Monday, June 27, 2011

Episod 9 dan 10 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Kali ni abang nak ringkaskan jer....
masa mencemburui abang.... ( walhal abang malas...hu3... )




Irfan dan Kartika tiba di Malaysia.
Seronok tengok Kartika berlakon jadui orang kampung yang teruja
bila sampai kat airport....seronok betul dia he3....
Rupa2nya Irfan ada saudara kat Malaysia.... ( 1 Lagi kebetulan.....hmmm)
Dorang berdua tumpang berteduh kat situ...yang sebenarnya saudara dia
ni bakal main peranan untuk meminang Mustika bagi pihak Irfan

Mustika ngan geng2 dia berkelana pergi kat Masjid tempat Wali duduk dulu...
Tapi hampa jer sebab Wali kan dah balik kampung Pak Imam tu...

Kat kampung Wali cuba mendekati Karmila demi
menunaikan hasrat Pak Imam.

Secara bersahaja dia mula memberi nasihat pada Karmila.
Niat baik Wali itu ternyata sangat

tidak disenangi oleh Karmila. Tapi Wali tetap Wali....
mana leh putus asa kan...tunggu.....


Bila malam menjelma, masa Karmila sorang2 dalam bilik dia ada terdengar
suara Wali tengah mengaja.... Nak tak nak dia kena akui yang
suara pemuda Acheh tu memang sedap.....( macam dah sangkuttt jer.....)

Mustika masih lagi terikat ngan perintah berkurung oleh ayah dia....
( tapi tadi boleh pulak pergi cari Wali kat Masjid kan ???? )
Dia minta izin nak keluar ngan member dia..,..ayah dia tak bagi...
Merajuklah dia kan......

Irfan telefon Mustika untuk bagitau yang dia ngan saudara dia nak
datang rumah Mustika untuk bincang pasal kes diorang.
Mustika setuju jer.

Keesokan harinya kedua2 keluarga bertemu,
dan saudara Irfan ni pun bagitaulah hajat sebenar kedatangan diorang.
Dalam masa yang sama Kartika pergi jumpa Mustika senyap2.
Aku ingat minah ni dah insap....tapi Kartika tetap Kartika....
Dia mula racun fikiran Mustika lagi.
( Ya Ampun....Kenapa skrip citer ni mcm ni ??? )


Kat kampung masa tengah mengajar budak2 mengaji tiba2 pak imam dapat
call. Bapa Mustika suruh Wali datang KL. Ada bender nak bincang....
Ayah Mustika pergi bilik anak dia. Bincang elok2.
Pas tu dia suruh anak dia buat solat sunat Ishtikarah.
Minta petunjuk dengan Allah.

Masa balik dari surau, Wali nampak Karmila ngan member dia
ngah dengar lagu lepak kat beranda...
Wali tegurlah...Karmila bengang jer...terus dia marah Wali balik...
siap speaking London lagi....
Tetiba Wali balas ngan english juga....melopong mulut Karmila....
dia tak tau Wali tu pelajar cemerlang kat Acheh.

Kat Rumah, Mustika baca balik puisi Wali untuk dia....
puisi tu lagi menambahkan keyakinan Mustika
yang Wali memang suka kat dia...

Dia yakin....sangat yakin....

Kartika Pasrah dan sedikit kecewa sebab Wali masih belum ditemui.
Akhirnya dia buat keputusan untukm balik ke Acheh.
Masa Irfan nak hantar Kartika, tiba2 Ayah Mustika call Irfan.
Cakap Wali ada kat rumah dia....
Kartika dengar dan apa lagi...nmengelejatlah dia nak ikut...
Makna nyer tak jadi baliklah kan.....

******************

Masa kat rumah Mustika Ayah Mustika tanya kehendak Mustika.
Tanpa berselindung dihadapan Irfan dan Kartika
Mustika mengaku yang dia cintakan Wali.... berani mati nyer pengakuan....

Reaksi Wali,

"Maaf kalau saya ngomong soal hukum itu ngak
kaitannya dengan Cinta.

Tapi soal ketaatan kita kepada Allah."


Mustika > Tapi perasaan saya juga tidak ada kaitannya dengan hukum Wali. Ianya datang dari Allah juga.

Wali > Tapi segala sesuatu itu mesti diatur dengan sebab. Saya sudah mengalami semuanya..
saya kehilangan keluarga saya, saya kehilangan harga diri saya, apakah masyarakat kampung mahu tau, Kalau saya itu tidak bersalah ? Dan saya dituduh mencabuli Kartika


Kartika > Bang Wali....

Wali > Diam Kamu! Diam Kamu! Kamu diam Kartika! Diam!

Wali > Perasaan saya itu nombor dua pak, pertama kita harus menyelamatkan hubungan Irfan dan keluarganya. Lagian Irfan tidak bisa pulang kalau dia tidak sama Mustika. Dan dia sudah menjatuhkan harga diri Mustika. Dia harus bertanggungjawab pak.


Kartika > Berarti bang Wali harusnya nikahi Tika dong? Kan harga diri Tika juga sudah tercemar di kampung. Ya kan ??
(Pandai jer kartika ni masuk daun.....)


Selepas menegaskan pendiriannya. Wali kembali ke kampung. Mustika kecewa dan malu apabila
perasaannya ditolak oleh Wali dihadapan keluarganya.

Kartika mengadu nasib dengan saudara Irfan, kebetulan Irfan dengar, dan dia terus menyampuk...

"Saya selalu dengar kata orang, Cintailah orang yang mencintaimu, bukan orang yang kamu cintai, kerana belum pasti orang yang kamu cintai itu mencintaimu...."

Kartika bengang..terus blahhhhh merajuklah tu......

Wali pesan dengan pak Imam jangan bagi tau kat ayah Mustika dia ada kat kampung.
Dalam dia2 Karmila dah macam suka ngan Wali.



Pak imam dapat call.
Orang KL minta dia datang mengajar semula tapi kat Masjid lain.

Maka setujulah pak Imam ni....
Maknanya Kandang kambing ngan anak dan isterinya kena tinggal lagilah.....
macam2 kan.....? Pak Imam siap ajak Wali lagi....
Karmila dengar perbualan Ayah dia ngan Wali....
Tiba2 dia cam sedih.... eleh...dah syok ngan Wali lah tu.....

BERSAMBUNG.......

Wednesday, June 22, 2011

Episod 8 - Kitab Cinta ( Sinopsis )



Wali akhirnya setuju untuk menjemput Mustika setelah mengetahui kisah malang yang berlaku kepada Irfan dan Mustika melalui cerita yang disampaikan oleh kawan baik Mustika iaitu Lily. Dengan segera dia menghubungi ayah Mustika untuk memberitahu niatnya itu. Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya Wali telah berangkat pulang ke Acheh.



Sementara di Acheh, Mustika dan Irfan cuma menanti waktu untuk mereka menjalani hukuman sebat dikhalayak ramai. Ketika dibawa oleh pegawai pengiring untuk naik ke pentas hukuman kedua-duanya terpaksa menghadapi cemuhan masyarakat yang marah dengan perbuatan mereka. Irfan sedih dengan apa yang berlaku, begitu jua Mustika, pun begitu demi cintanya pada Wali, Mustika sanggup menjalani hukuman yang sangat menyakitkan lagi memalukan itu. Sebatan demi sebatan singgah ke batang tubuh mereka dengan disaksikan oleh ratusan pasang mata.

Kemarahan ayah Irfan masih jua belum reda. Dia sangat malu, kerana sebagai ketua kampung dia terpaksa menyaksikan anaknya sendiri disebat dihadapan anak-anak buahnya. Sesuatu yang sangat mengaibkan dirinya. Pada waktu itu jua dia telah mengusir Irfan keluar dari kampung. Harapannya agar Irfan berubah dan segera memikul tanggungjawabnya dengan menikahi Mustika. Irfan masih lagi cuba menceritakan hal yang sebenarnya, tetapi keputusan ayahnya adalah nekad dan mandatori. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam dari luar rumah, dan ternyata orang itu adalah Wali.....


Mustika terpaksa tidur dalam keadaan meniarap kerana perit di belakangnya masih terasa akibat sebatan tadi. Dalam waktu yang sama, pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dalam keadaan yang payah Mustika bangun dan terus membuka daun pintu rumah penginapan itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila menyaksikan orang yang berada dibalik pintu itu adalah Wali. Terlupa dia akan kesakitan yang sedang dihadapinya tatkala menatap wajah pemuda itu.
Wali kemudian menceritakan apa yang berlaku dan di mana dia bekerja sekarang serta bagaimana takdir telah mempertemukan dia dan ayah Mustika. Setelah berbincang mereka akhirnya bersetuju untuk pulang bersama.

Setelah pertemuan itu, Wali pulang ke rumah untuk menjenguk ayahnya. Namun hatinya hampa kerana ayahnya masih belum mahu menemuinya. Sementara Kartika mendapat tahu akan kepulangan Wali, tapi dia juga hampa kerana Wali telah pulang ke Malaysia bersama Mustika sebelum sempat dia bertemu dengannya. Dia sangat sedih dan mula mencari kawan baiknya untuk mengadu nasib. Tapi akhirnya, dia sendiri yang kena ceramah dengan kawan baik dia tu. Tak banyak sedikit, Kartika akhirnya sedar, sudah terlalu banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya pada Wali. Dia menyesal. Sangat menyesal.


Setibanya dirumah, bapa Mustika sangat marah bila mengetahui hal Mustika ditangkap Khalwat bersama-sama dengan Irfan. Wali segera pulang ke kampung Imam yang menolongnya tempoh hari. Mustika tidak diizinkan keluar oleh ayahnya.

Wali dibawa oleh Imam itu kerumahnya dan
diperkenalkan dengan anak dan isterinya...
(ooo ada anak ngan isteri... napa aku macam tak tau jer sebelum ni... ? )
Lawa anak imam tu ( Dewi remaja yang terbaru...)
Imam tu minta tolong Wali untuk ubah anak dia tu...
sebab anak dia degil tak nak dengar cakap dia.
( cam tak relevan jer kan..... tapi berdakwah kan tak kira usia.... ok lah tu..)


Mustika menceritakan kesedihannya dihadapan Ibu tirinya. Dia terkilan kerana ayahnya tidak mahu percaya kepada dirinya. Yang membuatkan dia sedih apabila ayahnya memaksa untuk dia kahwin dengan Irfan. Mustika memberitahu ibunya, sekiranya dia dipaksa untuk kahwin dengan Irfan, dia tidak teragak-agak untuk lari dari rumah.


BERSAMBUNG......

Thursday, June 16, 2011

Episod 7 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Nasi dah jadi bubur. Manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Irfan dan Mustika telah tangkap kerana disyaki berkhalwat. Bapa Irfan yang merupakan ketua kampung didaerah itu sangat marah dan malu dengan apa yang berlaku. Mustika juga tidak terlepas dari kemarahan bapa Irfan yang membuak-buak sehingga dihamburkan dengan kata2 dahsyat yang tidak selayaknya untuk Mustika.

Irfan tidak diizinkan keluar dari rumahnya sehingga tiba hari perbicaraan mereka berdua kira2 seminggu lagi. Kawan Mustika meminta maaf kepada Mustika kerana telah meninggalkannya malam itu. Dia mengajak Mustika pulang sahaja ke Malaysia, namun Mustika enggan dan tetap mahu menunggu Wali selain dari rasa tanggungjawabnya untuk hadir ke mahkamah syariah.

Akhirnya kawan Mustika pulang seorang diri ke Malaysia lantaran sudah terlalu lama meninggalkan kuliahnya di universiti. Mustika meminta kawannya supaya merahsiakan perihal dirinyan yang ditangkap khalwat bersama Irfan dari pengetahuan bapanya.

Kartika datang jumpa Mustika di rumah penginapan dan sekali lagi cuba membangkitkan kemarahan Mustika dengan me-reka2 cerita kemesraan dia dan Wali. Dia juga berbohong dengan mengatakan Wali menyuruh Mustika pulang saja ke Malaysia.

Setiba di Malaysia, kawan baik Mustika ni dah macam tak sedap hati, dan dia nekad untuk jumpa bapa Mustika. Bila kawan baik dia ni sampai kat rumah Mustika alangkah terkejutnya dia bila nampak Wali tengah mengaji kat ruang tamu rumah Mustika...Jeng...jeng...jeng.......

Maka terbongkarlah rahsia ketika itu....dan semuanya secara kebetulan.....
kebetulan sangat kan...............?

Tapi member dia ni tetap rahsiakan pasal Mustika kena tangkap khalwat tu...


Di mahkamah Syariah, Irfan dan Mustika cuba membela diri namun nasib tetap tak menyebelahi kedua-duanya. Mereka akhirnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 4 kali sebatan setiap seorang.

Sementara di Malaysia, ayah Mustika cuba memujuk Wali supaya menjemput Mustika kembali ke Malaysia. Namun Wali harus menyelesaikan tugasnya bersama Imam yang menjaganya sewaktu keberadaannya di Malaysia. Ayah Mustika bersetuju...dann............

BERSAMBUNG....

Episod 6 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Masa tengah cuci kereta di perkarangan masjid, Imam yang dikenalinya sebelum ini datang kepadanya dan terus bertanyakan sesuatu kepada Wali. Dia telah mempelawa Wali untuk membantunya dalam program untuk menarik golongan belia ke Masjid.

Dengan berbesar hati Wali telah
bersetuju dengan maksud kemahuan Imam itu.
Tiba hari yang dijadualkan,
Wali telah menjalankan tugasnya dengan mengajar anak-anak muda
mengaji di masjid berkenaan. Secara kebetulan program tersebut juga dianjurkan secara bersama dengan Ayah Mustika. Dia sangat mengagumi bacaan Al Quran oleh Wali.

Dipendekkan cerita sebab dia suka sangat dengar Wali mengaji, sampai dia mintak tolong kat Imam tu untuk Wali datang kat rumah dia bagi mengajar Isterinya mengaji Al Quran. ( simple jer kan...??? )


Di Acheh pula, Mustika semakin bingung kerana
Wali masih belum ditemuinya.
Langsung tiada petunjuk kemana menghilangnya
jejaka yang penuh dengan karisma kemuliaan budi itu.
Irfan yang merupakan sahabat baiknya sendiri tidak tahu
kemana perginya Wali.
Di malam harinya Kartika datang
menemui Mustika dan terus menceritakan perihal
dirinya dan Wali yang ditangkap Khalwat sehingga
menyebabkan Wali diusir dari kampung halaman.
Hancur luluh hati Mustika mendengar pengakuan "berani mati" dari Kartika.
Angkuh sungguh gaya bahasanya perempuan itu.

Setelah Kartika berlalu Irfan datang dan terjadilah pergaduhan mulut dianatara mereka. Mustika sangat marah kerana Irfan telah menyembunyikan hal yang sebenarnya dari pengetahuannya.
Irfan cuba menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Mustika, namun semuanya sia-sia kerana rasa amarah telah menguasai dirinya waktu itu. Pertengkaran itu berlarutan sehingga membabitkan kawan baik Mustika sendiri. Sudahnya kawan dia tu merajuk dan terus blah berlalu angkut kain baju ke tempat lain.
Mustika menyesal kerana membiarkan rasa amarah menguasai dirinya. Dengan pantas dia menelefon Irfan untuk meminta maaf. Mustika juga memberitahu kepada Irfan akan kerisauannya kerana kawan baik dia tu masih belum balik kat rumah penginapan diorang. Irfan menjelaskan kepada Mustika yang dia telah menghantar Kawan baiknya itu ke sebuah hotel berdekatan.
Barulah lega hati Mustika bila mengetahui situasi rakan baiknya itu.
Diakhir bicara Mustika ajak Irfan untuk bertemu kerana ada sesuatu yang mahu diperkatakan.


Yang peliknya kenapalah diorang pergi berjumpa kat tepi pantai berdua-duaan pulak tu....agak2 korang pun boleh teka apa yang berlaku lepas tu kan. Kedua2nya ditangkap khalwat. Ditangkap pulak oleh orang yang sama menganiayai Wali tempoh hari. Lepas tu.....


BERSAMBUNG....

Hero Malaysia - Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen

Maaflah abang semalam tak der mood nak update blog.
Nanti abang update sinopsis episod 6 dan mungkin
juga ngan episod 7 sekali malam ni.
Tapi nanti dululah sebab ada berita yang lebih
mengembirakan untuk diperkatakan....


Setelah 6 bulan digantung dalam satu persidangan
parlimen beberapa bulan yang lalu,

Akhirnya Idola hampir setiap pejuang sejati negara
akan kembali beraksi di arena parlimen negara
yang
semenjak dua menjak ni telah menjadi bahan lawak jenaka yang amat memalukan negara diseluruh dunia.


Buat pertama kali dalam sejarah yang meliputi bumi yang luas ini Malaysia telah menjadi negara komanwel pertama di dunia yang menggantung Ketua Pembangkang. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh.



Kenapa takut sangat dengan Anwar ?????


Rakyat yang masih tak celik-celik mata lagi, abang pun tak taulah nak kata apa.
Selalu sangat tengok TV ngan surat khabar yang terlalu takut menyiarkan kebenaran sampai Ulama macam Tok Guru Nik Aziz pun boleh dihina sesuka hati.....


CUBA TENGOK VIDEO NI...SEMUANYA KEBENARAN YANG DITUTUP
OLEH KEBANYAKKAN AKHBAR DAN STESYEN TV DI MALAYSIA. KENALI WAKIL RAKYAT YANG SELAMA INI ANDA UNDI.... ABANG TAK NAK CAKAP APA-APA, BURUK BAIK NILAI SENDIRI.







WASSALAM....


Sunday, June 12, 2011

Episod 5 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Hukuman Buat Yang Tidak Bersalah....


Wali dan Kartika didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah. Kedua-duanya dihukum sebatan 5 kali dikhalayak umum. Wali tetap dengan pendiriannya menegaskaskan yang dia langsung tidak melakukan apa yang dipertuduhkan terhadap dirinya apa lagi menyentuh Kartika yang memfitnah dirinya.

Dihadapan ramai orang mereka berdua dirotan. Seakan gugur sudah segala kebaikan dan maruah dirinya tatkala rotan itu menyentuh batang tubuhnya. Fitnah yang dilakukan oleh Kartika dan ibunya benar-benar telah menghilangkan kredebilitinya sebagai imam Muda yang disegani dikampung halamannya.


Ayah Wali mahu dia bertanggungjawab dengan mengahwini Kartika. Wali enggan kerana tiada langsung sekelumit perasaan cinta untuk wanita itu. Setelah apa yang dilalui olehnya lebih memustahilkan perasaan cinta itu hadir untuk Kartika. Dek kerana keengganannya, Wali telah diusir oleh bapanya sendiri dari kampung halamannya.

Irfan sahabat baiknya, satu-satunya yang masih mempercayai dirinya telah memberikan sejumlah wang kepada Wali untuk memulakan hidupnya yang baru ditempat lain. Dengan wang hasil ehsan teman baiknya itu Wali berangkat ke Malaysia untuk bertemu dengan kawannya yang bekerja disana. Namun rancangannya tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ternyata kawannya itu telah berpindah ke Johor. Dalam keadaan yang kebingungan Wali melangkah tanpa arah tujuan yang pasti. Disaat-saat yang sukar seperti itu hanya Allah tempat untuk dia mengadu nasibnya yang malang itu. Dia tiba disebuah Masjid dan bersolat disitu. Kerana kepenatan dia tertidur.

Sementara ,Mustika sudah bersiap2 untuk ke Acheh bagi menemui Wali. Setelah mendapat keizinan dari ayahnya dia berangkat ke Acheh bersama teman baiknya. Sepertimana Wali pencariannya juga tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Hatinya hampa sebaik mengetahui yang Wali sudah tidak tinggal dikampungnya lagi.

Takdir telah mempertemukan Wali dengan Imam Masjid tempat dia bersolat. Ternyata Imam itu sangat mengagumi cara bacaan Al Quran oleh Wali. Melalui pertolongan Imam itu Wali ditawarkan pekerjaan.
BERSAMBUNG.....

Thursday, June 9, 2011

Episod 4 - Kitab Cinta ( Sinopsis )



Surat Dari Gembala Rindu...

Akhirnya Mustika menerima sepucuk surat balasan dari Wali. Surat yang menjadi punca resah hatinya selama hari ini. Tanpa membuang banyak waktu surat itu terus dibaca di depan Nek Mah. Mengandungi puisi yang sangat indah hasil ilham anak muda dari Acheh. Tersentuh kalbu hingga terkesan jiwa dan sanubari Mustika membaca bait-bait indah tulisan tangan Wali. Nek Mah yang dari tadi begitu asyik mendengar bacaan surat Wali turut terpukau dengan keindahan bahasa dan tinggi budi pemuda yang tidak pernah ditatap wajahnya itu.

Andai saja aku bisa mengingati bait-bait puisi itu, sudah pasti akan aku
pamerkan disini, namun sayang memoriku tidak sehebat itu.

Mustika gembira, namun hatinya masih tak tenteram.
Indahnya susunan bahasa Wali tetap tidak mampu
memecah tembok persoalan yang kukuh menjadi benteng
dari jawapan yang sedang dicari-cari oleh Mustika.

Puisi itu umpama teka-teki yang begitu sukar untuk ditemui maksudnya.

Sementara di Acheh, Ibu Kartika mula membuat satu rancangan jahat bersama-sama dengan Jamal bagi memerangkap wali. Ternyata usaha mereka membuahkan hasil apabila Wali berjaya diperangkap sehingga dia dan Kartika akhirnya ditangkap Khalwat.

Bapa Wali sangat marah diatas apa yang telah berlaku.
Habis Wali dirotan semahu-mahunya. Wali pula bersungguh sungguh menjelaskan kepada bapanya akan cerita yang sebenarnya.Namun semua itu sia-sia kerana bapanya tidak mahu mempercayainya.

Wali akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Syariah, dan setelah diadili, dia akhirnya didapati bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman sebatan 5 kali dikhalayak umum kepada Wali dan Kartika.

BERSAMBUNG .......

Wednesday, June 8, 2011

Episod 3 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Irfan serahkan surat Mustika pada Wali. Sambil duduk kat tangga kandang kambing, Wali baca surat Mustika depan Irfan. Isi kandungan surat tu betul2 buat Wali macam tak percaya. Tak sangka macam mana Mustika boleh suka dengan dia pula? Irfan yang dari tadi khusyuk mendegar bacaan Wali meyakinkan sahabatnya itu bahawa Mustika benar-benar suka dengannya. Tapi Wali tetap juga confuse. Sebelum pulang ke Malaysia, Mustika bukan main marah dengan dia, tapi sekarang, kerana sepucuk surat dari Mustika hatinya mula tertanya-tanya. Pun begitu dia tetap tersentuh dengan luahan hati Mustika yang digarap dengan ayat-ayat cinta yang ikhlas itu. Irfan menyuruh Wali membalas surat Mustika. Maksud hati gadis dari Malaysia itu harus disambut oleh teman baiknya itu.

Setibanya di Malaysia, Mustika mula merubah tabiat lamanya. Dia tak lagi keluar malam, sentiasa menjaga auratnya. Teman2 sekuliah juga hairan dengan perubahan Mustika termasuk jejaka yang selama ini memendam cinta untuknya, Andika. Hari harinya dilalui dengan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah yang menjaga keperibadian, namun disebalik semua itu hatinya kian resah dan gelisah. Balasan surat dari Wali tetap tak kunjung tiba. Hatinya hampa setiap kali memeriksa peti surat dirumah. Akhirnya Mustika nekad menghubungi Irfan untuk bertanyakan perihal Wali. Melalui Irfan, Mustika mohon disampaikan pada Wali pesanan untuk jejaka dari Acheh itu supaya membalas suratnya. Dia ingin tahu segera jawapan dari pemuda itu. Irfan sebenarnya juga ada menyimpan perasaan terhadap Mustika. Pun begitu semangat setiakawannya sangat kuat. Tidak pernah sekali-kali dia mengkhianati Wali. Pesanan dari Mustika disampaikan pada Wali.

Wali bingung, hatinya berbelah bahagi. Mustika anak orang kaya sedangkan dia orang kampung yang miskin. Masakan dia mampu untuk menampung kehidupan Mustika. Dia tidak tahu apa yang mahu dibalas melalui surat itu. Jika ditolak maksud hati Mustika dia khuatir gadis itu akan sakit hatinya. Jika diterima, dia akan bermasalah dengan rasa rendah dirinya. Irfan tetap juga memujuk sahabat baiknya itu untuk merubah cara pemikirannya.

Setelah Irfan pulang, Wali berfikir panjang dan akhirnya telah menulis sepucuk surat kepada Mustika. Keesokkan harinya dia terus pos surat tu kat pejabat pos. Dalam perjalanan pulang, dia telah bertembung dengan Kartika ( awek acheh yang minat giler dengan dia ) dan ibunya. Ibu Kartika mengajak Wali untuk berbincang mengenai suatu hal. Ibu Kartika tanya Wali tentang perasaan Wali terhadap Kartika. Wali terdiam seketika dan kemuadian menjelaskan..... Tiba2 kartika bersuara...

Alah...abang Wali jangan Malu-malu....
( Sungguh tak sopan Kartika ni kan....
kalau aku pun tak nak cam ni...)


Bila Wali cakap yang dia tak pernah suka pun kat Kartika tu,
malulah awek tu kan...

terus lari laju2. Tulah tadi perasan sangat.
Mak Kartika bengkek jer dan terus berlalu sambil mengingatkan Wali
yang dia akan terima padahnya sebab buat anak dia sakit hati.

( Macam tu pulak kan ?????????)

Mustika temankan ayah dia belikan cincin untuk bakal isteri ayahnya. Selepas itu Mustika ajak ayah dia pergi ke suatu tempat untuk meluahkan perasaannya. Dia tanya ayah dia adakah ayah dia tak kisah dengan pilihan hatinya. Ayah dia okay jer janji lelaki tu beriman dan boleh jaga Mustika sebaik dia menjaga anak kesayangannya itu. Ayah dia pun tanya Mustika siapa lelaki itu ? Bila Mustika cakap yang orang yang dah curi hati dia tu adalah orang Acheh, Riak muka ayah dia terus berubah.....macam tak suka.....

BERSAMBUNG......

Saturday, June 4, 2011

Episod 2 - Kitab Cinta ( Sinopsis )

Mustika dan kawan2 dia yang lain mendengar ceramah yang diberikan oleh Wali dengan penuh minat. Walaupun dia tak cakap tapi boleh nampak dengan jelas Mustika macam tertarik dengan peribadi Wali yang baik dan bersopan santun tu.

Keesokkan harinya kawan Mustika yang merenyang dengan Wali tu ajak diorang pergi Kandang Kambing tempat Wali kerja. Mustika macam biasa tetap tak nak ikut. Bila sampai kat Kandang kambing tu, tetiba ada plak sorang awek Acheh yang memang dah lama memendam cinta kat Wali datang time yang sama, siap bawa bekal lagi. Last2 bekal tu kena share ramai2. Bengkekkkk jer awek tu...ha3.

Kawan Mustika tu tiba2 buka mulut cakap nak pergi rumah Wali. Wali pulak macam keberatan sebab dia malu rumah dia buruk lagi pun tak manis kalau diorang nak pergi rumah dia. Tapi last2 dia setuju sebab dia datang berteman. Apa lagi makin bengkekkkk lah awek Acheh tu. Rumah Wali tu memang kategori usang lah abang tengok. Yang kelakornya....member2 Si Mustika ni siap cakap.....
Cantiknya rumah ni..... ( mungkin dia maksudkan pemandangan kat sekitar rumah tu kut....sebab memang superbbb pun....).

Diorang sembang2 lagi dan tiba keluar topik Mustika. Member dia citer Mustika tu anak orang kaya. Secara spontannya Wali terus cakap jangan ajak Mustika datang rumah dia. Dia malu. Mustika kan anak orang kaya mesti dia tak biasa datang tempat2 macam rumah dia tu....
( gilerlah sentimental ustaz ni....ha3)


Bila balik kat rumah penginapan, member2 Mustika ni terus jadikan topik rumah Wali sebagai agenda perbincangan dihadapan Mustika. Keluarlah citer Wali suruh jangan ajak Mustika datang rumah dia.....apa lagi berasaplah telinga member kan.... Mustika terus melenting marah sebab dia rasa Wali tuduh dia sombong berlagak sebab jadi anak orang kaya. Serta merta dia suruh member dia tunjuk rumah Wali.

Sampai kat rumah Wali, hanya bapak dia jer yang ada kat rumah. Wali masa tu ada kat masjid. Mustika pun bergegas ke masjid dengan perasaan penuh marah. Sampai kat masjid nampak dan dengar Wali tengah mengaji. Kawan dia tegah dia dari serang Wali time tu. Habis jer Wali mengaji, terus Mustika lepaskan rasa tak puas hati dia kat Wali. Macam2 dia cakap...tapi Wali cool jer...siap offer nak bagi air minuman lagi.... (orang berimanlah katakan.) Dah habis lepaskan kemarahan dia Mustika terus balik.

Kat rumah penginapan, member2 dia sambung lagi bincang topik tu. Diorang cakap tak patut Mustika marah dekat Wali macam tu. Mustika diam jer. Tapi nampaklah macam rasa bersalah. Malam2 tidur pun sampai termimpikan Wali.

Esoknya masa minum kat kedai makan, nampak Wali lalu. Diorang ajak singgah tapi Wali tak nak. Nampak sangat macam dia nak elak dari jumpa Mustika. Lepas Wali pergi, kawan2 Wali cerita pasal dia. Mak dan adik dia meninggal masa Tsunami. Dia terlepas tangan diorang masa arus deras tu, sampai dia trauma dekat 3 tahun. Lepas Tsunami dia terpaksa berhenti dari belajar sebab ayah dia dah tak mampu nak bayar duit kuliah. Mustika dengar dengan penuh minat.

Cepat sungguh waktu berlalu. Malam tu adalah malam terakhir diorang kat Acheh. Diorang buat majlis perpisahan. Member dia yang merenyang tu siap beli hadiah nak bagi Wali. Tapi Wali tak datang. Mustika pun nampak macam tunggu Wali. Sampai ke sudah Wali tetap tak datang.

Esoknya kat Airport masa semua dah nak pergi masuk balai berlepas, Mustika senyap2 pergi jumpa member baik Wali tu. Dia minta tolong member dia sampaikan surat untuk Wali. Tak taulah apa isi surat tu kan....mungkin dia nak mintak maaf kut....pastu macam biasalah.....

BERSAMBUNG.....

Thursday, June 2, 2011

Kitab Cinta VS all Men are Brothers


Abang dah pening, susahnya nak buat pilihan. Dua2 pun abang suka...

malam ni episod pertama "Kitab Cinta" Yang tak bestnya waktu tayangan
citer tu bertindih ngan drama cina yang abang suka sangat tu...
"All Men Are Brothers". Citer ni memang layanlah...tapi punyalah panjang.
Abang dah siap calculate dah...episod akhir citer ni hujung bulan june.
Dah dekat ngan
100 episod dah...bayangkan panjang tak panjang citer ni.



Tapi "Kitab Cinta"
macam ada sesuatu yang menarik untuk ditonton....

Balik kerja tadi....tanpa berfikir panjang abg putuskan untuk buka TV Alhijrah...

Maknanya apa tu...???? Maknanya "All Men are Brothers" terpaksa abang korbankan.

Hu3.....Tulah sapa suruh TV8 tayang citer tu waktu yang sama...terpaksalah abang belot...



Komen abang selepas tonton drama tu.....
Citer dia best...tapi ada dialog2 yang abang
rasa cam bercanggah pendapat sikit....

Rasa cam tak sesuai jer watak Fazura mempertikaikan hukum Hudud.
Kita kena ingat hukum Hudud tu adalah perintah Allah.
Tak kan kita nak kata
Allah tu salah????? Fikir2 kanlah....
Tapi mungkin dia cakap macam tu sebab, watak dia belum insaf lagi...
lepas ni kan dia akan couple ngan ustaz dalam citer tu......
Mungkin lepas tu dia akan berubah....
siapa tahu kan....?
Bukan abang yang tulis skrip...

Tu kena tanya Kak Eirma Fatima ( Ejaan baru ) .



Ni sikit sinopsis Episod 1 Kitab Cinta


Mustika ( Fazura ) seorang pelajar di institut pengajian tinggi Islam tersohor Malaysia telah ditugaskan oleh pensyarahnya bersama dengan rakan2 nya yang lainuntuk menggkaji tentang Bandar Acheh selepas dilanda Tsunami.

Hanya bertudung kerana mengikut undang2 tempat dia belajar yang mewajibkan pelajar wanita bertudung dan menutup aurat.
Kawan2 dia pun sama jer...ader sorang yang baik sikit.


Setelah waktunya tiba mereka pun berangkat ke Acheh.
Kat sana diorang dibimbing oleh seorang anak muda indonesia.
Abang lupa dah namanya.

Mana2 diorang nak pergi mamat tu lah yang tolong
tunjukkan jalan serta bagi penerangan sikit2.


Baru sehari Mustika dah boring duduk sana.
Petang tu dia letih..terus balik rumah.

Kawan2 dia terus jalan cari bahan,
tiba2 mamat tu bawa jumpa member dia
kat ladang ternakkan kambing.

Member dia tulah Hero citer ni. Wali ( Hardy Hartono ).

Salah sorang member mustika ni punyalah tangkap cintan ngan Walid ni...

Malam tu diorang ramai2 pergi sekolah pondok tempat Wali bagi ceramah.
Mustika tetap tak nak ikut...
Member Mustika yang syok ngan Wali tu punyalah

merenyang bila jumpa Walid...Ha3

Malam kedua diorang pergi lagi...
Mustika terpaksa ikut walaupun dia tak nak sebenarnya..
sebab dia takut tinggal sorang....

Tengah diorang jalan2...
Wali lalu....Maka bertentang matalah kedua2 nya...

Lepas tu......

BERSAMBUNG ESOK MALAM
8.30 PM TV ALHIJRAH


Muka si Wali ( Hardy Hartono )
tu macam muka Fauzi Baadila jer abang tengok...

Kembar ker ?????? Tak caya tengok....


Hardy Hartono



Fauzi Baadila
(abang kalau botak, sebiji
macam muka dia...)

Wednesday, June 1, 2011

Kenapa Pisang Kaki ??? : ڤيسڠ کاکي


ڤيسڠ کاکي


Sebelum abang mulakan.....dengan bongkaknya abang nak tanya...
Korang Mampu buat tajuk pakai tulisan Jawi cam abang....????
Ha...Ha....Ha.... ( Gelak Jahat)

Korang tau apa itu Pisang Kaki ????
Adakah ianya pisang yang berbentuk Kaki?
Atau kaki yang berbentuk pisang??? ( ^$^%$^&*%^*&^(*&^ )

Dah2 jangan pening2kan kepala...
Pisang kaki tu nama dalam Bahasa Melayu.
Buah ni lebih dikenali oleh Masyarakat dunia dengan
nama yang sangat sedap.... Perssimon namanya.
Tapi persolannya bila dibahasa melayukan, kenapa Pisang Kaki????

Mula2 abang tau pasal buah ni masa abang Buat part time
kat supermarket Fajar, masa tu abang baru habis SPM.
Kira2 10 tahun yang lalu.....wah macam citer klasik plak kan....
Sah abang dah tua....10 tahun lalu tu...ha3
Abang kerja kat frozen department....
so kira berjiran ngan fruit punya bahagian.
Auntie2 kat situlah yang bertanggungjawab mengajar abang
pasal buah pisang kaki ni....Gigih betul diorang ajar abang masa tu....
Tapi bila abang tanya diorang kenapa panggil pisang kaki?????
Semua cam membisu tanpa jawapan....Lama2 abang pun dah lupa
nak ambik tau pasal asal usul nama pisang kaki ni.
Nak2 pulak zaman tu Internet baru nak berkembang.....
Macam mana nak menggoogle kan....???
Pendek kata kalau ko dah ada akaun email kat yahoo pun dah
kira cukup canggih dah ko time tu.

Semalam masa tengok TV9 ada program pasal
Chef Wan gi jalan2 kat kampung abang kat Australia.... ( Berangan jer...)
Tetiba dia singgah kat ladang perssimon tu...dan dia pun bertanya...
"kenapa orang kita panggil buah tu pisang kaki?????"
Dan tetiba abang jadi teruja balik nak tau...
Maka kajian selama beberapa minit pun dijalankan....
Dan berikut adalah apa yang abang boleh terangkan....

Rupa2nya nama pisang kaki tu ada kena mengena
dengan bahasa jepun (kaki)
Tapi itu kaki jer kan....apa kena mengena pisang dalam hal ini???




Cuba korang tengok gambar pokok perssimon kat atas tu...
Ada macam pokok pisang???????????


Tengok gambar BUNGA perssimon pulak...
Ada macam jantung pisang ???????????

Bila dah jadi buah.....
Ada macam buah pisang ??????????
Macam tomato pun ada gak...


Bila dah potong.....
Ada macam isi buah pisang ??????????




Bila dah busuk.....
Ada macam buah pisang busuk ??????????



Bila dah jadi perssimon kering.....
Ada macam buah pisang juga ??????????
Cam cendawan adalah kan.....


Jadi kenapa Pisang Kaki ?????
Arggghhhhh...lantaklah kan....
Abang dah ngantuk.....
See you tommorow......
Bye......Chaiiiyokkkkk