Friday, April 3, 2009
Hipokrit
Jam di dinding bilik aku dah menunjukkan tepat pukul 2.54 minit pagi. Aku pula masih tak dapat nak lelapkan mata. Sebenarnya saja degil nak berjaga sebab nak habiskan menonton cerita “Desperate Housewife” musim yang pertama. Jauh betul aku ketinggalan. Cerita tu dah masuk musim ketujuh tak pun lapan kalau tak salah aku. Selama hari ni memang tak tertarik langsung nak tonton cerita tu. Gambaran aku sebelum ni, cerita tu Cuma cerita lucah je…yalah dengar tajuk pun macam gersang jer kan? Tapi tulah orang cakap “Don’t judge book by is cover”. Nak dijadikan cerita masa aku masuk sebuah cc kat sitiawan secara tak sengaja aku terjumpa file “Desperate Housewife” nie kat dalam hard disc pc kat cc tu. Ada 23 episod lengkap untuk first season. Daripada boring2 tak ada apa nak buat kat rumah, baik aku try tengok citer ni. Aku pun teruslah download drama nie kat pendrive aku. Bila balik rumah jer…terus pasang….punyalah best cerita nie….Rugi aku tak tengok dulu. Daripada jalan cerita sampailah skrip…sangat mengagumkan aku. Tapi tu lah sayang sikit subtitle cerita nie dalam bahasa cina. Bukannya aku tak faham English…tapi korang tau lah pronounciation style American macam mana..kenalah aku besarkan sikit volume pc aku untuk dengar betul2 sebutan pelakon2 dalam cerita tu. Tapi apa pun cerita ni memang besttahap gaban.
3 APRIL 2009
Hari ni hari Jumaat. Hari terakhir bekerja setiap minggu. Tak sabar rasanya nak cuti. Banyak benda aku nak kena buat. Malam ni macam biasa lah kena buat kerja part time aku tu. Ntah2 esok Nampak geng Toki lagi…member blog aku, dia tu kaki kayuh beskal..pepagi besok aku dah nak kena gi cc nak download lagu2 yang “Mr E” bagi kat aku untuk download. Dua muka surat penuh yang aku tak tahan tu. Siapa yang baca posting aku sebelum ni mesti kenal dengan Mr E ni kan? Bukankah aku ada cerita yang aku dah berdamai dengan dia dulu. Tapi sejak2 dah ok nie…makin over acting pula dia. Memang aku dah cuba berbaik dengan dia tapi…jauh didalam hati aku nie still menyampah dengan perangai dia yang suka menunjuk2, bodek kaki kipas bos, kalau bersembang nak up jer…apa2 pun dia jer yang best..yang baik…semua dialah. Tapi kita orang tak adalah sampai tak bertegur sapa macam dulu. Tapi yang pasti budak2 department aku termasuk aku sendiri bila berhadapan dengan dia terpaksa menjadi manusia hipokrit. Malas nak cari pasal. Paling best kawan baik aku yang sorang tu, setiap kali Mr E tu mula nak membangga diri, mesti kawan aku “jet” dia tinggi-tinggi sampai kembang lubang hidung dia. Mesti dia “perasan” orang suka dengan dia. Aku nie pulak dah terlanjur hipokrit, bila dia minta tolong carikan lagu2 rock kapak yang jumlahnya cecah ratusan buah lagu tu seakan2 tak berdaya nak menolak permintaan dia tu. Nak buat macam mana, kang bermasam muka pulak. Itu yang aku tak berkenan tu kang nak buat kerja pun susah. Hari tu ada lah seorang auditor dari luar datang buat pemeriksaan kat kilang. Kebetulan hari tu Head Office Department (HOD) aku cuti….so dengan tak semena-mena tanpa sebarang perlantikan Mr E ni mula berpernan melebih-lebih pulak dari kawan baik aku yang juga merupakan assistant kepada HOD aku tu. Senang cerita lebih sudu dari kuah lah kan. Yang paling aku nak tergelak, bila mana auditor tu masuk dalam department aku si Mr E tu secara tiba2 menjadi sangat hyperaktif tahap gaban bila buat kerja. Bukan main laju lagi. Aku dan kawan2 apa lagi masing2 senyum sambil tahan nak tergelak. Eeeee sehipokrit-hipokrit kami….hipokrit lagi dia…keji pula tu. Nampak sangat kaki kipasnya. Bila auditor tu pergi jer, terus dia merungut kenapa auditor tu tak Tanya dia pasal proses kerja kat department kita orang. Kesian, nak kan perhatian Mr E ni. Mesti dia dah hafal baik punya ayat2 yang dia nak cakap kat auditor tu, alih2 tak jadi nak Tanya. Tu yang dia geram tu. Kesian. Cerita pasal kesian. Aku pun dah mula rasa kesian dengan mata aku yang dah mengantuk ni. Ok selamat malam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment