Sunday, July 12, 2009

Hari ni hati aku panas betul

01/06/2009

Hari ni hati aku panas betul

Hari ni hati aku panas betul. Membara-bara rasanya. Mana taknya dah hampir 4 hari aku tunggu line Celcom Broadband yang aku register malam sabtu hari tu, masih lagi tak okay. Boleh ker macam tu? Masa nak register malam tu bukan main manis mulut tauke kedai tu “menghasut” aku. Dia cakap register malam ni, esoknya dah boleh pakai….Wah sadisnya kisah aku ni kan. Buktinya hari ni dah masuk hari keempat aku terpaksa terperap kat rumah nie tanpa sebarang pertalian dalam bentuk maya…wah canggihnya ayat aku..tak sangka..kenapa dulu bahasa melayu tak dapat A pula kan? Mula-mula aku memang bercadang nak ambik pakej yang dapat free modem dari Celcom tu. Tapi brother tu pandai pulak mengayat aku, dia cakap, dia lebih prefer aku beli handphone 3g dan bulan2 Cuma bayar rm 68. Menarik juga kan. Tapi handphone secondhand ajerlah…nokia n70..best juga. So completely aku kena bayar malam tu Rm 400.00 hinggit. Pastu dia bagi kat aku satu sim card prepaid celcom yang dalam dia ada 10.00 hinggit untuk test line internet kat umah aku malam tu sementara menunggu regestration aku tu di approve kan oleh pihak Celcom.Bukan main bersemangat lagi aku menerai kat rumah….tapi Ya Ampun…very the lembab betul…aku boleh menunggu sambil beristighfar depan pc. Nak bukak google pun sampai 5 minit. Sedeh..kan? Bila aku call Celcom Careline aku pun terus tanya operator yang dok layan panggilan dari aku tu,

Aku-Biasa kalau register memang lambat macam nie ker?

Operator- Biasanya memanglah ambik masa 3 hari bekerja. Maknanya isnin sampai jumaat.. Bla…bla…bla….(tak yahlah taip semua kan…..) Motifnya kat sini aku kan daftar hari Jumaat maknanya sabtu ngan ahad tak dikira. So kenalah tunggu hampir dekat seminggu….bagusnya kan…bayar 68 juga…hampeh. Aku tanya operator tu lagi…

Aku-Hari tu saya ada try guna celcom broadband yang prepaid punya, tapi slowlah…nanti kalau yang sim card untuk yang line tu dah aktif, speed dia sama juga ker?

Operator- Oh kalau yang line ni dia laju sikit tapi bergantung pada coverage juga….

Jawapan yang tersangatlah mendebarkan aku…laju sikit katanya…apakah maknanya tu…kalau aku tau register ngan TM net pun bagus…Apa-apa pun tunggu ajerlah nanti…. Uhhhh sedehhh……..

No comments:

Post a Comment