Monday, November 16, 2009

Video tempat kerja

Minggu ni macam2 yang dah aku tempuh....
Macam2 yang dah aku rasa,
Macam2 yang dah aku lihat,
dan macam2 juga yang dah aku buat.
Macam2 ada dalam kepala otak aku sekarang ni.

waktu sekarang dah mencecah, 2.08 minit pagi.
Aku tetap belum tidur lagi.
Bukannya tak mengantuk. Mengantuk sangat.
Tapi saja jer degil tak nak lelapkan mata.
Kengkawan yang lain semuanya dah membuta.
Sham, saipol ngan budin semuanya sedang
lena di peraduan sambil diulit mimpi2 ngeri agaknya.
Kenapa mimpi ngeri?????
Sham berdengkur dengan pelbagai irama yang
tak kurang hebatnya dengan lagu yang sedang aku
mainkan di pc saiful ni.


Pagi semalam aku ngan sham terus bergegas ke Serting
untuk ambil signboard nama peserta Felda Tembangau 2.
Bila aku bukak jer pintu lori, dengan pendengaran yang amat jelas
aku dah boleh dengar suara Nana. Budak praktikal yang gila Kamera
Serta gila2 juga gaya dan lagaknya.
Yang pasti dia memang
jenis happy go lucky memanjang. pun begitu,kengkadang "short" juga.
Kenal dengan dia sejam dah macam kenal bertahun. Itulah Nana.

Pagi tu juga aku berkenalan dengan Aswad. Satu nama
yang agak heboh diperkatakan di kedai semenjak dua menjak ini.
Oooooo begitu orangnya.....Citer lebih2 tak leh......


Pagi tu aku, sham, Aswad dan abangnya sama2 berangkat ke FeLda Tembangau 2.
Bertungkus lumus lah kami berempat kat sana...
(Walaupun hakikatnya...tak berapa nak bertungkus lumus)
Ada aku kesah kan.......??????


Petangnya pulak, sebelom bertolak pelang.
Nana belanja makan putu piring ngan Tauhu Sumbat.
Sedap betul putu piring tu. Mula2 aku ingat itu species
kueh terbaru yang ada kat Malaysia ni.
Rasanya seakan2 putu Buluh. Dan sememangnya
melalui penerangan sham
kueh tu sama jer ngan putu buluh...
bentuk jer yang lain.
(yang sebenarnya macam biasalah...
aku kena "pangkah" dulu kan...)
Aku jer yg jadi cam jakun dek kesedapan kueh tu....
Tapi ada aku kesah kan....?
Konsep hidup aku senang jer.
Tak tau, cakap tak tau......
Jangan nak berlagak pandai.
Tapi konsep ni kengkadang aku kantoi juga....
Hampeh kan....Ha...ha..ha.....Adakah aku pun dah
mula nak "short" juga.


ada dua video yang agak aku suka...
yang pertama dilakonkan oleh sham....
dan di"skrip" kan oleh aku....
Jangan marah yer sham.....





Yang kedua adalah video
Orang kaya baru....Fizi.




oklah dah ngantuk....
lain kali masuk gambar pulak.....
bye..Wassalam.

No comments:

Post a Comment