Saturday, November 28, 2009

Tahun ni Raya Haji di Bera

Assalammualaikum....
Selamat Hari Raya Aidil Adha... buat semua yang menganut agama suci Islam yang agung lagi benar.
Telah ditakdirkan untuk raya sesi tahun 2009 ni aku beraya kat satu daerah yang agak asing bagi aku 2 bulan yang lalu. Satu daerah yang mula menambat rasa keinginan untuk aku meneroka ke segenap
keindahan alam semulajadi bumi bertuah ini.
Ya ini lah kelebihan bumi Bera. Dikelilingi oleh lanskap buatan manusia yang dipelopori oleh Felda, satu gergasi "plantation" yang disegani di rantau ini. Keadaan tak banyak jauh beza dengan tempat aku membesar di Felcra Changkat Lada. Cuma disini penerokanya lebih ramai dan ladangnya juga pastilah lebih besar.
Komunitinya pula memiliki pelbagai ragam yang mewarnai satu bentuk kehidupan yang mempunyai corak yang berbeza.


Apa pun, ku akui tempat ini agak menyeronokkan. Mungkin sebab aku baru disini. Tak tau apa yang bakal terjadi beberapa tahun kemudian. Tapi aku malas nak fikirkan semua tu. Masa aku masih panjang InsyaAllah. Biarlah ia terus berlalu dan "mengalir" seperti yang telah tertulis dalam kitab "Loh Mahfuz". Cuma yang aku harapkan hidupku akan menemui satu
sinar yang aku cari selama ini. Mungkin ada hikmah aku "terdampar" ke daerah ini. Mungkin Allah ada perancangan yang lain untuk aku.
Sesungguhnya aku akan selalu Redha dengan ketentuanNya. Moga2 hatiku akan terus redha dengan apa yang bakal terjadi terhadap
perjalanan hidupku yang seterusnya....Amin.

Okaylah habis sesi meluah rasa.sekarang masa untuk aku merakamkan perkara yang berlaku dalam hidup aku akhir ini. Baru2 ni aku ada terima SMS dari mak aku. Dia tanya khabar aku baik ke tidak. Biasalah ibu mana
yang tak risau bila anak yang selalu kat depan mata tetiba duduk berjauhan. Yang paling shahdunya siap suruh aku balik kerja kat Manjung
semula. Aku cuma tersenyum sendirian bila membaca sms itu. Terus aku dail no mak aku. Tapi dia tak angkat pun. Tak lama lepas tu dia call semula.
Macam2 dia tanya aku. Macam2 juga aku jelaskan kat dia. Last sekali dia Faham. Memanglah kalau nak diikutkan kat manjung tu lagi banyak kerja. Tapi hati aku dah terpaut kat sini. Lagi satu kat sini aku boleh belajar sesuatu yang memang aku minat. Aku boleh belajar Grafik. Dan aku memang
ada feel yang aku memang suka dengan bidang "Advertising" ni. Kengkawan kat sini pun baik2 jer. Memang giler2 macam aku juga. Kira boleh masuklah kan.

Pagi tadi aku sembahyang sunat Aidil Adha kat Masjid Kerayong dengan Sham. Tinggal aku dengan Sham jer kat rumah.
Yang lain2 semua dah balik kat dalam.(FELDA). Agak ramai jugalah yang sembahyang kat situ pagi tadi. Habis jer sembahyang aku dengan Sham berangkat kat rumah bos aku kat Felda Tementi.Kami pergi naik lori jer....rasa macam pergi kerja pulak. Kenangan manis tu...beraya naik lori. Korang ader???? Tak der kan. So senyap okay....
Kami singgah kat rumah Fizi dulu. Nak pergi sekali lah ni kan. Ina pergi datang dengan zimi naik kereta Fizah. Apul pulak naik motor jer. Sebab....rumah dia dekat jer ngan rumah Abang Jamal. Sampai kat perkarangan rumah, aku dah boleh nampak ayah bang jamal kat dalam rumah tengah melambai2 tangan seolah2 ingin memberitahu sesuatu...Rupa2nya dia nak bagitau yang abang jamal ada kat rumah jiran dia. Okay kami pun duduk lepak kat bawah pokok dulu. Macam biasalah. Aktifkan mode camera kat handphone, jari aku ligat merakam gambar2 sekeliling. Nak buat cam ner hobi kan. Tunggu diorang lama sangat, aku ngan kengkawan lepak kat meja tepi rumah sambil bual2 ngan ayah abang jamal. Ramah orang nya. Bila semua dah sampai kami pun masuk dalam. Sesi makan lah kan. Macam biasa yang lain semua malu2 kucing, paling ketara yang pompuan lah kan...jaga badan kut. Yang makan paling banyak aku lah kan. Sedap....Habis makan kami pun mengundur diri dan terus menuju ke rumah member yang lain. Rumah poco...aku suka makan kuih popiah bersalut bijan...sedap giler....Kat umah Apul aku makan lemang ngan serunding daging. Kat rumah Fizah aku makan Laksa...kegemaran tu. Sedang aku sibuk2 main handphone...apul ngan sham mulalah kenen-kenenkan aku sambil mengenakan aku ngan adik fizah tu...yang tak tahan tu tetiba pulak si Budin boleh bekerjasama tu...Teruk aku kena masa tu....Hampeh....Semua tu Salah Paham. Last sekali kami pergi rumah Ina Kat Felda Rentam. Mak dia masak bihun....Pun aku makan juga....ha..ha..ha boleh tahan perut aku hari ni. Rasa macam nak pecah dah. Lepas tu terus kami gerak ke Masjid Tementi lepas hantar fizah balik umah dia..
Habis solat Jumaat aku, sham ngan budin gi umah abang jamal semula sebab nak amik lori kat sana. Sembang2 dulu ngan abang jamal ngan ayah dia. Hafiz pun join sama. Lepas tu kami pun beransur pulang. Mak abang jamal ada bekalkan nasi dan lauk untuk kami. Rezeki jangan ditolak kan. Ambik jer.


Petua Ubat Batuk
Dipertengahan jalan aku suruh sham berhenti kat Pasaraya aktif. Aku nak beli limau nipis buat ubat batuk.Gatal betul tekak aku. Jangkit ngan Sham lah ni....Petua ni mak aku yang kasik. Dulu aku tak percaya tapi bila ku try...ok jer...lagi elok sebab tak der kesan sampingan macam mengantuk....cara2nya mudah jer....ambik dalam dua tiga biji limau nipis....pas tu korang hempas2kan limau tu atas lantai...tak pun ketuk2 je dalam lesung batu...bagi pati2 dalam kulit limau tu masuk sikit kat dalam juice limau tu. Bila dah siap potong limau tu dan perah dalam cawan..tapis biji dia okay...lepas tu minum perlahan2 biar jus tu lalu kat semua bahagian tekak. Lepas tu jangan minum air dalam setengah jam. Ulang dua tiga kali...lama2 okaylah tu.

Citer Kung Fu & Nur Kasih
Habis "berubat" aku terus cuci baju. Tetiba rasa ngantuk. Aku pun capai bantal, kunci jam terus lena. Sedar2 terus mandi, solat Asar dan terus buka TV tengok citer kung fu kegemaran aku....syok ooooo.
Yang sebenarnya aku baru jer tengok citer Nur Kasih Episode akhir ngan sham ni....sedih tahap cipan lah citer ni kan. Aku suka bila Adam cakap kat abang dia, "Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuan diri hambanya". Sentiasa ingat ujian yang kita dapat sebenarnya adalah sesuatu yang mampu kita tanggung sebenarnya. Yang pasti aku dah download hampir kesemua episode citer ni...bila dah lama2 nanti boleh tengok semula. Aku memang suka tengok citer2 arahan Khabir Bahtiar ni. Aku suka tengok teknik kamera yang digunakan. Lain dari yang lain...Walaupun citer ni drama jer ....standard macam filem. Semua tu ada dalam karya2 Khabir Bahtiar dan isterinya si Mira Mustafa tu macam, "Nur Kasih", "Tower 13", "Manjalara" , "Sepi", "Cinta" "setem" dan "Love". Kira cam idola lah ni. okaylah cukup2 lah berceloteh kan....sekarang sesi tengok gambar....

Gambar masa pasang signboard Surau Kat perkampungan Orang Asli kat Lubuk Tamangan

Habis pasang signboar hafis ajak makan kat kedai di simpang kepayang...
kami masuk siap basuh tangan apa semua...tapi bila nak cedok nasi....
nasi habis...Cam ner tu....Kaedah dan tema nya kali ini..kami ke restoran ni just untuk basuh tangan...memang "classssss menjahit" restoran ni...


Ni lah DJ kulaan Hafiz....ni Gaya Terkejut namanya... sampai aku pun terkejut

Ni siapa tak kenal...bapa si Dafi....


Ni masa pasang kat bukit Mendi...dekat2 ngan umah Zira


Dalam perjalanan nak balik kami lalu jalan nak pergi Tasik Triang







Cantik Bukan...


Gemuk2 kerbau ni....cukup makan lah katakan....


Sham cakap dedulu dia tiap2 pagi hantar nasi lemak kat restoran ni....


Kalau rasa2 teringin nak pergi...kena tempuh laluan belakang balai polis ni








Berhari Raya di atas Lori...


Budak angau

Sebelah aku ni pun tengah angau juga



Ayah abang Jamal

Ayah ngan Anak


POCO


Masa kat umah poco

Ini lah yang aku maksudkan dengan angau





Ini kueh paling sedap aku makan tadi












Engkau suka lebih kan budin???




pemandangan Dari atas
(kawasan masjid tementi)

Bye----wassalam

Sunday, November 22, 2009

TRAGEDI KEKELIRUAN YANG VITAGEN SANGAT

Assalammualaikum.
Hari ni free sikit sebab esok cuti kan.

So bolehlah update blog yang dah nak bersawang ni.Nampak tak sawang2 kat
dalam ni...agak banyak juga lah kan. Tak per hari ni aku bawa "vakum".
Kang hilanglah sawang2 tu. Kang aku halau semua "spider2": tu...Ha..ha..ha...
Okay kali ni aku nak buat cerita bergambar jer.
Malas nak taip lebih2
pasal kekeringan idea di tahap cipan gunung ni.
Minggu ni tak berapa nak sibuk sangat.
Tak der lah adegan2 "outstation"
yang ekstrim suam2 kuku macam sebelum ni.
bender lawak pun GRED Z JER MINGGU NI.

Tragedi Vitagen Oren...

Masa nak balik semalam aku pergi ke "restoran keranamu"
sebab nak tunjuk design signboard kat tauke kedai tu
yang fiza rekakan untuk pakcik tu...
Tunjuk punya tunjuk dengan terang punya terang last sekali
dia setuju dengan design tu. Apa lagi "Deal" lah kan. Siap dia suruh print lagi.
Bila dah seatle aku pun blah lah dari kedai tu.
Dipendekkan cerita rumah sewa tempat aku tinggal,dekat sangat dengan restoran tu.
Dalam perjalanan nak balik tu tetiba aku ternampak satu "pemandangan" yang agak
menarik...satu wajah yang macam aku kenal kan.
Ya itu lah budak pompuan yang aku selalu nampak kat satu kedai tu.
Dia tengah isi air kat mesin jual air tepi kedai runcit di persimpangan tu.
Aku dah terlajak dah masa tu. Aku patah balik sebab saja nak tengok dia kan.
Bukan nak kacau pun. Suka tengok jer. Terfikir juga aku,Takkan rumah dia dekat2 sini kan.
Ni yang nak pergi siasat ni konon. Bila aku tongkat jer motor depan kedai tu.
Mulalah pura2 nak masuk kedai. Padahal tak nak beli bender pung....
Bila aku paling2 muka jer...rupa2 nya salah orang da.....hampeh....
sebab dah termasuk dalam kedai tu, aku pun capai jer vitagen oren
dalam kedai tu. Habis bayar terus sedut air tu pelan2....
emmmm sedap....still sedap walaupun hampeh jer pengalaman petang tu...
Padan muka aku.....

...MENGONG MU NI WEI.....

Atas permintaan...Gambar ni ku "keudarakan"....jangan mare....


Ini lah Hafiz....DJ kulaan yg kian meningkat naik...

Hari tu pasang signboard kat sekolah ni..tinggi tempat tu..

Sham dah Gayat dah time tu....Gambar aku memang tak derlah kan...aku kat atas..jadi jurukamera tak bertauliah...

wei...aku ngantuk dah ni wei....BYE..BYE...

Pagi ni aku ngan kengkawan ngan nak gi KL.

Ingat nak lepak2 kat umah jer...sebab dah berapa minggu asyik gi jalan jer....tapi diorang dah ajak nak buat cam ner. Dah macam tak leh nak elak dah.takperlah lain kalilah...jumpa lagi....nak pergi dah ni.

Tuesday, November 17, 2009

saja nak bagi jealous....

Mood untuk aku berkarya malam ni agak kurang,
so aku lebih tertarik untuk mempamerkan beberapa keping
gambar yang akan buat kengkawan aku kat manjung tu
jealous tak ingat bila tengok gambar kat bawah ni.....
Gambar sungai......
By the way, sebelum aku melaksanankan kehendak hati aku tu,
aku nak citer sikit, si nana bengang jer kat aku tadi
pasal aku letak pic dia dalam blog ni....
(Ada aku kesah kan???)
Bengang2 manja tu....
Siapa suruh kau pose cam tu kan....
Merasalah jadi model dalam blog ni.
Apa pun kau memang budak sempoi....

Nana the Great.....
The best "Silent Criminal" ever

Senyap2 ko tumbuk aku kan..... Hari tu...Kuat pulak tu...
Tunggu....I Will be do the same thing like what you do it to me that day..
Remember what i am saying to you just now...I will....I will...
Amacam ada rasa goyang tak....???????? Hampeh....

Mcam sebelum2nya juga...
Gambar tu nak tengok besar sikit....
klik jer kat gambar tu, nescaya ia akan bertukar "sebesar alam".




Monday, November 16, 2009

Tetiba aku dapat Mandi Sungai Lagi-Best

Assalamualaikum.

pengumuman abang nak tukar kata ganti diri
abang kepada aku semula
so lepas ni abang jadi aku...

Baru balik dari mandi sungai tadi kat
"Lubuk U". Hari ni kedai tutup. Maknanya kami semua cutilah.
Pepagi lagi aku,sham,saiful ngan Budin
Dah bergerak ke rumah sham. Kat sana kami sarapan pagi dulu.
Makan bihun goreng dengan air milo suam. Komen aku....Sedap...

Dah siap makan kami mula bergerak dalam berkumpulan.
Kira konvoi ramai2 lah ni. Ada dalam 14 biji kereta. Banyak kan????
Tapi yang bestnya....Bila sampai Temerloh....habis semua berpecah...
Camner tu....Tapi ada aku kesah kan?????

Bila dah nak sampai dengan rumah pengantin, kami pun
berhenti tepi jalan. Sambil tunggu saudara
sham yang tertinggal kat belakang
Kenapa tertinggal???
Mana tak nya, yang bawa kereta adalah
kaki pecut kerayong....Si Budin.....

Masa tengah tunggu kat tepi jalan tu,
Tetiba ada satu kapal korek "mendarat" kat sebelah
kitaorang. Apa lagi, tonton show free lah...
Kami ramai2 menonton secara bergu
acara mengorek tanah untuk membaik pulih
paip air yang bocor.....
Yang tukang potong reben sebelum upacara
kapal korek tu, aku lah kan..... (oooo perasan.....)


Sampai jer kat rumah pengantin perempuan
Kami diambut dengan paluan kompang
(tak tau brand apa da.....tu untuk silat gayong punya.)
Syok juga bunyinya. Masa upacara bersanding,
ada pertunjukkan silat. Merasalah aku tengok pesilat pahang
mempamerkan ketangkasan masing2 dihadapan pengantin.
Memang meriahlah time tu ditambah pulak dengan
sorakkan penonton yang dimeriahkan lagi
oleh seorang mak cik kaki latah.
Time tu aku tengah sibuk rekod video org bersilat.
Si saipul sibuk pulak suruh aku rekod makcik tu....
ooooo tak boleh...tak boleh.....
Dah siap makan apa semua, aku ngan kengkawan
yang lain mulalah berangkat menuju Taman Negara.
Ada dalam dua jam juga baru sampai kat Jeti Taman Negara tu.
Yang sebenarnya kami nak mandi sungai kat Taman Negara Tu.
Tapi tersesatlah pulak....salah jalan.
Terpergi jalan yang tak boleh masuk dengan kereta.
Kena naik bot, baru boleh ke seberang.
Bukan mahal pun, seringgit jer tambang.
Tapi kami tak naik pun....sebabnya....
Masing2 pakai selipar sandal.
Macam mana nak masuk dalam...
Boleh tu memang lah boleh...
Tapi kena lalu track kan....
Kami tengoklah orang lain yang baru balik dari Taman Negara
tu semuanya berkasut sarung. Itu pun berlemus dengan tanah...
So senang citer lupakanlah....
Kita orang pun rancang nak masuk gua pulak.
Dalam kereta kat pertengahan jalan,
tetiba datang cadangan lain pulak.
Akhirnya kami berpakat nak ke kuantan.
Nak mandi laut....mana boleh jadi kan...
tuala, seluar pendek semua dah bawa.
Abang tertidur dalam kereta sekejap...
sedar2 jer abang tengok hari dah hujan.
Tapi still kat kawasan Ladang Sawit lagi.
Tetiba tak tau cam mana ternampak pulak signboard
tempat mandi..."Lubuk U" Apa lagi terus masuk sanalah kan.
Sampai sana aku tengok air dia punyalah best.....
apa lagi kan, turun kereta amik kamera....terus
jadi wartawan cakna lah aku...ha..ha..ha...


Habis bergambar, aku pergi beli burger ngan apam balik rangup.
Lepas tu soat Asar jap. Then apa lagi kan...sesi terjun sungailah....
Sejuk betul air sungai tu. Tapi kat kiri kanan kami ada
beberapa pasangan couple yang mabuk bercinta......
ooooooooooooo berpinar2 mata tengok.....

Dalam sejam jugalah kami berendam.
Hujan mula turun rintik2. Kami pun bergerak nak balik
Kesimpulannya hari ini adalah hari yang agak menyeronokkan.

Sejuk Air sungai ni...Best
"Dua beradik" Atas Batu

Ini lah Si Budin
Sebab sandal + selipar ni lah kami tak
jadi nak seberang ke Taman Negara

Kalau Seberang sungai ni...
Sampailah Ke Taman Negara
Tertidur pulak....
Ini lah Raja sehari yang diraikan....

Siap tengok pertunjukkan Korek Tanah tu....


Ini lah Rumah Sham....
Masa buat kerja Tanam signboard
kat dalam Felda Tembangau2

Masa nak tanam kat sini,
makcik ni siap suruh kami
cabut pokok bunga kertas gergasi
yang ada kat bucu
jalan tu....Aku tengok muka
sham dah lain dah....
Nasib baik ada pak cik kat situ
yang agak bijak sikit
tolong tarik kan pokok tu.....
macam2 ragam....
Ini lah Nana yang aku perkatakan semalam...

Cehhh sham tengah Frust....
Temerloh WaterFront-singgah makan jap...
Masa pasang signboard kat bengkel Songsang
Budin tengah mengelamun....

Kiki sedang bermimpi

Office Dato seri Ismail Sabri

Ini duta petai Bera...Piza

Masa lepak2 kat waterfront Mengkarak

Ini aksi apa???????


Ok bye....Wassalam.....