjaga, dia masih lagi tertanya2.


Dengan menggunakan kebolehan yang dia ada, maka dia mula menggunakan teknik "Minda Luar Sedar" nya untuk masuk semula ke dalam mimpi itu.... ( best kan...tu yg aku teruja tu..). Setelah diselami akhirnya dia faham bahawa dia harus menulis 2 buah buku mengenai Tun. Dengan tekad dan keikhlasan yang ada dia mula menulis sepucuk surat untuk Tun mengenai hasratnya. Tak berapa lama selepas tu Suratnya di balas. Dia akhirnya dapat bertemu dengan Tun. Oleh kerana kesibukan Tun, dari tahun 2004 sampailah tahun ni, Puan Dalina hanya sempat bertemu Tun setahun sekali. Dan kerana itulah buku ini lewat disiapkan.

Aku nak citer lebih2 pun aku tak baca lagi buku tu kan. Tapi dari penerangan nya aku rasa buku tu macam menarik jer. seolah2 mungkin kita akan dapat menyelami sisi lain seorang Tun Mahathir yang selama ini tak kita ketahui. Walaupun aku ni tak berapa nak pro UMNO...Tapi aku sangat mengagumi dengan kebijaksanaan dan genius yang ada pada mantan perdana menteri kita tu. Dan sememangnya dunia juga mengakui bahawa beliau adalah antara Perdana Menteri yang terbijak didunia. Nik Aziz pun cakap beliau adalah seorang yang bijak.

Dan kebijaksanaan beliau tu kadang bersifat spontan. Masih ingat dan segar dalam ingatan aku masa mula2 pembukaan menara Taipei 101 kat taiwan yang akhirnya berjaya menewaskan Menara Berkembar Petronas sebagai menara dan bangunan yang tertinggi didunia pada ketika itu. wartawan asing bertanyakan pendapat beliau tentang pembukaan Taipei 101 yang menewaskan kebanggaan KLCC.



Dan dengan selamba lagi bersahaja Tun menjawab bahawa KLCC MASIH TETAP MENARA BERKEMBAR YANG TERTINGGI DIDUNIA. Memang betul pun hakikat itu kan dan sehingga hari ini walau sekian banyak bangunan yang sudah memecahkan rekod ketinggian Taipei 101, KLCC masih gah sebagai satu2 nya bagunan berkembar yang tertinggi didunia.


Jadi mesti ada sebab Allah mengilhamkan Puan Dalina melalui mimpinya untuk menulis buku mengenai Tun. Seorang pemimpin yang Genius....

Untuk buku yang kedua puan Dalina ada sebut tajuknya tapi aku lupa...
Tapi buku tu dia tak tulis lagi. Sama2lah kita tunggu yer. Dan aku plak kalau ada rezeki lebih teringin nak masuk kelas Puan Dalina ni. Bolehlah dapatkan semula keupayaan "Minda Luar Sedar" aku yang dah hilang tu... InsyaAllah.

2 comments:

  1. Salam Dik, minta maaf saya tak tahu nama Adik. Tapi saya salut cara tulisan Adik dan kepekaan Minda Luar sedar Adik, kerana bila on TV1 terus macam ditarik untuk tengok. Minda Luar Sedar memang begitu, dia yang mendorong kita kerana dia lebih mengetahui.

    Terima kasih banyak atas ulasan dan sokongan yang 99.99% tepat. Jika ingin mengikuti kelas saya, sila layari www.quinconsult.my untuk tarikh kursus. Yang terdekat ialah pada 12-14 Okt 2010. Silakan.

    Dalina Ismail
    Principal Consultant
    Quin Consult
    019 - 3303154
    quinconsult@gmail.com

    ReplyDelete
  2. wah tak sangka Puan Dalina masuk blog ni....terima kasih yer...
    saya memang teringin nak masuk kelas puan tu...tapi tunggulah masa yang sesuai...kena tengok jadual semula...sambil tu boleh kumpul duit juga....

    Terima kasih sekali lagi sebab sudi lawat blog ni... :)

    ReplyDelete